Jumaat, 7 Julai 2017

Cerita makanan lagi...

Selingan jap cerita tentang makanan lagik ye. Hehe...Suhana dengan makanan tak dapat dipisahkan ok. Kita tepek gambo dulu, cerita kemudian ye (ada hal jap). Ok sambung semula cerita. Masa bulan puasa, rajin juga keluar tengah ahri cari makanan yang berjual siap dimakan (ada masa uzur leh ngap terus)...hehe.  Aku suka makan siew mai udang dan wantan (takde dalam gambar). Pastu pernah juga makan spageti bolognese - sedap jugak.
Siew mai udang dan spageti bolognese...
Gambo bawah ni, ikan terubuk besa punya tulur (kawan bagi). Aku panggang je...hehe
Peberet aku, baby kailan dan cendawan...
Suka makan sotong macam nih, masak pedas. Ada baki cendawan jadinya buh sekali.
Pisang berangan pertama dituai di belakang rumah BM
Pisang berangan kedua dituai di belakang rumah BM
-sampai dah menguning di pokok, baru perasan daa!
Ada gak buah durian terselit. Kawan abah bagi katanya. Tak le makan banyak woo..on diet!
Masa bulan puasa gak rajinlah gi Pasaraya Cold Storage sebab macam-macam buah dan sayur segar hado. Apatah lagi encik suami yang berjaya makan salad dan buah je semasa berbuka (lebih 30 hari - gigih bertahan). Isteri macam mana pulak? Bertahan ikut dan. Kalau rasa nak makan nasi, ye makan, kalau nak rasa makan salad, layan je pastu makan dengan ayam panggang ke. Alhamdulillah dapatlah kami kurangkan berat - encik suami kurang 11 kg, aku kurang 8 kg. Semoga dapat bertahan dan dapat mengawal nafsu makan lepas bulan puasa. Lepas raya pertama je, seboleh-bolehnya kami sambung puasa enam. Terkini, dalam proses habiskan puasa sunat enam (puasa ganti dah habis bayar-alhamdulillah). Nampak segar-bugar kan semua buah dan sayur! Harga taklah mahal sangat dan banyak pilihan.




Gambo bawah: stesen kegemaran encik suami - salad mama mia!
Gambo bawah pulak, kegigihan encik suami buat rempeyek kacang dan bilis. Sila kagum. Berjaya buat adunan pulak tuh dan adunan mudah tanggal dari pencetak (apa nak panggil pun sampai lupa nama - aduhai). Comel-comel je kans kejadiannya. Kali kedua menyambung goreng, dibubuhnya hirisan daun limau purut..sedap gak..hehe




Gambo bawah: Inilah kilang dan kedai yang menjual kerepek bagai kegemaran aku (sebab harga berpatutan dan sedap kuihnya) - D'Kripeks di Parit Dalam, Batu Pahat. Masa puasa, jangan cakaplah memang sentiasa penuh dengan pembeli. Kalau datang awal pagi lagi bagus. Menjelang tengah hari dan petang memang padat lah jawabnya.


2 ulasan:

- dieyana - berkata...

durian!!

rempeyek buat sendiri ke?

Siti Suhana berkata...

dapp...durian..hehe..tp tak leh makan banyak..
rempeyek itu encik suami yg buat...keinginan dan kerajinan bersatu!

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...