Sabtu, 24 September 2016

Mydin kinek di sitok...

~~ Baru berkesempatan pergi ke Mydin dekat Bandar Baru Samariang setelah dua bulan dibuka. Ni baru siap satu, Ada satu lagi (lagi besar agaknya) yang bakal dibuka dekat jalan tol lama. Meh layan gambo dulu. Ini kali kedua ku menjejakkan kaki ke sini sebab bawa encik suami melawat kawasan.

~~ Berlatarbelakangkan Gunung Santubong-memang sesuai. Dah lama sebenarnya Mydin nak masuk Sarawak, tapi macam tak lepas jer. Tahun ni baru dapat dibuka. Besar bangunan dan susun atur barang jualan macam bangunan Giant-harga borong murahlah juga-harga barang lain, sama je nampaknya. Sampaikan satu tahap, kengkawan cakap, cukuplah sekali ke sini. Kalau dah 9 orang dari sepuluh orang cakap macam tulah..acaner. Yang berbeza hanyalah tong-tong rempah ratus-nampak kelainannya. Jom layan. 






Menarik..nilai tambah ada tulisan Jawi. Bahasa Melayu pun ditulis besar.



Hah..ni yang spesel..tong-tong berisi rempah ratus...

Bersusun banyak...




pilih, pilih..jangan tak pilih...

ada daun tyme, oregano, rosemary dan Italian parsley...menarik gak..

Keju dalam bungkusan pelik pun hado...hehe

Carik sarapan...

~~ Masya-Allah susahnya nak menghabiskan coretan-coretan ini. Kekangan demi kekangan, tugasan pejabat, tugasan rumah dan kemalasan faktor utama. Bukan aku sorang je banyak kerja (orang lain lagi banyak ye Suhana). Lagi-lagi menjelang BBK tahun nih. Kena uruskan buku cenderamata untuk semua program, kena urus program dengan UNIMAS, kena siapkan majalah Jendela Sarawak (ni kerja jatuh dari langit-tanggung kerja), kena urus aktiviti sahibba dengan pihak sekolah dan lain-lain. Ku mohon pada Allah semoga diberi kesihatan dan kekuatan untuk melaksanakan tugas yang diberi. Dan kugagahi jua mencoret sampai habis. 
~~ Ok jom sambung cite. Gambo-gambo kat bawah ni gambo dekat Muzium Sarawak. Ada apa kat sini selain simpanan sejarah? Muzium ni terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching (sebelah Hotel Merdeka Palace). Berhadapan muzium ni ada muzium satu lagi, namun telah dirobohkan untuk pembangunan katanya. Mujur ada muzium satu lagi hak ni. 
~~ Selain itu, apa yang menarik dekat sini. Ada tempat makan best! Mi Brunei. Macam sup biasa, tetapi guna rebusan daging lembu. Ada isi tulang campur daging lembu. Ada rasa manis dan sedap. Lokasi kedai makan sebelum nilah ada kat muzium yang diroboh tuh. Lepas dirobohkan, tak tahu mana mereka pergi. Akhirnya, dapat tahu kat muzium ni rupanya. Kat muzium juga mereka nak berjual kans. Ada nilai diingati rasanya. Sebut je mi Brunei, ada kat muzium Kuching..hehe. Oklah. Meh kita layan gambo yang hado. Kita posing dulu sebelum makan..hehe

Cakk!!parking keta kat atas sebelah kiri, menuruni bukit sambil berposing..

kita cantikkan sikit gambo..macam gambo 80-an...haha





kawasan bumbung tengah tulah kedainya...buka setiap hari kecuali hari Ahad...

Inilah Mi Brunei Spesel-ganti dengan mihun.
Kat Brunei pun takde mi ni tau! Macam mi bandung ler, mana ada kat Bandung kans..hehe

Makan dan kenduri kahwin....

Peristiwa ni dulu baru yang kedua tadi..hehe. Masa balik kampung hari tuh, ada teman abah dan emak gi kenduri kahwin kat Taman Sri Skudai pada 10 September 2016. Anak nenek sebelah rumah - kira cucunya yang kahwin. Hehe..Pergi satu kereta Alza. Agak penuh. Masa pergi, abah duk belakang sekali, tak kata apa walaupun nampak sempit. Masa balik pulak encik suami pulak offer duk belakang, abah angguk je setuju. Haha.. maknanya tak selesalah sebab kaki abah panjang. Encik suami tak mau ikut, kupaksa ikut, sian plak dia jadi mangsa sebab tak berapa selesa duk belakang sekali, maaf ye bang!.

lauk memang best..ada kari tulang kambing..bertulang-tulang hado..
~~ Pelamin mini dan gambar photo booth ke apa..orang muda oklah. Kalau macam aku, tengok mood encik suami..hehe..
 ~~ Gambo-gambo praperkahwinan. Malar hijau gituh! Pengantin laki ni sebaya adik aku wanie jika tak silap. Dua orang adik-beradik jer. Masih belajar ambik MA.

~~ Gambar persandingan. Ini pun ambik dari henpon sepupu pengantin. Selamat pengantin baharu!
~~ Ni gambo mak ayah pengantin. Tak dapat bergambar dengan perantin...dengan mereka, jadiklah. Hehe..Terima kasih jemput kami.

Jumaat, 23 September 2016

Lambretta Labamba...


Lambretta Labamba. Balik kampung baru nih, terjumpa dengan vespa aka lambretta lama nih. Kenangan menggamit kembali. Cewah. Vespa ni kami jumpa kat Pekan Rengit tapi bestnyer sebab nombor plat Pahang. Haha..Kan sesuwai tuh. Abahku dulu pernah ada vespa nih, warna hitam rasanya. Penah bawak kami berdua, kembar katakan, berdiri dua-dua kat belakang handle tuh (kat ruangan letak kaki abah tu ler), tak reti nak sebut tempat apa...haha...masa kecik dapatlah duk berdua. kalau dah besar, sorang kena duk belakanglah kans.
~~ Seronok bila dapat mengimbau zaman kecik-kecik dulu dak. Dari vespa, apgred moto honda 60 ke 80 cc tuh, pastu beli keta ala Mr Bean. Muat tak muat, masuk semua dalam tuh (masa ada tiga ke empat beradik). Nak cantik sikit, beli hak panjang plak, depan je sama paten. Abah aku ni kreatif membeli..haha. Ikut kemampuan katanya. Ada beli keta wira jugak, semua second hand jer. Akhirnya dapat beli kereta baharu - Alza, sebelum abah berpencen.
~~ Alhamdulillah. Itulah usaha dan pengorbanan abahku yang tak pernah menyusahkan anak-anaknya sebab dia memang dah biasa hidup berdikari sejak kecil lagi. Nakkan sesuatu waima nak makan pun kadang bekerja sendiri-cari duit sendiri, jual aiskrimlah dan macam-macam. Itulah abah, kebanggaan kami. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat abah dan emakku. Ampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka dalam Syurga-Mu, Ya Allah....Aamin.



Makan dan kenduri kahwin II...

Makan dan kenduri kahwin lagi. Kenduri kahwin seterusnya gi rumah kawanku Hafiz (baju hijau) di kampung maknya dekat Jalan Rejosari, Parit Botak. Dah lama tak berjumpa dengan geng-geng STPM sebeninya. Yang baju merah tu isteri Hafiz, comel je dan suka senyum. Rumah pun dekat nak pergi majlis, pergi je ajak adik ke sinun. Alhamdulillah dapat jumpa Hafiz dan isterinya. Borak jap pastu balik sebab nak terbang balik Kuching sebelah petang (17 September 2016).

~~ Gambo bawah plak masa kejadian di Sarawak pada 18 September 2016 di Kg. Jemukan, Asajaya, Samarahan. Majlis pengilan (kenduri kahwin) adik yang pernah praktikal kat DBPCS (tiada dalam gambo). Yang tudung hitam dan pink bawah ni kawan-kawan pengantin yang pernah praktikal sama. Jadiklah dapat bergambar dengan mereka. Masa datang, perantin sedang tukar baju untuk persandingan seterusnya. Hehe...Bulan dua belas nanti, Dila-yang tudung hitam akan nikah pulak. Walaupun mereka nih kerja tetap belum ada rezeki lagi (masih kerja sementara), jodoh mereka dah sampai, teruskan je dik. Sementara orang nak (kata orang tua). Huhu...

Bawak bodyguard comel dua orang..hehe

Dapat bergambar sekali dengan kak Liza dan Teta...
perantin takde, kita ambil alih jap..posing..

Masa kami datang (dekat pukul 12 tengah hari) majlis dah nak abis, khemah dah diturunkan sebahagian,
periuk dah dibasuh, tetamu ramai yang dah balik. Nasib baik, lauk ada lagi. Makanlah kita seadanya...
Majlis kahwin kat sini, jam 12 tengah hari memang dah habis majlis ye. Paling akhir 1.00 tengah hari.
Awas kawan-kawan semenanjung kalau ke sini. Pergi seawal 9.00 pagi ye.
Kalau 12.00 tengah hari baru nak pergi..al tammat alhabis lah jawabnya. Hehe...

Kak Norhayati Berahim dan anaknya Teta.
Syukur dapat berjumpanya. Kak Yati ni baik dengan Kak Liza.
Kalau pergi Sarawak, konpem duduk umah kak Liza
dan akan jalankan aktiviti sedekah dan kemasyarakatan bersama-sama.

Makanan ala kampung sungguh. Lauk ayam je budak-budak ni boleh makan.
Aku? Bedal je apa yang boleh masuk tekak. Syukur.

Lepas makan kenduri, berasa nak makan ABCDE...Layann...

Air Batu Campur dan Emmm sedapnya..aku konpem nak isi jagung jer lebih..haha..

Sambil makan kelupis (lepat pulut) cicah kari ayam..nyumm

Sempat juga carik jagung muda tanaman orang kampung. Nampak banyak je kans.
Ni beli tiga plastik. Seplastik RM3.00

Hasil setelah dibuang kulitnya. Masak 5 kali sayur pun tak habis lagi bila makan berdua..

Selamat Pengantin Baharu Hikmah dan Sidek
Semoga kekal bahagia kekal ke Jannah...

Makan-makan lagi...

~~ Layankan gambo makanan yang ada pulak. Dah pesan kat abah mertua siap-siap, bagi duit siap-siap (encik suami bagi) untuk tempah tapai pulut dalam daun getah, nampak spesel kan. Lagi rasa kampung lagi. Cara aku makan, biasalah, perah dulu, baru makan..haha. Manis yo. Sapa makan sama cara aku, sila angkat tangan..haha. Bukan hantu tapai pulut tapi hantu tapai ubi kayu..nyamm.

~~ Nampak macam best je kans bila makan tapai dalam daun getah. Kalau orang tak tahu, akan bertanya boleh ke letak dalam daun getah. Kan daun getah kecik-kecik. Hehe. Ni Daun getah yang tak cukup umur. Maknanya ambil daun getah daripada pokok getah yang baru nak membesar paras bahu kita kurang lebih macam tulah-daunnya memang besar dan sesuai untuk letak tapai. Kalau pokok dah besar mencanak tuh, takdelah daun yang kecik dah.  

~~ Antara masakan gulai yang mudah tetapi membuka selera. Sayur kacang panjang masak lemak letak petai. Boleh!!. Hehe..Makan dengan sambal bilis pedas ler kans. Terangkat..mabeles. Kalau tak pun, masak bening kulat je. Tumbukkan bawang putih, lada hitam dan udang kering. Campak-campak je dalam air, siap.
~~ Ni ler sambal bilis pedas yang super pedas. Nampak hijau sebab guna cili hijau. Kalau guna cili merah, konpem merah meletops. Ahaks. Cara nak sediakan, goreng bilis garing-garing. Angkat dan tos. Masukkan cili api hijau ka merah ka (goreng jap) dalam lesung, ambil alu, lalu tumbuk sikit-sikit dulu pastu masukkan bilis dan tumbuk sampai sebati. Macam nak buat kek pulak ek. Janji boleh hadam dalam perut. Nak lagi sedap sikit, leh masukkan sebiji dua bawang putih dan bawang merah (goreng jap juga). Siap. Nak guna ikan gelama kering pun boleh, kata encik suami lagi sedap. Aku pernah buat. Sama je cara buatnya. Oklah juga..sedap.

~~ Tambah dengan telur dadar dan ikan selayang goreng (wajib ada ikan goreng). Cukup. Sedap. Mabeles. Alhamdulillah.

~~ Yang ni plak kuih kelupis (pulut) sama macam lepat pulut (stail orang Johor). Panjang-panjang. Ni dah dipotong-potong. Makan cicah kari ayam ke, kari daging ke, susu pekat ke, mabeles. Kalau kat sini makan dengan kari ayam sebab daging biasanya dimasak hitam. Hehe..Mabeles.
~~ Yang ni pulak rambutan kopek kulitnya, masukkan dalam bekas tipuwei ke ori tupperware, letak asam boi putih ka merah ka, boleh jer (baru nak cerita pun dah kembang tekak..acaner). Perahkan limau kasturi (letak sekali kulitnya nak bagi kebabom warnanya), pastu masukkan potongan cili api. Masukkan dalam peti ais beberapa jam nak bagi sejuk nyes..nyes..haha. Memang mabeles yo. Cuba try test ke (kalo musim rambutan ada lagi le).
~~ Kalau takde limau kasturi, meh datang ambik mai Sarawak na. Melobo-lobo (banyak) kat belakang rumah i. Alhamdulillah. Baru tinggai seminggu dok balik kampung, dapat hasil sebekas nih. Alhamdulillah syukur pada Allah atas rezeki yang diberi.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...