Khamis, 30 Jun 2016

Cuti Raye

Assalamualaikum sahabat semua.

Nampaknya entri kali nih dah memasuki penghujung Ramadan 1437H. Nampak sangat baru sempat menulis. Hanya sempat berpuasa sehingga 22 Ramadan, kemudian cuti orang perempuan nampaknya. Kami mulai cuti raya 1 Julai hingga 13 Julai 2016. Pada tahun ini, giliran beraya di Sungai Karang Darat, Beserah, Kuantan dulu. Dah masuk dua tahun juga, ibu mertua pergi meninggalkan kami. Tahun lepas pulak tak dapat berjumpa adik/kakak ipar bagai sebab mereka dah balik awal. Makanya dari Batu Pahat ke Beserah, hanya dapat jumpa abah je. Alhamdulillah pada tahun ini dapat berkumpul ketiga-tiga keluarga untuk beraya dengan abah.
 
Naik keje lepas raya nanti, bermulalah menanggung tugas rakan sepejabat yang bersalin (cuti hampir empat bulan). Semoga dapat dilaksanakan dengan baik - menyahut cabaran menanggung tugas-tugas penerbitan majalah Jendela Sarawak dan WBS. Udahlah selama ni buat kerja-kerja penyelidikan, kemudian pengembangan (4 lagi projek sendiri yang menanti), dan bakal menempuh dunia penerbitan. Caiyuk-caiyuk Suhana. Jangan pengsan dulu. Haha..
 
Penerbangan malam ni pukul 9.15 malam. Kemudian akan bermalam sehari dua kat BM. Hari Ahad baru pulang kampung. Kuih raya? Tahun malas nak buat. Dua malam berturut-turut hanya mampu menghasilkan dua biji kek lapis nutella. Titik. Haha. Penat pulak tuh. Penat balik kampung kot. Dua minggu sudah balik Kuantan jap. Minggu lepas balik Batu Pahat jap. Memang penat. Malam ni pulak dah balik semula ke KL. Nak balik Kuantan kena sewa kereta nampaknya. Akibat kekangan bajet tiket waran hanya dapat dari Kuching-KL-Kuching sahaja. Titik. Redo.
 
Buat sahabat semua. Selamat berpuasa dan semoga meningkatkan ibadah kita dalam bulan Ramadan mulia. Selamat menyambut Hari Raya. Ampun dan maaf kami pinta buat semua. Makan hidangan raya berpada-pada dan berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman.
 
Cerita tak menarik...harap dimaafin.

Khamis, 16 Jun 2016

Masak apa..eh silap, beli apa hari ini?

Assalamualaikum..Ramadan Kareem - Hari ke-11.

~~ Mata mulai layu. Maka diusahakan juga untuk menulis sementelah mood ke darat. Tahniah kak Suzanti dan Diana dapat mencoret sepatah beratus kata kat blog demo. Kak Monie konpem rehat masa puasa ni daripada menulis blog, sebab rajin bertadarus dan beribadat pada bulan Ramadan (I dapat bertadarus dengan encik suami sehari dua je buat masa nih-kalau tak kuat, susah nak buat). Mak Aji menambah pahala di bulan Ramadan dengan menjaga kekandanya dan halaman flora kesayangannya - satu terapi katanya.

~~ Hari ini dengan bangganya (tak pergi bazar ek) pergi rumah kak Mel (yang pernah kerja Bahagian Perkamusan). Dia berniaga bulan Ramadan depan rumahnya - lauk pauk. Yang jadik nak pergi rumah kak Mel ni sebab semalam ada merasa kuah asam pedasnya (masa berbuka-meminta sedikit dari kawan yang membeli) dimasak stail semenanjung..memang mabeles. Tu baru kuah tu..haha. Jadiknya hari ni, serbu ke rumahnya beli pulak asam pedas ikan tenggiri (nak tunjuk gambo-masalah pada wayar pulak tak dapat nak sambung kat pc). Siap beli bubur pedas (walhal tak pedas pun)..panas, panas. Bubur pedas ni spesel dan macam kuah lodeh gitu sebab letak banyak sayur dan speselnya kulit/perut lembu...woww menarik nih. Hui, ingat sikit. Tengah mendiet tuh. Apa lagi belinya? Sikit sayur nangka jerrr (je ek). Harap dapat perabih masa berbuka nanti (tanpa makan nasi hokey tapi bersantan lemak manis intan payung).
 
~~ Esok malam balik KL..pastu Kuantan untuk berpuasa dengan abah. Boleh gak kemas-kemas rumah abah sebelum kami balik raya nanti (30 Jun 2016).
 
~~ Kak Monie, stand by buat kuih tahun ni ye. Cakap orang je. Yang ku ini, butter dah beli, aksesori lain malasnya nak berbeli-buat kek lapis je. Jangan lapis tinggal lapis je nanti. Caiyuk-caiyuk Suhana.
 
~~ Pstt..semalam ponteng terawih kat masjid (tapi buat kat rumah tau), hari ni kena sambung na!

Rabu, 15 Jun 2016

Ramadan mulia

Assalamualaikum..
Salam Ramadan Kareem hari ke-10. Subhanallah. Masa berlalu pantas. Sedar tak sedar, dah 10 hari juga kita berpuasa. Alhamdulillah istiqamah dapar menunaikan solat Isyak dan terawih dengan suami di Masjid Perumahan Polis Tabuan. Itu yang terdekat dan selesa (ramai orang Semenanjung) - almaklumlah tiada surau atau masjid dekat-dekat kawasan perumahan. Keluar rumah 7.45 malam dan sampai dekat pukul 8.00 malam. Masuk waktu Isyak sekitar pukul 8.04 malam. Solat terawih 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir. Insya-Allah hari minggu nak cuba di masjid baru - Masjid Darul Hana dekat-dekat tol.

Masakan Berbuka (sungkey). Setakat hari ini masak sendirik dan I buat sendirik sebab menu mudah jer. Bakar-bakar dan goreng-goreng (guna minyak zaitun, waima goreng kentang pun guna minyak zaitun berskala kecil - guna pan, buh minyak dalam 3 sudu, lempor hirisan kentang-tunggu jap-baru balikkan-buat sampai garing-siap). Menu - ayam goreng kunyit, ikan terubuk bakar, ikan cencaru/kerisi/kerapu bakar. Padankan dengan daun salad, timun, karot, dan buh sikit 1000 island. Lebih sikit hidangan, makan buah sikit. Alhamdulillah masih bertahan  - 9 hari tak makan nasi. Sahur minum air nabis, kalau ada kepok-layankan aje.
 
Tapi hari ini, kawan ajak berbuka di luar pulak. Sian plak nak tinggal lakiku sorang-sorang berbuka. Kena minta izinlah kan. Encik suami kata ok, alhamdulillah. Memula rancang nak makan secara bufet, RM25 seorang katanya. Bila nak menempah-salah faham rupanya, tu harga untuk kanak-kanak ye Suhana. Orang dewasa kena RM48 seorang sebenonya - kensel. Waduh-waduh pening sudah ibuk. Lagi dipikirin menu yang banyak terhidang, rosak menu berbukaku yang biasa nanti...hak hak. Nggak boleh ini, gawat. Harus carik tempat makan yang hidangannya ringkas, ayam chop ke, kambing chop ke..haha. Makain, perlu diaturin baik-baik.
 
~~ Ok itu sahaja ceritain kali ini, nanti disambungi lagik. Haha. Minggu ni baru ada mood bekerja bena-bena. Minggu lepas melepek habis-penangan dah lama tak puasa sunat senin kamis.
 
~~ Selamat berpuasa. Tahniah kepada yang telah lompong dek tuntutan bulanan ituh...Jangan lupa bayar cepat nanti ok...
 
~~ Jom.. Fikir yang baik-baik. Hidup molek-molek. Pelihara hati dan lidah cantik-cantik. Allah akan sayang lebih. Insya-Allah.

Khamis, 9 Jun 2016

Selamat datang bulan Jun

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi semua.

~~ Selamat cuti sekolah (yeayy jalan tak jem, tapi seminggu jer dan minggu depan dah mula jem semula sebab anak-anak dah naik sekolah) dan selamat berpuasa (syukur selalu) buat sahabat semua. Masuk je bulan Jun, menandakan masuk bulan puasa (1 Ramadan = 6 Jun). Kiranya dah masuk tahun keenam kami dapat berpuasa di bumi Kenyalang nih. Apa yang bestnya apabila dapat bersungkey (berbuka) awal pada pukul 6.44 petang dan sudah tentunya waktu imsaknya pun awal, sekitar 5.00 pagi (di Bahagian Samarahan). Tahniah buat sahabat yang dapat berpuasa pada hari keempat dan tahniah juga kepada sahabat yang 'dah raya awal'.  Lepas raya awal jangan lupa plak sambung puasa wajib ek dan bayar/ganti puasa awal. Hehe.. Bulan Ramadan nilah bulan berehat dari menjalankan mana-mana projek organisasi. Mohleh kita gandakan amalan selain berpuasa - sedekah, mengaji, berzikir, bertadarus, solat terawih, jangan tinggal solat Fardu, berbuat baik sesama insan dan sebagainya.

~~ 6 Jun jugaklah hari lahir encik suami. Selamat Hari Lahir Abang! Yang ke-?? Tutt. Biarlah rahsia. Hehe... Maafkan isterimu kerana tidak menyediakan hadiah istimewa buatmu. Hanya ucapan dan doa mengiringi perjalanan hidupmu (rasa bersalah gak sebab encik suami yang rajin bagi hadiah hari lahir ke annivesary ke kat kita).
 
~~ Pada 6 Jun jugaklah, kami (sahabat sama umur) kehilangan seorang sahabat yang dikasihi - Maizuliza Kemat (Uda) - sahabat sama sekolah menengah dan arwah antara sahabat yang nikah awal (lepas SPM) dan mempunyai tiga orang anak. Pemergian arwah pada saat umat Islam hendak berbuka pada 1 Ramadan - 7.15 malam. Hilanglah penderitaan yang ditanggung selama ini, Allah SWT lebih menyayangi arwah. Agak terasa kehilangan arwah sebab ikatan silaturahim terjalin semula melalui wassap dan masing-masing dapat mengetahui khabar berita setelah sekian lama tak berhubung. Pada tahun lepas, mendapat tahu bahawa arwah menghidap kanser hati pada tahap tiga ke empat dan pihak Dr pernah menjangkakan yang arwah dapat hidup selama enam bulan sahaja. Atas sokongan keluarga dan sahabat, arwah dapat bertahan menanggung ujian hingga ke saat-saat ajalnya. Selama mana arwah mendapat tahu akan sakitnya, banyak usaha dibuat untuk merawat dirinya. Sehinggalan akhir bulan Mei, dikhabarkan sahabat berkenaan diri arwah yang agak kronik sakitnya (cengkung, hatinya tidak berfungsi sepenuhnya, kuning anggota badannya). Sehingga pada satu tahap, arwah merasakan kesakitan yang teramat dan dapat menjangkakan jangka hayatnya dah tak lama lagi. Ya Allah..begitu berat ujian yang diterima arwah sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir pada 1 Ramadan 1437H. Berakhirnya perjalanan hidup arwah di dunia (mudah urusan pengebumian arwah-kata sahabat yang lain yang datang). Bagaimana pula giliran kita? Terasa begitu kerdil diri ini di sisi Allah SWT. Sudah cukupkah amalan kita? Sudah bersediakah kita menghadapi kematian? Ya Allah Ya Tuhanku berilah kami petunjuk jalan yang benar dan berikan kami ketaatan, kebaikan dan istiqamah dalam melakukan kebaikan di dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya KAU lah Yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang.
 
Doa kami buat arwah "Semoga Allah SWT mengurniakan darjat kebaikan kepada Allahyarham Maizuliza binti Kemat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang Beriman"...Aamin.

Keindahan 6

Haa...keindahan sebenar yang ditunggu-tunggu...haha. Berkaitan makananlah. Dap! Tak perlu cakap banyak. Jom layan gambar. Atas : Nasi ke...