Ahad, 24 Julai 2011

cuci mata...

Ada juga cuci-cuci mata (beli idoknyer) deretan kain pasang bila pergi Serikin. Nak tunjuk kak Mohaini deretan kain ni yang pernah beliau beli kat Giant baru ni (hadiah untuk kak Ton). Rasanya rege kurang lebih jer. Bila tanya, sekitar RM100 (tak tahulah kalau kedai lain boleh bagi murah lagi). Kak Mohaini, sila cuci mata sama yer...mai mai pilih.




Selingan...Baru teringat..

Hari tu ada makan petang kat gerai-gerai di Kg Gersik (kiranya dah dapat tempat baharu bila nak makan malam dan tetiba malas nak masak). Cuba juga makan ayam penyetnya. Ada jugalah dipenyetnya sikit ayamnya. Menariknya ada tempeyek dan pucuk ubi rebus (tak semua kedai sediakan nih, biasanya mereka letak sayur ulam - tak perlu celur segala bagaikan). Dan nak rasa sedap atau tak, tengok juga sambal cicahnya. Kali ni makan ok jugaklah. Hmm sesekali makan boleh kot. Lepas ni kena cuba order yang lain pulak.

orang mengidam....

Bukan saya mengidam..belum tiba masa lagi..hehe. Kak Mohaini mengidam nak cari pemutar kayu lada hitam. Susah juga nak cari kat Kuching ni. Kalau ada pun dah moden - plastik dan lutsinar. Satu lorong Masjid India kami cari, takde jual pun. Akhirnya pergi sekitar kedai di hadapan waterfront, adalah satu kedai yang jual. Ada yang pendek, sederhana dan tinggi - warna hitam pun ado. Jadinya bila dah jumpa, sambar je satu, lagipun tuan punya badan setuju nak beli yang panjang. Esok lusa saya bagi kat akak hokey.
susah benolah nak cari benda nih, alhamdulillah, jumpa akhirnya...

Lorong masjid India...

Kat Bandaraya Kuching juga ada lorong Masjid India. Nama je lorong macam tu, tapi majoritinya kaum Cina yang banyak berjual barang. Orang Melayu dan India boleh dihitung dengan jari. Lorong ni ada di sekitar/ belakang waterfront. Ramai jugalah orang tempatan dan pelancong yang datang. Berkebetulan ada karnival kraf yang banyak menampilkan barangan dan kain batik sutera dari semenanjung- Kelantan dan Terengganu. Cantik-cantik juga reka corak kain terkini. Harga boleh dirunding seperti mana kita beli di tempat asal. Ok jugakkan...tapi pulus tak mengizinkan, telan ayaq liuq jelah (maaf gambar lupa nak ambil). Jom kita tengok sekitar lorong Masjid India nih.


sebelum terlupa...

Ada dua jenis pokok yang sempat kami beli semalam. Pokok limau kasturi dan limau purut. Baru tadi sempat rakam gambar dan muat naik. Semoga dengan izin Allah, pokok-pokok ini akan mengeluarkan hasil yang baik dan berterusan. Berbudi pada tanah memang tak rugikan...

kacang tanah....

Pastu terasa nak beli kacang tanah mentah pulak (saiz sederhana kecil) dan kena rebus sendiri. Sekilo RM5, tapi kami beli RM3 sahaja takut tak terabis makan berdua kelak. Apa yang kami tahu, kacang ni direbus macam biasa (basuh dulu bersih-bersih) dan bubuh garam secukup rasa (bila tanya mak mertua-samalah caranya juga dengan apa yang kami buat). Rebus selama kurang lebih satu hingga satu setengah jam (kalau spesis besar, mahunya lama lagi kena rebus)- dah empuk baru boleh angkat dan makan. Alhamdulillah, rasanya sedap dan manis.
lepas ni boleh beli lagi....

benda lain...

Benda lain yang sempat kami beli, buah jambu batu yang dah lama dicari untuk dimakan dan dicicah dengan kuah rojak (kuah rojak dah ada-beli dengan kak Azilah hari tu, tinggal menunggu buahnya sahaja). Alhamdulillah dapat juga beli dua biji dan isinya berwana merah jambu (tak bertanya pun dengan penjual spesis apa buah ni-janji dapat beli jambu kan-sementelah kami tengok buah jambu ni rupanya sama je dengan buah jampu yang lain). Tak cicah dengan kuah rojak pun takpe sebab sedap dimakan begitu sahaja.
tak sangka isinya berwarna merah jambu...

mempelam gergasi...

Sempat juga terjumpa buah mempelam yang besar..memang bosar...sebiji beratnya 2.9 kilo kali RM10 = RM29 sebiji. Anda mampu nak beli? Silakan. Kami hanya dapat memandang jer. Lain kali kita beli ye bang..hehe...nak beli nak pokoknya pun terpaksa fikir banyak kali. Nak mudah, nak sedapkan hati, lain kali kita beli ye bang..hehe.. tu jawapan terbaik setakat ini...hehe
nang besar buahnya..sebelah kanan tu beratnya 2.9 kilogram..hehe

kaktus....

Pastu sempat juga merakam pokok kaktus yang menarik rupa dan warnanya. Kalau Kak Ra'mah nampak ni, mesti dia suka dan kirim untuk bawak balik Semenanjung..hehe..jangan marah ye kak..gurau jer. Jom kita tengok gambarnya.
cantikkan...warna warni yang memukau...
pelbagai rupa dan saiz...
spesis daun yang lain...mmm

munge pulok...

Jom kita tengok pokok-pokok munge/buah plak. Macam-macam ada spesis bunga yang dijual di Satok ni. Tinggal kena ada duit je baru dapat beli. Kalau boleh, nak beli semuanya dan tanam banyak-banyak kat halaman rumah (padahal sekangkang kera je tanah kat halaman). Yang luas tanahnya hanya di belakang rumah (sesuai tanam pokok jambu air, kedondong, limau kasturi/purut, mempelam, cewah berangan plak). 
    Serai. kunyit, pandan dan pucuk ubi yang baru nak hidup adalah..hehe... Berangan dulu takper, lepas ni akan penuh ladang kat belakang rumah tu, tinggal kutip hasilnya sahaja nanti. Apa pulak aku merepek ni haa. Jom kita tengok pokok munge dan buah yang ado.
ni pelbagai spesis bunga teratai..memang cantik...

ni spesi pokok hiasan yang sesuai diletakkan dalam air (tak tahu nama)

tak pasti namanya..menariknya sebab warna coklat-coklat gitu...

tak pasti pokok apa..buah ke bunganya macam bentuk strawberi...

pokok hutan....

bunga alamanda...cantik kan...
menarik kan bunga orkid ni, memanjang dan terjuntai ke bawah..

pokok belimbing...dah berbuah tu walaupun pokok kecik lagi..
ni bunga pokok belimbing..hehe

renab...

Apa pulak renab tu?..Arnablah pulak kan (renab tu singkatan jer). Memang cute renab-renab yang dipamerkan. Geram je rasa nak peluk. Nasib baik ada tuannya dok perati jer. Kalau tak?..hehe. Warna badan memang warna putih dan berbelang hitam, tompok-tompok...hehe..jom kita tengok...
nang cute-cute...

alololo...cutenya...

tompok kat mulut...cute...

cute....

Apa yang cute...cek Bobo kitalah (suka hati je panggil cik Bobo kan...tu je yang mudah nak panggil). Sapa cek Bobo ni? Anak kucing jenis Parsi. Sian dia terkurung dalam sangkar. Apakan daya..hhmm..tunggu pemilik baru yang sudi membelinya. Berapa rege nak memilikinya? RM850. Apa!! RM850.. Amboi! Mahalnya...hehe. 
      Jadinya, kepada sesiapa yang mampu, sila dapatkan cek Bobo kita yang berbulu halus lagi gebu ni yer (kalau kat KL, rasanya boleh dapat rege sekitar RM500). Hmm entahlah. Mungkin saiz badan si Bobo ni dah menginjak remaja agaknya. Bila kita nak kuis-kuis muka dan bulunya, pandai pulak mengelak..hehe..nakal yer...Dah lama baru dia ok dan mesra alam....
cute kan..geram...cek Bobo...

ikan hiasan pulak..

Pastu sempat merakam gambar anak-anak ikan hiasan. Memang terbaikk!!! Hajat nak beli dan bela, namun telah dapat signal dari encik suami, tak perlu lagi masa nih..ok bang!...hehe
anak ikan koi rasanya..

anak ikan ketutu...

ikan laga...comelnya...

ikan hiasan yang lain...

..dan lagi...

ikan emas kot....hehe

Sepagi di Satok....

Selepas bersarapan di COC, sempat meninjau pasar Satok. Best jugak dapat jalan-jalan sebelah pagi sebab boleh nampak haiwan dan unggas yang dijual. Semuanya comel-comel belaka. Regenya boleh tahan. Spesis yang pelik-pelik pun ada di sini. Jom kita tengok apa yang ada dijual...
ikan laga...
macam-macam ada..

kucing (pusak) tempatan..comel-comel semuanya...
ayam mutiara (api-api)

itik hutan...
anak ayam belanda...

ayam serama..
tikus arkus...

burung puyuh
anak itik...tok wi..hehe
anak kekura...

Sabtu, 23 Julai 2011

sambungan kisah pisang 44 hari...

Pisang 44 hari yang dituai tempoh hari telah masak. Alhamdulillah, rasanya sungguh manis. 
Syukur pada-Mu Ya Allah. Semoga pokok-pokok yang lain akan berbuah cepat 
dan hasil tuaiannya boleh disedekahkan kepada jiran-jiran lagi.
 

Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H Gambo dan cerita raya tahun ini. Mari kita saksikan. Gambo dulu cerita kemudian. Jom sambung cerita. Se...