Khamis, 30 Mac 2017

Santapan minda dan iris...

Assalamualaikum sahabat alam maya semua...

Mari kita santap minda dan iris (mata) agar lebih meriah hidup kita. Gituh! Penutup bulan Mac nih, jom layan cerita tentang makanan dan kehidupan pulak. Jap lagi nak masuk bulan April, tup tup lepas nih dah masuk bulan November pulak! Sekejap je masa berlalu nak-nak akhir zaman nih.

Apa kita nak cerita nih? Macam banyak tentang makanan jer. Layan je ye. Kita rangkumkan sekali gambar dan cerita asing-asing.

Hidangan kat bawah ni dihidangkan masa aku dan encik suami bertandang ke rumah sahabatku di Teluk Sisek, Kuantan. Kebetulan emaknya ada, beria jugak masak. Adalah satu hidangan spesel dijamu kepada kami -  sambal bilis tumbuk dengan temu pauh (spesis macam halia) dan cili api (macam takde je cili api sebab tak rasa pedas berapi..haha). Yang hijau tu ulam raja (dihidang cantik je kan!) Layankan jugak. Oklah juga rasanya, tapi kalau buh cili api banyak, konpem aku ngadap sorang je nih..hehe. Terima kasih sahabatku kerana sudi menerima kedatangan kami dan menjamu hidangan yang sedap-sedap.
 Sambal bilis temu pauh
 
Gambar bawah ni takoyaki sotong buatan tangan orang Melayu, seronoklah membeli dan makannya. Kalau keluar makan awal (sarapan) dah kenyang sebab makan bearat. Bila tengah hari sikit ambik  pulak set takoyaki nih dan makan. Peberet laki bini, layans! Satu set RM5.20 tak silap dan ada rasa cheese dan mayonis. Kalau rasa tak cukup, ambiklah dua set baru puas hati.
 Takoyaki sotong...pastu nyanyi..giyomi! giyomi...hehe...

Bukan kat Melaka je ada keria antarabangsa! Kat sini pun ada dan dah femes duluan - dipanggil cucur keria gula apung (gula merah) - keria tempatan. Sedap pun sedap. Tapi susah nak dapat sebab kena tunggu mak Idzam buat, baru kami dapat makan..haha. Mak Idzam buat mabeles, rasa isi keledeknya banyak. Kalau kat gerai biasa, banyak isi tepung dan kureng sedap. Tapi bagus juga, nak makan sedap kena sekali-sekala jer. Kalau asyik ada je, merajuk kang si penimbang tuh...haha...


Yang ni pulak lontong stail orang Johor. Sekali-sekala dapat layan semangkuk lontong, best sangat. Susah nak dapatkan nih sebab restoran Pinang Bistro ni hanya buka waktu hari bekerja sahaja (untuk sarapan pagi dan makan tengah hari) kat area Samarahan/depan UNIMAS. Walaupun dekat dengan rumah, tapi jauh dari pejabatku...adoilah. Hanya dapat merasa kalau aku cuti rehat atau cuti sakit je dan dapatlah lepaskan rindu. Kalau kat KL atau Johor dah banyak dah stail lontong kering (tak berkuah) beza dengan lontong goreng ye! Janji ada sambal goreng, sambal tumis merah, serunding dan ikan kering (dah macam nak makan nasi Ambeng plak ye..hehe) dah cukup dah. Menu lain wajib makan kat restoran nih ialah ayam ke puyuh goreng berempah, ikan keli goreng dan ikan bakar serta ulam-ulaman. Mabeles!
 Opkos..Lontong basah..hehe

Nasi berlauk ni sedap kalau dapat makan kat area kampung. Sebab apa? Murah dan sedap. Kat bandar memanglah banyak jual, kadang harga tak semenggah waima sedap. Kalau balik area nak ke Pantai Timur, memang layan nasi berlauk nih. Cukuplah nasi putih panas, buh kuah gulai ikan sikit dan timun, ayam goreng berempah dan sambal pedas dia...pergh memang terangkat. Sedap amat! Haha..terliur pulak cerita benda nih..hehe. Dah, dah..lap ngences itu!
 Nasi berlauk...sedapnya..yang penting ada sambal cili,
ayam goreng, timun dan kuah gulai...hmm..

Sambal goreng Jowo. Gigih tak gigih aku buat sorang sebab teringin nak makan (duk perantauan katanya). Nak buat sikit pun jadik banyak sebab guna campuran bahan yang pelbagai - nak sediakan bahan memang remeh, letak sikit-sikit, bila campur jadik banyak. Apakah bahan-bahannya? Skemalah pulaks..hehe. Senang je (???) Goreng ubi kentang, tempe dan tauhu yang dipotong dadu (jangan lama sangat). Hiris bulat lada besar dan bawang besar. Potong sayur kacang panjang dan lobak merah. Rendam suun dan tauhu kering. Tumbuk bawang merah 2-3 ulas, bawang merah 2 ulas dan sedikit lengkuas, katok serai se. Tumiskan dan masukkan 2-3 sudu besar cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan serai, sesudu kicap je (kalau nak hitam lebih, buh banyak sikit) dan secubit gula. Masukkan bahan yang digoreng tadi, gaul sebati. Masukkan kacang dan lobak tadi, kemudian suun dan tauhu kering yang dipotong, gaul sebati. Kalau agak kering, buh ayaq sikit je. Kalau bagi basah lagi sedap (tak suka yang kering). Itu je bahan dan caranya. Mudah kan? Rasanya spesel sebab ada buh lengkuas dan serai tuh – ada rasa keJowoan!
 Sambal goreng Jowo..gituh..
 
Mi Bandung. Kalau balik kampung memang suka gi kedai kawan adik nih. Order je mesti nak makan mi bandung. Kat Sarawak susah nak jumpa, balik kampung wajib makanlah. Kalau rasa gi makan malam dah agak lewat, orderlah mihun bandung, mengkurus sikit mi nya..hehe. Baru ni terai makan maggie bandung, huwalahhh sedap lagi beb walaupun pesan jangan letak Aji. Tabur bawang goreng lagi, sedapnya. Pasni leh order maggie bandung terus-terusan!
 Mi Bandung
 
Dah sebut pasal maggie, meh cerita pula maggie kari santapan sarapan sekala sekali...hehe. Stail kantin kat DBP sini, celur jap mi nya, letak air baharu, panaskan dan masuk mi semula dan sayur/cili. Dah menggelegak, angkat tuang kat pinggan, buh serbuk perencah kat atasnya. Sesetengah orang tak pandai makan macam tuh sebab serbuk perencahnya tak dimasak. Aku gaul dan makan je, janji sedap!
 Maggie kari...

Bubur lambuk stail Pantai Timur. Kalau nak masak, banyak kali fikir sebab nak makan berdua je, jiran yang dapat makan pun jauh...hehe. Kalau dah masak, tak boleh sikit, masuk-masuk semua bahan jadi banyak. Sayur-mayur opkoslah banyak. Nak bagi sedap, rebus ikan selayang/sardin, ambik isi dan tumbuk dengan lada hitam. Senang je masaknya, masak secawan beras macam biasa, lebihkan air untuk masak macam bubur. Masukkan ubi kentang dan ubi keledek oren yang dipotong dadu. Agak-agak dah jadi macam nasi bubur tuh, masukkan isi ikan tadi, santan dalam 500 ml, hirisan halus serai, halia dan bawang kecik. Gaul sebati. Tambah air lagi kalau agak kering. Masukkan sayur-mayur (midin, pucuk kayu manis, lobak merah, baby corn). Nak buh sotong dan udang pun boleh. Gaul sebati dan masak sampai masak! Boleh jadi hidangan makan malam, sarapan dan makan tengah hari!

 
Sup ayam kental namanya! Sebab apa kental? Kental makan sup ayam nih dalam tiga empat hari terusan! Haha..mudah disediakan dan mudah dihadam. Cara aku mudah je nak bagi rasa mabeles... (tak nak ikut pun takpe). Hiris bawang besar (jenis yang biasa atau holand pun boleh). Bahagikan dua, satu bahagian ditumbuk dengan halia, satu bahagian lagi kita tumiskan dengan minyak zaitun sampai perang dan kering (jadik bawang goreng). Sambil tunggu bawang tu kering, bolehlah potong dadu bagai, lobak merah, ubi kentang, batang saderi dan timun. Timun! Sedap weh letak timun, kengkawan ajar masukkan dalam sup. Nak lagi sedap buang kulit dan empulur (kalau tua) dan potong ikut suka. Tumisan bawang tadi dah kering, ketepikan, masukkan bawang dan halia yang ditumbuk tadi, tumis sampai berbau harum (takkan bau petai plak kans!), masukkan air dan buh semua sayur mayur tadi. Buh separuh je kiub ayam, separuh je tau! Dah menggelegak baru masukkan hirisan ayam. Gaul sebati. Buh garam, rasa sedap, tutup api dan tabur bawang goreng! Memang mabeles bila letak timun. Kalau nak masak tumis kering je timun tu je pun sodap. Silalah cuba.
 
Habis cerita tentang makanan, kita cerita alam semula jadi pulak. Pisang berangan di rumah BM masih berbuah walaupun dalam situasi tanah yang terhad dan kecil je tandannya. Jadiklah, rezeki jiran-jiran. Alhamdulillah. Pokok yang kat sini pun rajin berbuah, alhamdulillah. Baka benih dari abah di kampung dipanjangkan dan ditanam di KL dan Sarawak.
 Setandan pisang ditinggal tuan

Yang ni pulak, hasil tanaman kebun belakang rumah. Buah limau kasturi dan limau purut yang sentiasa berbuah. Syukur pada Allah SWT. Nak guna sendiri, terhad je nak guna. Apa lagi rezeki kawan-kawan pejabat dan makcik kantin lah jawabnya. Niat semalam nak petik lagi, tapi lambat dapat masuk rumah sebab kunci pendua ada dalam kereta satu lagi – yang dipandu encik suami...hehe. Bila dah lambat masuk rumah, sampai lupa nak petik buah limau.
Hasil kebun belakang rumah
 
Lihatlah sekitar alam, yang luas jauh terbentang! Cewah. Kita mungkin biasa lihat situasi kucing boleh makan pelik-pelik kan? Samalah kami bila dapat lihat kucing itu boleh je makan jagung kukus yang kami suakan. Banyak juga makannya. Rezeki dimakan sama. Itu je nak cerita!
 Hmmm sedap...
 
Roti Kayu Arang. Mesti pernah dengar kan? Lokasi Kat Kg Bakar Batu, Bachang, Melaka. Apa yang speselnya? Roti canai tu dibakar dengan menggunakan kayu arang (lihat dalam gambar di bawah)...hehe. Rasanya enak sebab aroma kayu arang yang dibakar itu. Speselnya lagi, ada roti nachos jugak. Beli satu, kongsi berdua makan pun ok sebab mewah dengan nachos atas roti serta taburan hirisan kubis purple dan cheese yang membangkitkan aroma kesedapan dan lemaknya...hehe.. Silalah cuba. Rugi kalau datang Melaka tak mencuba Sekarang mudah je nak carik, google map ke waze je, dah jumpa tempat. Takde susah mana nak carik. Sebab nak rasa dan mencuba, layankan aje tekak ku ini. Sekurang-kurangnya, bila orang bertanya dah pernah pergi ke belum, mudahlah jawabnya kans.
 
Sebelah kiri : Roti Tulur...telur daa 
Sebelah kanan : Roti Nachos spesel di Roti Canai Kayu Arang
 Santapan sarapan pagi...
 Lihatlah...masih mengekalkan tradisi atau disebut kelainan.
Lain dari yang lain. Inilah yang dinamakan kelainan dan strategi perniagaan...
 
Kicap jenama Mahsuri. Iklan tak berbayar! Fenomena kesedapan kicap pedas Mahsuri ini telah menular kat Sarawak. (botol tengah warna merah untuk rasa pedas) Rasa kepedasannya memang boleh diterima tekak kat sini...hehe. Sedap pun sedap dan ada rasa pedas sikit je (tekak orang Malaya berbicara...haha). Cepat habis stok juga. Itu je nak cerita!
 
Jenama semakin diminati di sini...

Pertama kali nampak perekat/perangkap lalat diletakkan dengan sudu garpu kat gerai makan. Kiranya toke kedai prihatin dengan kemaslahatan pelanggannya. Hehe..nampak banyak lalat je, boleh bentang perekat sebelum menjamu selera.

Ceteka...apa kelainannya? Hehe...

Biskut Gery ni pun jadi fenomena kat Malaysia. Ada dua versi keluaran, Thailand dan Indonesia. Yang berbungkus satu-satu tu dari Thailand, yang bungkus sekali gus tu dari Indonesia katanya. Tapi pada aku, Indonesia produktif dalam mengeluarkan biskut jenama nih. Ada salutan cheese, coklat, cheese dan kelapa, seaweed dan lain-lain. Biskut ni banyak dijual di Serikin. Banyak kali juga beli untuk kengkawan dan diri sendiri. Bila dah femes, timbul isu menggunakan pewarna yang berbahaya katanya. Begitulah putaran roda, banyak diuji dan teruji. Namun, baru-baru ni pihak Indonesia telah memberi jaminan bahawa biskut Gery keluarannya adalah selamat dimakan dan tidak menggunakan bahan yang dilarang. Terpulang kepada pengguna sama ada nak beli atau tidak. Kalau rasa tak selamat dimakan, tinggalkan sahaja.
Biskut Gery in the house...
 
Ceteka apakah ini? Uncang kopi jenama Jardin. Balik dari Korea hari tuh, elok je simpan dalam peti kat BM. Bila encik suami nampak, dicuba rasa, sedap pulak dan dibawa balik pulak ke Kuching. Rasa kopi yang mild/nipis je rasanya. Dapatlah juga aku merasa. Hehe...
Coffee - Mild
 
Meriahnya buah mahkota dewa nih kans! Lokasi: belakang Laman Seni DBP kat sini. Pokok ditanam oleh encik Kadir (dah pencen) katanya. Semoga dapat pahala lebih sebab hasilnya dapat dirasa oleh orang lain. Kalau rajin, silalah petik, hiris nipis-nipis dan jemur sampai kering. Boleh buat air minuman (macam air teh) untuk kesihatan. Bagus untuk penawar darah tinggi dan kencing manis katanya. Kalau boleh ngap lepas petik lagi bagus kans! Hehe...
Buah Mahkota Dewa ada di DBP! Ranum dan meriah.
Bunga dua situasi.
Pokok bunga ni semacam bunga ros tapi jenis besar. Baru perasan hari tu, bila keluarkan kereta, nampak pokok bunga ni kat kampung. Sebelah pagi, bunga yang warna putih kembang dan yang warna pink gelap kuncup. Bila balik dan parking kereta sebelah petang, bunga warna pink mekar dan yang warna putih pulak kuncup. Subhanallah. Maha Suci Allah.
p/s: Manalah tahu Mak Aji boleh tolong jawabkan (nama pokok bunga)...hehe

Pokok bunga istimewa (tak tahu nama bunga) ...
Sebelah pagi..warna putih yang kembang.
Sebelah petang, warna merah pink yang kembang. Subhanallah.
 
Ok cukup cerita yang dicoret dalam bulan Mac. Lusa nak masuk April, bersedia dengan cerita lain. Selamat memasuki bulan April!

Selasa, 14 Mac 2017

Keindahan Puncak Borneo

8 Januari 2017
Nak kata rajin, taklah sangat. Bercinta nak susun kata-kata. Adoilah. Kita lihat gambo dululah ye. Ok, sambung sikit-sikit cerita. Kali ni kita ke Puncak Borneo (macam Cameron Highland). Perjalanan nak ke sini dalam masa sejam lebih. Pemandangan kanan kiri jalan memang cantik dan melalui jalan kampung demi kampung. Guna map google jugaklah nak ke sini..hehe..harus! Jalan yang sama juga jika nak ke Homestay Ana Rais.

Selama mana dah duduk enam tahun kat sini, barulah berkesempatan ke sini, itupun tanpa dirancang. Keluar pun lepas Zuhur, mujur sempat/dibenarkan naik ke atas sebelum pukul 3.30 petang. Sebelum ini, kalau nak naik ke atas ada disediakan kenderaan dan perlu bayar perkhidmatan tersebut. Ini kami hanya perlu bayar di pondok pengawal dan menaiki kenderaan sendiri nak naik atas. 

Memang sangat mencabar nak naik atas. Jalan curam selekoh pendek ke kanan dan ke kiri, aku kawal stereng dengan hati-hati dan tawakal. Nak naik dalam masa 20 minit. Sampai je atas, syukur selamat sampai. Tayar kereta pun berbau hangit sebab guna gear rendah. Memang kagum dengan pemandangan di puncak.




Tak sempat ambik gambo pondok pengawal, hanya sebahagian pemakluman 
yang tertampal je dapat diambil.
 Kat bawah ni dah sampai kawasan puncak..


Deruan air terjun mini turut menyapa kami...
Kawasan parking...saujana mata memandang...






Sebahagian dari puncak..pintu gerbang nak ke resort..
  
 Banje satu gambo...berdua lebih baik..cewah..


 Subhanallah..Maha Suci Allah..memang berbaloi naik untuk melihat pemandangan 
yang sungguh cantik, Kuasa Allah SWT...

















 Kuda pun hado...
 Jom naik trem...

 Antara trem yang membawa kami ke puncak pemandangan Sarawak-Kalimantan
(dengan bayaran RM10 seorang)



 Selepas bayar perkhidmatan trem di kaunter resort, kami meneruskan perjalanan ke puncak pemandangan antara Sarawak dan Kalimantan...
 Melalui juga kawasan resort...















 Pemandangan berbalam-balam...sempadan dengan Kalimantan...


 Bukti kami dah sampai di sini...
Semasa perjalanan balik, encik suami ambil alih memandu, risau lihat aku yang debo nak memandu turun kot. Tempat ni sebijik macam kat Cameron Highland sebab semasa dalam perjalanan turun, boleh singgah ke kawasan air terjun yang cantik (macam Lata Kijang) dan boleh mandi-manda. Tapi nampaknya pengunjung lebih suka duduk di batuan sambil menyentuh air terjun yang sejuk.




 Kawasan air terjun..taklah setinggi air terjun Lata Kijang...







Jika ada sesiapa yang nak ajak ke sini lagi, tidak kot sebab masih rasa seriau masa nak naik ke puncak. Memang mencabar! Lepas ni kita pergi ke Semenggoh pula nak lihat pusat pemuliharaan orang hutan...Insya-Allah.

Hari Raya 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H Gambo dan cerita raya tahun ini. Mari kita saksikan. Gambo dulu cerita kemudian. Jom sambung cerita. Se...