Jumaat, 17 November 2017

Keindahan 5

Keindahan bahasa. Minggu Bahasa di SR Lodge, Kuching (sekolah antarabangsa yang menempatkan pelajar tadika, sekolah rendah dan menengah dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama) dengan kerjasama DBP Cawangan Sarawak dari 2 hingga 6 Oktober 2017. Pelbagai aktiviti dan soalan berkenaan simpulan bahasa, peribahasa, bina ayat dan lain-lain dalam bahasa Melayu untuk menguji kemahiran anak-anak sekolah rendah. Seronok dapat melihat pelbagai bangsa yang berbincang dan bekerjasama menjawab soalan.


  Gambar bawah ni anak-anak tadika, elok je duduk makan bekal 
yang disediakan penjaga masing-masing. 
Hari Pertama Aktiviti - Urus setia yang setia
 
 

Hari Kedua-posing lebih..hehe

Hari Ketiga
  

 ada peraduan mewarna juga...
Hari keempat-hari kemuncak aktiviti Jejak Cinta Bahasa yang melibatkan pelajar sekolah rendah seramai kurang lebih 400 orang.
 Ketua urus setia memberikan taklimat sebelum aktiviti bermula

Bermain sahibba..mudah je bina perkataan bahasa Melayu
Gambar bawah: Bermain jentik botol dengan gelung getah sebelum jawab soalan. Hmm... dapat lihat kebolehan mereka yang agak janggal bermain, almaklumlah anak-anak yang lahir zaman Z..langsung tak tahu nak jentik, takut pun ada, nama kuih pun kadang tak tahu (nugget ke burger tahu!). Mudah-mudahan ada aktiviti seperti ini dapat membuka mata anak-anak. 


 Banyak lagi permainan yang tak sempat disnap sebab toke gambar duk jaga aktiviti kat atas pentas.
Gambar bawah, usai aktiviti, pastu ada majlis perasmian penutup.
Urus setia DBP Cawangan Sarawak
 
Urus Setia (guru) SR Lodge
 
Bergambar bersama-sama pengetua yang lancar berbahasa Melayu walaupun belajar dalam aliran BI (kagumnya sebab beliau berusaha sendiri belajar bahasa Melayu melalui internet dan sebagainya - sebagai nilai tambah kehidupan dan mudah berinteraksi dengan khalayak yang berbahasa Melayu). Terima kasih ketua urus setia Hajah Roslin (aktiviti beliau terakhir sebelum dapat kenaikan pangkat dan pindah ke DBP KL) dan petugas yang lain yang komited menjalankan tugas sehingga selesai. Tahniah buat semua!

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...