Jumaat, 26 Ogos 2016

Bede girl...

Catatan sempena hari lahirku
~~ Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah Selamatkan Siti Suhana Mohd Amir, Alalh selamatkan kamu! Aamin...Aamin. Syukur pada Allah mengurniakan kesihatan dan umur pada tahun ini. Dah nak mencecah masuk 40 siri Suhana oii. 
~~ Di sebalik ujian, Allah turunkan kegembiraan buatku. Terima kasih suamiku, keluarga dan sahabat -sahabat baikku. Aku tidak minta dihargai atau sambutan hari lahir bagai sebab sudah biasa dengan kesederhanaan. Namun, Allah Maha Besar dan Maha Penyayang, menurunkan sahabat-sahabat yang sangat hebat. 
~~ Pada saat aku tak dapat pergi mengiringi peserta sahibba dan puisi, sahabat-sahabatku meraikan hari lahirku. Mereka mengajak makan seafood ke Telaga Air (takde niat nak sambut hari lahir pun, sekadar pergi makan jer). Takpe aku bayar kali ini untuk belanja mereka. Agaknya mereka serba salah sebab aku yang bayar makanan mereka, diajaknya aku ke Giant pulak. macam dapat hidu je tindakan mereka ke SR - beli kek (aku buat tak tahu jer..haha). 
~~ Sampai pejabat, mereka pakat ramai-ramai nak raikan aku. Alamak jadi nebes plak- tak biasa diraikan sebegitu. Walaupun hanya dengan sebiji kek, sangat-sangat menghargai kasih-sayang dan ingatan mereka buatku. Terima kasih Allah. Bersangka baiklah dengan apa yang berlaku dalam diri kita. Allah Sebaik-baik Perancang.

Edith..saling memahami..tengkiu pren

terima kasih semua..

anda semua terbaik...

terima kasih kakak-kakak tersayang..mmuah

ada rezeki, kita makan sama-sama lagi ok...hehe
~~ Coretan buat encik suami tercinta. Dah masuk dua belas tahun pernikahan kita. Kau adalah suami yang terbaik dan memahami. Tidak mengharapkan hadiah, hanya ucapan dan kasih-sayang yang diberi sudah cukup buat diri ini. Malu sebenarnya sebab jarang dapat memberi hadiah untuk encik suami di hari lahirnya. Jadinya tak mengharapkan sangat hadiah bagai daripada encik suami.
~~ Apa pun, jutaan terima kasih kepada encik suami yang banyak berkorban buat diri ini. Banyak juga penghargaan yang diberi buat diriku sempena hari lahirku. Hadiah jam tangan. Belanja makan lagi di SR-alhamdulillah sedap. 

so sweet...i loike...

~~ Beli sepotong kek red velvet nak makan sama-sama. So sweet! Haha..sila jangan menyampah ye. Kang beli banyak, sapa nak makan pulak. Nak harapkan aku buat..mood ke laut sahaja...

muka serius je ye bang!

masa makan di SR, ada juga yang meraikan hari lahir pada tarikh
yang sama denganku..tumpang feel sikit-sikit jer..hehe
siap ada belon bagai, bede girl pakai selempang bertulis bede girl
dan tiup lilin kat kek yang tinggi..hehe

saja ambil gamba ni sebab nak ambik tarikhnya jer...hehe
Nota: Ya Allah...nak menghabiskan menulis entri ni punyalah lama ek, Rasa macam mudah, bila dah mencoret kadang boleh jadi blur kadang boleh jadi lancar. Syukur dah selesai buat masa ini.

dugaan adik...

Kejadian ni berlaku semasa kami ada di rumah KL - hari kami nak pulang ke Kuching. Adik lakiku sorang ni kalau off kerja, memang akan datang ke rumahku dua tiga hari - lepak, tido, basuh baju dan sebagainya setiap minggu. Kira-kira pukul 9 pagi lebih, adik bersiap lepas mandi, semasa nak menyarung seluarnya, tetiba dia mengadu sakit belakang dekat pinggulnya. Dan tak dapat bergerak. Kami menyuruhnya berbaring. Cuba ambil masa untuk dia bertenang dan cuba duduk. Memang tak dapat dan sedikit sakit. 

Kami mengambil keputusan nak bagi dia bertenang, kami keluar cari sarapan. Makan jap pastu bungkus untuk adik dan pos barang penting (pada asalnya nak minta adik bawa bungkusan yang agak berat tuh- akhinya ku sendiri yang angkat sebab encik suami pun baru kemalangan, tak boleh angkat barang berat). Kemudian baru adik makan. Masih lagi dia tak dapat membengkokkan badannya apatah lagi duduk. Terpaksalah dia makan sambil berbaring. Adik hanya boleh golek-golekkan badannya sikit je. Nak kata sakit taklah sangat, cuma tak dapat bergerak. 

Sementara nak tunggu dia dapat bergerak (berharap dalam hati), kami minta izin keluar sekali lagi ke KL untuk urusan kerja sikit (sambil check in awal di KL Sentral). Menghala balik rumah, kami singgah ke pusat terapi Darus Sifah sekiranya ada perkhidmatan bawa ustaz ke rumah (malangnya tiada, ada van pun, tapi takde stracher). Kami tawakkal jer, balik rumah, encik suami terus telefon 999 (adik masih dalam keadaan yang sama) untuk meminta bantuan kecemasan. 

Akhirnya, ambulans dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Puitra yang datang ke rumah berdasarkan maklumat dari pusat 999 dan mereka mengarahkan ambulans terdekat untuk membantu kami. Mujurlah waktu orang sedang kerja, jadiknya urusan mengangkat dan mengalihkan adik ke ambulans, mudah dan lancar. Aku dah siapkan barang-barang keperluan adik nak ke hospital Serdang dan minta dia solat Zuhur dulu dalam keadaan baring. Pada waktu inilah, rasa sedih datang dengan ujian yang menimpa adikku. Dahlah mak abah jauh kat kampung. Allah datangkan ujian pada saat kami ada, dapatlah kami membantu sedikit. Terus telefon abah dan adik ipar untuk minta mereka datang menggantikan kami nanti yang akan balik ke Kuching (penerbangan kami 9 malam dan uruskan adik ke hospital pada pukul 2 lbh).

Pada masa yang sama, kami ada menyewa kereta. Kalau adik dapat duduk, dah lama kami hantar dia ke hospital. Namun, ambulans juga yang membawa adik. Kami menyusul kemudian. Sementara aku mencari parking, encik suami terus ke Jabatan Kecemasan menemani adik. Mujurlah tiada simptom lain yang menyerang adik. Dia diberi suntikan penenang dan masih belum dapat menggerakkan  atau membengkokkan badannya. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan urusan parking, terus aku mencari adik, Risau juga masa yang ada. Kami turut menelefon sepupu meminta bantuannya sementara menunggu abah sampai. Terima kasihlah sepupu (Emy) sebab datang tolong kami.

Kami terpaksa pulang sebab jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Dahlah jem nanti sebab waktu puncak pekerja balik. Dengan rasa berat, kami meninggalkan adik dalam Jabatan Kecemasan lagi dan sempat berjumpa sepupu untuk meminta bantuannya. Tepat kami sampai 6 petang, hanya sempat menukar pakaian dan berkemas sedikit, teksi dah sampai depan rumah. Terpaksa bertolak awal untuk elak kelewatan. Dengan rasa berat, kami meninggalkan adik (sebelah malam baru dapat di-x-ray) dan masuk wad. Doa kami sentiasa mengiringi adikku. 

Alhamdulillah, abah, adik perempuanku dan suaminya dapat menjenguk adik pukul 11 lebih malam. Syukur dan lega kami rasa. Adik dapat duduk selepas di-x-ray dan abah melayannya makan. Mereka terpaksa bermalam di rumahku. Keesokannya baru dapat melawat semula adik (kesian juga mereka kepenatan datang dari kampung). Keesokan petang nak dekat maghrib baru adik dapat keluar wad dan abah terus memabawanya ke kampung, berehat seminggu (dapat cuti sakit).

Alhamdulillah. Syukur pada Allah SWT. Adikku tidak mengalami penyakit yang serius. Hanya diuji sedikit sahaja. Pada awalnya, Dr mengatakan yang tulang rawannya ke apa terkena saraf/tulang belakang, tu yang agak terganggu sedikit. Selepas kejadian tuh, adik hanya perlu menghadiri temu janji fisioterapu sekali dua dan tidak ada yang serius berlaku pada badannya -  syukur. Ujian yang diberi ini adlaah sebagai tanda Allah kasihkan kita. Semoga kita tabah dan sabar menghadapinya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

kali pertama menghadapi situasi ini






masa nih dah kena suntik, namun masih belum dapat bergerak/duduk

menunggu untuk di-x-ray dan masuk wad

Pelbagai Program

Kita sambung cerita ye. Tarik nafas, tahan dan hembus.Kita cerita sikit-sikit tentang kerja ye. Kalau bosan, berhenti baca. Hehe...Gambar bawah ni semasa majlis perpisahan Encik Abang Haliman Abang Julai atas kenaikan pangkat dan menjadi pengarah di DBP Wilayah Selatan - Johor dan mula bertugas sebelum Hari Raya hari tuh. Tahniah diucapkan. Hanya dapat bergambar dengan bingkai gambar beliau jer..haha..jadiklah.

~~ Seperti tahun-tahun sebelumnya. Dah masuk enam tahun mengendalikan Forum Pelajar (Sekolah Persendirian Cina) kat Sarawak nih. Alhamdulillah pada kali ni telah berjaya dilaksanakan di DBP Cawangan Sarawak dengan kerjasama semua AJK. Terima kasih semua. Johan disandang oleh Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri dan mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan pada bulan Ogos (namun gagal meraih tempat teratas pada tahun ini).  
~~ Semangat semua pasukan yang bertanding perlu dipuji kerana mereka bersungguh-sungguh dalam mempamerkan persembahan. Apatah lagi dinobatkan sebagai johan, memang membanggakan sekolah mereka. Tempat kedua dan ketiga pun mereka bangga juga, asalkan dapat nombor teratas. Ada juga sekolah yang tahu takkan menang tetapi tetap bersemangat untuk menghantar pasukan mereka (sehinggakan nak ambil hadiah sagu hati kat pentas pun meminta agar tidak dipanggil sebagai pasukan pertama naik ke pentas - dianggap aib bagi mereka). Apa pun, semoga diri ini diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diberi. Aamin...

~~ Gambo banyak warna purple kat bawah ni pulak semasa berlangsungnya Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak dan juga Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah (Jemputan). Pada tahun ni, alhamdulillah dapat bekerjasama dengan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), Kuching dan buat di sekolah mereka. Kedua-dua pertandingan ini hanya dapat dijalankan secara jemputan sahaja dan memilih peserta di bahagian Kuching disebabkan faktor kos yang minimum. Apatah lagi kos kapal terbang peserta sahibba dan puisi ke KL pulak ditanggung sendiri pada tahun ini.
~~ Apatah lagi faktor juri sahibba yang terhad dalam kalangan staf DBP sendiri. Alhamdulillah, selain aku, ada juga kawan-kawan lain yang hebat dan sama-sama belajar dan bekerjasama untuk mengendalikan pertandingan sahibba ini. Diakui bahawa masa dan komitmen jadi kekangan. Ada juga usaha untuk melantik dan melatih kalangan guru sebagai juri, namun masa mereka juga terhad. Sebagai langkah selamat, aku memang suka untuk mengendalikan dan sentiasa belajar tentang sahibba bersama-sama kawan-kawan sekerja - semua peringkat kulibatkan. Jika dapat pindah nanti, dapatlah mereka ambil alih menguruskan pertandingan ini pula.
~~ Untuk pertandingan deklamasi puisi, ku tak risau sangat sebab ada pegawai lain yang dapat membantu menguruskan pertandingan, cuma pada peringkat urus setia, ku dan ajk lain perlu bertungkus-lumus uruskan dari awal.
~~ Pada peringkat kebangsaan, komitmen wakil pemenang dari Sarawak ke DBP, KL memang tinggi. Sekolah masing-masing telah menaja kos penerbangan mereka. Mereka bertanding pada 25 Ogos 2016 (berkebetulan hari lahirku). Sampai di sana, pihak urus setia DBP, KL yang ambil alih menguruskan mereka, alhamdulillah. Namun, pada tahun ini, Allah SWT tidak izinkan aku pergi menemani mereka untuk bertanding. Hanya doa kemenangan ku pohon buat mereka. Syukur ada guru pengiring yang berpengalaman dan pernah menghantar peserta sebelum ini. Mudah bagi mereka untuk berdikari di sana. Alhamdulillah. Walaupun tak meraih kemenangan di tempat teratas, usaha dan pengalaman yang mereka dapat amat berharga. Tahniah buat mereka dan juga komitmen guru pengiring yang hebat.

semua staf kulibatkan termasuk Lily Joo..
hehe sian dia tengah sarat bawak perut...

antara orang kuat juri sahibba...terima kasih sahabat

orang kuat TUNAZ..terima kasih Rafida dan Zakiah...

kakak kesayangan...haha sangat..
rajin layan karenahku untuk tugasan yang pelbagai..

~~ Bergambar kenang-kenangan bersama-sama para pemenang dan Tetamu Kehormat.



~~ Yang ni cerita lain pulak ye. Menghadiri jamuan raya di Bahagian Penyelidikan di DBP, KL (tempat bertugasku yang lama - tempat jatuh lagi dikenang), kira menyibuk jugaklah kat majlis jamuan orang..haha..sori kak Monie. Masa ni juga berpeluang berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di DBP. Alhamdulillah. Ajak sekali encik suami, dapatlah bertemu dengan Tuan Haji Hamdan - sifu Jawi dan sahabat yang lain.

dengan sahabatku Fatin...tema purple..hehe

bersama dengan kak Sal-syukur dapat jumpa
Dah berpencen awal rupanya kak ku sorang nih..
~~ Selepas pergi majlis jamuan raya, keesokan hari pulak bertugas membantu Kak Huznah Sait mengendalikan Pertandingan Forum Pelajar peringkat kebangsaan (melibatkan pertandingan enam zon). Syukur sebab dapat membantu Kak Huznah selain bertindak sebagai pegawai pengiring untuk peserta wakil Sarawak (SM Jalan Riam, Miri). Pertandingan ni ialah salah satu program yang dijalankan dengan program lain dalam Festival Bahasa dan Sastera Pelbagai Kaum. Tahniah buat semua peserta yang bertanding atas usaha dan semangat yang dipamerkan. 
tempat bertugas...

menjaga masa dan hakim

majlis penyampaian hadiah/penutupan
~~ Program yang lain pulak. Menjadi hakim untuk pertandingan pidato kanak-kanak Tadika untuk Hari Potensi (Kemas) 2016 di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching. Dah empat tahun tak jadi hakim nih, sebelum ni adalah juga. Seronok dapat kenal dengan juri lain - Leela dan Loola (haha...lupa nama sebab dekat sama nama-kok lupa). Leela ni ceria orangnya, satu UiTM dengan encik suami. Leela berketurunan Iban-India, menarik kan! Tengoklah senyuman beliau-menggambarkan keceriaan berganda. Melihat bakat anak-anak kecil mengetengahkan persembahan yang hebat. Tahniah diucapkan. Tahun depan lantiklah kami lagi ye.



joging sangat...

Sekian lama duk kat Sarawak - masuk enam tahun dah, barulah dapat menjejakkan kaki beriadah kat taman dekat Tabuan (taman dalam bandar). Punyalah susah nak pergi, takde masa you, you! Iyelah tuh akak mallas. Banyak kali encik suami ajak pergi, kali ni tewas dengan ajakan tersebut. Jom layan jalan kaki (lari anak-sangattt). Janji dapat satu pusingan (dalam tiga kilometer), jadiklah. Pergi waktu pagi, oklah. Pastu sarapan nasi lemak! Yang ni tak ok. Haha. Apa boleh buat, janji dah lepas dapat pergi taman nih (tengok...nama taman pun lupa). Pastu ada peluh sikit-sikit, dikira beriadah jugaklah kens sambil menghirup udara segar.


~~ Gaya orang belakang tu mesti lebih. Haha..

~~ Lari, bang. Lari..kih kih..


~~ Kerja aku, ambik gambo sekeliling. Ku suka ambik gambo pokok, sama ada yang merimbun atau tinggal rangka jer (ranting). Memang unik dan cantik ciptaan Allah SWT...Subhanallah.


~~ Semoga diberi kekuatan untuk beriadah di tempat seumpama ini lagi. Di mana-mana pun boleh, janji dapat beriadah dan menyihatkan badan.

Khamis, 25 Ogos 2016

cucu atuk

Cerita cucu atuk ni berlaku apabila cucu laki sorang (Raziq Rayyan) ni balik kampung Santubong, Sarawak. Cik Ana nilah yang tolong belikan tiket dari JB ke Penang dulu katanya. Jumpa sepupu Royyan kat Penang dulu kemudian balik ke Kuching. Sonoklah ye naik belon je kerjanya. Setahun sekali katanya. Untung bila balik kampung, cik Ana masih duk Sarawak dan dapatlah ngabas (jumpa) dia kat rumah nenek dia ek.
 
~~ Inilah geng dia bila balik kampung - abang Irfan. Bermain sama-sama tak hengat dunia. Lewat malam baru tido. Pastu sempatlah tido di rumah kami dua malam. Duk elok kat sofa sambil layan tab. Encik suami rajin layan Royyan sampai dipanggilnya 'abang' juga. Lucu Royyan.
 
 
~~Abang Ifan minum vitagen, dia pun minum sama.
Disuruh senyum masa gambo, nak aje sebab Abang Ifan ada sebelah ek. Hailah anak.
 
~~ Ayah Royyan, dapat peluang ke kampung, apa lagi menjalalah jawabnya. Rumah dekat dengan sungai menghala ke laut, seronoklah menjala. Apa lagi, kakak ipar tumpang rezeki, lobster kecik pun jadiklah kan. Hehe..Alhamdulillah.
hasil tangkapan hari pertama...
~~ Tengok gaya dia senyum. Mood tengah oklah tuh. Haha...
 
~~ Ni gaya masa bawak dia berjalan-jalan tepi laut.

~~ Satu lagi perangai dia, menyakat dia untuk tunjuk ketiak, terus je buat. Geram je arasa. Haha...
Dengan bangga pulak tu tunjuk ketiak masyam dia tuh..hehe
~~ tak cukup sebelah, sebelah lagi dia tunjuk...cium kang!!
~~ Ni gaya last tunjuk ketiak masa hantar dia balik kat epot 25 Ogos hari tuh...boleh!!

cerita tentang makanan

Meh kita sambung cerita tentang makanan ek (kebanyakannya makan di kedai ler - jangan kecam saya, kak Monie...hehe). Asyik tertangguh jer aka mallass. hehe... Terletak gambo makanan banyak dalam satu frame, susah pulak nak cerita. Gambo nombor 1 dan 2 sebelah kiri tu ayam kenny rogers - kurang best sekarang sebab meniadakan hidangan peberetku, jagung wey. Mengapa, mengapa ditiadakan? Jadinya, kemungkinan nak makan kat situ lagi agak tipis harapannya ek. Unsur jagung sikit pun takdok. Sedih. Haha..kecewa sikit jer.

~~ Gambo nombor 3 sebelah kiri tu pulak, Sup mihun wantan (Taman Sukma, Samariang). Boleh makan dengan suun dan mi besar. Apa yang istimewanya ialah wantannya inti ayam. Sekali-sekala makan oklah kot sebab rasa lada sulahnya kuat dan agak pedas. Pedas lada sulah, hangatnya lain berbanding pedas cili api. Tapi bila makan, sedap ditambah dengan sambal kicap..kenss..hehe.

~~ Gambo nombor 1 dan 2 sebelah kanan, ikan siakap bakar PETAI (Tg. Lumpur, Kuantan)..hehe. Yang ini ku suka. Namun, mengapa petainya dipotong kecik-kecik? Syukurlah ada petai kens. Rejeki jangan ditolak. Cuba tengok sambal cicahnya. Memang kaya dengan potongan cili hijau yang mantap..berapi, berasap hidung dan telinga. Gambo nombor 3 tu burger daging kot, tak hengat beli kat mana. Jadik, takde cerita tentang burger itu...sowi.

~~ Gambo kat frame bawah nih, satu cerita lengkap. Sokong perniagaan kengkawan - Belanga Emas (Stimbot). Restoran stimbot ni baru dibuka (dalam 4-6 bulan) di Bandar Sri Putra, Bangi oleh Kak Ita dan keluarganya. Kenal Kak Ita ni melalui IG jer, seorang yang hebat dan rajin (kagum jugak sebab anak ramai). Hebat dalam buat kek lapis (lama duk Miri sebelum nih) dan sekarang buka restoran nih. Dah cuba makan di sini, ok boleh tahan, pelbagai aksesori stimbot dan makanan sampingan lain yang sedap. Kalau bayar di kaunter, jangan lupa pandang belanga tembaga (macam emas) ye. Cantik dan menarik, sesuai dengan nama restorannya - Belanga Emas. Harga satu kapala, RM25.00 untuk sup dan bakar. Kalau nak makan ala supnya sahaja, harganya dalam RM18.00. Balik baru nih, lupa pulak nak singgah. Lain masa, kami singgah lagi ye kak Ita.

~~ Gambo kiri tu bebola ayam spageti kat pizza hut. Sedap dan terangkat sebab taburan cisnya banyak kot. Memang berasa sangat cisnya dan sedap. Kadang tak semua tempat, sama persembahannya. Nasib-nasiblah kalau dapat hidangan yang sedap atau kurang sedap. Gambo sebelah kanannya pulak tuh, takoyaki sotong namanya. Ada buh topping mayonis atau cis. Kalau makan di gerai di Baitulmal, hanya dua pilihan jer untuk toppingnya. Tapi kalau makan di gerai dalam Giant Samariang dah banyak pilihan, oklah tuh. Takoyaki menjadi hidangan pilihan hujung minggu kalau rasa nak makan (lepas balik dari Serikin, terutamanya). Tu jer nak cite. Hehe. Eh, satu lagi, ada lagi, gambo yang bawah sekali tuh, ceteka, ceteka...hehe. Kepok leko namanya. Itu hasil olahan encik suamilah - kreatif dan inovatif, sangatt!! Hasilnya sebegitu rupa sebab simpan lama kat sejuk beku, bila keluarkan kena tunggu lama sikit nak bagi lembut, baru potong-potong dan goreng. Nak sedap lagi, kata encik suami, buh lada sulah. Hok aloh, layankan aje. Nasib baik sodap. Haha...

~~ Gambo bawah pulak ni macam pais. Tetapi kat sini dipanggil pais lemantak (tepung sagu) yang dibubuh udang (dijual di Kg. Buntal, Santubong). Tepung sagu yang diadun dengan kelapa parut dan dicampurkan dengan udang sederhana (dibuang kulit), buh dalam daun kelapak, pastu kita panggang sama dia. Sedap dimakan panas-panas, lemak dan kenyal-kenyal gitu. Tak rugi untuk mencuba makan. Pais lemantak ni asal dari Mukah (kawasan banyak tanam pokok sagu) dan kawasan sekitarnya. Kat kawasan Kuching, Santubong dah banyak dijual, mudah dapat dan dimakan.

~~ Gambo bawah ni pulak gambo sebesen karangan udang kara (lobster) dan ketam yang dimasak lemak cili padi. Sejak dapat udang kara atau ketam dari keluarga besan mak nih (di Santubong), tak pernah nak goreng. Ntahlah, rasa mudah bila dimasak lemak pedas kot. Hehe...Lain kali nak cuba digoreng pulak. Syukur dengan rezeki yang diperoleh-pemberian mereka. Tak perlu membeli. dapat yang kecik-kecik pun ok, dapat juga merasa udang kara yang sememangnya lara!

~~ Sama juga gambo bawah nih, besan mak yang tolong masakkan. Telur belangkas. Nak harap aku masak, hmm idoklah. Dah berapa kurun tak makan telur tembakul nih. Kata encik suami, makan telurnya sahaja ye macam kita makan telur penyu sebab belangkas dan penyu ialah binatang dua alam - yang duduk di darat dan dia air jugak. Tawakkal je makan sebab dari segi hukum, banyak juga pendapat jika nak makan belangkas. Iyelah ditambah pula apabila belangkas dipotong-potong dan dimasak dengan telurnya sekali. Ku makan telurnya je, sedap dan lemak. Kubedal sorang sebab encik suami tak nak makan. Ampunkan dosa hamba-Mu ini Ya Allah sekiranya aku berdosa dengan memakan telur belangkas nih (sekiranya diragui dan jatuh haram memakannya). Tapi hati ini yakin dibolehkan makan telurnya sahaja.

~~ Alamak aii. Banyak lagi nak cerita rupanya tentang makanan jer. 1001 macam cerita. Pengsan jap. Haha.. Gambo bawah ni sup udang segar namanya. tempat yang sedap nak makan nih, kat Telaga Air (40 minit nak ke tempat nih dari Matang). Kalau ada stok udang segar, minta toke kedai masak macam nih on de dot. Buh serai dan bawang, bahan lain tak pasti, masak segar. Nak lagi sedap tak perlu buang misai udang (haha..gurau je, toke kedai cakap nak cepat masak, tak sempat nak pikir nak buang misai bagai). Makan nih, tak hengat yang lain. Mak mertua lalu pun, hanya say hai jer..haha.

~~ Gambo ni pulak, sepotong kek cinta! Haha. Bikin gempak jer. Encik suami teringin nak makan kek red velevet nih masa tunggu hidangan lain sampai (nak tunggu isteri masak kek, mereputlah jawabnya-kemalasan melanda). Jadiklah makan sepotong ye bang!

~~ Yang ni semangkuk mee kari kebaabom. Tak sangka mangkuk besar rupanya sepadan dengan harganya (SR) dan yang bawah tu chicken chop chop dan salad best. Alhamdulillah sedap dan berbaloi dengan harganya. Sebelum nih, ada gak nampak Diana dan anak-anaknya makan dalam mangkuk besar kat SR nih. Macam tak percaya, betul ke dihidang dalam mangkuk besar, sebabnya pernah makan di SR di epot Penang, makan spageti rasanya, kok dihidang dalam pinggan kecik. Sebab tu tak sio nak makan di SR lagi. Tapi baru ni dapat makan dalam mangkuk dan pinggan besar, jadik peberet pulak, boleh makan lagi (masa terima gaji lebih baik dan lebih banyak pilihan...haha) lepas nih. Terima kasih encik suami yang belanja makan kali nih sebab bede I. Terima kasih bang!


~~ Gambo bawah ni gambo pau inti kelapa yang sangat sedap (hijau). Cukup rasa manis dan lemaknya. Memang terbaik. Setakat nih takde jumpa kat mana-mana lagi (tak nampak lagi). Hanya ada dijual kat hentian rehat dan rawat kat area Lanchang dan Temerloh jer. Kalau singgah (atau paksa encik suami singgah), mesti borong banyak-banyak. Letak kat sejuk beku, nak makan, gi kukus sana. Makan panas-panas, hmm sedap. Kilang pau ni ada kat Taman Perindustrian Ehsan Jaya, KL jer, tapi kok tak jumpa lagi di sekitar KL. Pau Manis Bestmas (ada gambo wau bule).

~~ Mesti letih nak baca kans? Apatah lagi nak mencoretnya. haha. Bertabahlah ek. Gambo bawah ni hidangan nasi Arab. Nasi Maghlubah Ayam atau Kambiang dari Restoran kat BBBangi. Kerap juga makan kat sini sebab nasinya sedap dan dapat diskaun singgit dua hinggit sebab encik suami speaking Arablah sama itu toke kedai...hehe. Tapi kadang tak lepas pandang dalam menu depa sebab tulis 'Maklupa chicken' yang sepatutnya Maghlubah Chicken. hehe..layankan aja. Mak lupa nak! Hehe...

~~ Gambo bawah ni hidangan spesel oleh MAS. Tak pernah-pernah dapat makan dan dihidangkan dalam ruangan business kelas (ditanya nak makan apa, baru dihidang penuh). Rezeki Allah nak bagi, dinaik taraf kelas penerbangan ekonomi ke business (dari Kuching ke KL-guna waran). Alhamdulillah. Mulanya risau gak sebab dipanggil nama kat kaunter sebelum nak masuk kapal. Puan, Puan Siti Suhana ker? Ye kenapa (hati dup dap-dup dap takut ada buat salah). Oh, puan 'diupgrade' kelas ekonomi ke business ye puan sebab kelas ekonomi penuh. Alhamdulillah berkat dapat masa penerbangan awal pagi, 5.30  pagi (penerbangan memang penuh sebab atlet SUKMA yang berkampung di Sarawak nak balik KL). Tak sama waktu penerbangan dengan encik suami sebab penerbangan penuh. Tunggu sejam kat KLIA, baru encik abang sampai pulak. Itu je kisahnya. Sekian!

~~ Yang ni pulak semangkuk babat yang enak. Haha.. Sup mihun babat (perut) namanya. Jadik peberet sebenanya. Ada dijual di Restoran Aroma Desa - gaya Indonesia kat Matang (jauh nak pergi dari rumah). Makan sekali dua ok kot sebab bila tengok harganya, rupanya RM9++. Mangkuk kecik jer. Walaupun sedap, nampaknya kena makan jarang-jarang jer. Hehe...

~~ Ini pulak semangkuk lontong spesel. Bukan senang nak jumpa kat Sarawak nih. Nama restoran, Penang Bistro, tapi ada masakan Johor seperti lontong (sebelah pagi je). Kebanyakan makanan lain  yang dijual juga menepati selera semenanjung (tokenya tak silaplah, orang semenanjung jugak). Makanan 'killer' yang lain seperti ayam goreng berempah dan ikan keli goreng. Memang terbaik! Tapi sayangnya restoran hanya dibuka pada hari biasa jer. hari Sabtu Ahad tak buka ye. Hmm..susah nak pergi pada hari biasa sebab jauh dari pejabat. Kalau dari rumah kami, memanglah dekat sangat. Dapat makan lontong dan lain-lain sekiranya ada urusan kerja di sekitar Samarahan je.. Hehe..

~~ Yang ni pula. semangkuk aiskrim cinta (jangan muntah ye..haha) jenama tutt BR. Mahal pun mahallah sebab teringin nak rasa. Makan berdua lebih baik. Sangat!! Kalau tak cukup, leh tambah duit beli lain...hehe. nasib baik cukup. Alhamdulillah.

~~ Yang ini jangan cakap. memang peberet sebab ada topping jagung. Buah mata kucing tu ada sekali sebab perlu ada dua unsur topping yang boleh dipilih. Ambik jelah, janji ada jagung jugak. Aiskrimnya pun halus dan lembut - Aiskrim Gula Apung (gula merah) namanya. Memang sedap dan menyegarkan. Tapi cukup semangkuk sorang sebab manis. Awas ye. Jaga kesihatan gak.

~~ Yang ni pulak, sepinggan ayam lengkap Nando's. Kat Sarawak ni rasanya hanya satu tempat je ada - Viva City. Kalau rasa nak makan kat sini, kena pergi awal (siang hari) sebab sentiasa penuh. Perlu beratur dan menunggu pulak nak duduk makan. Aduhai, penangan Nando's. Apa yang menarik untuk kami makan ialah sosnya dan hidangan kentangnya yang segar dan besar saiznya - terbaik. Rasa ayam panggangnya, oklah dan hidangan sampingan kekacang je sebab takde pilihan (dah habis). Kalau ada unsur jagung lagi mantap, kens..hehe. tak habis-habis jagung ek. Maklumlah hantu jagung!

~~~ Yeayy..ni cerita yang akhir untuk entri nih. Pengsan jap. Haha...Hidangan hebat walaupun guna bahan yang mudah - hirisan timun dan epal dengan ayam tempura goreng (nuget) cicah sos cili. Ini kerjain encik suami. Kreatif. Makanan tak sedap boleh jadi sedap kans. Yang penting, hiasan dan deko win..haha. Oklah kens...hehe.

Baiklah sahabat semua. Cukuplah cerita untuk entri ini - memakan masa 2-3 jam..haha. Lepas nih, kena letak hidangan makanan yang terhad untuk satu entri ye.  Lagi-lagi makanan luar, bukan masak sendirik puns. I sedar diri sebab tahap kemalasan untuk memasak ke, membaking ke..memang merudum. Pasni. mudah-mudahan rajin mendatang semula.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...