Khamis, 1 Ogos 2013

jom balik kampung...

Assalamualaikum sahabatku sekalian...

Pejam celik pejam dan celik lagi, Ramadan nak berakhir. Ada tujuh hari lagi kurang lebih, Muslimin dan Muslimat akan meraikan kemenangan. Tetapi sejauh mana tahap ibadah puasa kita? Kuakui agak bersemangat untuk mengerjakan solat Terawih pada awal Ramadan kali ni, tetapi mendapat 'cuti' lapan hari pulak. Selepas itu baru dapat menyambung semula puasa - semangat dijana semula. Lokasi solat Terawih yang paling hampir dengan perumahan kami, di Kompleks Perumahan Polis Tabuan.

Persiapan Syawal macam mana pulak? Agak sederhana nampaknya tahun ini. Upah baju hanya sepasang. Ada beli online tapi macam tak kena, rezeki adik nampaknya. Encik suami upah sepasang, beli sepasang tau. Tengoklah nanti kalau sempat, cari kat KL atau Kuantan. Kuih pun hanya beli tat nenas jer. Yang lain buat sendiri - florenta almond, popia nestum, cookies (semua yang mudah nak buat - selamat hidup..huhu).

Kemudian, dua bijik kek lapis tau. Percubaan pertama kurang berjaya nampaknya. Bertindak kurang bijak dengan tidak mengalas loyang. Bila nak dikeluarkan dari loyang, melekat sikit.. huhu.. dah jadi cacat kek lapis itu (tetapi lapisannya kacak). Kemudian kurang coklatnya pulak. Konpiden jer beli coklat Cadbury dua bekas yang kecil, ghupenya tak cukup hokey, patutnya beli sebalang besar. Kali kedua buat adunan yang mudah dan sedap - kek lapis strawberry cheese. Nampaknya mudah nak buat dan yang penting mudah dikeluarkan sebab buh alas - alhamdulillah. Namun, tempahan atau kiriman kek lapis wajib beli, iyelah buat sendiri untuk keluarga jer, kalau terima tempahan maunya ku cuti sebulan...hehe.

Siap ada tempahan kek coklat kukus plak tiga bekas..layan. Tak terkabe (larat) kata oghang Sarawak rasa badan nih. Tetapi kugagahi jua. Sambil-sambil bakar guntingan popia (sepatutnya digoreng - tapi nak elak berminyak). Pastu bakar florenta almond plak- kuih terkini katanya. Selesai. No more buat kuih lagi sebab esok malam dah nak balik KL dah, yahoo.com. Penat tapi puas.

Lepas ni, apa lagi, balik kampung ler. Giliran beraya tahun ni di Johor dulu baru Kuantan. Disebabkan cuti awal, kami balik Kuantan dulu ngabas (jumpa) ma abah. Pastu turun KL semula, balik sekali dengan adik yang turun dari kayangan, eh silap dari Langkawi. Harap kereta muat untuk isi barang kami juga - jangan bawak barang banyak sangat ye Ani! Hehe...Dahlah kami ni menumpang, kami anak perantauan, tiada apa-apa..tetiba.

Lepas tu berapa banyak lepas daa..dah beraya di Johor, balik semula ke Kuantan. Iyelah bukan selalu dapat ngabas orang tua. Apa lagi, manfaatkan ruang yang ada. Tak cuti lama sebenarnya kami ni sebab 15 Ogos dah naik bekerja semula. Nanti nak cuti Raya Haji lagi, simpan-simpanlah cuti tu ye Suhana.

Untuk sahabatku semua.

Selamat menghabiskan ibadah puasa kita dan Selamat menyambut lebaran. Hati-hati memandu dan ingatlah orang tersayang. Maafkan lahir batin dari kami. Semoga Allah menerima amalan dan  ibadah puasa kita. Amin...

Rabu, 17 Julai 2013

Ramadan 1434H

Assalamualaikum semua.

Pejam celik pejam celik, dah lapan hari kita berpuasa. Alhamdulillah dipanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadan pada  tahun ini. Ada juga tanamkan azam untuk betul-betul menunaikan solat sunat terawih, apakah selama ini tidak betul-betul? Oo tidak. Sebelum ini agak culas sebenarnya - kembali ke jalan yang terang, cuba nak tingkatkan sedekah amal jariah dan nak kurangkan makan ni tak masuk dalam list pun tak apa hokey. Semoga Allah memudahkan ibadah kita semua.

Selama enam hari, Allah memberi rezeki untuk ku bercuti daripada berpuasa-alhamdulillah. Dan hari ini, baru bermula semula ibadah puasaku. Ku tambah-tetiba datang lagi..huwaa...Ada juga kami balik minggu lepas ke KL-berpuasa di KL katanya (tiket dah beli lama-Murahhh-ayat tak boleh blah kata kawan aku..haha). Mulanya memang dah beli tiket pergi balik naik MAS, MAS gitu, murah tambangnya, bolehlah berlagak jap ek. Balik hari Jumaat malam dan Isnin pagi kembali ke Kuching. Namun apakan daya, terpaksa balik Ahad pagi (dah beli tiket tambang murah plak-yang ni guna duit encik suami) sebab beliau kena bertugas sebagai ketua penjaga periksa di UiTM. Redho jelah ye Suhana. Macam balik kampung depan mato jer...sekejap sangat-sangat.

Apa azamku lagi? Tak nak boros berbelanja, membazir amalan syaiton- boleh percaya ker? Oklah kan, baju raya hanya tempah sepasang mesti kak Monie heran kan..hihi. Kuih pun tak nak tempah tapi kek lapis kegemaran nak juga tempah tau. Nak buat kuih raya sendiri katanya, biskut florenta wajib buat senang je tuh buatnya..cewah, kek lapis sebiji dua boleh caya kerr dan seangkatan dengannya janji mudah nak buat.

Apa pun puasa kali ini agak bersederhana dalam berbuka puasa. Rutin harian kami, bersihkan daun salad, hiris timun dan lobak-perahkan lemon, masukkan dalam peti ais seketika. Pastu lumurkan daging ayam yang telah dipotong siap dengan garam dan segala mak nenek, goreng dengan minyak zaitun (bermacam cara dah buat, janji jadi ayam goreng masak kunyit, halia dsb). Pastu hidangan sampingan kalau ada. Leni encik suami rajin plak buat popia. Memula buh inti sayur, pastu inti kari kentang. Pasni tak tahu apa pulak. Alhamdulillah  bersyukur dengan rezeki yang ada kalau rasa nak makan banyak sikit, apa lagi balik Kg Mang lah jawabnya (hujung minggu).

Nak berkongsi satu lagi rasa kepuasan dalam bulan puasa ni apabila dapat berbuka dengan kurma dan air, selepas itu menunaikan solat maghrib, kemudian barulah makan makanan berat mungkin hidangan berbuka tak meriah kot..hehe... Rasa best pulak (itu perkara kecil yang dapat diikut buat masa ini-syukur). Mungkin pada pandangan mata orang lain tak ambil kisah pun. Pada kami, bila dapat buat perkara ini, dapat memberi kepuasan-hanya Allah sahaja yang Tahu. Alhamdulillah.

Alhamdulillah encik suami dapat mengurangkan berat badan lebih sepuluh kilo dah dengan menjauhi karbohidrat. Sebelum bulan berpuasa lagi dah amalkan makanan sihat. Aku? Jangan cakaplah. Sebelum berpuasa hari tu, sarapan dan makan tengah hari macam biasa, bila balik rumah je boleh ikut rentak makan encik suami. Nak kata turun tak turun, nak kata naik tak naik..haha. Sebenarnya bukan susah mana pun nak kontrol makan kita, antara nak tak nak jer. Sejauh mana usaha kita dan kekuatan mental kita untuk mengawal pemakanan kita. Harapnya bulan puasa ni dapat mengurangkan lemakss di samping dapat pahala berpuasa, amin. Nak beli baju raya ready made pun tak konpiden lagi..haha. Pakai apa yang ada, kata nak jimat kenss..

Alamak teringin nak makan bubur lambuk stail Pahang lah. Aci tak kalau buat bang...huhu

Baiklah, sampai sini dulu coretan ku yang kejap ada kejap lambat ikut mood nan hado. Nampaknya, satu bulan satu entri jugak..huhu..

Sampai ketemu lagi. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Kurangkan makan, lebihkan senyuman, sedekah dan amal jariah. Serta hindari Param selagi boleh..haha tetiba.

Selasa, 28 Mei 2013

tetiba...

Sebelum nak beradu, jom layan gambar ceria kubersama teman-teman sepejabat. Sesekali mereka nak inteprem gak kan. Yang tengah tu Stephanie Lenya Chaong, nama pendeknya Step - seorang yang baik, bijak, rajin.

Suka tau dengan semangat bekerjanya dan juga personalitinya yang merendah diri dan rajin belajar sesuatu perkara baharu berkaitan tugasnya. Step bersekali denganku kursus induksi di KL sebelum ni.

Yang sebelah kiri tu Kak Shirley Amilia Nayong atau nama panggilannya kak Non. Seorang yang cantik, baik dan suka membantu kengkawan. Kak Non ada dua orang anak buah yang sangat comel. Macam cite kanak-kanak plak ek...haha

Itu je nak cite malam nih...hehe..jangan boring tau kengkawan...yang tudung oren tu jangan cakaplah, sengih memanjang je kerjanya..haha..

Untuk perhatian kengkawan terutamannya kak Monie, hakak tudung oren dan Step dan seangkatan dengannya sedang dalam proses mendietkan diri kami hokey...jom sahut cabaran kami kak Monie - kawal makan dan berjoging. Joginglah sangat kans...haha..mereka joging tp ku sesah baju dua bakul je.. hehe.. cukuplah tu kans...hehe..mesti dapat hilangkan 1000 kalori paling kurang..haha..mesti kak Monie marah nanti dengan kenyataan poyo ku ini..

kek karot aka lobak yer...

Atas dasar kerinduan dan sedikit kerajinan untuk 'membaking', maka terhasillah kek karot aka lobak merah. Bukan karot komedia ek..haha. Maaflah tak dapat tunjuk kek yang penuh. Dapat tunjuk bahagian kek yang sudah dibahagi-bahagikan untuk kengkawan, rezeki mereka nampaknya.

nampak je buruk, tapi sedap tau..cit perasan habis..haha
Ni cuba resepi yang kawan bagi, tengkiu pren. Sebenarnya bila 'search' resepi kat blog, berlambak resepi kita boleh dapat. Resepi pun tak banyak beza, nak kena rajin mencuba jer...hehe..

Tapi macam biasalah, keadaan suhu dan masa oven yang tidak selaras, agak menganggu perjalanan pembakaran sebiji kek. Berkali-kali melihat keadaan kek dan terpaksa beberapa kali menambah suhu dan masa pembakaran.

Dengan banyak kesabaran, jadiklah kek karotku...alhamdulillah..takde cite lain gamaknya..asyik cite kek je ek...

alat baharu...

Alhamdulillah encik suami ada membelikan ku sebuah alat baharu untuk membantu para suri rumah tangga macamku, suri rumah tanggalah sangat ekk. Best sangat. Apa dia bendanya? hehe..jeng jeng..taraaa..over plak ye.
steamer baju ek..nama bm nya..apa ekk..
Tapi bila nak guna nih. Sebab leni malas amat untuk menggosok baju sendiri. Dah ada benda nih, takde alasan lain ye.Tetapi bila nak cuba guna ekk. Perlu hargai suami tau, tanda prihatin dan sayang pada isteri. Harus puji lebih tau..hehe.

Nampaknya, tunggu beberapa hari lagi encik suami balik bercuti barulah ada semangat nak cuba tau. Bersabarlah ye alat baharu itu. Agak-agak lepas ni boleh buka kedai dobi tak? kui kui...

Khamis, 23 Mei 2013

Apa habaq...

Assalamu alaikum....
Sahabatku yang amat dikasihi sekalian. Apa habaq semua. Rindu kat cheq tak?..haha.. perasan sangat.

Ya Allah dah lama rasanya tak bersiaran...tahap kemalasan gaban taro nampaknya. Maklumlah busy dan banyak tugas nak kena buat. Orang lain pun busy gak kan. Nak membaking pun malas..acaner. Nak memasak sekarang pun dah boleh skip selalu sebab encik suami mulai mendiet. Sukalah tuh! Secara tak langsung, dapatlah tuan badan nih turun mendiet. Betul-betul nih tau, buka memain..haha.

Bukan apa, seorang dua kawan kat pejabat ni dah mula mendiet dan berjoging setiap hari. I perasan pun badan dah susut sikit. Perasan lagi. Sebab gelang yang dipakai ni asyik melurut je kat lengan. Melurut sangat kans..haha. Satu perkara lagi yang best, nanti bolehlah bawak biskut bagai makan di kantin, pastu order air panas je, kemudian celup. Bayangkan macam makan burger jelah kesedapan biskut itu.

Seronok sebab dapat kawan untuk mendiet, pastu saling mengingati..hepps jangan makan itu, ini, kolestrol, lemak wei..Oh bestnyer..ehh, best ke...haha. Tak seronoknya sebab kena kawal makan sedap-sedap. Harap-harap dapat mengurangkan 10 kg..ingat sekampit beras ke..hihi. Jangan kuruih di jari je sudahlah, bak kata Mama Monie... kui kui kui

Ku dah boleh happy sikit leni sebab dua majlis DBP dapat ku selesaikan - 30 April 2013, Forum Pelajar. dan baru semalam usai mengadakan majlis untuk tiga pertandingan (22 Mei 2013) - pertandingan  deklamasi puisi sekolah menengah, pertandingan sahibba sekolah rendah dan menengah dan pertandingan pantas Jawi. Bila menulis ni baru teringat bahawa lupa nak e-melkan senarai nama pemenang ke KL..aduhai.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuma tak pengsan je. Terima kasih semua staf yang bersama-sama membantu menjayakan majlis.

Sebelum majlis di atas berlangsung, sempatlah jugak balik kampung untuk mengundi dan membantu keluarga menjayakan majlis perkahwinan adik pada hari yang sama. Jangan tak tahu, adikku dapat jodoh dengan orang Santubong. Nampaknya tak dapat pisahkan ikatan Sarawakian hingga bersambung pada adikku. Hari Jumaat minggu lepas pun kusempat balik KL sorang menjenguk rumah. Encik suami ada kelas PJJ pulak ye. Dapatlah aku merambu ke KL (dalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan - berangan je kan).

Selepas ini nak tumpukan pada majlis Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober dan satu lagi majlis dalam projek ku - Majlis Anugerah Tinta Kenyalang. Harapnya dapat buat pada bulan Oktober gak. harapnya tidak melewati bulan November atau Disember.

Oh ye, satu lagi projek baik punya. Projek juta-juta lemon. Ada jugak membuat batas, dua ye, dua batas tanah ye untuk kutanam jagung katanya. Benih dah lama ada dah, tapi belum disemai je. Makanya dengan semangat gigih dan dengan daya kekuatan yang ada, kucangkul itu tanah (bekas tempat bakaran), buat dua batas dan tanam biji butir jagung itu, rupanya ada lapan ketui je. Buh jelah, banyak hal pulak ek. Namun demikian, setelah seminggu ditanam itu benih, tarak jugak naik. Kata encik suami, dalam sangat buh biji kot..haha.. Itulah Suhana, bajet pandai pastu tak nak bertanya. Lepas beberapa hari ni tak berbuah gak, nak kena korek semula gamaknya. Rumput adalah naik..huhu

Oklah sampai kat sini dulu. Mesti boringkan baca ceritaku dengan tiada gambar sebagai penyeri. Belum cuba nak masukkan gambar sebenarnya. Esok cuti umum. Nak pergi mana ek. Nak cari kayu, nak cari kayu..haha. Tadi encik suami bertanya, esok nak ke mana, maka jawab tuan puteri (sangat), esok kita balik Kg Mang ye bang... Insya-Allah. Rindu nak jumpa keluarga angkat sebenarnya..hehe

Ok cau cit peng...hehe

Jumaat, 1 Mac 2013

1 Mac 2013 sudah

Assalamualaikum sahabatku yang dikasihi sekalian. Setelah sekian lama tak menulis, baru rasa rajin kali nih. Macam biasalah awal tahu sibuk dengan SKT, laporan penilaian prestasi, kertas awalan dsb (kan best kalau jadi suri rumah dan pesara..hehe, tak fikir pasal tugasan pejabat). Dua minggu sudah berpeluang balik kampung. Guna tiket waran katanya, cuti sakan. Seminggu awal balik sendiri ke Johor. Pastu sempat ke Langkawi jumpa Hadiiii! Pastu baru balik KL, pada masa yang sama tulah baru en suami balik KL (sebelum sibuk ada kelas).

Selepas dapat bermalam semalam di rumah sendiri, kami pun bertolak balik ke Kuantan dan naik bas dari UTC. Alhamdulillah sepanjang bercuti ni, mendapat pertolongan yang tak dapat kami balas rasanya - tolong ambil dan hantar ke epot, malah ke UTC pun, hamba Allah yang baik hati ni sanggup menghantar kami. Alhamdulillah syukur. Kiranya balik kali ni, pusing satu Malaysia kot, dari KCH-JHB-KL-LKW-KL-KTN-KL-KCH semula.

Pada minggu lepas dan sehingga hari ini, ditinggalkan suami pula..hehe..sebab encik suami ada reunion dan Konvensyen Munsyi Jawi di KL. Bukan tak biasa kena tinggal pun, pernah 10 hari juga encik suami berkursus induksi di Perak. Cuma nak buat apa-apa tu tak best sorang-sorang..haha.. Makan pun tak berapa lalu, tetapi mandi tetap basahlah..hehe.

Selepas ini, banyak projek menanti sepanjang bulan 4-5. Bersedialah Suhana. Kertas awalan dah siap, tinggal pelaksanaan je belum. Semoga Allah permudahkan urusan kami semua. Bulan Mac juga tiada hari dan ruang untuk kami balik semenanjung (boleh selamatkan bajet sikit... sikit je). Tapi, bulan 4 dan 5 jugaklah ada balik ke KL (tiket dah beli awal). Rasanya kena balik setahun sekali je masa raya untuk jimat duit. Tapi apakan daya, kami masih ada mak ayah dan keluarga yang perlu dijenguk. Semoga pengorbanan ini mendapat rahmat dari Allah SWT jua.

Baiklah, dah banyak sangat rasanya kuberceloteh. Jom sambung buat kerja. Yeayyyy, esok hujung minggu dah. Nak pergi joging sebelah pagi ke nak cari sarapan jer? Dalam dilema. Hish dilemalah sangat. Joging lebih baik..haha..jangan lepas joging makan roti canai sudehlah. Nanti bak kata Kak Mohaini, kuruih setakat jari-jemari jer...haha.

Selasa, 8 Januari 2013

seminggu dah berlalu...


Masuk hari ini hari ke-7 dan ke-8 jap lagi (dah pun). Sudah seminggu kita memasuki tahun masihi 2013. Masih menunggu nak buat laporan tahunan (sistem tak dibuka lagi), cewah, tapi memang mengharap agar cepat buat, dapatlah juga buat SKT dan kertas awalan yang sepatutnya.



Mood memasak pulak, turun naik. Ada cubalah buat pavlova, senang je rupanya, tapi nak kena cara dan bahannya. Kena rajin lihat mr google dan bertanya pengalaman kawan-kawan. Pastu, minggu lepas ada buat biscotti, mudah je buatnya, sedap pun sedap (minta tolong encik suami potong-memotong adunan yang dah siap bakar separuh-terima kasih bang).



Tempahan crepe masih berjalan - Alhamdulillah. Buat bila ada permintaan - crepe durian, blueberry, jagung dan coklat. Dapat juga memperbaiki kemahiran nak buat kulitnya (crepe). Semak juga resepi dari blog-blog yang lain, 'try and error'. Stok durian perlu pastikan cukup dan ada dalam sejuk beku, kalau tak, memang tak boleh buat crepe durian.



Tetapi, tak best bila kadang datang malas nak masak untuk makan malam - takde idea kadang bila bahan mentah tak berapa ada. Alhamdulillah, ada encik suami membantu menyelesaikan masalah yang ada - masak seadanya.



Mood: Tak sabar nak balik KL, tengok rumah..huk huk...

Selasa, 1 Januari 2013

esok kerja dah?

Esok kerja dah ker? Hmm betul lah tuh Suhana. Esok dah kerja. Tetiba plak, terasa nak tulis entri jugak malam ni kans walaupun tanpa gambar bagai. Semangat tahun baharu kot. Nak ambik mood setelah empat hari cuti kans. Encik suami siap pesan, tido awal, sok nak bangun awal...hokey bang! Macam nak gi sekolah je kans. Bukan apa, esok bermulalah kesesakan di jeraya (jalan raya) dengan mak ayah sibuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Makanya, ku jugak kena keluar awal lah.

Kakak-kakak di pejabat pun esok belum naik kerja lagi, ambil mood anak naik sekolah katanya. 7hb baru naik, memang sakan cuti kan. Dari salah satu segi, baik untuk motivasi kepada anak-anak - bagi sokongan. Selepas ni siap sedia dengan laporan penilaian tahunan pulak ye, kemudian SKT, kertas awalan juga jangan dilupa - semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Hmm macam mana pun, esok kerja ye. Jom masuk tido (eh awal lagi, pukul 11 malam boleh kot), nak layan A&H jap. Harap-harap mata ni dapat lena awal. Selamat malam sahabatku sekalian.


Mood : rindu mak abah, keluarga di kampung, rumah di KL, jejiran di KL, pokok pisang, ikan guppi - tetiba jer...haha


Selamat Datai Tahun 2013 Masihi

Selamat tinggal 2012 Masihi dan Selamat Datai 2013.

Assalamualaikum sahabat yang kukasihi sekalian.

Ini kira entri pertama untuk tahun 2013 tanpa gambar. Buat masa ini hanya mampu menulis tanpa gambar. Harap-harap sahabatku tak boring yer. Untuk suami, 2.1.13 genaplah dua tahun berkelana di bumi kenyalang ini. Kupulak, 15.2.13 baru genap dua tahun (sama dengan Puan Hajah Asmiah Ajamain semasa melapor diri di DBPCS). Sekejap sahaja masa berlalu. 

Pejam celik pejam celik juga, dah lapan tahun kuhidup berkongsi kasih dan sayang dengan encik suami - terima kasih atas pengorbanan, perhatian dan kasih-sayang, dan mohon ampun dan maaf atas kekurangan, kekhilafan diri ini selama mana menjadi suri hidupmu.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi ruang bernafas di bumi-Nya ini. Banyak kenangan manis, tak berapa manis (pahit takdaklah) telah dilalui sepanjang tahun 2012. Sedih pun ada, bila berpisah dengan sahabat seSarawak yang kembali ke tempat asal (DBPKL). Sekali berpisah dua orang pulak tuh (tiadalah lagi pengacara berwibawa di sini) Linda dan Mizi. Ku tabahkan hati menyambung kelana di sini kerana ada sahabat-sahabat lain yang baik hati di sini. Mungkin tiga tahun lagi, atau lima tahun lagi berkelana di sini, semua Allah dah aturkan - kita perlu lalui dengan tabah.

Apa yang gembiranya bila dapat naik pangkat, syukur sangat-sangat dengan kurnia dari Allah SWT. Keyakinan ku bertambah kagum dengan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT - hasil doa dalam setiap sujud dan usai solat- alhamdulillah. Kukira rezeki bila kita berhijrah, tidak kira berhijrah tempat, sikap positif dan sebagainya, kerana Allah Maha Mengetahui. Terima kasih Ya Allah.



Apa harapan tahun 2013?

1. Berfikiran lebih positif, bersikap tenang, bersangka baik serta saling memaafkan dan saling membantu
2. Semoga dapat meningkatkan mutu kerja - komited, bijak membuat keputusan, lebih baik dan berwibawa
3. Sentiasa murah rezeki dan dapat mengurangkan lemaks di badan
4. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, berbuat baik kepada suami, ibu bapa, keluarga dan sahabat
5. Mohon Allah SWT kabulkan doa untuk kami mendapat zuriat yang soleh dan solehah
6. Dapat menunaikan umrah pada tahun hadapan bersama encik suami (amin) - berharap sangat

Cukuplah setakat itu harapan yang dapat kufikirkan buat masa ini. Kita hanya mampu meminta dengan-Nya. Hanya Allah yang telah merancang dan memakbulkan doa yang kita minta. Semoga Allah mengambunkan dosa kita, suami kita, ibu bapa dan keluarga kita.


Selamat tahun baru 2013 untuk sahabatku sekalian.




Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...