Isnin, 28 Mei 2012

bestnyer...

Apa yang best? haha..ovenku telah mendapat tempat di hati kami. Sebenarnya, bila pergi Giant baru nih, jumpa satu meja yang rasanya muat nak letak ovenku. Almaklumah dah tersadai lama dengan alasan takde tempat nak letak. Maka dengan rasa teruja, encik suami memasang meja tersebut dan dengan bangganya telah meletakkan oven di atasnya. Hmm..lepas ni boleh mula projek kek yang dibakar plak. Kita tunggu daya kerajinan dan daya usaha juangku. Emm..bolehlah buat projek kek cawan plak..insya-Allah. Terima kasih bang!

taraa..nampak melendut je tengah tuh, perlu ditambah papan plywood kata encik suami..i ikut jer..hehe

taraaa..berkobar-kobar semangat nih...kek bakar dan dot dot..hehe

kek butter kukus..

Hati dah membuak-buak sebenarnya nak buat kek butter kukus. Bahan-bahan dah ada, resepi pun dah dapat dari seorang sahabat (terima kasih banyak kak Aida). Maka bermulalah projek malam semalam sementelah boleh dibawa ke majlis doa selamat mak bapak angkatku petang nih yang nak pi umrah Rabu nih. Dengan tekad dan Bismillah, maka bermula misi membuat kek nih (dengan harapan janganlah hangus mixer ku ini sebab kek ni memerlukan pukulan yang panjang - dahlah guna mixer jenama tutt). Macam biasalah ku lebih suka tunjuk gambar, resepi susah nak bagi kat sini, kalau nak, sila beritahuku yer. Inilah hasilnya, kubuat empat lapisan, adunan asal, warna hijau dan warna ungu.

bila dipotong baru nampak empat lapisan...
Istimewanya kek ni sebab guna butter dan yang penting dikukus. Diulangi sekali lagi, dikukus!..hehe..Senang hidup. Satu lagi petua Chef (lari topik sikit), lebih guna serbuk esen vanila daripada guna cecair sebab yang serbuk lagi wangi. Ku semangat mencari serbuk esen vanila, terbeli serbuk vanilin plak (takpe kata Chef, boleh guna untuk buat kuih tat nanti). Nasib baik jumpa yang betul-betul serbuk vanila. Hmm.. memang betul, kek yang kubuat lebih wangi baunya dan menusuk hidungku serta memenuhi ruang tamu rumahku..cewah, lebih-lebih plak yer. Kita tengok cara yer.

antara bahan-bahannya..tepung, telur...

butter dan gula dipukul hingga kombang setaman...

adunan dibahagi tiga (warna asal tak nampak)

lapisan pertama-adunan asal...

lapisan kedua, warna ungu..

lapisan ketiga -warna hijau...dan keempat - adunan asal

inilah hasilnya..kata kak Aida, kalau butter cukup, nak keluarkan dari loyang pun mudah (den lupa nak alas dengan kertas kek sebenarnya)...makan cicah dengan air kopi..hmm sodap nih...

tuna pedas..

Terliur melihat resepi dari blog kak Mohaini (dari Fatin juga) tentang tauhu sumbat inti tuna. Nyum nyum.. Maka kubeli bahan-bahan yang diperlukan (lagi best sebab daun ketumbar pun ado - hakak suke). Tapi derhaka sikit nak buat tauhu inti tuna nih. Walaupun dah beli tauhu, dek kerana malas nak goreng atau nak keluarkan isinya, maka kutempek kat roti serat jelah. Hmm janji sodap - alhamdulillah. Berasap pedaslah juga porut ni ha sebab beli tuna yang dah ado cili, tambah lagi cili, mano tak pedaih eh...

nilah bahan-bahan yang diperlukan, setin tuna (belasah je apa yang ado), daun ketumbar, cili api dan tauhu hanya hiasan semata-mata sebab tak dan nak goreng, maka kuganti dengan kepingan roti serat...

hah...kisar jangan tak kisar, buh daun ketumbar banyak-banyak pun takpe..memang sodap...

hasil setelah dikisar...wah nampak best tuh!

timun takde, maka tomato jadi mangsa, nasib baik sodap (ku memang tak suka makan tomato sangat)...

pastu tepek ini tuna pedas berasap tuh..fuh layanss...memang sodap...terbaiklah resepi Fatin dan kak Mohaini..terima kasih..
 
ni baki roti dua minggu sudah (tahan sebab letak dalam peti ais) - janji boleh makan lagi..layanss


apam mekar resepi chef

Sementelah pergi ke kelas membuat kek cawan - red velvet- coklat cheese - coklat ganache, sempat kubertanya pada chef, macam mana nak buat apam mekar aka senyum yang sebetul-betulnya. Bahan-bahan lebih kurang sama, apa yang penting, kerjasama!..hehe.. takdelah.

hmmm sedapnya...red velvet

kek coklat ganache

satu lagi, yang kiri sekali, kek coklat cheese..
Apa yang penting, kita kena rehatkan adunan selama setengah jam barulah dibubuh pewarna dan diletakkan dalam kertas cawan. OO.. macam tu ye Chef, baru kufaham. Selepas ni, bolehlah kubuat banyak-banyak dan kembang-kembang semuanya. Lalu kubuat keesokan harinya, alhamdulillah menjadi...kombang jadinya.
telah dingap oleh encik suami...

inilah hasilnya dari jarak dekat..

dari jarak jauh...

Rabu, 23 Mei 2012

majlis sanjungan budi

Pada 21hb Mei 2012, kami sempat meraikan kak Samizah Peni sempena persaraannya. Beliau telah berkhidmat selama 39 tahun. Beliau seorang yang rajin dan komited dalam kerjanya. Beliau dikenali sebagai nenek rempit sebab boleh tahan jugak menunggang skuternya dengan bercermin mata hitam besar. Beliau yang kukenali juga sebagai insan yang cekal dan rajin dalam kerjaya ataupun kehidupannya. Semoga kak Samizah dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang selepas ini dan menumpukan kepada bisnes dan ibadahnya. Selamat maju jaya ye kak.

 

bagus jugak...

Encik suami ada juga merungut takde ke tempat letak tisu besar kat dapur tuh. Maka ku mencari dalam laman muka buku kalau ada jual tempat letak tisu tuh. Alhamdulillah berjumpalah dengan satu bentuk bunga ala Inggeris, cantik pun cantik. Maka kuberurusanlah dan membayar secara dalam talian. Kalau pos laju, mahal regenya, maka ku minta dipos secara biasa (sebab harga pos laju lebih mahal dari harga barang, mana boleh).

Alhamdulillah, semalam barang tersebut dah sampai (walaupun ambik masa takper). Kubuka bungkusan, teruja sekejap sebab diberi sekali dengan tisunya, cantik pulak tuh (walhal orang lain pun pernah terima tisu juga tapi taklah teruja macam diriku).. hehe..dengan bangganya telah kuletak di dapur semalam...hehe..


pepatung...

Pepatung ni sempat kurakam usai solat Asar dua hari lepas di luar pintu surau. Cantik kejadian Allah SWT nih - Subhanallah. Bila dirakam memang tak berganjak. Kalau bahasa Melayu Sarawak, dipanggil klontet (jangan fikir bukan-bukan yer, itu memang namanya). Kalau di utara, bak kata kak Mohaini, cakcibo ke apa..hehe..layanss...

tongkol bunga...

Nama ikan ni secantik bentuk fizikalnya juga.

Baru-baru ni ke Goebilt, sempat merakan gambar ikan tongkol bunga nih. Layans jelah yer..hehe..

murah pun murah...

aiskrim baharu..

Hmm... sedap gak mencuba aiskrim baharu jenama Magnolia nih. Aiskrim ni diberi nama Sherbet. Agak mahal regenya, satu RM2.80. Kalau beli 4 dalam satu bekas dapatlah rege RM9.90.

menarik warna pembukusan pada kotaknya..
Sebab nak rasa semuanya, kami beli satu kotak. Ada perisa oren, tembikai susu, manggis dan laici. Kata encik suami, perisa manggis, pastu barulah  oren yang sodap (tak sempat rasa lagi). Jom layans..

comel je bekasnya..boleh guna untuk kegunaan lain...

biji selasih...

Dah lama beli biji selasih ni, cuma tak diolah je lagi. Bila teringin nak minum, maka kurendamlah biji selasih ni dalam air suam hampir satu gelas besar - alhamdulillah kembang elok je kejadiannya.

Jadi kubuat stok dan letak dalam peti ais. Jika nak minum air lain, mudah tinggal tuang je biji selasih ni sebagai penambah perisa.

sebelum dan selepas..nampak sedap kanss...hehe

makan lagi..

Hmm tak daya nak cerita panjang (mood: puasa) bila tengok bab hidangan nih..kang terliur pulak. Baru ni sempat masak untuk tetamu dan tuan rumah sendiri. Kami masak kerapu masam manis dan pedas, goreng udang dan cekur sayur bendi. Biasanya kami makan tanpa nasi, dek kerana ada tetamu, kami layan juga makan nasi. Layan jelah...

hmm meriahnya...alhamdulillah..

buah mangga besar punya!

(Ni sambungan cerita mangga bosar hari tuh)..
Alhamdulillah ada sahabat abang yang baik hati (Zahari) memberi buah mangga kepada kami. Kufikir buah mangga yang biasa-biasa je, nah rupa-rupanya besar juga. Ambik ko..hehe. Tunggu 2-3 hari jugaklah baru nak kupas kulitnya. Kalau nak sedap makan masa mentah ranum, kalau dah masak sangat, tak sedap kot.

versi gambar dekat..

versi gambar jauh sikit...
Zahari ajar untuk buat jeruk mudah. Letak gula, garam dan buh kicap dan cili padi, kemudian perap jap dan masuk peti ais. Kubancuh air gula, letak dalam mangga yang sudah dipotong-potong, buh garam sikit dan kicap manis, pastu tumbuk kasar cili padi buh sekali, kemudian letak dalam peti ais. Sedap makan sejuk-sejuk..hmm.

potong dadu atau ikut suka...

lihatlah bijinya..besar juga..ingat nak tanam belakang rumah..hehe
Isinya memang banyak sebab buah mangga ni besar. Dapatlah berbagi-bagi dengan tuan empunya yang beri. Terima kasih Zahari, nanti balik kampung, sila bawak lagi...hehe..

dah siap letak air gula, garam, kicap dan cili padi...nyum-nyum
 
dapat sebekas penuh..pasni boleh letak dalam peti ais untuk bagi sejuk ini jeruklah...


Qaleesya lagi..

Sebab dia comel dan cute macam abangnya, Wafi, kutangkap gambar Qaleesya banyak-banyak dan tepek kat sini. Jangan marah ye maknya...hehe.

sedapnya BBQ tido ye..hehe cantik tak riben saya...

hmm bestnya menggeliat...

pakai baju lain di hari yang lain..senyum macam Wafi...

janganlah pandang saya, malulah saya...

cik Ana buat lawak sebab tulah BBQ senyum..hehe

baik je dia tau, duk diam2 dalam stroller...

hai mama, auntie2 semua...

kreativiti

Berpelunag menjadi hakim pada Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Stampin minggu lepas. Kami mengadili persembahan kanak-kanak berpidato, bercerita dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (banyak lagi pertandingan lain yang diadili oleh orang lain-nasyid, hafazan).

Nampaknya, peserta lebih menonjol untuk pertandingan bercerita dalam bahasa Inggeris dan berpidato. Namun, hebat semua kanak-kanak ni sebab berani tampil ke pentas untuk berdiri dan bercerita. Kalau hakak, tak taulah macam mana, ketaq lutut! Tak sempat mengambil gambar mereka, yang sempat hanya merakam gambar hasil kreativiti membuat replika dari tanah liat. Jom kita tengok.




Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...