Selasa, 23 Oktober 2012

dadih dan lumut...

Dua minggu sudah juga ada buat dadih untuk jualan di pantri pejabat encik suami. Dek terlebih rajin...buat tiga warna dan rupa. Nak bagi best, buh buah-buahan dalam tin.

jemput makan..

Pastu dek terlebih rajin, kucuba juga buat kek lumut kebanggaan urang Sarawak. Ok juga rasanya (terkurang susu pekat sebab dah habis).

bahan utama-telur 10 biji gred A..hah gituh..

bahan lain, gula halus, tepung, mentega, nestum, horlicks, perasa pandan 60ml..

bila pecahkan telur pertama, tetiba keluar kembar..hehe..kan beza dgn sebelah kiri...

adunan demi adunan..susu pekat, pewarna dll...

dah siap bancuh...

letak dalam loyang..

dah selesai kukus..alhamdulillah...inilah hasilnya...

Selingan sikit:
Hidangan mudah, bubur ayam (makan sorang sebab encik suami lambat balik dan dah teman kawannya makan). Syukur alhamdulillah dengan rezeki-Mu Ya Allah.

taburan bawang putih, kegemaranku...


malas-malas sayang....

Assalamualaikum semua...


Ya Allah Ya Tuhanku, malasnya nak tulis entri. Ni kugagahi jua menulis...adoiii..dek sibuk menguruskan program Khemah Bahasa sempena BBK 2012. Ni cerita minggu lepas punya. Cerita belajar buat kuih bagai dan lasagna bagai dengan Chef Rashid, dari pagi hingga petang (selalunya satu sesi, ni terlebih teruja sebab apa yang diajar macam best jer)..kisahnyer.
inilah makaron dan biscoti (yg satu ok, satu lagi agak hangus)..
Sebelah paginya belajar buat makaron dan biscotti badam (best). Sebelah petang pulak belajar buat lasagna, sperpherd pie (daging cincang dan sayur campur, letak kentang yg dilecek dan keju di atasnya lalu dibakar - sedap gak) dan belajar buat sup cendawan dan roti (ala orang putihlah).

lasagna daging...

sperpherd pie..nyum nyum

roti bawangcsapu marjerin, daun salam dan bawang putih..

sup cendawan..

 Gambar dari sisi lain.

kepingan kulit lasagna..lagi murah beli dan sedia ada berbanding dibuat secara manual..
adunan roti, siap untuk dibakar

inti sperpherd pie - daging dan sayur campur..

diletakkan keping demi keping...

kuah lasagna..
roti dah siap bakar..

dipotong2 dan disapu jem dl

disapu bedak sejuk..ahakss...

Bila dah diajar buat makaron...oo macam tu jer..adunan pun mudah, guna tepung dan badam kisar halus. Tetapi kalau tak betul adunannya, tak 'berkaki' nanti.

maaf adunan tak sempat untuk dirakam

dah siap picit atas dulang, biarkan beberapa jam baru boleh bakar..

yippi..dah boleh bakar...

cantikkan warna nih..

nak letak inti pun boleh, kalau takmo pun takde...

dah siap bakar..

makaron ni manis..dah buat, boleh simpan dalam peti ais..tak boleh makan banyak2..hehe

buat kelainan sikit..tambah telinga..nampak tak berkaki? hehe

Pastu nak buat biscotti pun mudah je. Cuma guna putih telur, gula dan  tepung gandum sebagai bahan utama. Sedap pun sedap sebab guna badam besar kan.
adunan dah siap, sila masukkan dlm loyang...

dah siap diratakan. Bakar adunan separa masak...

inilah hasilnya..

pastu dipotong..

potong nipis-nipis lg biar rangup...

bilalah nak dapat beli pisau seperti ini, selagi takde pisau nih, malas nak buat biscotti nih..hmm
dah siap dibakar sekali lagi...

p/s: kalau nak resepi, mesejlah saya, malas nak tulis semula resepi yang diberi..huk huk

Khamis, 11 Oktober 2012

penyelamat...

Dah lama rasanya tak buat apam pokaldot. Malam tadi, dalam keadaan malas-malas rajin, kugagahi dengan semangat juang untuk mengadun apam...cewah gituh. Alhamdulillah jadik. Tengah menunggu apam kedua dikukus, tetiba ..eh eh eh, makin kecik je ku tengok api kat dapur gas. Hmm memang sah dah habis (mana tak habisnya asyik mengukus je kerjanya).

wahh..nampak bergaya tak? ahakss
Panik jap dan terfikir jap, takkan nak keluarkan cawan kertas dan masukkan dalam loyang besi dan bakar..macam tak kena jer - dahlah banyak lagi belum dikukus. Bila kuadukan masalah pada encik suami, laju je dia cakap, gunalah induction cooker - IC (ada beli masa mula masuk rumah ni dulu). Haah kan tak terfikir langsung. Hmm boleh ke kugunakan, macam tak yakin jer.

kita tutup kukusan dan masak seperti biasa...
Dengan keyakinan yang padu..cewah (sebab pengukus pun steel kan), laju je ku letak atas benda tuh. Alhamdulillah, selamat semuanya dikukus. Terima kasih IC.....

alhamdulillah jadik...

Projek keju...

Seperti yang pernah kukatakan sebelum nih, memang tak pernah ku mengolah keju dalam mana-mana masakan. Kali ni memberanikan diri membuat dua kek sekali gus (sebabnya satu bungkus keju dapat dibahagi dua untuk dua kek..hehe..itu yang penting - jimat belanja).

adunan keju untuk lapisan kedua...dikukus..
Dapat inspirasi buat kek lapis coklat keju ni dari laman blog Che Mat Gebu. Bahannya mudah dan senang diolah. Untuk resepi red velvet kuguna resepi yang kubelajar dulu (dulu guna cawan kertas dan konon nak buat cara kek pulak). Selepas selesai mengukus lapis ketiga kek lapis, terus kubuat aduann red velvet.

cantik kan teksturnya?
dah siap kukus...
dah siap potong...

Jom tengok resepi dari CMG (www.tiffinbiru.com)

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla 
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK BAHAGIAN COKLAT :-
Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.

UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :-
Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :-
Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 

Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.


Jom tengok resepi kedua yang ku belajar dulu.

Bahan A
250gm mentega
300gm gula perang
4 biji telur gred B

Bahan B – campur semua
2 sudu makan serbuk koko + 250 ml susu segar
1 sudu teh jus lemon
1 sudu teh cuka epal
1 sudu teh serbuk vanila
½  sudu teh garam
1 ½ sudu makan pewarna merah (red bridge)

Bahan C – ayak bersama
220gm tepung gandum
½ sudu teh baking poder
½ sudu teh soda bikarbonat

Cara membuat:
1.      Pukul mentega dan gula hingga kembang dan sebati (dalam masa 10 minit)
2.      Masukkan telur satu-persatu - gaul rata
3.      Masukkan bahan B dan gaul rata (gaul biasa dengan senduk kayu)
4.      Akhir sekali masukkan bahan C – gaul rata
5.      Masukkan adunan dalam paper cup (saiz M)
6.      Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 C – guna api atas bawah
7.      Sejukkan sebelum letak topping

TOPPING
Bahan
250 g cream cheese
300g fresh cream
60g gula icing

*Masuk cream cheese dan gula icing - pukul hingga sebati, baru masukkan fresh cream sedikit demi sedikit- pukul hingga sebati dan pekat.


* Selesai buat adunan kek, kuletak dalam dua loyang berbeza (kononnya nak buat tiga lapisan). Satu lapisan tebal dan satu lagi nipis. hasilnya, lapisan tebal sukses, lapisan nipis, hangus..haha (sebab kutambah suhu sebelah atas - baru tinggal sekejap je dah hangus).... haha..sabar jelah yer.


adunan dah siap...letak dalam dua loyang..


nilah hasilnya yg letak dua-dua dalam satu oven (kena asing-asing bakar kot)...
Makanya ku korek semua isi yang tak hangus, letak dalam bekas lain barulah kucurah adunan keju. Adunan keju pun salah pilih susu (hasilnya tak pekat). Satu lagi adunan ok, nak keluarkan pun tak dapat (malas nak letak kertas minyak, hah mcm tulah jadinya - melekat). Apa yang boleh buat, keluarkan kek dan susun cantik dalam bekas tupperware dan curah keju di atasnya. Siap dan masuk dalam peti sejuk.


Takpe Suhana, jangan putus asa, nanti cuba buat lagi (pasni nak buat adunan dalam kertas cawan plak). Layanss..

projek ketumbar...

Ke Pasar Satok baru nih juga sempat kumembeli biji benih ketumbar dengan tanah komposnya sekali. Dah suka makan daun ketumbar (dalam laksa swk), maka kucuba menanamnya sendiri. Nak guna tinggal ambik je atas singki dapur..hehe..harap-harap tumbuh subur lepas nih.

macam kek coklatlah pulak ye...
Biji ketumbar ni bukannya boleh ambik dari yang biasa kita beli nih. bijinya kecil sedikit daripada yang biasa, kalau tak memang tak hiduplah. Nanti kalau dah hidup subur (kalau), ku kan kemas kini ye..hehe..

Setelah dua minggu, daun ketumbar dapat hidup dengan baik. Jom kita tengok...

hingga ke hari nih, pokoknya semakin lebat..alhamdulillah...



Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...