Isnin, 8 Mei 2017

Cerita Campuq-campuq

Kita tepek gambo dulu na...cite kemudian... Ok, dah boleh cerita. Selalu kita dengaq depa kata kancil pandai buat 'trick' nak lepaskan diri daripada sang bedal dan binatang yang lain (pandai buat helah). Dalam kehidupan moden sekarang ni pun, keta 'kancil pandai buat 'trick' jugak...hehe. Cuba lihat dalam gambar bawah, bijak kan. Di sebalik celahan keta besar, elok je terselit je menyembunyikan diri. Sapa-sapa nak parking keta pasti rasa ada kosong kat celah keta tersebut. Namun! Ada si cute keta kancil elok je terletak kat situ...hehe. Jangan mudah terpedaya ye!                                             
Selepas KLCC dan KL Sentral, kami lawat kawan adik sekampung yang duk kat sini (Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja-PULAPOT) di Jalan Genting Klang. Dapatlah meluangkan masa sejam lebih, pastu balik. Jenuh juga guna waze, sekali terlajak pulak, buat pusingan U, baru dapat masuk kawasan tentera nih. Almaklumlah tak pernah jejak kat situ kan (agak berbukit).
 
Perubahan menu yang dibuat oleh pihak MALINDO. Daripada seketul roti dan air, kemudian mereka beri sebekas makanan yang mengandungi pizza (ala pizza) dan pastri macam crumble apple serta air. Alhamdulillah. Bagi rasa kenyang buat penumpang. Maklumat terkini, untuk laluan Kuching-KL-Kuching, jadual penerbangan mereka telah dikurangkan dari tiga kepada dua penerbangan sehari sahaja. Kalau ikutkan, servis depa ni ok jer, tetapi terpaksa akur dengan pihak pengurusan mereka. Kami sebagai penumpang pun, terhad jugaklah nak tempah penerbangan dengan mereka (selain AA dan MAS).
Makanan kat bawah ni hidangan yang dimasak oleh mak angkat. Kecuali dua sambal, kami yang buat. Nampak sodap je kan semua, apa lagi kalau dapat makan dengan nasi panas. Sebelah bawah kiri tu kerabu/urap paku (letak hirisan bunga kantan banyak sikit-rasa kaw). Nenas sebagai pencuci perut!

Pemandangan menjelang senja di Kampung Mang - tanaman padi dalam proses dituai.



Tiada ulasan:

Cerita Campuq-campuq

Kita tepek gambo dulu na...cite kemudian.. . Ok, dah boleh cerita. Selalu kita dengaq depa kata kancil pandai buat 'trick' nak lepa...