Ahad, 11 Mac 2012

alu belian..

Semalam ke pasar Satok, ada jumpalah seorang makcik menjual papan pemotong, sudip dan alu + lesung. Menarik gak dengan struktur buatannya - halus dan kemas. Apatah lagi dengan menggunakan kayu belian. Berbaloi juga dengan harganya. Sempat kutanya harga sudip yang kecil itu, RM17..hmmm oklah sebab guna kayu belian (yang kuat dan kukuh). Jom tengok.

buatannya juga halus dan kemas...

masak pepahat...

Baru-baru ni teringin nak makan pepahat (kat sini dipanggil ambal). Maka kumasak sambal pedas ala asam pedas.Cuma kuletak daun kunyit sebagai pelengkap rasa. Ku belajar makan pepahat ni dari ibu angkatku. Sesetengah orang geli nak makan sebab strukturnya yang agak 'unik'. Nasib baik lalu je masuk tekak sebab rasanya yang lemak dan sedap. Jom cuba makan.

masak ala asam pedas...panas lagi ni dan berasap...

Sarapan pagi ni

sebekas bilis yang telah kukerjain...

tara...lumayan hasilnya..tinggal utk dibahagi-bahagikan dengan teman dll...

Sementara ku menyelesaikan misi ‘mengopek bilis’ sekilo yang hampir selesai (pemberian dan kiriman adik, Suhani-khas dari Langkawi-terima kasih), encik suami menolong membuat sarapan di dapur. Maka terhasillah nasi goreng bilis spesel dan roti cicah kuah dal. Alhamdulillah sedapnya, tambah-tambah lagi dengan bilis goreng yang banyak. Terima kasih bang!

nasi goreng dan roti segera berkuahkan dal...

nasi goreng spesel mewah bilis goreng..nyum nyum...

Menu sotong kangkung..

hidangan ringkas...
Malam tadi juga encik suami yang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan makan malam setelah ku berhempas pulas mengemas rumah dan membasuh segala bagai baju dan cadar. Selepas balik dari bersarapan dan Pasar Satok, terus menyelesaikan misi membasuh baju dan lain-lain.

Projek sotong kangkung dah dirancang semasa membeli barang di Pasar Satok. Dengan kekreatifan encik suami, maka terhasillah sotong kangkung buatan sendiri. Tapi sayangnya tidak sempat menyediakan kacang tanah untuk ditabur sebagai aksesori tambahan. 

tengok sajalah sambal petis cili tuh...mewah bijinya...


alhamdulillah...sedap...
Bila buat sendiri, hamboi pedasnya. Tetapi makin pedas, makin nak makan. Bak kata Ustaz, janganlah bertaubat macam makan sambal belacan (tetiba sambal belacan-tak kiralah janji pedas), semakin pedas semakin nak makan juga (sedap je makan walaupun pedas). Kiranya bertaubat sekejap je, pastu buat perkara tak baik lagi. Semoga kita tidak macam tu.

Cantik pulak..


Dah perasan semasa beli sebungkus kotak tisu di pasaraya baru nih, cantik juga corak flora pada kotaknya. Nasib baik murahlah jugak, ku rembatlah satu. Helaian tisunya pun agak sedap bila digunakan. Jom layanz gambar.
kabur sikit...

cantik kan corak floranya...

Buah roselle


merah menyala...

buahnya kecil sedikit berbanding induk buah yang asal...
Inilah hasil kedua (buah yang pertama di belakang rumah tak sempat nak petik atau ambil gambar) buah roselle yang encik suami tanam di tepi halaman rumah. Pokok roselle ni boleh membesar separas badan kita dan cepat mengeluarkan buah. Dah rasa sebiji, sedap juga dan masam sedikit. Nak tunggu buat air, tak banyaklah pulak kan. Jadinya telan jer.

pokok di tepi halaman rumah...sedang membesar...

alhamdulillah..mudah ditanam....

Kek coklat kukus...


Bahan sudah cukup dan mudah disediakan, maka kuatur langkah untuk membuat kek coklat kukus dengan mengikut resepi dari buku masakan (dah nak hampir siap baru teringat resepi istimewa dari makcikku). Tapi bahan dan cara lebih kurang sama dan hanya ada sedikit jer perbezaan.

Dengan lafaz Bismillah, terus mengatur langkah – cewah. Macam biasalah, buat apa yang patut, buat adunan dan sebelum tu perlulah panaskan kukusan. Oleh sebab, pengukusku itu sungguh comel, maka ku letakkan dalam dua bekas (dua kali mengukus). Kukus selama satu jam dengan api yang sederhana agar struktur kek tidak pecah. Dan acuan seeloknya dipanaskan terlebih dahulu agar struktur kek jadi cantik.

bancuh aduna seperti biasa

masukkan bancuhan telur dan esen vanilla

selepas dikukus...

buh topping susu pekat campur butter dan serbuk koko, pastu tabur beras coklat...
Macam biasalah, hasil untuk pertama kali kurang memuaskan. Rasanya ok. Cuma struktur kurang comel sikit. Tapi kutakkan berputus asa. Akan kucuba lagi dengan membaca resepi orang lain dan ambil nasihat dan tip dari kawan-kawan.

Projek apam eno..

hasil pelbagai rupa..


Kononnya sekarang ni tengah teruja nak mengembangkan ilmu kukus mengukus kuih terutamanya kuih apam. Sebelum ni dok sibuk apam mekar, la ni nak cuba apam eno. Bila diamati melalui pembacaan dan tip dari rakan-rakan, nak buat apa-apa apam bertapai (masam) seperti letak tapai pulut, nasi yang dikisar, ragi atau yis dan sebagainya, eno diletak sebagai bahan pelengkap. Tak kiralah nak perap sejam dua atau semalaman, selepas dibancuh dengan eno, perlulah cepat dikukus.

bancuhan malam semalam-kacau agar sebati

masukkan yis....

bahagikan dua-tiga adunan dan warnakan ikut suka

masukkan dalam acuan plastik..nak mudah keluar, lengser dengan minyak dulu..

acuan bulat..
Kali ni, kucuba menggunakan yis dan diperap malam. Maka bertungkus-lumus sebelum subuh menyiapkan adunan dan dikukus dengan jayanya. Lagipun apam eno ni mudah sebab tak perlu pukul adunan terlalu lama dan menggunakan tepung beras. Kali pertama buat, rasa dan struktur agak kurang menjadi, ditambah lagi kelapa parut tak dapat disediakan. Tapi, ku takkan putus asa. Nanti kucuba pula menggunakan nasi atau tapai pulut. Pasni pulak, teruja nak buat kek berkukus pulak, insya-Allah.
acuan kuih cara- ok jugak...

hasilnya...ada merekah sikit...
Jom kita tengok cara untuk buat apam eno walaupun kurang menjadi (segan sebenarnya nak tunjuk, kalau ada teguran dan komen, amat dialu-alukan). Kat sini, kubanyak menggunakan pelbagai acuan dan adunan warna agar lebih menarik.
selesai dikukus....

Selasa, 6 Mac 2012

Fettucini Bolognese

Tahap daya ketahanan puasa ku semalam sungguh hebat dugaannya. Ada membeli kek lapis untuk kukirim buat anak buahku di Langkawi, Hadi. Selain kek, ada juga kain untuk maknya (wajib). Berkejar-kejar juga menguruskan bungkusan tu semalam. Nak kena beli sampulnya, pastu balut (tumpang balut di kedai Miza-Kak Suhaiza). Pastu ke pejabat pos, nak ambik dan kena tunggu giliran nombor dipanggil (alhamdulillah, takdir Allah kerana kak Zarina masih menunggu giliran, jadi ku menumpang dengannya), selamat satu ketika dan tak perlu tunggu lama.

Kemudiannya, cari barang keperluan rumah. Ingatnya nak buat spageti bolognese (bekalan dah cukup, tinggal nak beli ayam je sebab nak kisar sendiri). Bila selesai membeli, balik pejabat dan solat zuhur di surau. Selepas tu, sempat juga terlena barang 20 minit. Lepas bangun dan bersiap naik ke pejabat, daya ketahanan dan kemengantukan semakin hebat nampaknya.

dim sum ayam terlebih kukus...hehe

rupa kureng, rasa boleh diperbaiki....hehe
Sampai di rumah sempat berehat jap. Pukul enam petang baru menggagahkan diri berperang di dapur. Ada hati nak buat dim sum ayam konon, tapi ada dua benda tak cukup. Sementelah barang lain dah ada, layan je buat. Sempat buat dua tiga ketul dan selebihnya encik suami tolong sebab ku nak mandi. Sempatlah kusiapkan kuah bolognese main hantam saja sebab lama tak buat. Yang jadi tukang rasa, encik suamilah sebab aku berpuasa.

sayur bunga kobis kuasingkan...hampir licin, tinggal kuahnya sikit untuk makan dengan roti dsb...
Selepas berbuka kurma, sempat jugak ku kukus dim sum ayamku. Alhamdulillah, sedap juga kuah bolognese ku (sapa lagi nak puji kan!). Spageti takde, jadinya kami gunakan fettucini sebagai ganti. Oklah, rasa sama, bentuk je berbeza. Jom layan.

rupa kabur...

rupa terang....saje bikin gempak walhal kamera ambik kurang fokus...hehe


Buah belimbing?

Orang Sarawak kata ni buah belimbing. Nama penuhnya tak pastilah pulak. Encik suami suka makan buah ni. Dua kali dapat rasa dan makan buah ni. Kebetulan bertandang ke Serikin. Waktu hala balik, singgah sekejap di pasar orang dayak di Sg Duyoh dan berpeluang membelinya.




Isinya macam isi buah rambai dan masam manis rasanya. Bolehlah kalau nak cuba makan.
Kalau buat jeruk, kulit dan isinya sekali dibuat jeruk-sedap juga kata orang sini.

selingan...


Selingan jap…gambar awan gemawan yang agak cantik.
Lokasi: Pending.
Waktu: 4.50 petang

Rumah burung walit

Kawasan rumah di Kampung Mang ni masih ada berkayu tinggi (rumah atas). Seronoknya bila mereka memanfaatkan ruang laman rumah dengan menanam padi. Di belakang rumah nenek, ada diusahakan sebuah rumah burung walit usaha anaknya. Kira usaha tersebut baru bermula dan burung walit sudah banyak membuat sarang di situ.
rumah burung walit....

pokok padi di tepi rumah...

Bagus juga usaha mereka kerana dapat menambah pendapatan. Mereka juga tidak lupa untuk menghadiri kursus dari awal hinggalah hasil sarang burung walit dapat dituai. Kata mereka, sarang burung walit ni banyak khasiatnya untuk dalaman badan (cantikkan kulit dan awet muda). Kalau dah namanya mengusahakan sendiri, mudahlah nak mendapat bekalan tanpa membelinya. Kalau nak beli, hmmm boleh tahan harganya.

Kalau ada peluang, nak juga merasa sup burung walit ni.

Kenduri Hol

Dah lama tak pergi ke rumah mak angkatku. Ahad petang baru berpeluang pergi sementelah rumah nenek ada mengadakan hol (kenduri arwah) nenek lelaki secara ringkas. Ringkas, ringkas pun, banyak makanan yang disediakan untuk tetamu yang hadir.

Masa kusampai, mak bapak dah ada di rumah nenek. Maka ku dan encik suami terus ke sana. Majlis pun baru nak bermula. Hanya adik beradik mak dan beberapa orang jiran merangkap sedara je yang hadir. Dapat juga kumembantu mengatur hidangan, membasuh pinggan dan menghabiskan lauk…hehe

Banyak lauk disediakan seperti kari ayam, sayur umbut kelapa sawit, rojak timun-nenas-sengkuang, sotong kurita masak lemak, siput bulat (tak ingat apa namanya), kuih-muih, ikan kering/masin, dan lain-lain. Jom kita tengok anatara hidangan yang sempat kusnap sebab keunikannya.


siput ??...nanti kucari namanya...

sotong kurita masak ala lemak...

Kunjungan keluarga makcikku..

sedang memilih dan memesan makanan...sempat berposing...

sempat jumpa Hafiz, awan nano...maaflah gambo tak terang...

mak dan anak-anak...ayah duk di meja..
Setelah adikku dan keluarganya bertandang ke Kuching, minggu depannya, makcikku (adik emak) sekeluarga dari Johor Bahru pula datang ke sini (22-25 Febbruari 2012). Dah beli tiket lama katanya. Aku sempat mengambil mereka di lapangan terbang. Mereka telah menempah rumah inap desa yang ada di Kg Siol Kandis (jauh juga dari bandar dan tempat lain) dan telah menyewa kereta. 

Begitu bagus perancangan suami makcikku, almaklumlah pemandu teksi, siap bawa GPS lagi sebagai pemandu arah. Oleh kerana mereka datang semasa waktu bekerja, agak terhad untuk melayan mereka. Ku sempat membawa mereka ke tempat makan (siap jumpa Hafiz awan nano), membeli T-shirt dan menunjuk arah ke Kg Budaya Sarawak serta selebihnya mereka berpandukan GPS. Kupuji pakcikku kerana agak cekap mencari sesuatu tempat.

Sehinggakan arah ke Serikin pun mereka lepas ke sana (telah beri pandu arah). Ku tak dapat menngiringi mereka ke sana disebabkan bertindan masa kubalik ke KL. Semoga mereka tak serik untuk datang ke sini lagi.

Adik kembar datang

Dua minggu sudah, adik kembarku, suami dan anaknya ada datang ke Kuching dan bermalam di rumahku (15-19 Februari 2012). Alhamdulillah dapat bertemu mereka setelah sekian lama tidak bertemu, apatah lagi anak buahku sorang, Hadi yang tengah teruja dengan angry birdnya. Dapatlah menghilangkan kerinduan. Jom tengok aksi Hadi semasa beri makan roti untuk ikan dan itik di Tasik Pustaka Negeri.


muka kena paksa bergambar...

marah macam angry bird jer...

tak sabo-sabo nak bagi makan ikan...hmm

besonya ikan-ikan nih...

itik pun ado ni ha...berebut dengan ikan...

terkesima bila lihat banyaknya ikan mengerumun.....
nak lagi bu...


roti dah habis ye yah....
Rezeki Allah bagi pada mereka kerana dapat menjejakkan kaki ke bumi kenyalang buat pertama kalinya. Itupun disebabkan urusan suaminya dengan pihak SIRIM. Sekali gus, majikan suaminya berbesar hati untuk menaja tiket penerbangan buat mereka bertiga. Bab penginapan, tiada masalah kerana mereka bermalam di rumahku.

muka tak mandi sebab kena awal ke Serikin...makan tetap makan...

banyaknya mainan...

dah dapat satu dah...

yang ni dapat tengok jer..

muka monyok sbb tak dapat mainan lain...

gambar depan kucing besar...
Oleh kerana masa yang agak singkat sementelah suaminya bekerja, hanya beberapa waktu dapat diperuntukkan untuk berjalan-jalan, ke waterfront dan Serikin sudah pastinya. Dapatlah adikku merembat satu tikar rotan.

Penerbangan mereka memerlukan dua pesawat, iaitu dari Langkawi-KL-Kuching - agak mencabar untuk mencari dan menempah dua penerbangan pergi balik ni. Semoga jika ada masa, panjang umur, murah rezeki, dapatlah mereka bertandang lagi ke mari.

Nanti datang lagi ye Hadi.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...