Selasa, 8 Januari 2013

seminggu dah berlalu...


Masuk hari ini hari ke-7 dan ke-8 jap lagi (dah pun). Sudah seminggu kita memasuki tahun masihi 2013. Masih menunggu nak buat laporan tahunan (sistem tak dibuka lagi), cewah, tapi memang mengharap agar cepat buat, dapatlah juga buat SKT dan kertas awalan yang sepatutnya.



Mood memasak pulak, turun naik. Ada cubalah buat pavlova, senang je rupanya, tapi nak kena cara dan bahannya. Kena rajin lihat mr google dan bertanya pengalaman kawan-kawan. Pastu, minggu lepas ada buat biscotti, mudah je buatnya, sedap pun sedap (minta tolong encik suami potong-memotong adunan yang dah siap bakar separuh-terima kasih bang).



Tempahan crepe masih berjalan - Alhamdulillah. Buat bila ada permintaan - crepe durian, blueberry, jagung dan coklat. Dapat juga memperbaiki kemahiran nak buat kulitnya (crepe). Semak juga resepi dari blog-blog yang lain, 'try and error'. Stok durian perlu pastikan cukup dan ada dalam sejuk beku, kalau tak, memang tak boleh buat crepe durian.



Tetapi, tak best bila kadang datang malas nak masak untuk makan malam - takde idea kadang bila bahan mentah tak berapa ada. Alhamdulillah, ada encik suami membantu menyelesaikan masalah yang ada - masak seadanya.



Mood: Tak sabar nak balik KL, tengok rumah..huk huk...

Selasa, 1 Januari 2013

esok kerja dah?

Esok kerja dah ker? Hmm betul lah tuh Suhana. Esok dah kerja. Tetiba plak, terasa nak tulis entri jugak malam ni kans walaupun tanpa gambar bagai. Semangat tahun baharu kot. Nak ambik mood setelah empat hari cuti kans. Encik suami siap pesan, tido awal, sok nak bangun awal...hokey bang! Macam nak gi sekolah je kans. Bukan apa, esok bermulalah kesesakan di jeraya (jalan raya) dengan mak ayah sibuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Makanya, ku jugak kena keluar awal lah.

Kakak-kakak di pejabat pun esok belum naik kerja lagi, ambil mood anak naik sekolah katanya. 7hb baru naik, memang sakan cuti kan. Dari salah satu segi, baik untuk motivasi kepada anak-anak - bagi sokongan. Selepas ni siap sedia dengan laporan penilaian tahunan pulak ye, kemudian SKT, kertas awalan juga jangan dilupa - semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Hmm macam mana pun, esok kerja ye. Jom masuk tido (eh awal lagi, pukul 11 malam boleh kot), nak layan A&H jap. Harap-harap mata ni dapat lena awal. Selamat malam sahabatku sekalian.


Mood : rindu mak abah, keluarga di kampung, rumah di KL, jejiran di KL, pokok pisang, ikan guppi - tetiba jer...haha


Selamat Datai Tahun 2013 Masihi

Selamat tinggal 2012 Masihi dan Selamat Datai 2013.

Assalamualaikum sahabat yang kukasihi sekalian.

Ini kira entri pertama untuk tahun 2013 tanpa gambar. Buat masa ini hanya mampu menulis tanpa gambar. Harap-harap sahabatku tak boring yer. Untuk suami, 2.1.13 genaplah dua tahun berkelana di bumi kenyalang ini. Kupulak, 15.2.13 baru genap dua tahun (sama dengan Puan Hajah Asmiah Ajamain semasa melapor diri di DBPCS). Sekejap sahaja masa berlalu. 

Pejam celik pejam celik juga, dah lapan tahun kuhidup berkongsi kasih dan sayang dengan encik suami - terima kasih atas pengorbanan, perhatian dan kasih-sayang, dan mohon ampun dan maaf atas kekurangan, kekhilafan diri ini selama mana menjadi suri hidupmu.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi ruang bernafas di bumi-Nya ini. Banyak kenangan manis, tak berapa manis (pahit takdaklah) telah dilalui sepanjang tahun 2012. Sedih pun ada, bila berpisah dengan sahabat seSarawak yang kembali ke tempat asal (DBPKL). Sekali berpisah dua orang pulak tuh (tiadalah lagi pengacara berwibawa di sini) Linda dan Mizi. Ku tabahkan hati menyambung kelana di sini kerana ada sahabat-sahabat lain yang baik hati di sini. Mungkin tiga tahun lagi, atau lima tahun lagi berkelana di sini, semua Allah dah aturkan - kita perlu lalui dengan tabah.

Apa yang gembiranya bila dapat naik pangkat, syukur sangat-sangat dengan kurnia dari Allah SWT. Keyakinan ku bertambah kagum dengan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT - hasil doa dalam setiap sujud dan usai solat- alhamdulillah. Kukira rezeki bila kita berhijrah, tidak kira berhijrah tempat, sikap positif dan sebagainya, kerana Allah Maha Mengetahui. Terima kasih Ya Allah.



Apa harapan tahun 2013?

1. Berfikiran lebih positif, bersikap tenang, bersangka baik serta saling memaafkan dan saling membantu
2. Semoga dapat meningkatkan mutu kerja - komited, bijak membuat keputusan, lebih baik dan berwibawa
3. Sentiasa murah rezeki dan dapat mengurangkan lemaks di badan
4. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, berbuat baik kepada suami, ibu bapa, keluarga dan sahabat
5. Mohon Allah SWT kabulkan doa untuk kami mendapat zuriat yang soleh dan solehah
6. Dapat menunaikan umrah pada tahun hadapan bersama encik suami (amin) - berharap sangat

Cukuplah setakat itu harapan yang dapat kufikirkan buat masa ini. Kita hanya mampu meminta dengan-Nya. Hanya Allah yang telah merancang dan memakbulkan doa yang kita minta. Semoga Allah mengambunkan dosa kita, suami kita, ibu bapa dan keluarga kita.


Selamat tahun baru 2013 untuk sahabatku sekalian.




Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...