Jumaat, 30 September 2011

limau susu...

Entri terakhir untuk malam ini. Limau ni diberi nama limau susu. Kebetulan kawan-kawan baru balik dari Sibu, sempatlah mereka membeli limau nih. Rasanya macam limau bali (sebesar tapak tangan). Alhamdulillah, walaupun rupanya hijau, rasanya manis. Terima kasih atas pemberian. Dapatlah kami mencuba sesuatu yang baharu.


Jemput makan....

Kami tak ketinggalan untuk menjemput kak Azlin sekeluarga ke rumah kami untuk menjamu hidangan yang tak seberapa - laksam. Terima kasih untuk kak sekeluarga sebab sudi datang. Selepas ni kalau datang pun sebagai pelancong jer, kalau sudi menginap di teratak kami, amat dialu-alukan. Kami minta maaf sekiranya ada yang terkurang ye kak. Kami doakan kak sekeluarga terus berjaya dan bahagia hidup di sana. Jom kita tengok menu yang dihidangkan.
macam saspens je apa benda nih...gelap jer...

ni rupanya...hasil tangan encik suami yang begitu gigih dan rajin...

terima kasih bang....

banyak aksesorinya...sayur-mayur-belacan, garam dan cili api...
kira dah lengkap satu hidangan...laksam dan spageti sebagai pilihan...jemput makan...

kak Azlin...

Sebenarnya bukan cerita laksa Sarawak T-Not tu yang utama. Yang utamanya ialah orang yang diraikan. Kak Surina berbesar hati membelanja kak Azlin. Makanya kami pun terkena tempiasnya - alhamdulillah (diajak sekali-tetapi sayang Linda dan Mizi ada kerja luar kawasan). Kenapalah pulak kak Azlin diraikan? Sebabnya beliau dapat pindah semula dengan jawatan ke DBP KL (suaminya dapat berpindah, kak Azlin pun ikut sekali-alhamdulillah mudah urusannya-rezeki manusia, masing-masing). 
    Alhamdulillah rezeki kak Azlin murah. Beliau banyak diraikan rakan-rakan sepejabat dan kami mendapat tempiasnya (turut dijemput sama). Esok (30 September 2011) ialah hari terakhir beliau berkhidmat di DBP Caw Sarawak. Hu hu sedihlah plak sebab kak Azlin dah balik KL. Teringat ceritanya masa mula-mula sampai di sini (terkontang kanting sorang), lepas tu barulah ada Linda, Mizi dan Suhana.
    Selamat berpindah kak dan jangan lupakan kami anak perantau di sini ye kak....hu hu (macamlah tak boleh jumpa kat KL..hehe).
Kanan-kak Surina yang bermurah hati belanja kak Azlin dll...
Kak Azlin dengan anak (Mamat)...lepas ni kak akan merindui kami ataupun laksa Sarawak...hehe
Mamat suka makan Mee Kolok (lepas ni Mamat pun mesti rindu nak makan mee nih)...

T-Not Laksa...

Opo bondo T-Not nih. Salah satu jenama laksa Sarawak. Kedai makan dalam perkarangan rumah di Jalan Patinggan ni memang menjadi tumpuan ramai untuk sarapan pagi. Kadang belum sempat pukul 10 pagi, dah habis dah. Kedai ni pernah masuk dalam rancangan JJCM. Mee Kolok pun ada dijual. Jom kita tengok tempat nih...
besar juga kan rumah ni, kalau tak perasan, kita tak tahu ada kedai makan dalamnya...kerusi meja tersusun..

ni salah seorang tuan kedainya....memang sibuk..
ada kan plak JJCM tuh!

kami order spesial (sebab tulah mangkuk spesial kot-cuma udang je biasa, yang lebihnya hanya mi nya...hehe)
satu hidangan lengkap..cuma sambalnya sikit (org Malaya kena bagi banyyyyakkk sambal..hehe)

tu dia..laksa Sarawak...confirm lepas nih kalau balik semenanjung terus, mesti teringat je dengan laksa ni (ah parah!)

Selasa, 27 September 2011

ketupat sumpit...

Kesian kak Monie, tunggu cerita tentang entri nih. Meh saya cerita. Mesti teruja kan bila nampak gambar nih. Macam kelopak bunga tapi bukan! Kelopak ala bunga ni dipanggil kobong (sarung ketupat). Ni pandangan dari atas dan nampaklah bahagian sebelah dalamnya. Gambar yang ketiga dan seterusnya, baru nampak jelas - bentuk panjang. Uniknya ketupat ni dianyam panjang menggunakan daun pokok nipah.
    Menurut mak angkat, kalau beli di pasar, satu kelongsong panjang, dijual dengan harga RM1 dan kalau telah siap dimasak, dijual dengan harga RM2..hhmmm tak banyak beza regenya (bukan senang nak anyam benda nih). 
      Memang berbaloi kalau beli ketupat sumpit nih sebab agak besar dan panjang. Macam mana cara nak masak? jeng jeng... hanya masukkan beras pulut hingga penuh (dan kepit dengan lidi kemas-kemas untuk tutup bahagian atas). Sila susun dalam periuk, masukkan santan separas bilangan kobong dan masak seperti biasa (cumanya tak dapat lihat benda dah masak sebab masa datang, hanya kelibat kobong je yang ada - mujur!). Selamat mencuba!
pandangan dari atas...

gambar sebahagian...
pandangan dari tepi...

pandangan dari depan...

pulut pasung...

Kesian kak Monie sedang tunggu cerita tentang pulut pasung ni. Pulut ni macam pulut-pulut yang lain. Cumanya dari segi pembungkusan dan persembahan agak berbeza. Beras pulut ni dibungkus dalam daun pisang dengan digulung bentuk pasung, sebab itulah dipanggil pulut pasung. Beras pulut ni biasanya guna beras pulut yang ditanam sendiri (di Kg Mang nilah). Dah siap bungkus, bolehlah dimasak dengan santan. Tengoklah hasilnya macam mana ye tuan-puan (nak makan tak boleh, tengok je gambar dulu)...


embang....macam bacang...

Buah embang ni macam buah bacang. Cuma besar lebih dari bacang. Dari spesis sama dan kuat baunya. Kulitnya agak tebal dan sesuai dimasak lemak atau kerabu. Buah ni rasanya bermusim sebab susah juga nak jumpa. Isinya juga agak berserat. Nak kena tunggu betul-betul masak, baru manis rasanya, kalau belum masak, masaklah sebab masam..hhmm
kalau di Satok, dipanggil 'asam bang'..ni versi banyak..hehe


ni bahagian kulit yang telah dikikis kulit luarnya...


ni bahagian isinya....nyum nyum... (tengah telan air liur..haha)

buah asam kumbang...

Buah ni tak dapat cerita banyak. Dah namanya asam kumbang, mestilah masam jugak kan rasanya. Sesuai buat kerabu atau buat sambal oklah. Buah ni bolat-bolat, seakan-akan kedondong tapi sama spesis dengan mangga (mangga kat sini orang panggil asam)...sesuailah dengan namanya, asam kumbang!


cabik bunga...

Tunjuk gambar dulu tak sempat nak cerita. Hah, baru sempat nak cerita (inipun kugagahi jua)...kalau kat Sarawak dipanggil cabik buah (dalam gambar). Cabik tu kira cili api/besar. Comelkan cabik buah ni, macam buah ceri jer. Jangan salah ambil dah le yer, kang tetiba berasap je telinga..hehe. Pedas gak cabik nih. Kalau berani, jom cuba!




anak pokok pisang...

Pagi tadi selepas balik dari bersarapan, encik suami sempat ke kebun belakang rumah. Melihat tanaman dan memberi baja tambahan. Tetiba encik suami memanggilku untuk melihat sesuatu. Rupanya bersebelahan tunas anak pokok pisang telah tumbuh yang baharu. Subnallah. Bukannya apa, sejak tunas yang asal ditanam, lambat juga pucuknya nak naik. Tetiba tumbuh tunas yang lain di sebelahnya. Alhamdulillah, kebesaran Allah SWT. Ni anak pokok yang dibawa khas dari halaman rumah kami di KL. Semoga selepas ini dapat membiak dengan banyak, agar hasilnya dapat dikongsi bersama-sama orang lain.
comel kan...hehe

cuba tengok pokok yang asal..macam segan-segan nak naik tunas..hehe...

sarapan pagi tadi..

Dek kerana cuti rehat hari nih, suami ajak sarapan di luar, ke restoran baharu katanya. Tuan kedai pernah meniaga dan duk lama di Johor. Pastu balik semula ke Sarawak-buka restoran dan masakan ala semenanjung. Teruja jugaklah pergi pagi tadi. Ingatkan banyak pilihan yang ada. Hanya nasi lemak dan roti canai je yang ado. Ingat nak makan lontong Johor, tapi belum siap nampaknya (begitu lemah lembut nampaknya memotong sayur dsb untuk masak kuah lontong)...alahai...
    Susah nak cakap kan. Dah namanya berniaga, patutnya dari awal dah siap segala bagai hidangan untuk sarapan. Barulah dapat menarik ramai pelanggan. Kualiti makanan memanglah best tapi kualiti hidangan perlulah diperbaiki. Encik suami pernah makan agak lewat ke situ, nasi lemak dah habis dan lontong banyak lagi. Ini bermakna, satu-satu hidangan tu lambat disediakan (tidak dibuat/dijual serentak).Hmm..kita fikir positif jelah ek..mungkin tak cukup kakitangan gamoknya.
   Jom kita layan hidangan yang sempat kami sarapan pagi tadi.
nasi lemak pilihan encik suami-siap ambik dan hias sendiri..hehe

roti telur dan bawang-kuah sedap jugak..alhamdulillah...

makan-makan...

Selepas balik dari Serikin, kami memang lepak habis. Sebelah malamnya pula ada menerima jemputan rakan sepejabat, untuk meraikan kak Azlin sekeluarga yang bakal kembali ke DBP KL kerana permohonan suaminya untuk berpindah telah diluluskan. Permohonan kak Azlin juga telah diluluskan, tahniah kak sebab dapat semula balik ke KL. Hilang sorang kawan kami di sini..huk huk. Kami menumpang rezeki kaklah nampaknya. Hehe. Tuan Rumah telah menyediakan hidangan yang sedap-sedap.
    Kami keluar awal, sempat singgah ke Giant untuk mencari barang sikit. Masa maghrib, kami sampai ke rumah tuan rumah. Kami sempat menolong apa yang patut. Selepas itu barulah kak Azlin sekeluarga, Linda datang (Mizi datang kemudian sebab terlupa). Gambar orang tak dapat diletakkan sebab tak sempat rakam. Hanya gambar hidangan lauk mabeles je dapat kuletakkan. Terima kasih tak terhingga kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami. Mudah-mudahan bertambah rezeki tuan rumah. Jom tengok apa hidangannya.
ketam ronggeng ada..hehe... sayur campur yang mabeles, ayam masak hitam, sup ayam, ikan terubuk masin, rojak buah

dari jarak dekat...semuanya sedap dan menjilat jari...

Serikin...

Hari Sabtu juga baru nih, ada bawak adik dan suaminya ke Serikin. Macam biasalah, awal kami ke sana -  6.30 pagi (sini dah cerah dah). Selepas makan mee kolok, kami memulakan langkah untuk menjelajah kedai-kedai. Sedar tak sedar rupanya hampir empat jam kami di sana. Bila diamati, rupanya banyak masa dihabiskan ntuk membuat nama pada keychain-dua tempat lagi! Tak banyak beli barang pun, sekadar cuci mata. Sudahnya sakit gak kaki dan pinggang nih. Tapi takpelah puas sebab dapat membawa mereka berjalan.
tekun memandang...

pilih jangan tak pilih...

ni dengan orang lain plak..borong yer...

tunggu hidangan...

beza umur 12 tahun..adik no. 4...Syazwani..

antara barang antik yang sempat dirakam...(gambar lain dah jemu nak ambik)

macam belalai gajahlah plak yer...hehe

Takdok catatan bulan Ogos!!

Aduhai. Takde cite atau entri pada bulan Ogos walhal bulan pentingku! Bulan kelahiranku! Nanti cite panjang ye sebab nak balik kampung sat....