Jumaat, 29 April 2016

Salam Jumaat

Assalamualaikum buat sahabat semua...
Salam Saiyidul Ayyam...

cerita tanpa gambar..tak sempat nak menepek gambar.

Sudah 16 hari berlalu tanpa entri (erk..lamanya tak tulis) dek kerana sibuk menguruskan projek hakiki - Forum Pelajar 2016 (alhamdulillah selesai satu projek, ada empat lagi menyusul). Lepas habis projek opkoslah menyusul segala laporan, tuntutan, proses mendokumentasikan segala bagai surat-menyurat, salinan sijil, keratan akhbar dan lain-lain (proses biasa dan memang penting). Selagi tak selesai, selagi tulah akan runsing. Minit mesyuarat lagi (manyak pening woo-kalau ditangguh lagilah malas, syukur laporan pasca dah siap. Alhamdulillah lega).
Esok hingga hari Isnin cuti panjang kan..hehe..projek baik laki bini sekarang nih, ada peluang cuti panjang, kita balik kampunglah! KL pun kira kampung jugak kan..hehe. Beli tiket pun Isnin baru nih- tak mahal sangat. Dengan suasana nak pilihanraya kat sini- ramailah orang Key El turun sitok nak..hehe. Agenda utama esok apabila badan dah berada di KL, nak tengok pesta buku katanya. Sokong organisasi dan kawan-kawan yang bertugas katanya. Semoga dapat cari tempat pesta buku di Serdang nun - agak-agak sesak jom kita merempit..hehe. Pastu nak ke pasar tani dekat stadium Shah Alam pada hari Ahad pagi dan pergi kenduri kahwin kawan di Kelana Jaya - Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Aamin.
Kak Mohaini senyap juga ek. Mak Aji lagilah jangan cakap..hehe. Mudah-mudahan esok ada entri baru ye dak..hehe. Oklah nanti sambung lagi ek. Mak Jemah nak balik dah (dah isi kad k). Nak mandi-solat-siap awal nak ke epot. Penerbangan kami pukul 6.45 petang. Cuaca mendung je tuh. Semoga dipermudahkan urusan perjalanan kami pulang ke KL.
Selamat jumpa lagi.

Rabu, 13 April 2016

Jom kongsi maklumat...

--- Bunyi macam serius jer tajuk entri..hehe...Takde hape pun. Gambo kat bawah nampak ceria dan happening (gituh!)...sedaplah gak (macam kita makan aiskrim yang lain). 
 
--- Taraaa...(ingat Tora datang lagi! ke...haha) Ni dia aiskrim Butterfly Matkool. Memang kool sebab boleh dipatah dua dan kongsi makan..nyam nyam...sedap. Harga RM1.90 jer..dahlah jimat dapat kongsi dengan kawan.
 
--- Kalau ada anak kembar dua ke, empat ke, dapat kongsi sama-sama..ye dak..hehe. Kalau kembar tiga, beli je dua bungkus, hak yang keempat, mak leh makan..ye dak. Bijak..bijak...
perasa strawberi dan anggur...


sebagai panduan jika berhajat nak cari dan beli...
Kak Monie, Kak Suzanti, Kak Aida, Mak Aji, Diana..meh, meh makan...hehe...
tagline: Jom kongsi bersama!...katanya..hehe

Selasa, 12 April 2016

Jeng..jeng..jeng

kita tepek gambo dulu..cite sambung esok

Meh..meh kita sambung cerita..hehe. Alkisahhh..toiiyibb..Maka bermulalah cerita..hehe. Hajat terlaksana setelah sekian lama mengidam..haha. Apakah itu tandanya? Hepp..mudah-mudahan satu masa nanti..Insya-Allah. Sementelah ada rezeki sikit (bak kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi..tetiba mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka atau telah disangka, terus membeli barang yang diingini -  ada baik dan buruknya). Tempahan dibuat melalui Lazada dan dalam masa tiga minggu barang akan sampai setelah bayaran dibuat. Alhamdulillah, tak sampai dua minggu, dapat sudah!


 
jeng..jeng..jeng
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
JENG..JENG. JENG
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
I
 
taraaa>>>
 
>>>
 
>>>
 
>>>
 
 
 
--- Ni je pun..Stand Mixer Kitchen Aid berona gadong (merah)...yahooo!! Nak tahu rege, boleh pm I (tak sampai RM2.5k - rege termasuk kos penghantaran, hah yang ni hakak suka..kih kih). Tapi itulah, bila dah dapat, buka penutup kotak hak atas je..malas pulak nak keluarkan (nak tunggu encik suami katanya - masih bercuti balik kampuang).
 
--- Siap ada permintaan buat kuih pau ke roti (tak hengat) melalui wassap. Sabarlah ye bang..lum ada kekuatan nak buat kek bagai (malas sebenarnya..haha..). Tulun! tulun! Ya Allah Ya Tuhanku, berikan ku kekuatan untuk membaking bagai. Aamin...
 

Dap..dap..dap

Kita cerita pasal makanan dan minuman (dan seangkatan dengannya) pulak ek. Asyik belalang ler, lukisan ler..hehe. Sedang asyik mencoret nih..ayuh teruskan kayuhan..sangattt!!..hehe. Lap peluh jap. Pieww..Gambo pertama tuh Mi Jawa Seafood namanya stail Sarawak. Dahlah Jawa, pastu seafood plak..hehe..tetiba plak. Kalau nak Mi Jawa Spesel plak...mereka akan tambah beberapa cucuk sate ayam atau lembu. Inilah keunikan bumi Sarawak. Cakap nak spesel je, dapat makan sekali dengan sate. Harga lebih sikit je. Budaya orang sini, makan sate waktu pagi pun boleh dan sate yang dibakar banyak isi dan tidak berminyak atau terbako (kamek sik suka sate nok hangus). Dengan kata lain, sate yang dibakar bersih je dan sedap..hehe (nanti i ambik gambo sate plak ek).
ini ialah Mi Jawa Seafood stail Sarawak...
Nak lagi spesel..buh sate dua tiga cucuk..mabeles..hehe
Gambar kedua plak, gambo kuih tradisi sini, kuih bongkol (tongkol dialek orang kampung). Rasanya macam kuih bungkus yang lain. Apa yang penting, nak carik orang yang pandai buat jer, sedap dan halus gituh!.Harga seketui maunya 70-80 sen (sebelum nih 40-50 sen jer). Tapi ada jugak yang masih jual RM1 untuk tiga ketui..mudah-mudahan makin banyak rezeki orang itu. Aamin. Boleh dimakan semasa panas-panas, lagi sodap dimakan sejuk..nyamss.
ni pulak kuih bongkol (atau tongkol dialek kampung)...
nyamss..sedap dimakan sejuk-sejuk...
 --- Yang kat bawah ni macam biasalah. Air Teh C Peng spesel, yang menjadi trademark hidangan minuman kat sini. Hehe..sejuk dan menyegarkan. Pati yang bawah boleh guna gula apung (melaka) atau perasa pandan atau wheatgrass (macam sejenis dengan rumput kot..harap-harap rumput yang sihat..haha).
 
--- Cara buat (i baru perati orang kantin buat) tuang pati gula apung dalam gelas panjang (pendek pun boleh), pastu letak ais banyak sikit (separuh penuh), tuang susu cair (lagi banyak lagi sodap), pastu akhir sekali buh bancuhan teh...siapp!! Jangan gaul dulu ok, biarkan pengorder yang kacau sendirik (barulah heaven..haha). Bercerita bagai nak bagi kecur liur semua jer..Hampunkan saya...hehe
 
Teh C Peng Spesel
--- Yang ni larik daripada tajuk. Jadiklah, janji dalam kategori makanan..ye dak (jangan kecam saya..haha). Apakah ini..haha..apa da Suhana nih. Mestilah semua kenal ni kan, ngada nak menguji..hehe. Inilah cream cheese. Apa yang menariknya, terkini dijual dengan pelbagai perasa - tiramisu, mangga, oren lemon. Woww! bestnyer. Leh cuba lepas nih. Jenama tak pasti plak, produk dari Singapura (ada cap logo halal).
 
--- Tetapi jangan berkira tengok harganya masa nak beli..hehe (beli terus masa dapat gaji-tak berasa sangat nak beli..eh boleh pakai ke petua aku ini..haha). Sebagai panduan, harga yang terpamer dan dijual di pasaraya besar Gergasi. Leh cuba usya-usya dan beli..hehe (Mesti kak Monie dan Mak Aji suka). Aku plak..bak kata tadi..tunggu gaji na, takpun pergi dengan encik suami, capai dan selamba jer encik suami tolong bayarkan bersama-sama barang lain (kan tak berasa atau tak perasan...pasni encik suami akan perasan jika terbaca entriku..ampunkan saya bang!)...ok tak ideaku..Haha. Cuba praktikkan bila line is clear!..hehe..sekadar gurauan.
yang ni plak..selingan jer..cream cheese
Menariknya sebab ada pelbagai perasa sekarang nih...
jom cuba carik dan buat, Kak Monie, Kak Suzanti dan Mak Aji..
Jangan kata adik tak payung!! hehe...

Belalang oo belalang!

Elok je dapat ambik gambo belalang, diam je tak terbang semasa ku snap gambo. Jadilah tajuk dalam entriku (jangan kecam hakak, belalang pun nak tulis...haha). Dah katanya, sukakan keindahan kans. Inilah duniaku...
 
mata belalang..dok ingat Jae Suk plak dalam Running Man..haha

Subhanallah..indahnya ciptaan Allah SWT...

agaknya cuaca panas..tu yang menepek kat pagar besi...hehe

Pemandangan awan

Manusia sukakan keindahan. Rupa dan pelbagai perspektif keindahan bagi seseorang adalah berbeza-beza. Ada yang sukakan flora dan fauna, keindahan sekeliling, suka melihat pokok, suka melihat sungai, laut, hutan, awan dan sebagainya. Itulah lumrah kehidupan manusia.  Mereka yang tidak sukakan keindahan, mungkin ada wayar yang rosak dalam kepalanya..hehe. Gurau je. Awal cerita macam serius jer (tak pandai nak serius sangat dalam mencoret). Nak tulis entri yang rasmi atau serius memang tak pandai (dah namanya blog kans..kupilih gaya santai dalam menulis). Layankan aje gambo awan di sekelilingku dengan gambar yang diolah pelbagai dengan henpon.

pemandangan sekitar pejabatku...


yang ni sekitar perjalananku
(masa jem je boleh tangkap gambo k)



hasil mewarna

Assalamualaikum sahabat muka blog.
Selamat datang bulan Rejab.
(Kengkawan jangan lupa bayar hutang puasa kita ok, saling-mengingati tak salah kans)

--- Nah tengok, seminggu tak menulis jer, rasa kekurangan, gituh. Hati meronta nak mencoret..Kekangan masa menghambat kita. Moh kite usahakan diri untuk mencoret seadanya.

Hasil mewarna beberapa muka surat lukisan. Jadiklah dari takde kans. Kak Monie dan Kak Suzanti...gimana? Udah mulai mewarna? Hehe...caiyuk-caiyuk. Dan jangan lupa, lepas habis mewarna tuh, tulis tarikh kat mana-mana..jadik kita tahulah hari terakhir kita mewarna. Dari situ ada semangat nak meneruskan mewarna..tak gituh! Hehe..paling kurang kita dapat mencatat tarikh selesai kita mewarna..itu jer.


Hasil yang bawah ni semuanya sama, cuma guna teknik pusing-pusingkan gambar dalam henpon jer. Kita layankan jer. Yang bestnyer gambar ayam tu ada dua gambar dalam muka surat sebelah-sebelah. Dah warnakan satu, satu lagi maleh pulak nak warnakan..hehe (boleh, gituh). Komen en suami, hasil pewarnaan masih belum mantap lagi, cuba lagi...(hokey bang! haha..). Kena dengar komen ok dan baiki teknik pewarnaan agar menarik dan cantik. Gituh (matilah nak!). Sampai habislah nak kena mewarnai dunia dodel nih.





Yang ni pulak sempat snap gambo pensil kaler buat tatapan kak Monie dan Kak Suzanti katanya..hehe. Dah mula mewarna ke belum? Kok senyap ajer...hehe...Adik dah payung, bila hakak-hakak nak jual aiskrim..hehe (tunjuk bakat mewarna). Satu lagi, kalau nak pastikan buku dodel kita diwarnai, perlu letakkan buku-buku dodel dan pensil warna sebelah tv ke, kat ruang tamu ke..bagi nampak ok. Kalau kat dapur, sudah pasti kita akan memilih memasak atau menyantap daripada mewarna..ye dak..hehe..

dari harga yang kecik hingga besar jumlahnya...wahhh..hehe
kalau tak dan beli, pinjam kaler anak ekk..hehe

Isnin, 4 April 2016

Selamat datang bulan April

Assalamualaikum dunia! Sahabatku semua apa khabarnya? Bertemu pada bulan baharu - April (rasanya baru sahaja menyambut tahun baru masihi). Ayuh mulakan langkah kerajinan untuk menulis blog. Mak Aji, Diana..ayuh langkah sederap jangan terus terperap..pap..pap..pap. Hihi..saje mengusik nak bagi semangat sebenarnya. Kak Aida, Kak Suzanti makin laju menulis. Kak Monie jangan cakaplah, sekali menulis..berkoyan-koyan gambar dan cerita muncul. Hihi.. Tapi tak tahulah kalau sibuk mewarna doodle pulak kens (hobi baru katanya) dan seangkatan dengan Kak Suzanti...caiyuk-caiyuk.
 
Hampir 63 hari kita bakal menghampiri Ramadan 1437H. Ayuh sahabatku, keluargaku membayar hutang puasa sebelum tiba kita berpuasa Ramadan. Alhamdulillah, ku dah selesai membayar hutang puasa Ramadan tahun lepas. Bukan apa. kadang kita lupa, oleh itu saling-mengingati untuk membayar hutang puasa...insya-Allah usaha kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT. Bulan April ini juga barulah bermula projek ku yang perlu ditangani - Pertandingan Forum Pelajar (yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah Cina di Sarawak - Zon F) pada 25 April 2016. Semoga tarikh tersebut tidak bertembung dengan tarikh pilihanraya Sarawak pulak.
 
Ok. Nanti kita sambung lagi. Mengantuk menguasai diri-almaklumlah permulaan hari isnin yang sungguh mengujakan! Jom sambung kerja. Jom layankan pemandangan pagi tadi yang sempat kurakam.

Subhanallah...Kejadian pukul 6.35 pagi..
dah terang dunia

selingan...klip scooter-beli di DIY..hehe

 

Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H Gambo dan cerita raya tahun ini. Mari kita saksikan. Gambo dulu cerita kemudian. Jom sambung cerita. Se...