Khamis, 22 Disember 2011

cute tak saya?

hehe...sebenarnya takde cerita nak muatkan dalam entri nih - kang berkulat susah pulak. Mood ke laut nampaknya. Lagi-lagi nak cuti sempena krismas nih. Ramai staf yang dah mula bercuti. Kalau kampung halamanku dekat, dan boleh menyeberang naik kereta, mau je aku balik. Nampaknya cuti-cuti nanti di rumah jelah (takpun di rumah keluarga angkat). Agak-agak nak buat projek apa ek untuk cuti nih..hmm. Akan difikirkan nanti. Sementara tu, jom kita tengok gambar budak cute dengan baju ladybirdnya - comel sangat.

cute tak saya?... cute sangat...kat belakang tu mesti abangnya kan...cute jugak...


aksi Wafi kali ni....

Berselera bila tengok Wafi makan dan minum. Wafi ikut mamanya ke pejabat sebab pengasuhnya balik kampung. Takpelah Wafi, hari ni pun Wafi dah balik kampung dengan mama. Jangan nakal-nakal yer.
mmm sedapnyer....mee kolok kosong jer...jadilah kan Wafi...

mmm ...sejuknya...

tempat makan baharu

Pagi tadi berkesempatan bersarapan dengan rakan-rakan di kedai baharu di Jalan Astana. Nama kedai Mom's Laksa Kopitiam. Makanan yang dijual seperti laksa Sarawak, mee kolok, mee goreng, mee Jawa dll. Kuah laksa nampak pekat, tapi bila makan, ok dan tidak pekat rupanya - alhamdulillah sedap. Insya-Allah di lain masa bolehlah cuba makan mee Jawa dll pula. Maaflah tak dapat tunjuk laksa yang kumakan - teruja sampai lupa nak rakam.


suka tengok gambar dindingnya...menarik

antara kuih yang dijual-pulut panggang kosong (memang takde isi)...

Ahad, 18 Disember 2011

cabik (cili) versi Sarawak..

Entri akhir malam nih. 
Kali ni dapatlah kumpulkan jenis-jenis cabik versi Sarawak. Tahap kepedasan pun berbeza. Ini antara cabik yang ditanam oleh mak angkatku. Sempatlah encik suami memetiknya untuk dibawa balik ke rumah.

yang bulat berlekuk sebelah kiri tu dipanggil cabik geronong..antara yang terpedas...

yang depan tu cabik jarum-pedas sikit, yang bulat tu cabik bulat atau cabik pmpn katanya-pedas sikit jugak...
pokok cabik bulat...cute je kan...

munge-munge...

Dah puas tengok gambo ayam, meh kita tengok benda yang cantik pulak - munge (bunga). 
Munge-munge kembang di waktu pagi bertemankan embun menitik. 
Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah SWT. Jom kita tengok.








biji durian....


ayammm....

Pastu pulak, sempat rakam gambar ayam. Pagi-pagi lagi ayam-ayam ni dah bangun. Ni kira ayam bela yer (ayam daging) kepunyaan mak bapak angkat. Setiap isi rumah dapat bekalan lima ekor per rumah. Dapatlah mengisi masa lapang penduduk kampung. Orang dah bagi, rezeki tu. Tinggal bela elok-elok dan bagi makan jer. Dah cukup masa, silalah sembelih yer. Jom tengok aksi ayam-ayam tersebut... (tak kuasa tau, gambar ayam pun nak cerita..hehe..)

tiga dari sebelah kiri....

dua ekor lagi dari sebelah kanan...

tak basuh muka lagi...hehe
apalah manusia ni buat..aku pun dia nak ambik gambar..takpe biar glamer jap...hehe

ambik gambar mau..makan aku tak bagi lagi...kang aku patuk kang!...hehe

sinar mentari pagi...

Sementelah bangun awal pagi, dapatlah menikmati keheningan pagi di Kg Mang. 
Kali ni dapat merakam suasana pagi pabila sinar mentari menampakkan wajah. Subhanallah...

 
 
 
 
 
 
 

pertama kali...

Sabtu hingga Isnin minggu ni, bapak dan mak angkatku dapat berlibur ke Pontianak. Alhamdulillah dipermudahkan urusan mereka sebab mereka telah mempunyai pasport antarabangsa, dan mudah untuk ke luar negara. Perjalanan menaiki bas ke Pontianak mengambil masa 8 jam. Semoga urusan mereka di sana berjalan lancar dengan izin Allah SWT. Sempatlah ku bermalam di rumah mereka sementelah mengambil anak mereka di poli dan balik ke kampung sekali. Mak sempat masak pagi untuk membawa bekal. Yang bestnya, mak boleh masak biji cempedak dan masak ala sambal tumis. Kiranya, ni kali pertama makan dan rasanya memang sedap (kena dengan gaya memasaknya). Jom  kita tengok apa yang sedap tuh...

biji cempedak masak sambal....

bersama Abdul Wadud...

Malam semalam pergi makan di luar dengan encik suami dan anak bapak - Azfar. Sementara menanti hidangan, sempatlah ku bersama si comel putih melepak - Abdul Wadud. Usianya dalam 4 bulan dan berat badannya mencapai 7 kilo. Dapatlah dukung Wadud dalam 10-15 minit. Atuknya menjaganya sementara ibunya sibuk di dapur untuk menyediakan hidangan untuk pelanggan. Ada rezeki, nanti auntie dapat dukung Wadud lagi yer.
comel tak saya?...nama saya Abdul Wadud...

Khamis, 15 Disember 2011

makan ni pun dah cukup...

Alhamdulillah, dapat makan nasi dan terung pipit hari nih. Terung pipit aka cokak (Jawa) memang makanan kegemaranku - keluarga kat kampung tahu yang kusuka terung nih - sanggup buat banyak dan jadi stok di peti ais - kalau nak makan nasi, cuma panaskan dan makan dengan lauk yang lain. Sempatlah juga turunkan resepi ala Jawa pada kawan (kak Mohaini). 
jadilah..makan dgn telur goreng, nasi buh kicap dan bawang putih goreng sendiri..sodap...

     Mudah jer resepinya. Kisar semua bahan - bawang merah, putih, ikan bilis, cili padi dan belacan kalau nak. Tumiskan bahan, masukkan terung pipit, gaul sekejap dan masukkan air banyak dan biarkan air kering (nak bagi lembut terung tuh). Pastu tambah air lagi jika suka berkuah dan jangan lupa masukkan garam dan gula sikit. Siap! Hidangan hari ni, bila encik suami ada kelas malam-makan sorang-sorang.

makan panas-panas..pergh sedapnya..makanan orang kampunglah katakan...hehe

buah terap aka tarap (Sabah)

Buah terap ni ada banyak ditanam atau tumbuh sendiri kat Sabah. Bentuk buah ni seakan buah sukun dan rasanya seakan buah cempedak-manis. Kalau di Sabah, buah tarap ni besar-besar isinya berbanding di Kuching-kiut je buahnya dan tak banyak isi-rege pun mahal. Jadilah dari takde. Kalau di Sabah, murah je buah ni, sebiji kadang hanya RM1 jer (sekarang tengah musim). Namun di Kuching, regenya paling koman pun RM3 untuk buah kecik. Buah yang besar boleh mencecah rege RM8-RM10 sebiji... hmmm.

sempat menghabiskan separuh buah nih-kecik je isinya-manis

separuh lagi encik suami dan makan petang tadi.....

     Buah ni banyak tumbuh di Borneo termasuk Kalimantan dan lain-lain (kira spesis buah nadir). Buah ni boleh diperam. Bila dah masak, kuat baunya-satu rumah berbau- serius memang kuat baunya. Sebab itulah ada larangan membawa buah ni ke dalam hotel (terutamanya di Sabah)- macam buah durian pulak yer. Bapak dan mak angkat memang tahu yang encik suami suka makan. Kalau ada jumpa jer, mereka terus beli dan bagi kat kami - terharunya rasa. Terima kasih mak apak.

sejak dari itu...

Sejak kak Azlin pindah ke KL, kami geng Malaya dah jarang turun makan di mana-mana. Ditambah pula puan Linda kita sedang membawa perut. Kebetulan sehari dua ni kak Rusmah dan kak T Ruhaida ada buat semakan pada fail kewangan di sini. Jadi, kami ajak mereka makan di Restoran Rumah Hijau di Satok tu.

kak Rusmah dan kak Ida...

Linda dan Mizi...ada dua orang lagi tiada dalam gambar (en Md Taib dan diri sendiri)...hehe

           Macam biasalah, design tempat makan memang cantik. Berselera je kami makan (nak bagi kak Azlin jeles bila lihat gambar nih..hehe). Semuanya makan menu yang sama. Tapi itulah, dok asyik berborak, lupa plak kami nak ambik gambor nasi asam penyet. Minta maaflah kepada kakak-kakak tersayang, tuan rumah tak dapat layan lebih, bawak ke kedai makan je, jadilah ye kak..selamat makan....

hiasan dalam rumah kedai...kek ada kat belakang tuh...

macam biasa..teh c peng spesel...sedappp....

Selasa, 13 Disember 2011

perbuatan pendek akal...

Pagi tadi, ku dikejutkan dengan kenyataan seorang kawan (macam saspen jer). Kereta kawan yang diamanahkan padanya telah digores orang. Kereta tersebut diletakkan di kawasan belakang pejabat (hampir dengan stor) dan di bawah kawasan berbumbung.

kesan goresan baru lagi...
Terkejut juga kami melihat hasil 'goresan' dari manusia yang tak bertanggungjawab tuh. Cubalah kalau kena kat kenderaan mereka, apa rasa agaknya kan! Kalau tak puas hati pun, bukan cara macam tuh. Semoga Allah memberi petunjuk dan ketenangan hati bagi mereka yang pendengki dan busuk hatinya.

nampak sedap...

Bila nampak air teh ni kan, nampak sedap dan menarik jer. Kaw kaw kata orang, siap dengan buih tinggi. Tetapi, ada tetapi tuh, bila minum, tawar habiaq (manisnya dua persepuluh jer) bak kata orang Kedah. Sabo jelah. Nak minta tambah susu manis, malaslah pulok. Jadinya telan jelah.

asam payak aka asam kelubi....

Kalau kat Sarawak, buah ni dipanggil asam payak (paya) dan nama lainnya ialah asam kelubi. Selalunya kita nampak yang telah dibuat jeruk jer. Kali ni dapatlah lihat, pegang dan rasa - memang masam (memang sesuai buat jeruk). Dok cerita asam payak nih, tetiba telan air liur je sebab teringat kemasamannya.



    Alhamdulillah, dapat juga cari buah ni walaupun bukan musim berbuah. Asam payak ni diminta oleh kawanku di KL - katanya buat penawar orang mengidam. Puas juga bertanyakan kawan-kawan dan meminta mereka mencari-beli asam payak, akhirnya hati berkata (Allah mudahkan jalan-alhamdulillah), ada di Kampung Melayu agaknya? Ku ambil keputusan untuk pergi ke deretan gerai di Kampung Melayu, atas sikit dari Kg Mang. Bapak juga yang jumpa - apa lagi, kubeli dua kilo.



    Ada juga rasa sedikit, masya-Allah masamnya, memang sesuai untuk ibu mengandung yang mengidam gamaknya. Ku lihat encik suami selamba je makan, rupa-rupanya makan sikit-sikit. Dapat kat diriku, ngap terus, mana tak masam! haha... serik nak makan lagi.
tetiba ada buah cempedak pulok...hehe.. saje nak tayang sekali dengan bakul bolat yg dibeli di Serikin..sapa minat, boleh tempah/kirim kat diriku..harga baik..hehe
p/s: alhamdulillah, empunya badan yang mengidam dah dapat makan buah nih selepas semalamnya kuhantar melalui pos laju.

Takdok catatan bulan Ogos!!

Aduhai. Takde cite atau entri pada bulan Ogos walhal bulan pentingku! Bulan kelahiranku! Nanti cite panjang ye sebab nak balik kampung sat....