Selasa, 31 Mei 2011

menghitung detik..

Cewah macam nak hitung apa pulak ek. Sedang membereskan kerja-kerja terakhir sebelum pulang esok. Selagi tak beres kerja, hati makin tak tenang. Esok pagi dah nak balik Batu Pahat. Naik kapal terbang dari Kuching ke Senai, Johor. Sudah lama tak menjejakkan kaki ke lapangan terbang Senai. Semoga perjalananku berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi. Bila dah ada di kampung, tak dapatlah bersiaran untuk mengemas kini blog. Sibuk lagi menguruskan majlis adik. Bercuti kali ni agak lama juga (8 hari termasuk Sabtu Ahad) dek mengambil peluang cuti Hari Gawai yang disambut di Sarawak, Rabu dan Khamis ni. Selamat bercuti ye kawan-kawan...hehe.. (entri kali ini tidak memerlukan gambar).
untuk tidak menghampakan...kuning, tunggu kepulanganku, ok..hehe

Ahad, 29 Mei 2011

pan tersayang!

Pan tersayang! Apa pulak kali ni. Hehe. Takde apapun sangat. Lambat sangat nak ambik gambar pan kesayanganku ini. Akhirnya, terakam juga dalam hp cabukku. Pan ni banyak berjasa semenjak kami duduk di Sarawak ni. 
     Bukannya apa, suka bakar segala ikan, sotong dan udang di atasnya kerana semua benda yang dibakar tidak rentung (mak tak suka benda rentung-rentung ni,..haha). Terima kasih encik suami kerana telah membeli dan memberikanku benda berharga ini, semangat memasakku pun semakin membara!. 
     Hmmm ..iyelah tu, ada sahaja. Kalau dah memang jenis suka memasak, tak boleh nak kata apa. Tetapi, kalau spesis macam diriku ini, walau diberi sejuta ringgit untuk memasak ker, kalau dah jenis tak berapa suka memasak, minta ampun beribu ampun. Hehe..tapi kalau diberi tawaran sejuta ringgit tu sekarang, mak sanggup u! Ternyata mata duitan! 
     Hei, duit sejumlah tu penting untuk zaman sekarang, perkara utama nak buat, pergi menunaikan haji bersama suami dan mak abah, pastu derma pada anak yatim, pastu bayar segala hutang ker, pastu.... berapa banyak pastu daa... 
     Apa yang penting dalam hidup ni, tahu asal usul kejadian kita diciptakan oleh Allah SWT, apa matlamat hidup kita dan sejauh mana kita telah beramal, bersedekah, berbuat baik pada orang tua dan seumpamanya. Mudah-mudahan Allah memelihara diri ini dari segala perkara yang tidak baik dan semoga diriku tidak lalai untuk terus mencari ilmu dunia dan akhirat yang tidak akan habis ini. Bantulah hamba-Mu ini Ya Allah...amin.

spegeti...

Sabtu, 28 Mei 2011.
Sebelah petang, perutku dah berbunyi mintak diisi.  Kusiapkan bahan-bahan untuk membuat spegeti goreng.
Tugas menggoreng spegeti kusandarkan harapan buat suamiku tercinta kerana beliau cukup pakar dalam bidang tersebut..haha. Maka, hidangan santapan pada petang itu ialah spegeti goreng sederhana. Bahan-bahannya - bawang putih, cili api, cili boh, cili sos, kicap, sosej, udang dan potongan daun ketumbar. Tak mau cakap banyak, nilah hasilnya. Sedap dimakan dengan keropok goreng. Kalau takde idea nak masak, memang suka buat spegeti goreng ni - mudah disediakan. Jemput makan ye tuan dan puan.
alhamdulillah...

jepuk-jepuk kentang...

Sabtu, 28 Mei 2011.
Apa pula jepuk-jepuk ni, Suhana. Hehe... Jemput-jemputlah (cucuq kata oghang utara, kalau di Sarawak, cucur merujuk kepada benda bergoreng, misalnya cucur pisang tu ialah pisang goreng). Hari Sabtu tidak ke mana-mana. Kira hari tersebut dalam sejarahlah. Sebab apa, encik suami ada kelas pada hari tersebut. Sebenarnya, kelas sebelah petang, dek kerana nak buat persediaan sebelum mengajar, tengah hari dah pergi dah. 
    Dalam tahap kemalasan tahap gaban, jap baring, jap tengok air basuhan, jap tengok tv, kugagahi jua untuk membancuh tepung untuk penghasilan jemput-jemput yang sempurna..haha. Macam bagus je bunyinya! Potong bawang, kupas kentang dan potong dadu kecil-kecil dan basuh bilis - masuk dalam tepung + pecahkan telur sebiji dan bancuh dengan air panas dan biasa. Gaul dan gaul, inilah hasilnya.
   Mesti pelikkan...letak kentang. Bagi sesetengah orang macam pelik bunyinya. Tapi letak kentang dalam jemput-jemput ni pengaruh orang Johor rasanya, lebih khusus lagi wong Jowo! Belum cuba belum tau, tau. Dah siap bancuh sebati, silalah goreng dengan api sederhana ye tuan dan puan. 
    Goreng macam nak makan empat orang. Apakan daya sebab dah terlebih bancuh atau dengan harapan untuk santapan hingga ke petang. Kira tengah hari tak masak ler. Jemput-jemput kentang ni sedap dimakan dengan cicah sambal kicap takpun kalau malas tahap gaban, cicah dengan sos cili cap Life (siap promosi lagi). Jemput makan ye tuan dan puan.
punyalah tak buang lagi tanda harga tu..haha...sambal kicap WAJIB ada..
     Tapi telah terjumpa satu jenis sambal kicap segera yang mudah dihidang dan sedap rasanya. Rugi tak beli banyak tadi sebab barang barukan, kena cuba dahulu, rasa dahulu baru tau. Kalau beli banyak dibuatnya tak sedap, taknya bakal dipinggirkan kelak, takpun menjadi habuan tong sampah. Ooo nahi, nahi, itu pembaziran namanya. Kalau nak order, boleh, kos penghantaran ditanggung sendiri ek.
jenama apa tuan puan..ABC...budak-budak pun tahu nak sebut... hehe

Malam Sanjungan Budi Seikhlas Kasih

Jumaat, 27 Mei 2011.
Apa yang berbudi, apa yang berkasih ni. Macam best sahaja bunyinya. Memang pun. Malam di mana malam meraikan persaraan Encik Jiso Rutan (Pengarah DBPCS). Beliau bersara awal berkuat kuasa 1 Jun 2011. Beliau memang seorang yang merendah diri dan tidak mahu menyusahkan anak buahnya (tidak mengharapkan untuk membuat sebarang majlis sempena persaraannya). Dengan hati yang  penuh ikhlas, beliau menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf yang meraikannya.
     Dah namanya bos kita dan banyak menyumbang bakti serta usaha dalam memajukan DBP, sewajarnya kita raikan beliau. Beliau bersara awal untuk menumpukan hidupnya untuk keluarganya pula dan memandangkan beliau memerlukan rehat yang cukup bagi mengatasi kemampuan fizikalnya yang agak terbatas ketika ini.
maaflah, empunya badan yang diraikan tidak dapat diambil gambar dari hadapan (en Jiso berbaju batik hijau)
    Atas usaha Badan Keluarga DBPCS dan pihak pengurusan DBP, kami bersama-sama berganding bahu untuk mengadakan majlis tersebut. Majlis mengenang jasa beliau ini dapat direalisasikan di Hotel Merdeka Palace. Walaupun majlis tersebut agak ringkas, tetapi cukup bermakna dalam hidup seorang insan yang bernama Jiso Rutan dan akan menjadi kenangan bermakna dalam hidupnya.
   Apa menu malam tersebut? Tak perlu nak nyatakan banyak-banyak sebab dah tercerna dalam perut dah. Hehe. Menunya ala Perancis, tetiba pulak ada nasi beriani, boleh gitu. Antara hidangan yang sempat kutangkap dan makan ...
rojak sayur, buahan, jeli....
nak sihat, ambik sesayuran banyak-banyak k, spageti, nasi beriani, kentang pun ada...
     Alhamdulillah, walaupun lauk-pauk tak banyak, dapatlah kiranya memenuhi ruang perut kami. Terima kasih dan kredit buat AJK Badan Keluarga DBPCS, pihak pengurusan - kak Nin terbaik. Nak tambah cerita, sebelum nak keluar rumah, punyalah hujan lebat dengan angin yang kuat (nak dekat maghrib), siap terbang berayun-ayun payung dan kain ni bila nak tutup pintu pagar. Alhamdulillah, sampai juga ke tempat tujuan dengan niat baik untuk meraikan orang yang dirai. Majlis habis pukul 10.30 malam.

Khamis, 26 Mei 2011

Original...

Untuk entri terakhir malam ni, kupersembahkan aiskrim original yang sememangnya original 
dek kerana rasanya - vanila coklat. Sempat ku colek tengah hari tadi 
(lagipun tinggal satu je lagi, jadinya bagi perabih je)- alhamdulillah.

bubur lambuk ala Pahang..

Selalunya kutunjuk hanya gambar hidangan bubur lambuk yang dah siapkan. Tapi, petang tadi agak rajin mengambil gambar bahan-bahan nak buat bubur ala Pahang nih. Kira dah mahirlah sebab selalu buat. Ni resepi mak mentuaku, mula-mula agak janggal rasanya, bila dah selalu buat dan selalu makan, rasa jatuh cinta pulak (dah suami orang Pahang kan). Suka buat bubur ni bila waktu puasa sunat (tetapi petang tadi tak dapat berpuasa). 
     Petang tadi semangat nak buat sebab ramuan dan bahan banyak yang ada. Cuma, bila sampai umah, lupa nak beli ikan. Pastu ikan yang nak kita beli takde, beli ikan lainlah jawabnya, janji ada rasa. Apa nama ikan ni, orang Sarawak panggil ikan 'kepalak". Macam takde je spesis ni kat semenanjung. Pastu, elok je nak mula masak, bekalan santan pulak takde. Minta encik suami singgah ke kedai pulak untuk beli santan segera. 
    Apa bahan-bahannya tuan dan puan? Bubur lambuk ala Pahang ni banyak menggunakan daun - daun pucuk paku merah, daun kunyit, daun kesum, nak moden sikit tambah jagung muda. Pastu tambah isi ikan yang ditumbuk dengan lada hitam, hiris halus-halus halia, bawang merah dan serai (bagi ada rasa sikit), buh halba sikit (nak banyak pun boleh), udang dan sotong, dan jangan lupa buh ubi keledek yang warna oren sedap juga, potong dadu (kali ni tak letak sebab lupa nak beli).
     Tu dia bahan-bahannya yang perlu disediakan awal, maunya tak bersilat kat dapur. Kena persiapan fizikal dan mental yang cukup bila kat dapur nih. Macam mana nak buat ye tuan dan puan? Mula-mula, masak sedikit beras (kira-kira satu cawan untuk dua orang makan) macam biasa - kalau ada ubi keledek, masak sekali dengan beras. Dah agak nak masak, tambah air sedikit. Biarkan sekejap, bila dah empuk sila masukkan santan ok.
masak beras macam biasa (guna beras huma-merah, bila dimasak, macam bubur pulut hitam pulak) ..
buh santan, hirisan bawang, halia dan serai...
      Kemudian, masukkan hirisan bawang, serai dan halia, kacau lagi. Masukkan isi ikan yang ditumbuk untuk bagi pekat sikit dan gaul rata. Masukkan udang dan sotong, gaul lagi. Masukkan sayur-mayur, kacau rata. Jangan lupa buh halba dan garam secukup rasa. Sila gaul hingga sebati.
masukkan isi ikan, udang dan sotong....
masukkan sayur-mayur...gaul rata
siap untuk dihidang..inilah bubur lambuk istimewa orang Pahang..
      Kemudian, siap untuk dihidang dan dimakan. Alhamdulillah, petang tadi begitu rasa nikmatnya bila makan bubur ni (syukur pada-Mu Ya Allah). Dek kerana kerajinan melanda, tak lupa untuk bakar ikan puput sebagai menu tambahan. Bubur ni sedap juga makan bila ada regunya - keropok goreng , ikan goreng atau ikan kering. Selamat mencuba ye tuan dan puan.
tak cukup pembalut, buh apa yang ada..tergolek dok ikan puput nih...
dah siap bakar-siap untuk diangkat..
    Apa pulak menu nak masak esok ek? Bekalan ikan terubuk segar yang ada teluq masih ada menunggu dengan sabar untuk dibakar..hehe... fikir esoklah.

Hidangan semalam...

Rabu, 25 Mei 2011.
Oleh kerana...kuasa kerajinan ku cukup hebat dalam minggu ni (menu banyak ikan bakar sebab bekalan yang ada pun segar). Takmo cerita panjang, meh tengok hidangan semalam yang sempat kusediakan setelah beberapa lama tak masak nasi pada sebelah petang. Taraaa..
ikan jaket bakar dengan pencicah air asam, nasi (beras huma) dan ulam timun/"tenggek burung"...syedap..!
      Jadinya, semalam memang teringin makan nasi sebab telah terbeli ulam "tenggek burung"...diulangi "tenggek burung"...jangan salah sebut ye tuan dan puan. Ulam "tenggek burung" ni sudah menjadi kegemaranku selepas duduk Sarawak ni. Sementelah mak angkatku rajin membeli dan suka hidangkan ketika kami menghadap hidangan. Apatah lagi ada benda regunya (petai), lalu kumasukkan dalam lauk sambal sotong yang masih berbaki (memang tak sia-sia bila ada simpanan berbaki nih..hehe)...alhamdulillah.

Ejaan yang betul ialah Goebilt bukan Gobel..

Selasa, 24 Mei 2011.
Masa cari ikan hari tu di Gobel...pertama kali ku fikir ejaannya Gobel. Kali kedua pergi baru tahu ejaan sebenar kampung tu, iaitu Goebilt. Sejarah macam mana dapat nama macam tu, tak sempat pulak nak selidik. Lain kali aku risik-risik. Kali ni pergi dengan encik suami dan Linda. Dapatlah beli ikan terubuk, ikan puput, udang dan sotong sikit.

Papan tanda nak masuk kampung Goebilt...
Jalan masuk...
antara kedai yang menjual ikan...
     Lepas beli dan sampai umah, mulalah bersilat kat dapur. Bila dapat beli ikan segar nih, sedap je kalau dibakar je. Kiranya dah beberapa hari ni, asyik bakar ikan dan sotong jer. Kali ni dapat bakar udang sekali, ngeh ngeh...
udang...udang....
     Beli ikan terubuk, betul-betul cari yang ada teluq ikan, alhamdullilah ada telurnya, dapatlah kami berdua makan. Kalau tak, maunya jadi batu belah batu bertangkup - kempunan teluq tembakul! eh salah, teluq terubuk. Lagi satu nak habaq, kalau betul-betul nak beli telur terubuk saja maunya cicah puluh ringgit ikut gram..hehe..silap-silap haribulan, dibubuhnya (campuq) telur ikan lain.
lumayan..lumayan...ada teluq na....
     Menu malam tu, dapatlah makan ikan terubuk bakar, sotong, udang dan jagung muda bakar...alhamdulilah (le ni tahap jemu pulak asyik makan yang bako-bako jer..kita bako jer..hehe). Suka bako ikan dua tiga menjak ni sebab dapan guna pan bentuk empat segi yang tahan lasak. Dapat bako ikan yang tidak terus kena api. Kalau kena api terus, maunya rentung..hehe

cicah ada, salad ada, sotong, udang , jagung muda dan ikan terubuk pun adooo... Nasi takdok...

       Untuk akhirnya, sempat beli kuih ala celorot, isi tetap sama tapi dibungkus dalam daun pisang dan berbentuk kon panjang dan tirus. Kali ni dapat makan kuih ni, manis sedikit. Alhamdulillah...syukur pada pemberian rezeki-Mu Ya Allah.
sedap...alhamdulillah...

Kreatif

Assalamualaikum...dah dua hari tak bersiaran. Kira malas tahap gaban nih. Penat bawak kereta kot. Ceh alasan pulak. Apa nak citer hari ni...sebab kalau nak cerita perlu ada gambar, baru best dan bergantung kepada kekerapan dan keunikan gambar yang diambil. Masa gi umah mak/bapak hari tu, sempat ambil  gambar satu benda kreatif nak tunjuk kat tuan dan puan. 








toink..











toink...













toink...hehe












apa dia tu?










ikan kering kipas...


      OO tu jer...Macam apa je kan. Ikan kering jer (ikan masin). Uniknya sebab disusun ala kipas. Kira pertama kali tengok ni wei. Orang nak beli pun macam best jer. Sama ada boleh goreng terus macam tu ker atau leraikan satu-satu baru goreng...hehe. Kira kreatifkan...

Selasa, 24 Mei 2011

celorot...

Isnin, 23 Mei 2011.
Hari ini encik suami yang menghantarku kerja dan mengambilku dari kerja. Sementelah kuberpuasa, alhamdulillah dapat 'berpuasa memandu' ke tempat kerja jugalah. Tak nak cerita panjang, sampai sahaja di rumah petang tadi, sementara kumembasuh baju, kumeminta tolong encik suami untuk memasak sambal sotong, almaklumlah tuan puteri tak larat sebab puasa - encik suami pula batuk-batuk (tidak dapat berpuasa). 
sambal sotong istimewa..hehe
      Terima kasih kerana encik suami sudi menolongku memasak. Nasi lemak dua bungkus telah tersedia, tinggal lauk sambal sotong je sebagai menu tambahan. Tidak lupa, encik suami turut membeli kuih celorot dan karipap sebagai hidangan berbuka.
jemput makan...
inilah kuih celorot..isnya macam kuih kasui dan kurang manis sikit...

Misi mencari midin dan buah nanas...

Ahad, 22 Mei 2011.
Baru-baru ni (hari minggu) telah bermalam di rumah mak/bapak. Keesokannya hari (Ahad), mak ajak pergi mencari midin. Mula-mula malas nak pergi, tapi takpelah cari pengalaman, lagipun dah lama tak mengutip midin. Hanya 10 tahun dulu je pergi ramai-ramai mencari midin semasa program anak angkat - punyalah lamakan...
kereta tunggu di luar kebun...
jalan masuk ke kebun...
jalan masuk ke kebun melalui pokok kelapa sawit....
tanah gambut...
     Sebelum tu nak tanya, tahu tak midin tu apa?..kalau di Sarawak, dipanggil midin, kalau di semenanjung dipanggil pucuk paku (ada sesetengah tempat juga dipanggil midin). Istimewanya, midin orang Sarawak lain dari yang lain - memang sedap jika dimasak. Mereka hanya mencari midin yang muda dan baru berputik dan jarang sampai peringkat mencari yang merah benar dan sedang dewasa.
jom kita petik midin...
 


tumpang bersandar...
    Memang seronok mencari midin ni. Kadang banyak tumbuh melata di tepi-tepi parit. Tetapi kali ni masuk ke dalam sedikit - kebun kelapa sawit bersebelahan kebun nanas. Lagi best kutip midin ni lagi-lagi di tanah gambut dan di tepi parit kecik.
pucuk midin yang tumbuh melata di tepi parit kecil....
parit kecil....ada ikan keli kata mak..hehe
    Cuba lihat pemandangan tanaman nanas ni, bestkan...susah nak lihat keadaan macam ni jika duduk di bandar (kat kampung kelahiranku banyaklah pemandangan macam nih..hehe).
kebun nanas nan menghijau...
Subhanallah..cantik rupa dan warnanya...
di celah-celah kehidupan...
nanas ketot! teringat nenas yang kami tanam di KL dulu...
     Selesai mengutip midin, masa untuk pulang... alhamdulillah kira dapat hasil tangkapan yang memuaskan di samping dapat mengeluarkan peluh-peluh degil di badan. Jom tengok hasil tangkapan!
hasil tangkapan utama - midin segar dipetik dan terbaik dari ladang!

hasil tangkapan sampingan!...
     Insya-Allah, ada masa panjang umoq, kami cari lagi. Sesiapa yang berminat untuk tempahan, sila kemukakan pada tahun depan. Pada tahun ini, tempahan memang penuh dan tidak cukup tangan untuk mencari bekalan midin!..hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...