Isnin, 22 Ogos 2011

kerabu epal....

Asyik dengar cerita kawan tentang kesedapan kerabu epal jer. Dalam hati berkata, sedap ker? Nak makan epal hijau pun bercinta, apatah lagi nak buat kerabu. Namun dengan hati nak mencuba, maka belilah epal hijau barang 5-7 biji. Encik suami tolong sagat buah epal, gorengkan bilis hingga garing, hiriskan bawang merah, lemon, cili dan daun sup (semua bahan digaul hingga sebati, akhir sekali baru masukkan ikan bilis/kacang). Pendek kata semua encik suami tolong buatlah. Aku? Buat tak tahu je ke atau bagi arahan je...eh takdelah, tukang gaul kerabu itulah.
     Encik suami memang pakar dalam bab memasak nih. Nasib baik ada lemon (guna sos ikan pun boleh), jadinya tak perlu cuka (ku memang tak suka cuka). Hasilnya memang cukup lumayan dan mabeles...sedap rupanya. Nak lagi sedap, buh banyak bawang dan perahan air lemon agar kemasamannya stabil sehingga dapat membuatkan tekak tertelan air liur. Kalau rajin sikit, buh kacang tanah yang telah siap digoreng. Fuh..layannnz. Alamak! masih terasa kat tekak ni akan kesedapannya bila menaip nih...hhmmm.

belum siap sepenuhnya...(gambar siap tak dan rakam)..tinggal buh ikan bilis goreng...
yang ni dah siap sepenuhnya..bolehlah ngap pasni...hehe

ada jumpa ini buah woo...

Hhmmm..pernah nampak buah tarap tak atau pernah makan buah ni? Kalau tak pernah nampak, mana pulak dah pernah makan ye tak. Buah tarap ni macam spesis cempedak, bau pun kuat bila masak, bentuk fizikalnya bulat dan kecil sikit dari cempedak, kulit halus dan lembut, isinya pun tak besar mana. Buah ni banyak kat Sabah. Kalau ada jumpa ni Sarawak ni, kira nasiblah juga dengan harganya yang agak mahal. 
     Semasa pergi pasar satok minggu sudah, ada terbau buah ni, tapi tak nampak lubang hidung. Takpelah, takde rezeki masa tuh. Tapi pergi pasar Satok baru nih, dapat kesan bau dan buahnya sekali. Harga yang kecil bawah ni, RM5 untuk dua biji. Paling besar rege RM12 sebiji. Hhmm.. takpelah sebab nak makan jugak, belilah yang lecil sahaja untuk hidangan berbuka dengan harapan besar kot isinya. Yang bawah tu harga RM8. Sekali buka nak goreng celup tepung, alahai, isinya cenonet jer, jadilah daripada takde.

kena pandai pilih...nanti ada belum masak pulak..
  
macam durian saiznya...

Sambal pedas orang Sarawak.

Rezeki kami baru ni semasa pergi berbuka di rumah keluarga angkat, dapatlah melihat proses membuat bubur pedas oleh mak angkatku (datang-datang bahan dah tersedia, tinggal nak masak) dan dapat makan sekali bubur pedas tuh. Bahan utamanya mestilah rempah khas yang menggunakan beras dan rempah tumis yang lain di samping sayur dan udang kering.
      Seingatku cara nak masak bubur pedas nih, tumis bahan rempah dan rempah khas, pastu masakan daun kunyit dll yang dicincang halus, gaul hingga sebati. Pastu masukkan santan, suun dan sayuran lain. Serai jangan lupa bubuh dan serbuk kunyit sikit. Masak hingga masak. Dah siap! (kurang lebihlah) kang salah ajaran susah pulak, jangan lupa selak resepi kat internet ye kawan-kawan. Sebab resepi yang kubuat ni hanya pemerhatian secara tidak langsung jer!
kacang ni sila abaikan sebab termasuk sekali dalam gambar, bahan tumisnya mestilah bawang putih dan merah, cili kering (ditumbuk) dan daun kunyit dan daun apa (tak ingat) yang dicincang halus...
sila abaikan juga potongan kacang panjang dan cendawan besar tu yer..yang dimasukkan dalam bubur pedas ni ialah jagung muda, suun, udang kering, kacang panjang yang dipotong bulat dan halus serta udang kering...

selingan jap...

Memandangkan anak buahku Hadi gilakan baju Ben 10, makanya aku dah belikan untuknya 4 pasang baju untuk dia. Kesian kat dia sebab jenuhlah ibu dia basuh tiap-tiap hari baju Ben 10 nan satu yang ku pernah bagi kat dia baru nih. Kalau tak, lepas pakai jer minta ibu basuh, tak dan kering nak pakai baju tu lagi. Lepas ni tak gaduhlah nak pakai banyak mana pun. Nasib baik ada jumpa di Serikin, bolehlah beli banyak sikit untuk Hadi dengan harga mampu milik. Nah Hadi, ambillah baju ni ek. Pakai puas-puas ye (tunggu Cik Ana balik kampung ek).

semua warna seakan sama jer, nasib baik ada warna merah satu...hehe


Juadah Ramadan hari ke-18

Kali ni boleh dikatakan pecah rekod sebab beli lauk di luar tapi bukannya di bazar Ramadan, hanya di pasar yang jual sayur dan lauk, itupun sebab balik lambat sikit. Kalau pergi bazar Ramadan, maunya semua makanan nak beli, rambang mata dan banyak pilihan. Takpelah, tak pergi tak rugi pun (ayat nak sedapkan hati). Jadinya, juadah kali ni hanya bertemankan ayam panggang dan pegedil (kirim dengan kawan di pejabat), jadilah rezeki Allah beri untuk kali ni - alhamdulillah.
alhamdulillah..sedap juga...

pegedil yang amat sedap pada abad ini..hehe

Juadah Ramadan hari ke-17

Kali ni versi bakar-bakar je masak. Sempat bakar ikan pari balut daun kunyit, hasil tangkapan dari Goebilt. Dah alang-alang bakar ikan pari, makanya bakarlah udang dan terung berempah sekali, hhmm bolehlah janji boleh masuk tekak - alhamdulillah.
aroma daun kunyit yang sedap tuh..hhmm
terung berempah bakar...sebelum dibakar..
 
udang bakar dan terung dah siap masak...


Juadah Ramadan hari ke-16

Puasa hari ke-16 tak sempat nak rakam hidangan utama. Makanya sempat rakam hidangan sampingan. Hanya hirisan buah jambu batu merah dan kek brownies dan pisang. Jom kita tengok.
encik suami dah minat pulak dengan buah jambu ni sekarang...
brownies pemberian rakan encik suami, hanya tambah pisang berangan sebagai penyedap rasa...

Juadah Ramadan hari ke-15

Walaupun dah masak lauk ketam, sayur bendi, semangka dan cucur bilis pun ada, tak pulak makan dengan nasi. Iyelah bulan puasa ni katakan tidak pada nasi (langgar pantang bile ke rumah keluarga angkat jer). Dapat pahala berpuasa di samping turun berat badan 5-10 kg kira berbaloilah kan..cewah.. (baru 2-3 kg turun dah kecoh).
      Ingat nak berazam sambung puasa bayar dan puasa enam lepas raya pertama nih (minta izin suami dulu yer untuk puasa sunat). Mudah-mudahan dapat dilaksanakan. Masa bujang dulu rajinlah berpuasa enam lepas satu hari raya. Tapi sekarang ni kena minta izin suami dulu, bukan apa kan nanti nak beraya rumah sedara mara belah suami atau belah kusendiri, tak best pulak bila tak dapat temankan suami makan. Oklah jom kita tengok gambar pulak.
masak ketam kali nih buh serbuk kunyit dan bersantan - pedas..nyum nyum..

Apa nak tulis...

Assalamualaikum semua..salam Ramadan ke-22.
Ya Allah, rasa malasnya nak tambah entri dua tiga menjak ni. Bukannya apa, semangat nak pulang ke kampung beraya. Tapi tak juga, sebab mood rajin ni kadang ikut suka nak datang atau tak datang langsung. Tambahan lagi, sibuk berbuat juadah berbuka sendiri. Bukannya tak nak singgah ke pasar Ramadan, nanti semua benda nak beli. Kiranya berjaya mengekang nafsu mata. Adalah sekali dua ke pasar yang selalu pergi dekat UiTM Semarahan-tu pun beli ayam panggang dan kuih bongkol. Benda lain memang tak beli dah. Kuih raya lagilah, takde perasaan nak beli lagi - tunggulah, beli di kampung sahaja.
     Hari-hari biasa, masak lauk sahaja tanpa nasi. Kalau hujung minggu, dapatlah berbuka di rumah keluarga angkat-dapatlah makan nasi dengan lauk lain (macamlah tak boleh masak nasi sendirikan). Kad raya tahun ni dapatlah dua kad, itupun dari Koperasi DBP dan dari jiran depan umah di semenanjung - alhamdulillah. Cuti raya tahun ni pun tak lama sebab bergantung kepada jadual kerja encik suami -  makanya seminggu je ye cuti, jangan nak terlajak cuti pulak. Walaupun cuti sekejap, kami akan manfaatkan cuti dan berbahagi masa untuk balik ke rumah orang tua.
   Selamat pulang kepada kawan-kawan yang perlu menaiki pesawat kelak ye. Berhati-hati dan jangan lupa pulang semula untuk bertugas. Beruntung kepada mereka yang dapat bercuti selama dua minggu. Yang nak bertunang, diucapkan selamat bertunang. Semoga Ramadan kali ni juga, segala amal dan ibadah kita dalam berpuasa dapat diterima oleh Allah SWT...amin...

Isnin, 15 Ogos 2011

Jom masak bubur lambuk ala Pahang

Sudah lama tak buat bubur lambuk ala Pahang. Kelmarin sempatlah juga buat setelah bahan-bahan yang dicari telah lengkap semuanya. Balik je dari Pasar Satok dan Kota Semarahan, terus je kami siang ikan, udang, sotong dan segala macam bahan sayuran dan bahan lain. Nak masak bubur ni mudah, cumanya perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan-bahannya.
sayur pucuk manis, midin, udang, sotong, jagung muda, isi ikan, hirisan daun unyit dan daun kesum, santan, hirisan halia, bawang merah dan serai, serta halba jangan lupa.

     Kali ni, mari saya tunjukkan jenis bahan dan cara nak masak bubur ni yer. Dah siap mengurusin bahan-bahan, bolehlah kita mulai masak. Basuh beras dalam satu pot, masukkan dalam periuk besar dan masak seperti biasa, masukkan sekali ubi keledek yang dipotong dadu. Cara selebihnya, sila rujuk pada gambar yer. 
masak beras seperti biasa-sukatan air biasa, campur keledek sekali..
agak-agak dah hampir masak, tambahkan air mcm nak masak bubur, masukkan hirisan bawang, halia dan serai..
masukkan isi ikan (kalau nak tumbuk sekali dengan lada hitam pun boleh)
masukkan santan (ni guna santan segera jer)
pastu masukkan udang dan sotong (kalau nak letak kemudian pun boleh sebab tak nak bagi sotong keras kalau masak lama)...
masukkan hirisan daun kunyit dan daun kesum (racik halus bg mudah nak makan, kalau carik, besar nanti jadinya)
masukkan sayur pucuk manis dan jagung muda...kacau hingga sebati..
tunggu jap sebab nak bagi sayur pucuk manis tu masak sedikit...
pastu jangan lupa kira sayur wajib nih-midin...(pucuk paku)
masukkan lada hitam yang telah ditumbuk (baru teringat, sebab tu masukkan agak akhir)...
gaul lagi hingga bahan-bahan masak dan sebati...
dah siap..inilah hasilnya..selamat mencuba ye tuan dan puan...hidangan bubur lambuk ala Pahang yg banyak sayur nih boleh makan untuk tiga hari kalau makan berdua sahaja, kalau dengan kawan-kawan, tak payah tanya...beberapa jam dah habis licin...hehe..

Nona Asli

Zaman sekarang ni payah nak jumpa buah nona yang benar-benar asli (tempatan). Biasanya kalau jumpa pun yang banyak diimport. Alhamdulillah, baru ni telah terjumpa dan dijual di pasar Satok. Takdelah sampai peringkat nak membeli, cukuplah jumpakan. Maklumlah tengah bulan, bajet kureng. Sedap tau bila makan buah ni. Siapa-siapa yang tak pernah makan, rugi yer. Buahnya manis dan lemak-lemak gitu. Kalau buah ni ditanam sendiri, buahnya tidaklah besar mana berbanding yang diimport. Namun kali ni, agak besar juga buahnya.Tapi takde rezeki nak membelinya. Semoga lain masa ada lagi buah ni ye.


Selipar muka buku

Selipar muka buku. Bukan manusia je bermuka buku, tapi selipar pun nak juga. Baru-baru ni jumpa selipar ni kat pasar Satok. Nak belipun tak sampai hati sebab hari-hari kita online muka buku..hehe..alasan jer. Sebenarnya takde sebab nak beli selipar ni pun, kat rumah dah banyak selipar..cewah. Tapi pada sapa-sapa yang berminat, silakan beli yer, tak salah pun..hehe...

Ketam biru dan sotong besaq...

Baru-baru ni pergi pasar Satok dan pergi ke Kota Semarahan cari ketam biru. Kot-kot ada. Alhamdulillah rezeki kami ada. Mula-mula penjual tu dok jual yang biasa. Tengok kami bersungguh memilih, jadinya mereka keluarkan stok baharu. Nah ko, ada ketam biru, alhamdulillah. Pilih punya pilih, agak-agak sekilo "ok pakcik, timbang". Bungkusan ditimbang "wah, cun sekilo, pandai kitak". "Saya agak-agak je pakcik, kebetulan je tu". Oklah dapat sekilo ngam sebab rege sekilo RM14 (takler mahal sangat berbanding rege di semenanjung).
         Sebelum tu pergi pasar Satok nak cari tanah dan baja nak tanam pokok kat belakang rumah. Sambil-sambil tu cari bahan-bahan nak masak bubur lambuk ala Pahang. Selama duk kat bumi Sarawak ni, barulah jumpa bapak dan mak sotong (selalunya spesis cucu dan cicit jer-haluihh). Apalagi rembat dua ekor, rege? Hmm RM7, oklah janji ada. Hmm cukuplah rasanya dengan sotong, udang dan bahan yang lain, semuanya dah ada, lepas ni bolehlah mula memasak.


Majlis Berbuka Puasa di DBP-12 Ramadan 1432H

Alhamdulillah, satu majlis berbuka puasa di DBP Cawangan Sarawak anjuran AJK Surau telah berjaya dilangsungkan pada 12 Ramadan 1432H (Jumaat). Khabarnya di DBP ibu pejabat turut sama mengadakan majlis berbuka puasa pada hari yang sama. Majlis dimulakan dengan doa selamat (tidak sempat mengadakan tahlil), majlis berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah, tazkirah Ramadan, solat Isyak dan Terawih berjemaah.  
     Selepas itu barulah para tetamu dihidangkan dengan makanan berat. Majlis selesai sekitar pukul 9.15 malam dan ku pun berdesup pulang sendiri dan sampai di rumah pada pukul 10 malam. Alhamdulillah rasa puas apabila dapat menghadiri majlis ini dan dapat kurasakan seperti berada di semenanjung kerana dapat menikmati nikmat Allah SWT dan dapat berjemaah bersama-sama.
ini hidangan semasa berbuka, kuih ala sampan, ala samosa, pegedil, kuih lompang, bihun dan ayam goreng, sedikit kuih jala...
tak lupa juga, bubur pedas, makanan kebanggaan rakyat Sarawak..makanan berat selepas solat terawih tidak sempat diambil...

Khamis, 11 Ogos 2011

hidangan berbuka Ramadan ke-11

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus kat dapur petang tadi (penat wei tapi puas, 3-4 hari ni memasak jer - huk huk - bila kita nak makan kat luar, bang? hehe), buat pertama kalinya dapat kusiapkan sup ala shark fin (resepi pemberian kawanku - terima kasih Lyn) dan juga ikan jaket (cencaru) bakar. Kita makan apa yang ada ye bang .. hehe (sedang galak mencuba resepi baharu ala-ala sup). Lepas ni, nak buat apa pulak tak pasti lagi. Hmm jom kita tengok hasilnya..nyum nyum..
alahai..macam takde selera nak makan...layu jer..balut segala bagai...tapi bedal jer...hhmm
percubaan pertama..hampir masak..
dah siap dihidang...jom makan..hirup sup...

25 Ogos...

Apa istimewanya tarikh 25 Ogos nih? Sudah semestinya tarikh kelahiranku. Berkebetulan juga, ternampak satu gegantung mengenai pembukaan Giant baharu yang akan dibuka di Tabuan Jaya pada 25 Ogos 2011. Oklah tu, boleh tak sempena hari kelahiranku, kusambut sekali semasa pembukaan Giant ituh! haha..merpeek plak yer. Hmm takpelah, itu hanya kebetulan jer.
   Nak cerita sikit tentang Giant nih. Kat Kuching ni susah nak jumpa Giant ke, Tesco ke, Carrefor ke... kiranya bila dah buka Giant nih (pembukaan cawangan yang kedua rasanya), alhamdulillah lah...semoga harganya juga murah dan semua barang ada. Tapi yang tak  bestnya sebab kedudukan Giant di tepi jalan utama yang agak sesak - jalan yang sentiasa sibuk - selepas bulatan dan di hadapan sekolah. Emm entahlah, harap-harap tak teruk sesaknya lepas nih.

ikan empirang...

Dah berkebetulan pergi ke Goebilt tu, jumpa spesis ikan yang sesuai dibuat umai - ikan empirang (pirang). atau digoreng garing (namun banyak tulang -selalunya ikan banyak tulang, sedap dan lemak rasanya). Pernah baca dan jumpa maklumat melalui internet/buku tentang ikan nih. Tapi kali ni, rezeki sebab dapat jumpa ikan nih.  Berwarna kekuningan dan kata kawanku, ikan ni serupa ikan beliak mata..hhmm entahlah sebab tak dapat pastikan betul-betul. Hanya sempat merakam gambar sahaja.Jika ada rezeki, lain kali akan kupastikan ikan ni sekiranya ada nama lain.

Ke Goebilt lagi...

Kali ni tak ambil gambar ikan (sebab macam tak menarik jer) semasa pergi ke Goebilt. Cuma sempat ambik pemandangan waktu tengah hari buta jer. Masih lagi indah dengan pemandangan perkampungan nelayan yang sentiasa dihembus bayu laut dan ketenangan udara yang nyaman - cewah (takde idea nak tulis sebenarnya). Jomlah kita tengok gambar jer.





Faizah kek lapis

Selalunya asyik beli jer. Orang kirim ke atau tak kirim ke (beli sendiri), tahu-tahu ada dah kat tangan. Kali ni sempat rakam gambar tempat kek lapis yang selalu kami ambil. di Kampung Gersik.Tatkala masyarakat telah kecoh dengan isu butter goldn churn yang mengandungi DNA babi - digunakan untuk buat kek lapis, namun Kedai Faizah Kek Lapis Sarawak ni memang tak pernah menggunakan butter tersebut - alhamdulillah. Mereka menggunakan jenama lain, iaitu golden fern (harap-harap bebas DNA tu). Kami telah melihat sendiri butter yang mereka gunakan. Untuk hari raya tahun ni memang tak nak tempah banyak-banyak. Hanya untuk sedara mare jer.

kedai dan rumah bersambung...

banyak pilihan...

Menu Ramadan hari ke-10

Dapat ke Goebilt lagi semalam. Lagipun dah lama tak ke sana. Takde ikan yang menarik untuk dimasak. Jadinya beli ikan merah dan cuba buat sup (I cuba buat sendiri tau-ikut resepi gak) yang tak guna rempah sup segala bagai. Hanya buh halia, lengkuas, serai, tumis bawang putih dan merah, asam keping (geluguq), tomato dan lobak merah. Alhamdulillah sedap gak kat tekak ni (maaflah kalau tak kena rasa pada encik suami - ampun bang). Inilah sup yang termampu kubuat - ado ko. Pastu potong buah mangga dan makan sikit kek lapis pemberian kawan (jangan risau - hak ni halal sebab tak guna butter golden churn - dah tengok bahan mereka sebelum nih).
nampak macam tak sedap jer..tapi bolehlah lalu kat tekak ni..hehe

mangga (asam) pembelain bapak, mak...

kek lapis pemberian kawan...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...