Jumaat, 27 Mei 2016

siar pejalan kaki...

~~ Dah lama tak menjejakkan kaki ke Jalan India (Indian Street) dekat-dekat waterfront tuh. Almaklumlah dah lama tak buat kek bagai, makanya kurang ke sanalah jawabnya. Lagipun tengah proses pembaik pulih siar jalan kaki kat tengah-tengah laluan antara deretan bangunan kedai.
 
~~Nah, baru ni baru berpeluang pergi. Alhamdulillah dan cantik dah tempat tuh. Harap bila hujan takdelah tempias kena pengunjung. Jom layan gambo.
 

 

Sambungan gambo...

~~ Jom layan sambungan gambo makan kali kedua di MK Classico Caffe (Kadang sampai tak tahu nak makan mana tempat yang best..akhirnya ke sini jugaklah). Kali ni encik suami makan hidangan yang macam aku makan hari tuh dan aku pulak makan hidangan yang pernah beliau makan. Tapi makan tetap kongsi sama-sama..hehe
 
~~ Harga pun tetap sama cuma meja makan je pilih yang lain. Jenuhlah tunggu nak tunggu premis mereka buka, katanya mula 5.00 petang. Hampir sejam tunggu, cun pukul 6.00 petang baru buka dan tentunya orang pertama yang order..huhu (nak makan kena fikir jugak sebab nak kejar solat maghrib ye dak - kalau dah lambat...susah). Tapi pelanggan tetap ramai. Jagalah kualiti masa ye..
 
~~ Hari tuh tak sempat ambil gambar bahagian pintu masuk. Nah kali ni ku masukkan..hehe..Dan memnag banyak baang-barang nostalgia yang diletakkan sebagai hiasan kedai dan menggamit memori kita. Siap pelayan cakap, ambillah gambar dulu sementara menanti cashier sampai..gituh...hehe.
 
pintu masuk...


hiasan di tingkat atas..mesin jahit pun hado...







 
 

Isnin, 16 Mei 2016

Busy jap...

~~ Cite kemudian. Kita tepek gambo dulu. Jamu mate dengan gambo ye.

~~ Minggu ni busy jaga jamuan dan penginapan peserta dan guru pengiring untuk Forum Remaja Peringkat Negeri Sarawak. Maklumlah kalau tak bersiaran ye. Nanti ada masa, I kemas kini entri ek.

~~ Kak Monie - takde idea buat masa ni nak tolong jawab pertanyaan hakak..sowi tau..nanti i kerja sambil pk ek.

~~ Gambar selingan -ambil dari FB. Tata titi tutu buat sementara...

~~Sambungan dari kebizian, bizi lagi nak balik kampung. Maklumlah cuti Hari Gawai 1 dan 2 Jun, makanya mengambil peluang cuti seminggu. Nak balik KL lama sikit kali nih. Ada masa, kita jumpa lagi ok. Insya-Allah.



Gunung Irau, CH

Terlihat rancangan eksplorasi di TV2 baru nih. Sempat merakan keindahan ciptaan Allah SWT. Gunung Irau di Cameron Highland (gunung kesembilan tertinggi di Malaysia). Selalunya, asyik pergi tengok ladang teh jer, carik strawberi dan sebagainya. Tapi nak mendaki gunung ni perlukan kebenaran dan lain-lain. Nak naik pun satu hal, kadang kena bermalam sebab mengambil masa 2-3 jam untuk naik ke atas dan 3 - 4 jam untuk turun. Cukup 1 hari untuk mendaki dan turun gunung ataupun boleh bermalam di atas (Mini Irau) dengan keizinan pihak berwajib/renjer hutan. 
 
Ok kita sambung cerita sikit. Berdasarkan maklumat dari blog orang lain (iyelah tak dapat naik kan..hehe) kita kongsi maklumat berkenaan Gunung Irau - puncak tertinggi di Cameron Hihgland dan ke-9 tertinggi di Semenanjung dan ke-15 tertinggi di Malaysia. Istimewanya gunung ini kerana terkenal dengan hutan lumut seakan-akan Fangom Forest dalam cerita Lord of The Ring (mistik). Salah satu babak dalam Filem Puteri Gunung Ledang pernah diadakan di sini. Antara maklumat lain seperti yang berikut :
 
Ketinggian : 2110 meter (6924 kaki)
Suhu : 16-20 Darjah Celcius
Tempat : Sempadan Negeri Perak/Pahang (Banjaran Titiwangsa)
Lokasi : Brincang, Cameron Highland (tempat mula mendaki)
Tahap : Medium
Trek : Tanah gambut, Batu dan Akar Kayu

banyak jenis bunga dan periuk kera dijumpai di Gunung Irau



suasana mistik menyelubungi hutan...



Mini Irau atau Anak Irau atau Puncak Irau Palsu sebagai kawasan hentian dan lapang.
Boleh memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa dan boleh bermalam di sini (camp site).
Dari Anak Irau ke Puncak Irau sebenar mengambil masa 45 minit.

Kapsyen Selamat Datang Ke Gunung Irau tu kiranya dah sampai puncaklah
dan dapat menikmati pemandangan indah ciptaan Allah SWT.


.

Daiso

~~Sempat gi Daiso ala DIY. Daiso ialah kedai yang menjula barang-barang dari Jepun atau Korea. Macam-macam hado. Tetapi regenya semua RM5.00 (termasuk GST kena bayar RM5.13 ke apa tak silap). Kalau beli barang besar, berbaloilah beli, kalau dah yang kecik walaupun menarik, tak ke membazir je beli..huhu (memang encik suami yang bayar, tapi ku rasa macam tak berbaloi nak beli, baik beli di DIY).

~~Malas sebeninya nak jalan ke kompleks beli-belah kat sini (Blouverd), bila pergi rupanya ada kebaikannya. Ada bukaan booth pameran bertemakan kepenggunaan dan kewangan. Adalah termasuk sekali booth LHDN, makanya hari yang aku pergi adalah hari akhir untuk bayar LHDN, ku minta tolong adik yang jaga tu isikan (nasib baik ada internet). Alhamdulillah selesai satu masalah.

~~Ok itu jerr nak cerita sebenarnya..hehe (Ok baiii).

 

JJCM3

Lokasi baharu di Metro City, Matang. Aroma Desa. Makanan Ala Indonesia.

~~Kali pertama pergi terai makan Iga Bakar (bahagian tulang lembu). Oklah rasanya cuma liat sikit.
 
~~Kali kedua pula terai makan Konro Sapi Bakar pun sama rasanya, agak liat. Nasib baik tambah makan gado-gado (sedap). Jadik tak gaduhlah sangat..haha.
 
~~Lepas ni kena terai ayam penyet plak kot. Apa pun kalau makanan bersup memang diletak Pak Aji (bukan Mak Aji..hihi). Sebab tu rasanya agak kuat sampai tak lalu nak order makan. Tapi sambal cicahnya memang win, tak boleh lawan yang lain.
 
~~Kak Jemah bagi 6 bintang daripada 10 bintang. Tempat cantik dekorasi menarik tapi perlu dipertingkatkan mutu makanan (bagilah lembut daging yang kami makan tu ek). Minuman panas pulak banyak dibancuh dengan produk mereka (kat Serikin berlambak hehe).
 
~~Suasana makan dah macam makan di Bandung ke, Jogjakarta ke, Solo ke, gituh sebab ada tv siaran SCTI (Indonesia)..gituh.
 
~~Ok..itu je nak cerita..Baiii..(bukan bai jual kain aa). Maaf tak dapat cerita banyak..kepala tingtong demam batuk.






Kagum

Cite kemudian. Tepek gambo dulu...

Puan Roza

Rabu, 11 Mei 2016

Poskad...

~~ Jom kendurkan otak dengan perkara yang ringan-ringan plak..hehe..

~~ Hmm...sekarang menajdi peminat setia menunggu poskad daripada Maznun Arifa yang rajin mengembara ke negara-negara yang jarang orang nak pergi. Tahu-tahu ada je gambar Maz pergi ke sekian, ke sekian tempat. Memang best dengan berkongsi info dan pemandangan yang ditunjukkan oleh Maz. Iyelah sejak duduk Sarawak selama enam tahun ni memang susah nak ke luar negara. Pasport pun duduk diam-diam kat almari dan habis tempoh dah..hehe. Kalau melancong pun pi dalam negara jer, Penang, Key El, Johor Bahru dan Langkawi..hehe

~~ Rasanya dah lebih 10 tempat Maz pergi melancong dengan kengkawannya. Dan paling best menunggu poskad dari Maz lah kan (ingat sekali dua je bagi, rupanya setiap kali pergi, ku terima poskad dari Maz, dan hanya sekali je Maz tak dapat beri hakak). Syukur dapat kawan macam Maz yang secara tidak langsung mengingati kita. Terima kasih Maz...
 

siap lekat kat dinding sebagai kenangan...

yang terkini dari Kyoto...
~~ Antara poskad yang telah hakak terima datangnya dari negara seperti ~~

~ Phnom Penh (19.04.14)

~ Pulau Belitong, Negara Laskar Pelangi (06.06.14)

~ Nanning, China (28.12.14)

~ Pualu Krabi, Thailand (28.03.15)

~ Bangkok (23.05.15)

~ Hyderabad, India (31.08.15)

~ Kyoto, Jepun (20.04.16)

~~ Next...hehe


Selasa, 10 Mei 2016

Datuk Bandar Muslim Pertama

Sekali-sekala menulis perkara yang agak formal dan membolehkan kita berfikir lebih jauh. Berkebetulan dapat menjengah akhbar hari ini (isu hari Ahad baru nih) yang bertajuk "Datuk Bandar Muslim - London Terima Datuk Bandar Islam Pertama" - Sadiq Khan berusia 45 tahun dan menang atas tiket Parti Buruh. Anak kepada pemandu Bas di Pakistan dan pernah menjadi peguam hak asasi di London.

~~ Sejujurnya baca kali pertama dan membuat tanggapan berkaitan berita tersebut, agak bangga dengan pencapaian beliau. Sudah semestinya berita di akhbar akan bercerita perkara yang baik-baik. Boleh baca pencapaian beliau dalam berita di bawah.
 



~~ Berkebetulan juga ada mendengar radio IKIM yang mengutarakan persoalan "Wajarkah meraikan kegembiraan atas berita tersebut? (meraikan Sadiq Khan sebagai Datuk Bandar Kota London)" pada hari ini. Melalui pembicaraan Slot Islam dan Perundangan bersama Cik Wan Roslili Abdul Majid (Felo Undang-undang dan Politik IKIM) yang bertajuk "Perkahwinan Sejenis : Benarkah Ia Suatu Hak? ... baca sampai habis k.
 
~~ Berbalik pada persoalan yang diutarakan, menurut Cik Wan Roslili lagi, dalam sejarah dunia sebelum ini, sudah ramai pemimpin Muslim lain pernah menjadi pemimpin pada zaman mereka seperti Ahmad Abu Talib. Antara perkara lain yang PERLU diberi perhatian ialah berkaitan pemilihan Sadiq Khan. Sebenarnya bergantung kepada penilaian masing-masing. Sadiq Khan rupanya agak lantang menyokong dan menyatakan pendirian tentang perkahwinan sejenis (PS) dan hampir untuk setiap keadaan menyokong kesamarataan. Masya-Allah. (cerita berkaitan PS seterusnya tidak sempat dicatat, hanya nak kaitkan dengan pelantikan dan pendirian Sadiq Khan tentang PS sahaja).
 
~~ Misalnya pada tahun 2007 dan dan 2013 mengundi untuk menggalakkan pasangan sesama sejenis dan dibenarkan berkahwin. Tahun 2014 mengundi untuk membenarkan mahkamah menguruskan penceraian PS, dan tahun 2015 mengundi untuk memberikan hak kepada pegawai bersenjata untuk mengamalkan perkahwinan PS.
 
~~ Nah, lihatlah bagaimana pendirian dan fikiran kita dalam berfikir tentang pelantikan Sadiq Khan sebagai Datuk Bandar Muslim pertama. Ternyata ada agenda dan sumbangan beliau selama ini (yang tidak masuk akal berkaitan PS) yang membolehkan beliau dilantik sebagai Datuk Bandar. Nauzubillah. Di sebalik nama Muslim telah mencacatkan imej sebagai Muslim yang dibawanya. Memang tidak wajar kita banggakan, mungkin dari sisi lain kita patut banggakan (jika ada). Justeru, renung-renungkanlah. Semoga Allah SWT memelihara bumi London yang sebahagiannya dihuni oleh Muslim dari pelbagai negara.
 
~~ Info : Disember 2000, Belanda negara pertama yang membenarkan perkahwinan sejenis (melalui undian3 sokong dan 1 menolak) hingga menjadi satu rang undang-undang yang penting yang mencatatkan Sejarah Kelulusan Pertama berkaitan kebenaran PS.
 
~~ Harap tak boring dengan entri yang ini ek. Jadikan pengajaran buat kita semua bahawa Islam sekali-kali TIDAK membenarkan perkara ini daripada berlaku atau terlaksana.

Nahas Helikopter AS350

Kiranya dah kali ke berapa nahas serupa ini berlaku di sekitar kawasan Sebuyau - Sungai Batang Lupar (kali kedua katanya). Nahas helikopter AS350 yang telah berlaku pada 5 Mei 2016 (4.32 petang terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam) ini telah mengorbankan enam nyawa. Berdasarkan maklumat dari akhbar - temubual daripada penduduk rumah panjang di sekitar kawasan kejadian, cuaca pada masa itu tidak mengizinkan dan hujan lebat. Ada ternampak kilat menyambar helikopter tersebut dan berlaku ketidaktentuan pada helikopter tersebut lalu senyap. Ramalan kaji cuaca juga ada membuat pemakluman bahawa cuaca pada masa itu tidak mengizinkan.
 
~~ Misi menyelamat dan mencari mangsa juga turut dibantu dengan teknologi dron.
 
~~ Dari Allah SWT mereka datang, kepada Allah SWT jua mereka kembali. Paling terkesan pasangan suami isteri, Datuk Noriah Kasnon (jenazah pertama ditemukan) dan suaminya Asmuni Abdullah (mayat keempat ditemukan) yang dikatakan mahu mati bersama-sama (Allah SWT sebaik-baik Perancang). Salam takziah buat keluarga mereka semua. Di sebalik cerita dan peristiwa pilihanraya di Sarawak, keluarga mereka diuji dengan kehilangan mereka. Innalillah wainna ilahi rajiun.


 
~~ Turut dikongsikan cerita berkaitan kejadian nahas helikopter/pesawat yang melibatkan orang-orang kenamaan sebelum ini.

 

Komentar berkaitan PBAKL

~~ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung dari 27 April hingga 9 Mei 2016 di MAEPS Serdang telah menutup tirainya semalam. Ku berpeluang untuk hadir pada 30 April 2016 (Sabtu). Tempat berlangsungnya PBAKL pada kali ini telah berubah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada kami, lebih mudah berkunjung ke MAEPS Serdang berbanding PWTC. Cuma bermasalah pada sesiapa yang tidak berkenderaan sendiri untuk ke sana. Jika di PWTC, lebih mudah dengan rangkaian pengangkutan LRT/Rapid KL.

~~ Selesai je PBAKL, suda pastinya ada sahaja komen dari orang ramai malah turut diperkatakan di dada-dada akhbar tempatan. Jujur katakan bahawa usaha pihak pengelola PBAKL patut dipuji atas kesungguhan mereka dalam mengendalikan PBAKL pada tahun ini. Jika nak bercakap perkara yang tidak baik, sampai sudah takkan habis. Usaha pihak organisasi juga (DBP) sangat berbaloi. Tahniah buat pihak Pengurusan Tertinggi dan juga staf DBP yang telah mempamerkan komitmen yang tinggi. Apa pun, segala kritikan kita jadikan sempadan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
 
antara keratan akhbar yang sempat kurakam..
 

Isnin, 9 Mei 2016

JJCM2 lagi...

Kali ni pergi JJCM kat Summer Mall. Lepas bersarapan kat Kuching, pastu patah semula ke Samarahan pulak, semata-mata nak jamu tekak dengan ABC perisa kelapa dengan aksesori pelbagai. Nama tempat macam pelik je - Lalele. Harga setanding dengan benda yang kita pilih. Rasa?? Ok sedap. lagi sedap kalau banyak jagung (hantu jagung). Jom layan gambo yang ada (esok ek kita tempek).

Bersinar-sinar you!...lazat...
Tapi tak adil sebab diberi saiz berbeza...
encik suami dapat saiz tempurung yang kecik..redo jelah ek bang! Hehe..
Sebelum dan Selepas...licin kami telan...dua-dua order signature-hard
cuma berbeza topping jer...Rege RM7.90 sebekas...
Sebelah kiri atas : topping longan, sweet corn dan nata de coco
Sebelah kanan atas : topping longan, sweet corn dan chocolate chips
tempat siimple jer//tempat duduk ada dua meja jer..
pelbagai pilihan juga ada..nak yang simple,
boleh makan aiskrim atau coconut shake..nampak sedap judak...

yang penting dapat menikmati dalam tempurung kelapa muda..ye dak..baru ada rasa feel...hehe
nak tepek gak gambo makan berdua..hehe
bagus gak dapat kita ejas dan crop bagai gambar..(taklah nampak boolat sangat muka ku)..haha



 

Orked nan berbunga

Alhamdulillah..galak sungguh orked ni berbunga. lepas satu tangkai, satu lagi tangkai berbunga. Kali ni, tiga tangkai terus berbunga, syukur. Pokok orked purple ni dapat masa pihak DBKU beri sumbangan kepada DBP (dalam satu majlis penyampaian puisi-kalau tak silap). Jadi, daripada orang lain tak nak blea, ku angkutlah satu, untung nasib berbunga atau tidak. Dahlah sangkut dekat pagar, dengan harapan akan berbunga. Syukur dapat hidup dengan baik, berakar ke dinding, malah berbunga ke sebelah pagar rumah jiran, hidup berjiran katanya! Hehe..
 



cuba tengok betul-betul..kan tangkai berada di sebelah pagar jiran..hehe

~~ Pada saat berbunga tiga tangkai, jiran sebelah pulak berpindah rumah rupanya. 

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...