Rabu, 30 November 2011

Buah Kristal

Bila dah namanya duk kat Sarawak nih, bermacam-macam jenis buah yang tak pernah kami lihat dan makan, akan jumpa khususnya di pasar Satok. Baru-baru ni, kami ternampak penjual menjual sejenis buah yang pelik jugaklah nampaknya. Kami memberanikan diri membelinya walaupun harga boleh tahan, mahal – RM12. Buah ni dipanggil buah kristal-kulitnya keras macam telur tu, buahnya manis-manis buah dan lemak sikit. Sedap jugak, alhamdulillah. Bijinya kami jemur dan nak cuba tanam.


macam buah laici kan...




biji pelbagai rupa...

Ingat kolam wish ker!

Macam pelik je kan tajuk entri nih. Takde maknanya. Dah lama sebenarnya kami tak ke Spring. Semasa tunggu encik suami yang ada urusan lain, sempatlah kulihat kolam di bahagian bawah pusat membeli-belah nih.  Ada beberapa replika seperti piring terpacak kat situ. Kebetulan piring tersebut menghala ke atas dan ada ruang untuk orang ramai untuk membaling duit siling ke dalamnya. Bila tak masuk, secara tak langsung akan jatuh ke dasar kolam.
            Tak pasti apa motif mereka membaling duit syiling tersebut. Biasanya kalau baling duit kat kolam ke telaga ker (kepercayaan non-muslim), membuat harapan dan doa sebelum duit dicampakkan - semakin bertambah pulak duit siling tu. Ramai pengunjung pun menoleh dua tiga kali melihat kawasan tersebut – mesti dalam hati, kalau takde orang, mahunya ku ambik duit syiling nih – nampak tak bernilai, bila dikumpulkan mahu puluh-puluh nilainya.
            Jika diperhatikan pun, jarak dasar kolam dengan tempat duduk pengunjung tak jauh pun. Mungkin kawasan tersebut agak terbuka, susah juga orang lain nak ambil kesempatan. Mungkin rezeki tukang cuci bila cukup masa nak bersihkan duit syiling tu nanti. Em entahlah apa motif pihak pengurusan, tak tahulah.
pandangan dari atas...

dah banyak namapknya duit syiling tuh..


pandangan dari bawah...


Soto Johor

Kali ni pulak, aura rajin telah meresap dalam diri. Bahan-bahan dah beli, resepi dah ambil. Apalagi jom kita memasak soto (maaflah tak sempat ambik gambo proses nak buat soto dek kesibukan membuat soto sendiri – encik suami ada kelas). Ada pun gambar hidangan lengkap soto – siap ada begedil lagi.
            Aura angin telah meningkat tiga kali ganda, maka terhasillah begedil kentang dengan ayam. Bukannya apa, kalau nak buat soto ni paling kurang memerlukan tenaga dua orang baru ada ruang bernafas. Konon nak tunjuk tere, maka kepenatan hilang setelah melihat hasilnya – alhamdulillah.
            Nak buat begedil nih (puas cari petua dan resepi terbaik kat internet), kalau nak sedaplah, kentang perlu direbus (jangan lama sangat-dah masak bila cocok dengan lidi-licin jer) dan ayam atau daging perlu dicincang elok (sebab tak sempat, daging ayam yang direbus-sejukkan jap pastu kisar sampai hancur-sepatutnya disiat-siat).
Kemudian, buh bawang besar yang dicincang, daun sup, jintan manis sikit, lada sulah dan garam – gaul dengan kentang yang telah dilenyek. Pastu macam biasa-kepal bulat, bila nak goreng, leperkan dan celup dalam bancuhan telur yang dipukul. Goreng dengan minyak separas begedil yang hendak digoreng – jangan lama sangat goreng sebab nak bagi kulit luar masak jer....pastu siap.. memang sedap dimakan dengan semangkuk soto. Kalau terlebih rajin, gorenglah hirisan bawang putih, makan dengan soto, memang terangkat.
pegedil kentang ayam yg berjaya diuruskan...

nampak kudus je kan..haha




lepas ni, ingat nak buat coto makasar plak..hmm ..nyum nyum

Beduk Diketuk

Antara buku bacaan ilmiah yang suka kubeli biasanya tulisan Dr HM Tuah Iskandar (motivasi-ayat santai dan berkesan), Ustaz Hasrizal Jamil (bentuk pengalaman dan pengajaran-seperti buku Aku Terima Nikahnya), dan terkini oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi (nama unik dan penyampaian tazkirah di radio IKIM memang terbaik dan berkesan). Tetapi kurang pasti melalui penulisan buku pula bagaimana cara persembahan dan penyampaian ilmunya, yang mana satu (tajuk) boleh dibeli dan kini sedang mencari bukunya yang bertajuk Beduk Diketuk (seperti dalam gambar).
Ada juga cari di MPH baru ni tetapi tak jumpa. Semoga dapat memiliki buku tersebut pada masa terdekat. Kalau dah minat cara penulisan dan persembahan/bentuk/isi buku yang menarik, memang tak kira kos dan masa, akan memiliki buku tersebut dan sentiasa menantikan keluaran terbaharu seperti buku motivasi Dr HM Tuah Iskandar – Jom Jom Jom...

Kuetiau cinta...

Haha..macam geleman je bila sebut entri tu kan. Hehe.. takde apa poon (slang mcm Johan Raja Lawak cakap). Macam biasalah, encik suami memang rajin dan pandai memasak (bukan bodek tetapi kenyataan). Macam biasa, encik suami telah menggoreng kuetiau dengan jayanya. Alhamdulillah sedap dan persembahan yang menarik. Terima kasih bang.


nyum nyum..kena habiskan sbb makan berdua jer...

deduit dan kelongsong sarang...

Balik kampung dapatlah juga ku menikmati keindahan di sekitar halaman rumah abah dan mak. Abah sempat memotong rumput. Harum bau rumbut menambat hatiku. Ku tidak lepaskan peluang untuk membantu abah menyapu rumput yang telah dipotong - dapatlah keluarkan peluh juga. Sementelah selesai menyapu, ternampak satu dua benda unik tergantung di pokok. Oh! Rupanya kelongsong sarang burung (tapi bukan burung tempua rasanya). Yang ni, kelongsongnya comel dan agak kasar struktur binaannya. Elok je tergantung di celah-celah pokok bunga kertas dan dahan pokok mangga.
   Sambil itu, dapatlah merakam gambar pokok duit-duit (deduit) yang sifatnya suka menumpang di dahan pokok (boleh mati pokok yang ditumpangnya dek deduit). Jika dah rasa dan tengok pokok tersebut nak mati, cepat-cepatlah buang deduit tu yer. Jom kita tengok gambar.

deduit...kalau boleh tukar jadi duit, best jugak..hehe




di celah pokok mangga...


gambar jarak dekat...

kecil je sarang nih-tergantung di celah pokok bunga kertas...




gambar jarak dekat..guna kamera hp je nih...hehe


hasil sapuan...hehe..tunggu kering baru bakar..hehe

cempaka desa....

Saya bukanlah taksub dengan bunga. Sekadar meminati dan menjadikan bunga cempaka sebagai lambang pada diri - bagi menempatkan diri dalam laman sosial dan sebagainya. Bunga cempaka, sememangnya harum baunya dan kecil bunganya. Pokok cempaka boleh mencapai ketinggian yang maksimum dan kadangkala bunganya sukar dipetik (sebab tinggi). Sebab itulah juga, e-mel gmail kuletak dengan nama cempaka-ardini. Kudup bunga juga akan berkembang bila tiba masanya. Kami juga membesar bersama pokok cempaka ini yang ada di laman rumah nenek.

sudah kembang....






masih kuncup-suka petik waktu kuncup-mudah dimasukkan dalam poket untuk kekal kewangiannya...

Mee Bandung...

Semasa balik dari seminar hari tuh, sempatlah juga singgah di restoran terkenal dekat tol Simpang Renggam, apalagi makan mee bandunglah. Menu wajib orang Johor. Alhamdulillah 'berasa' jugalah hidangan ni. Jom makan, ops dah habislah pulak.. hehe

nyum nyum sedap...

Seminar Kebudayaan di Kota Tinggi..

Akhir bulan sepuluh baru ni sempat ku menghadiri Seminar Kebudayaan Nasional bertempat di Muzium Kota Tinggi, Johor. Pemangku Pengarah bentang kertas kerja, maka ku menjadi peserta dan penonton setia. Sambil pergi seminar, sambil balik kampung selepas habis seminar.. yahoo...alhamdulillah dapat berjumpa keluarga di kampung.

selamat datang...

para tetamu dan peserta seminar

pembentang kertas kerja...

sesi perbincangan...

kami yang comel (gambar tidak dapat dibesarkan atas faktor keselamatan...haha)...

Jumaat, 25 November 2011

sepasang hantaran....

Eh! Boleh ke kata sepasang hantaran? Cuma nak cerita hantaran pihak lelaki dan perempuan yang dibuat oleh adikku jer. Adikku yang sorang nih memang kreatif dan bagus dalam bab buat hantaran. Ramai jugalah kawannya yang telah minta tolong dengannya. Biasanya satu pihak yang minta tolong buat, tetapi kali ni dua pihak pulak. Adikku ni mudah jer nak uruskan jika pihak yang minta dapat siapkan barang-barang, bunga dan segala macam tanpa berkira. Bila semua barang cukup di tangan, kan mudah kerjanya kan. Jom kita tengok hasilnya.

konsep bunga di taman...guna bakul rotan...


konsep warna hijau..


buat je dulu-isinya tuan punya badan akan letak..hantaran perempuan kepada pihak lelaki..


guna bakul besi rasanya..tema warna ungu..


hantaran dari lelaki kepada pihak perempuan...


Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...