Khamis, 1 Ogos 2013

jom balik kampung...

Assalamualaikum sahabatku sekalian...

Pejam celik pejam dan celik lagi, Ramadan nak berakhir. Ada tujuh hari lagi kurang lebih, Muslimin dan Muslimat akan meraikan kemenangan. Tetapi sejauh mana tahap ibadah puasa kita? Kuakui agak bersemangat untuk mengerjakan solat Terawih pada awal Ramadan kali ni, tetapi mendapat 'cuti' lapan hari pulak. Selepas itu baru dapat menyambung semula puasa - semangat dijana semula. Lokasi solat Terawih yang paling hampir dengan perumahan kami, di Kompleks Perumahan Polis Tabuan.

Persiapan Syawal macam mana pulak? Agak sederhana nampaknya tahun ini. Upah baju hanya sepasang. Ada beli online tapi macam tak kena, rezeki adik nampaknya. Encik suami upah sepasang, beli sepasang tau. Tengoklah nanti kalau sempat, cari kat KL atau Kuantan. Kuih pun hanya beli tat nenas jer. Yang lain buat sendiri - florenta almond, popia nestum, cookies (semua yang mudah nak buat - selamat hidup..huhu).

Kemudian, dua bijik kek lapis tau. Percubaan pertama kurang berjaya nampaknya. Bertindak kurang bijak dengan tidak mengalas loyang. Bila nak dikeluarkan dari loyang, melekat sikit.. huhu.. dah jadi cacat kek lapis itu (tetapi lapisannya kacak). Kemudian kurang coklatnya pulak. Konpiden jer beli coklat Cadbury dua bekas yang kecil, ghupenya tak cukup hokey, patutnya beli sebalang besar. Kali kedua buat adunan yang mudah dan sedap - kek lapis strawberry cheese. Nampaknya mudah nak buat dan yang penting mudah dikeluarkan sebab buh alas - alhamdulillah. Namun, tempahan atau kiriman kek lapis wajib beli, iyelah buat sendiri untuk keluarga jer, kalau terima tempahan maunya ku cuti sebulan...hehe.

Siap ada tempahan kek coklat kukus plak tiga bekas..layan. Tak terkabe (larat) kata oghang Sarawak rasa badan nih. Tetapi kugagahi jua. Sambil-sambil bakar guntingan popia (sepatutnya digoreng - tapi nak elak berminyak). Pastu bakar florenta almond plak- kuih terkini katanya. Selesai. No more buat kuih lagi sebab esok malam dah nak balik KL dah, yahoo.com. Penat tapi puas.

Lepas ni, apa lagi, balik kampung ler. Giliran beraya tahun ni di Johor dulu baru Kuantan. Disebabkan cuti awal, kami balik Kuantan dulu ngabas (jumpa) ma abah. Pastu turun KL semula, balik sekali dengan adik yang turun dari kayangan, eh silap dari Langkawi. Harap kereta muat untuk isi barang kami juga - jangan bawak barang banyak sangat ye Ani! Hehe...Dahlah kami ni menumpang, kami anak perantauan, tiada apa-apa..tetiba.

Lepas tu berapa banyak lepas daa..dah beraya di Johor, balik semula ke Kuantan. Iyelah bukan selalu dapat ngabas orang tua. Apa lagi, manfaatkan ruang yang ada. Tak cuti lama sebenarnya kami ni sebab 15 Ogos dah naik bekerja semula. Nanti nak cuti Raya Haji lagi, simpan-simpanlah cuti tu ye Suhana.

Untuk sahabatku semua.

Selamat menghabiskan ibadah puasa kita dan Selamat menyambut lebaran. Hati-hati memandu dan ingatlah orang tersayang. Maafkan lahir batin dari kami. Semoga Allah menerima amalan dan  ibadah puasa kita. Amin...

Takdok catatan bulan Ogos!!

Aduhai. Takde cite atau entri pada bulan Ogos walhal bulan pentingku! Bulan kelahiranku! Nanti cite panjang ye sebab nak balik kampung sat....