Isnin, 28 Mac 2016

wanginya...


Sebelum cuti baru nih, ada kak Rosani bercerita tentang tisu wangi jenama Kleenex. Dia berhajat nak beli, maka kuminta dia belikan jugak (kirim mulut, bayar kemudian..hehe). Hmm..bila dah dapat, memang wangi, ada dua jenis bau - Rose Essential Oil dan Cherry Blossom. Wah! Memang wangi. Kawan-kawan leh beli dan buat satu terapi semasa buat kerja, leh hidu selalu...hehe 

Cuba guna yang ni dulu..hmm wanginya..
yang bawah tu kemudian guna..hehe...

Subway...fly away

Selalunya dok order Subway separuh jer. Oleh kerana, makan dengan encik suami, adik dan suaminya, maka kami order dua set Subway jenis panjang, satu isi kepingan ayam, satu lagi isi kepingan daging. Bukan apa, nak cerita rasa kehairanan apabila adik tuh isi kepingan ayam/daging tu atas dan bawah, elok je susun. Rasanya ku takdelah minta tambahan daging ke ayam. Hmm takpelah, fikirku mungkin order roti yang panjang, akan diisi penuh kot. Tetapi, bila masa bayar, dahlah harga satu set RM25++ pastu kena bayar tambahan daging RM9.00++. Dengan air minuman lagi, semuanya berjumlah RM66.00++. Takpelah Suhana, jadikan satu pengalaman dan pengajaran dengan apa yang berlaku (makan pun kat JPO, standardlah Suhana oii...hehe). Fly away pitih melayang membayarnya..hehe



meriah kan isinya..hehe..layanss..
cukuplah makan berempat...


JPO (Jangan Pengsan Ook)

Gambar-gambar kat bawah ni ialah kawasan JPO (Johor Premium Outlet) di Senai, Johor. Selalunya lalu je tak sempat masuk meninjau-ninjau sebab berkejar balik nak ke epot Senai, atau terus nak balik kampung jer. Baru-baru ni berkesempatan jugaklah menyinggah sebelum ke epot Senai (akhirnya). Dapatlah berjalan-jalan window shopping, nak beli beg tangan ke apanya.. Idokler. Mahaaii no!! Hehe..yang murah kat outlet Vinci je kot, sambar sandal rege RM19.00 jer (mujur ada harga tuh). Encik suami sempat meninjau-ninjau gak, ada harga sehelai t-shirt cikai jer katanya, berharga RM1K hokey. Pengsan hakak! Takpelah Suhana, janji dah sampai, bila orang bercerita tentang JPO, sekurang-kurangnya kita dah tahu..haha. Nasihatku, jangan pengsan ok bila lihat harga barang-barang berjenama yang dijual di JPO (tak mampu hakak!). Kalau takde duit RM2K kat tangan, tak perlulah datang. Jika sekadar nak window shopping..ok sangatt..hehe

--- Pasni cuba tinjau kat Mitsui Premium Outlet dekat KLIA2 plak..hehe (barang-barang berjenama katanya agak murah sikit..kalau!!)




dapat posing kat sini..jadiklah ekk..
abaikan pemakaian baju dan tudung yg sama
setiap masa (sebab selesa)..hehe

berangan dulu, dapat kemudian..Aamin..hehe


yang ni kat bulatan epot Senai...


cafe bintang...ciri-ciri Johorian...

dah dua tahun usianya...

--- Inilah anak buah intan payung no.2 (anak Sarawak sebab lahir kat Sarawak-bapak orang Sarawak). 
---Inilah budak tecik masa bayi umur dua bulan tergolek dok, nangis jap je (sebab mak dan makciknya terkalih buat benda lain sekejap jer-tetiba tergolek elok je..hehe). 
---Inilah budak tecik yang suka buat peace guna 1 jari..hehe. 

Pengarang jantung hati nenek atuk kat kampung dan makcik pakciknya sebab lebih banyak duduk kat kampung..hehe. Bila bergambar susah nak senyum..hehe. Kartun kegemaran sudah semestinya upin ipin dan robocar poli (sesuai dengan perkembangan usinya ye dak- jangan minat superman dan batman sudahlah, kang kena beli patung bagai nak oii). Dah genap dua tahun usianya - Alhamdulillah. Semoga menjadi anak Soleh dan dapat menggembirakan keluarga. Kami sayang Raziq Rayyan Razimi (anak Reha). Boh berolah tek (jangan nakal sangat)...

1Malaysia!! 1Malaysia!!
sambut birthday, potong kek kedua
sponsored by nenek...

Gambar yang bawah ni pulak Mohammad Hadi Hafiz b Khairil Anuar (anak Ani), cucu sulung nenek Minah dan atuk Amir. Sebelum ada Royyan, Hadilah pengarang jantung nenek dan atuk. Nak minta apa saja, atuk selalu belikan..hehe. Sekarang kena bersaing dengan Royyanlah pulak kans. Takpe, dua-dua cucu nenek atuk nih tetap kesayangan kami semua. Sekarang umurnya dah 8 tahun. Banyak akal dah (semestinya). Apa taknya, ibunya baru cerita yang Hadi sengaja ambil lighter dan bakar kertas di tong sampah dalam rumah, pastu siap ambil kipas angin elektrik dok tala kat api tuh. Kunun nak bagi mati, tapi makin maraklah nak oi! Nasib baik ibunya perasan, lalu dibuang keluar tong sampah berapi tuh. Bila ditanya tak nak mengaku buat. Ayahnya tanya baru nak mengaku. Anak, oo anak!! Bertuah sungguh. Memang nak carik akal je ye.

gambar terkini semasa bercuti kat Alor Setaq...

Tudung Keringkam

Wujudnya entri ni bukannya apa. Kebetulan pergi ke satu majlis, orang dok pakai tudung keringkam atau selayah nih (sebagai satu prestij dan lambang warisan budaya yang masih dipertahankan). Waima di pejabat pun, ada yang bercerita tentang warisan budaya Sarawak ni. Nak beli rasanya belum dapat sebab harganya sekitar RM500 dan ke atas. Ku tak larat nak bercerita. Meh kutunjuk modelnya dan artikel berkaitan keringkam.

Melalui Wikipedia "Tudung keringkam atau Selayah adalah skarf tradisional yang dipakai oleh wanita Sarawak dan Brunei semasa majlis khas seperti majlis perkahwinan dan perayaan.[1] Ia biasanya dijahit dengan benang emas atau perak dan menggunakan motif sulaman bunga-bungaan dan tumbuh -tumbuhan seperti bunga tanjung, bunga ros dan pucuk rebung di atas kain jenis bawal atau yang lebih berkualiti kain kasa rubiah. Tudung keringkam tradisional adalah pendek, berukuran 54 cm x 95 cm dan dihasilkan dengan menggunakan kain jojet nipis atau sintatik. Reka bentuk dan sulamannya yang halus menonjolkan hasil seni dengan sedikit sentuhan kemewahan. Tudung keringkam sering dikenakan oleh wanita bangsawan semasa majlis rasmi bersama kain songket pada 1960-an. Tradisi menjahit tudung keringkam kini semakin ditelan zaman disebabkan generasi yang lebih tua yang pakar dalam tudung Keringkam kini sangat sedikit bilangannya."

Walaupun berhijab, keringkam akan dipasang atas kepala sebagai hiasan wanita...

Selendang keringkam lambang status wanita Sarawak

Selendang yang diperbuat daripada kain lembut dan dihiasi dengan sulaman daripada keringkam iaitu benang halus berwarna emas dan perak tetapi keras seperti aluminium merupakan salah satu selendang tradisional wanita Melayu di Bumi Kenyalang. Pada zaman dahulu, hanya golongan bangsawan dan orang kaya sahaja yang mampu memakai selendang keringkam kerana harganya amat mahal. Justeru, bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya selendang keringkam dikaitkan dengan status tinggi si pemakainya.
Joharah Othman, 59, memberitahu, keadaan ini bagaimanapun sudah berubah apabila selendang keringkam banyak dipakai oleh pengantin dan tetamu yang menghadiri majlis-majlis kenduri ketika ini. Wanita yang mewarisi seni membuat selendang keringkam daripada ibunya sejak berusia 18 tahun mengakui bukan mudah untuk menyulam bunga-bunga keringkam yang menarik tanpa bakat yang kreatif.
"Saya meminati seni membuat selendang keringkam sejak zaman saya masih anak dara lagi. "Minat dan bakat ini saya asah sehingga saya pandai menghasilkan pelbagai jenis bunga-bunga sulaman sehingga ke hari ini,'' katanya.
Selain menerima tempahan membuat selendang, Joharah memberitahu, beliau turut menerima upah menyulam bunga keringkam mengikut corak yang dikehendaki oleh pelanggan. Joharah yang mengusahakan perniagaan selendang keringkam secara kecil-kecilan mengenakan upah RM30 untuk menyulam satu kepala (satu ikat keringkam yang mengandungi kira-kira 17 benang). Selendang keringkam siap pula, biasa dijual pada harga antara RM65 hingga RM3,000 bergantung kepada jenis keringkam dan harga kain yang digunakan.
"Selendang keringkam emas dijual dengan harga lebih mahal iaitu RM3,000 kerana saya terpaksa membeli keringkam yang diimport khas dari India berharga RM45 setiap satu kepala. "Selendang keringkam tonji (perak) pula boleh dibeli dengan harga lebih murah iaitu RM200 kerana satu kepala keringkam tonji dijual dengan harga RM2,'' jelasnya.
Joharah yang mempunyai tujuh orang anak boleh berbangga apabila wang jualan tudung keringkam telah banyak meringankan beban suaminya, Awang Dolhan Awang Patra, 59, iaitu pesara Jabatan Kerja Raya untuk membesarkan anak-anak sehingga empat daripada mereka berjaya ke menara gading.
Beliau yang berhajat mewariskan seni membuat tudung keringkam kepada anak-anaknya boleh tersenyum apabila hajatnya itu sudah tercapai. Menurut wanita gigih ini, anak-anaknya juga mahir dan sering membantunya membuat tudung keringkam jika terdapat banyak permintaan daripada pelanggan.
"Anak-anak sering membantu sekiranya saya menerima banyak tempahan kerana membuat selendang keringkam memerlukan masa yang agak lama. "Sehelai selendang keringkam emas dan tonji misalnya, memerlukan masa kira-kira tiga minggu untuk menyiapkannya,'' katanya.
Mengenai para pelanggan, Joharah berkata, beliau menerima banyak tempahan daripada bakal pengantin, isteri-isteri orang kenamaan dari Sarawak dan Semenanjung. Menurutnya, kebanyakan isteri-isteri orang kenamaan menempah selendang keringkam untuk dipakai ke majlis rasmi atau dihadiahkan kepada kawan-kawan mereka. Mereka yang berminat membeli tudung keringkam Sarawak boleh menempahnya daripada Joharah di alamat 162, Jalan Haji Hashim Jaafar, Kampung Lintang Petra Jaya, 93050 Kuching atau menghubungi 082-441054.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0729&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm#ixzz44Icok300 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Gambar selingan di bawah semasa menghadiri Jamuan Minum Petang Anjuran Organisasi luar di BCCK. Cantik kan isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

muka majalah AA

6 cerita jer sempat tulis malam nih. Lagi 6 entri, esok lusa ok..
Sebelum ni ada kupaparkan muka depan majalah penerbangan MAS. Warna pink dan comel. Kali ini berkesempatan naik AA (dah lama gak tak naik AA), pastu tengok muka depan majalah AA (3sixty), cantik unik tentang warna-warni kehidupan perayaan Holi (di India). Unik kan gambar wanita dalam gambar. Saya suke, suke...hehe...Ada gak snap gambo resepi Nasi Ayam Penyet Jawa (maaflah tak berapa terang).

tayar oh tayar

Balik kampung kali nih, sempatlah juga tukar tayar kereta Alza bapakku (kini adikku sebagai penjaga rasmi). Sejak beli pada tahun 2012, belum pernah tukar lagi. Berkebetulan tengok tayar dah merekah jer, maka ajak adik bujang ku beserta encik suami ke bandar Batu Pahat (nama je duduk di bahagian BP, tetapi setiap inci jalan-gagal dikuasai..hehe). Dah alang kepalang, tukar terus keempat-empat tayar. Nak dijadikan cerita, lupa pulak nak bawak balik tayar lama. Bukan apa, abah siap tanya, mana tayar lama? Ah, sudah! Nasib baiklah adik pandai jawab. Tayar tinggal sebab harga trade-in dengan tayar baharu (itu pun agak sukar nak menyakinkan abah - Otai kans..hehe). Kami minta maaflah bah. memang tak ingat pasal tayar tuh, almaklumlah 4-5 setahun sekali tukar tayar. Kesian jugak kat abah. Bukan apalah sebab abah ni jenis cermat, adalah nak dibuat dengan tayar lama tuh.

--- Hmm..anak, alahai anak! Lain kali tanya dulu keperluan abah tuh, barulah pergi tukar tayar baharu. Konon nak seprais, kita orang plak yang terkedu dan terkebil-kebil nak menjawab soalan abah...hehe.


pilih..pilih..sambil cuci mata..rim keto

geram je tengok..menarik dan harga pun menarik..hehe

saja nak cerita rim dan tayar jazz (baru lagi) nak tukar rim sebelah kirinya..
hmm..anak muda katakan..semua nak ditukar..kalau i, sayang..duit dapat beli emas..hehe
(keta i sama jenis keta, sama rim dan tayar seperti dalam gambo)

Perisa Vape..

Bagi penghisap vape, mesti ada banyak koleksi cecair perisa, ye dak. Kat Sarawak status penghisap vape, belum jatuh haram lagik. Makanya ramai anak muda ke orang tua dengan bangganya mengusung vape ke sana ke mari - peneman setia dan prestij katanya! Maka dengan itu, banyaklah juga cecair perisa vape yang dijual di kedai atau pasar raya. Cuma nak kongsi dengan sahabat semua, punyalah banyak cecair perisa, boleh pulak dijual cecair perisa Cendol Melaka! Adoi, tolonglah! Tak boleh blah..hehe. Jadiknya mereka nih tak perlu minum cendol lah ek, tak pun tak perlu susah-susah nak minum cendol kat Melaka, kat vape pun boleh...hehe. Itu je nak kongsi..hehe..Ok Bai!

Nak cuba?? Hehe...

perisa buah-buahan ok lagilah kans..hehe

agak-agak dah habis minuman F&N kat peti ais, bplehlah bancuh cecair perisa nih..,.hehe

Coconut shake syedap!

Mengambil peluang usai kursus hari kedua (walaupun hujan dan cuaca sejuk), musti try minum coconut shake kat Serapi Virgin (Wow). Sejak hari pertama kursus, limpas (lalu) kawasan nih yang selalu melambai-lambai, mehlah rasai kesedapanku! (berdasarkan sumber rakan kursus yang lain mengatakan memang sedap coconut shake kat sini). Lihat sahajalah persekitaran kedai, menarik dan berasaskan hiasan buah, batang, daun dan pokok kelapak..hehe. Tetiba teringat plak aksi tok bomoh yang sedang mengangkat dua biji buah kelapa di kedua belah tangan di tikar terbang, katanya..hehe.

Hmm..rasanya memang sedap, terangkat. Apa pun sesuwai diberi nama air kelapa kisar sebab proses nak buat adalah dikisar dan bukan digoncang (shake)..hehe. Kami pun perasan, selain menggunakan air kelapa asli, turut dikisar sekali dengan isi kelapa muda (sebab tu digelar virgin kot..hehe), dan sedikit gula. Harga RM4.00 dan ke atas, memang berbaloi-baloi harga dengan kesedapannya.

kreatif...

boleh minum di sini..macam best je kans...

model tak berbayar..hehe

boleh pilih:
Serapi Vigin Coconut Shake atau Mango Shake, sama ada
-normal atau tambah sekop aiskrim vanila

kami order SVCS Normal
(yang ni pun dah sedap, tak perlu letak aiskrim pun)
Masa hari terakhir kursus, sempatlah menjamah dua ekor lobster (udang kara) berharga RM16.00. Oklah kans. Sahabat lain tak makan, maka sesungguhnya ku yang melantak sorang, syukur alhamdulillah (diet ke laut nampaknya bila makan hidangan laut..hehe). Dan jugak sempat merembat lima ekor ikan popot (banyak tulang tapi lemak dan sedap).

menggoda tak I?? hehe...

sebelah atas tu ikan popot (mak abah aku kata macam ikan beliak mata jenis besar)
sebelah bawah kanan- ikan empirang (sesuai dibuat umai)
hak besar tu tak tahu ikan apa..hehe

Kedey Kamek

Agak-agak apa cerita yang menarik tentang entri nih? Kedey Kamek (Kedai Saya) ni sebuah restoran yang baharu buka bersebelahan dengan bangunan KFC dan McZenal yang berdiri megah di Matang (kawasan bangunan kedai-kedai baharu yang sedang naik). Hidangan Menu makanan dan minuman yang disediakan banyak hidangan tempatan, seperti nasi lemak, mi kolok, laksa dan lain-lain. 


Apa yang menariknya yang ku nak cerita nih berkaitan menu minuman yang disediakan. Tajuk minuman nak diorder memang bombastik dan berjaya menarik minat pelanggan. Antaranya:

Lemon Sukar Ditafsirkan (campuran air soda dengan jus lemon dan buah susu/markisa)
Soda Parah (kombinasi oren dengan jus yogurt dan soda)
Katak Bawah Tempurung (campuran soda dengan jus kiwi dan biji selasih)
Apa-apa Jak (soda strawberi dan campuran buah koktail)
Sukatilah (hidangan soda biru dengan laici dan biji selasih)

nang hebat kata urang Sarawak (memang hebat).

--- sikit masa lagi air "Jangan kata akak tak payung"!!..hehe..

--- rasa macam mana? Oklah, lebih berasaskan aiskrim soda dan campuran bahan lain dan harga agak mahal sikitlah...sesuai dengan kesedapan air.

__

makan nasi lemak dan sambal sotong kembang..
ikan bulu masin wajib letak untuk nasi lemak di sitok... 

ku tak ingat order air apa..
sebelah kanan hujung tuh air encik suami
(lemon sukar ditafsirkan)


Kabsah

Kugagahi jugak menulis entri malam ini sebab dua hari esok berturut-turut tak dapat memetik papan kekunci (jadik hakim Forum Remaja Bahagian Kuching). Maaflah gambo kat bawah ni agak kurang menarik (huhu). Balik kampung baru nih (Kg. Seri Merlong, Rengit), abah request encik suami untuk buat nasi Arab (Kabsah - tak lawan kak Monie ok..hehe..I sekadar mampu sediakan bahan-bahan dan potong-memotong jer dan selebihnya encik suami yang buat). Sudah pastinya perlu ada rempah kabsah kan. Nak pilih beras basmatti pun penting jugak. Ada yang bila dimasak cantik terlerai jer, kadang ada yang lembap (macam dalam gambar guna beras basmatti lain). Pada kami, beras basmatti jenama Jasmine PUSA xtra panjang yang sedap dan sesuai dimasak. Yang gelap atas tu daging kambing-maaflah gambo tak semenggah..hehe. Kejadian dalam gambo tu setelah diterbalikkan periuk (daging kambing ikutkan berada di bawah sekali).

Lain orang lain caranya. Nak buat nasi kabsah ni, seingatku rendam 4 gelas beras basmatti. Kemudian (ikut cara encik suami), potong tebal dan bulat 4 biji kentang dan dan tiga butir terung panjang (kalau dapat guna yang bulat lagi best), potong besar-besar bunga kobis dan digoreng (kentang, terung dan bunga kobis). Potong jugak tomato merah dan lemon setengah biji. Gaulkan rempah kabsah dengan daging kambing yang telah dibasuh bersih. Biarkan seketika. Proses nak masak, masukkan minyak zaitun dalam periuk dan tumiskan hirisan bawang besar dan rempah tumis (buah pelaga dan kayu manis), kemudian masukkan perapan daging dan gaul sebati, tambah air sedikit. Biarkan seketika nak bagi daging masak. Dah masak, keluarkan daging dan asingkan airnya.

Kemudian dalam periuk yang sama, susun kepingan daging tadi dan masukkan beras berselang-seli dengan bahan yang digoreng tadi serta hirisan lemon dan tomato. Boleh masukkan juga potongan daun ketumbar dan 2-3 biji lemon kering (hitam), sebelum tuh pecahkan sedikit lemon tuh nak bagi ada rasa (kata encik suami). Tambah air daging tadi dan boleh tambah air secukupnya (separas beras) dan ratakan dengan kemas. Tutup periuk kemas-kemas dan biarkan masak selama kurang lebih setengah jam. Agak-agak dah masak, tutup api. Buka penutup periuk  dan letak dulang (besar sikit untuk dapat tampung isi periuk) dan boleh terbalikkan. Ketuk-ketuk dan biarkan sekejap dan baru boleh tarik perlahan-lahan. Taburkan sedikit kismis dan kepingan badam yang telah digoreng. Dan boleh makan..hehe.

Part buat salatah (acar) tu I tererlah dan suka buat. Hehe..mudah je buat sebab suka buat (apa-apa perkara yang kita suka buat, sudah pastinya mudah dilaksanakan) ye dak? Biasanya bahan-bahannya I guna 2 batang timun dan 4 biji tomato merah dan sebiji bawang holand, semuanya potong dadu dan kecil-kecil. Pastu ambik secekak daun ketumbar (peberet nih) dan hiris halus dan campur dengan bahan dadu tadi. Kemudian, perahkan sebiji lemon, letak sesudu kecil garam dan buh minyak zaitun secukupnya. Gaul-gaul sebati dan letak dalam peti ais. Dah siap masak nasi kabsah, barulah keluarkan dan makan sekali..nyumm sedap! Nasib baiklah isi rumah ramai yang suka makan daging kambing dan salatah. Adik lelaki jugadapat makan sama sebelum balik ke KL. Syukur, alhamdulillah.


Nasi Kabsah Daging Kambing

Jangan kata adik tak payung!!

Assalamualaikum...

Haha..tajuk entrinya sahaja dah ngeri nak baca (sangattt!!). Apa tuh? Hehe..Kegilaan mewarna buku ala secret garden gitu dan nama tajuk-tajuk buku yang lain. Bagi memenuhi permintaan hakak-hakakku tersayang (skema jap), tak sampai hati plak nak tolak kens. Minggu lepas sibuk berkursus dan bercuti katanya. Hari ini baru sempat carik (kena carik hari ini juga sebab nak kirim orang KL datang esok). Bukan apa buku mewarna ni punyalah murah kat kedai ala RM2 (tak kisahlah walaupun made in China - janji dapat mewarna ye dak). Hakak-hakakku sila standby beli pensil warna yang mahal no...haha. Harga yang nipis RM2.50 dan RM4.20 dan yang tebal RM8.50. Punyalah murah. Mana dapat harga macam tu kalau nak beli kat MPH ke Popular ke. Ingatkan ada dua tiga jenis je buku nih. Sekali pergi (walaupun hujan-sebab tu jangan kata adik tak payung..haha), nah! Berjenis-jenis. Dah kata hakakku nak satu set kens..layankan aje (kira sendiri berapa jenis ku beli-aku pun beli sekalilah kens). Sampai habis stok buku kat kedai..hehe
lihatlah dunia! hakak yang punya!  haha...
sebelum dibungkus...
Nah, terimalah satu set ku belikan untuk hakak-hakakku tersayang. Hihi! Nak kaler terus atau isi masa terluang terpulang pada hakak-hakak ok. Pasni jangan mewarna waktu opis sudahlah ek kak..hihi. Jangan gaduh-gaduh ok, setiap seorang dapat satu set. Pasni sapa-sapa nak juga kena ikut giliranlah (bergantung pada stok). Nak diposkan berat, kena tunggu orang KL maghi sini, baru dapat kirim (bagi berat kat tukang bawak plak - macam kejam je bunyinya). Tapi demi sahabat, hakak-hakakku tersayang, kurelakan hati ini kejam seketika. Hak hak. (Bayaran buku jangan lupa ikat tepi ye kak - bank in...hehe).
 
dua set untuk dua orang hakakku tersayang..
teruja lah tuh!! Hihi...

Dua ekor rama-rama bakal terbang ke KL mencari tuan baharunya..cewah
Siap dibalut elok-elok no...semoga selamat sampai dengan selamat..Aamin
Buku-buku mewarna kat bawah ni hasil bidikan dan tinjauan di MPH di epot Senai, JB semalam. Harga buku jangan cakaplah, harga sekitar RM19.90 hingga RM45.00. Tak daya den nak beli. Cuma suka melihat kepelbagaian buku yang dijual. Sapa yang banyak duit, leh je beli..hihi. Harga mahal belakang cerita...ye dak. Yang penting Art Theraphy dan dapat menenangkan fikiran. Mudah-mudahan.
banyak kans?? geram nak mewarna...

bertingkek-tingkek dijual...


mewarna memang cool, tapi nak membelinya agak panas..hehe
yang ni siap dijual dengan pensil warna...hehe
 

Khamis, 24 Mac 2016

Minggu kursus

Assalamualaikum sahabat semua.

Nak tak nak kena tulis juga (sebagai salah satu azam pada tahun ini, mudah-mudahan). Tarik nafas, kuatkan semangat.

Bismillahhirrohman nirrahim.
Naik kerja pada hari Isnin baru nih, kemas meja, kemas kini fail, tugas dan lain-lain. Alamak, ada lihat memo, kena menghadiri kursus tiga hari di Pusat Latihan Sarawak, JAKIM, Telaga Air, nun di hujung tanjung-dekat dengan pesisir sungai menghala ke laut. Okey, siap sedia. Pergi balik hari..sampai rumah akhir sikit..6.30 petang sampai.

Kursus apa tuh...Kursus Komunikasi Pengucapan Awam. Wow! Caiyuk-caiyuk Suhana. Hari sedang menulis nilah hari akhir kursus. Layankan jap. Alhamdulillah dapat menambah ilmu dan keyakinan. Mudah-mudahan kemahiran diri dapat dipertingkat. Lepas kursus, nak layan makan seafood pulak, maklumlah dekat dengan kawasan gerai-gerai makanan laut. Nyammm nyamm..

Nampak tak menarik bebeno ku bercerita kali ni sebab takde idea..haha. Sabar jelah ye kengkawan.

Selit-selit sikit cerita tentang cuaca El-Nino yang sedang melanda negara. Kawasan semenanjung mengalami cuaca panas agak teruk terutamanya di utara semenanjung (Kedah dan Perlis). Namun, syukur keadaan cuaca di Sarawak kurang terkesan. Panas dua tiga hari kemudian hujan. Alhamdulillah. Cuma haba dalam rumah agak panas walaupun turun hujan pada masa yang sama. Bersabarlah kita semua, mohonlah pertolongan dan pengharapan daripada Allah SWT agar meringankan ujian yang diturunkan buat kita ini.

Sejak dua menjak ni, encik suami rajin ajak bercuti waima hujung minggu. Melihat harga tiket nak pergi Sabah, mahai. Kota Bharu, mahai. Penang pun mahai (cari tiket dari Kuching terus ke destinasi yang tak perlu transit di KL). Mana yang murah, bang oi. Akhirnya ke JB je yang agak murah. Makanya dengan khidmat kuasa memujuk, berjaya ku mengajak encik suami balik kampungku, yahoo! Alhamdulillah. Beli tiket hari Selasa, balik malam nih. Maka baliklah kampung ku malam ini. Esok cuti umum bagi Sarawak. Dapatlah balik 3-4 hari, syukur.

Nanti kita cerita lagi ek (kalau ada yang nak baca)...hehe

P/s - Harap kak Monie cepat sembuh. Saya sentiasa nantikan entri daripada kak, begitu juga sahabat yang lain.

Selasa, 15 Mac 2016

Cantik menarik...

Kulit majalah Going Places MAS dan minat.

Meh saya kongsikan perkara nih. Cantik tak kulit majalah nih? Pinky gituh, memang menarik untuk dibaca. Ada pula cerita 'Colour Me Calm'. Minatku wujud seketika sebelum ini untuk 'mengerjakan' buku mewarna yang dibeli. Sambil sambung-sambung mewarna (ikut mood). Siap beli pensil warna 2-3 bekas. Bila dah mula menulis kat blog, entah bila pula nak sambung aktiviti mewarna ni kan..hehe..(alasan je tuh). 



aktiviti yang pernah jadik viral..

setakat ni baru dua buah buku kubeli...

hasli mewarna yang pertama...

kedua...

ketiga...keempat?? ntah bila..hehe

cerita tentang Kg Baru, KL (dalam bahasa Melayu)

ada lagi...

cantik kan gambar nih, sepadu dan harmoni...

Subhanallah..dari jendela kapal terbang...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...