Makan rojak apa ek? Rojak buah dan rojak campur (macam rojak Singapura - cuma takde salad dan kuah pencicahnya memang berbeza). Kawan-kawan kata makan di sini memang sedap dengan rojaknya dan minuman ais yang pelbagai. Jadinya Kak Lin mengajak kami ke kedai tersebut. Mula-mula pesan rojak buah rege RM3 untuk makan empat orang.
memang sedap hingga menjilat jari!.. |
Ya Allah tak tahu nak cakap macam rasa kuah rojaknya. Memang sedap dan terasa nyaman je bila masuk tekak, macam makan salji yer, apatah lagi ditabur dengan kacang tumbuk yang putih dan sedap...alhamdulillah. Kalau makan sorang ni memang boleh habis, cuma buahnya tidak pelbagai - nenas, sengkuang, timun (kategori buah ker?) dan tauhu. Agak-agak boleh buat cadangan kat tokei kedai tak? Minta tambah buah - buah betik mengkal, jambu batu ker, mangga ker, epal ker - banyak songeh plak ek..hehe.
Kemudiannya, makan rojak campur (maaf sebab hidangan yang ni tak sempat snap sebab teruja nak makan). Pilihan bahan bergoreng banyak juga, ada kelebang (ubi keledek merah), sotong goreng, fishball dan segala ball pun ada. Kami pesan untuk ambil satu untuk setiap pilihan yang ada. Kuah pencicahnya mungkin kurang sedap, tapi boleh lagi masuk tekak.
ABC jagung semata..nak perisa lain pun boleh...ate teman suka yang ni, makanya pesanlah yang ini... |
Lain masa nak cuba yang ini - memang nampak sedap.."White Lady".. |
Satu lagi nak cerita tentang air minumannya, lagi-lagi ala ABC dan boleh buat pilihan isinya. Dek kerana kuminat jagung, makanya ku buat pesanan ABC jagung semata. Kak Lin dan Mizi membuat pesanan 'White Lady" (ada pelbagai isi- peach, nata de coco dan lain-lain)...nyum2 semuanya sedap. Lain kali, bolehlah bawak encik suami ke mari...dijamin Halal, insya-Allah.
Nilah kedainya - ada di tengah-tengah bandar Satok.. |
Bahagian dalam kedai - kawasan buat rojak dan minuman... |
Selamat mencuba ye tuan dan puan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan