Selasa, 3 Mei 2016

Comel tak saya?

Assalamualaikum semua.

Dari minggu lepas nak menulis, tetapi tak sempat. Hari-hari pilihanraya Sarawak katanya..hehe. Alhamdulillah berjalan lancar dan telah berakhir 7 Mei 2016 baru nih. Dah nama orang Malaya, jadinya tak boleh mengundi di Sarawak kan..hehe. Jadi moh kite ke Serikin (pergi dengan kawan). Siap pesan kat kawan-kawan supaya awal pagi keluar (biasanya pun memang awal). Bukan apa takut tersekat kat jeraya (jalan raya), almaklumlah mereka sibuk turun mengundi. Alhamdulillah, jeraya lengang seperti biasa, orang pun tak ramai sangat yang menjengah Serikin.

Uniknya di Sarawak ni, musim berkempen bagai dalam keadaan aman. Hanya poster, kain rentang, bendera parti masing-masing gah dipasang. Pendek kata berbeza dengan semenanjung yang meriah berkempen bagai. Masa turun mengundi pun, macam tak sangka masa itulah hari turun untuk mengundi (aman dan rilek). Tahu-tahu je dah dapat keputusan awal sebelah malamnya (pusat mengundi ditutup pukul 3.00 petang).

~~ Keputusan : 72 kerusi PBB/BN, 5 DAP, 3 PKR, PAS (usaha lagi akan datang).

Di sebalik orang sibuk berkempen (tak nampak pun mereka berkempen), berlaku tragedi helikopter terhempas dekat Sebuyau - Sungai Batang Lupar (terkenal dengan lubuk buaya). Tahniah buat pasukan penyelamat - Polis, Bomba, Askar, JPAM dll atas usaha dan semangat mereka untuk menyelamat mangsa. Di sebalik tugas yang dijalankan, mereka berdepan dengan bahaya semasa menyelam, meniti tebing dan hutan untuk mencari mangsa nahas. Takziah buat keluarga mangsa nahas - enam orang termasuk juruterbang (jenazah terakhir ditemui pada 9 Mei 2016, 10 pagi).


~~ Sian plak budak tecik sepet comel nih. Cite dia kemudian ek. Comel tak saya? Ingat nama dia Zehra jer (bukan zebra ek). Umur dalam dua tahun lebih. Mak asli Cina dan masuk Islam, ayah Melayu Sarawak. Karakternya malu-malu dan masih takut dengan orang lain kecuali mak dan ayahnya. Ayahnya, adik kepada toke kantin. Maknya pula suri rumah dan sekali-sekala turun membantu kat kantin masa ada majlis dan program DBP. Nak cerita, baik dengan mereka sebenarnya. Dah selalu urus jamuan, mudah berurusan dengan mereka. tak rugi pun baik dengan orang kan? Kita mudahkan urusan mereka, Allah mudahkan urusan kita semua..Insya-Allah.


Yang ni pulak kakak Zehra, namanya Cinta Salma, umur tujuh tahun. Suka layan adik. Mereka adik beradik ni bagus, takde gaduh-gaduh..hehe. Banyak mengalah dengan adik. Bagus Kak Cinta. Cantik kan lukisan saya? Kreatif dan bijak. Itu sahaja cerita kami. Tata titi tutu semua!



Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...