Jumaat, 7 Julai 2017

Menyantuni asnaf...

Tahun lepas tak sempat mengikut Kak Norhayati Ibrahim dan Kak Liza Bujang untuk menyantuni asnaf sekitar Asajaya. Alhamdulillah, pada puasa kali ini dapat menyertai mereka (mereka buat setiap tahun di Kedah, Melaka dan Sarawak). Bekalan gula je belum dapat disediakan kata mereka. Aku meminta jasa baik encik suami untuk sedekah gula, alhamdulillah dapat dibeli untuk diberi kepada asnaf selain wang tunai, beras dan pusuk (bilis).

18 Jun 2017. Aku mengajak Suraya dan Balkis (adik dari UNIMAS) untuk turut serta dalam program kali ini. Encik suami ada program lain, jadinya dia tak ikut seperti mana dua tahun sudah. Awal pagi kami keluar untuk ke Ulu Semera (rumah Kak Liza) dalam keadaan hujan. Pengagihan sumbangan akan dibuat di sekitar /di sebelah kampung Kak Liza. Alhamdulillah dalam keadaan redup dan sedikit hujan (selang seli dengan hujan lebat jugak), kami dapat menyantuni asnaf di sekitar Kampung Jemukan Ulu untuk kira-kira 30 buah rumah. Kampung yang lain telah disantuni oleh Kak Yati, Teta (anak Kak Yati) dan Kak Liza pada hari-hari sebelum kami pergi. Jom Srikandi wanita kita teruskan usaha membantu asnaf tak kira berpanas atau berhujan!
Berpayung dalam hujan namun semangat kami kuat untuk menyantuni asnaf.
Aksi petik betik...hehe. Cantik kan warna bunga teropong di bawah nih?






 Rumah hijau ni bersambung dengan rumah seperti yang dalam gambar sebelah. 
Perlu naik tangga kemudian melewati pelantar untuk ke rumah belakang.
 Rumah ni tinggal rangka sebelah depan sahaja. Sebelah belakang dah roboh.
Tetiba kereta Myvi Kak Liza bermasalah (bateri). Terhenti seketika proses mengagih dan memanggil pomen untuk melihat kereta tersebut. Ni salah satu ujian jugak namanya. Alhamdulillah, tidak ada masalah yang serius kat bateri kereta, hanya longgar pada wayar penyambungnya sahaja. Mujur juga dah nak selesai pengagihan. Sebelum waktu Zuhur, selesai proses mengagih dan hujan pun turut berhenti. Kami berehat sekejap dan solat di rumah Kak Liza sebelum menghantar Suraya dan Balkis balik ke UNIMAS semula.
Antara asnaf yang disantuni. Terpamer muka puas Balkis dan Suraya yang dapat sama-sama menyertai program kali ini. Terima kasih dik! Ada peluang, rezeki dan panjang umur, kita join lagi pada tahun hadapan, insya-Allah. Walaupun tak sebesar mana sumbangan kita, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Tiada ulasan:

Takdok catatan bulan Ogos!!

Aduhai. Takde cite atau entri pada bulan Ogos walhal bulan pentingku! Bulan kelahiranku! Nanti cite panjang ye sebab nak balik kampung sat....