Isnin, 4 April 2016

Selamat datang bulan April

Assalamualaikum dunia! Sahabatku semua apa khabarnya? Bertemu pada bulan baharu - April (rasanya baru sahaja menyambut tahun baru masihi). Ayuh mulakan langkah kerajinan untuk menulis blog. Mak Aji, Diana..ayuh langkah sederap jangan terus terperap..pap..pap..pap. Hihi..saje mengusik nak bagi semangat sebenarnya. Kak Aida, Kak Suzanti makin laju menulis. Kak Monie jangan cakaplah, sekali menulis..berkoyan-koyan gambar dan cerita muncul. Hihi.. Tapi tak tahulah kalau sibuk mewarna doodle pulak kens (hobi baru katanya) dan seangkatan dengan Kak Suzanti...caiyuk-caiyuk.
 
Hampir 63 hari kita bakal menghampiri Ramadan 1437H. Ayuh sahabatku, keluargaku membayar hutang puasa sebelum tiba kita berpuasa Ramadan. Alhamdulillah, ku dah selesai membayar hutang puasa Ramadan tahun lepas. Bukan apa. kadang kita lupa, oleh itu saling-mengingati untuk membayar hutang puasa...insya-Allah usaha kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT. Bulan April ini juga barulah bermula projek ku yang perlu ditangani - Pertandingan Forum Pelajar (yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah Cina di Sarawak - Zon F) pada 25 April 2016. Semoga tarikh tersebut tidak bertembung dengan tarikh pilihanraya Sarawak pulak.
 
Ok. Nanti kita sambung lagi. Mengantuk menguasai diri-almaklumlah permulaan hari isnin yang sungguh mengujakan! Jom sambung kerja. Jom layankan pemandangan pagi tadi yang sempat kurakam.

Subhanallah...Kejadian pukul 6.35 pagi..
dah terang dunia

selingan...klip scooter-beli di DIY..hehe

 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...