Selasa, 12 Jun 2018

Balkan - perjalanan yang dirancang

Bahagian 1
Assalamualaikum sahabat semua,
Dalam meniti kehidupan bukannya mudah. Adakalanya kita jatuh tersungkur, adakalanya kita dipermudahkan urusan. Jadi, jangan putus usaha untuk berdoa dan berharap pada Allah SWT Yang Maha Esa untuk meneruskan kehidupan dengan penuh keberkatan. Intro pun macam dah saspens jer  kans (sebenonya takde idea nak memulakan ayat). Lagi-lagi bulan puasa nih. Saat entri ini ditulis, sudah melepasi dua bulan kembara perjalanan kami ke bumi Balkan (6 hingga 16 April 2018). Gambar dan maklumat dan ada, cuma kekuatan nak menulis tiada!

Tarik nafas panjang-panjang! (kita raya dulu, boleh?)...haha

Balkan yang menerujakan!
Perancangan lebih kurang dua tahun diperlukan untuk kembara kali ini bersama-sama geng sebelum ini (Kak Norasma, Kak Latipah dan Kak Siti Hawa). Apatah lagi daripada segi kos kewangan yang perlu diambil kira sementelah masih makan gaji. Almaklumlah nak pergi banyak negara dalam rantau Balkan. Memang pada awal persetujuan nak menyertai kembara nih, memang seronok dan telah mendapat izin dari encik suami (kali ini sendirik pergi, sendirik bayar! Ok boss!). Izin suami penting ye sebab nak tinggalkan dia selama kurang lebih 10 hari tau!

Rentetan percutian dan kembara Korea Oktober 2016 membawa perancangan kembara seterusnya ke tahun 2018, dan akhirnya tercapai, alhamdulillah. Ke negara Balkan? Kat mana tuh? Sibuk kawan-kawan bertanya lokasi kembara kali ini. Mereka hairan dan tak pernah dengar nama negara Balkan, terutamanya negara Bosnia & Herzegovina (BIH) yang begitu kuat daya tarikannya. Apatah lagi mendengar pengalaman kembara rakyat Malaysia dan rakan-rakan sendiri yang telah menjejakkan kaki ke sana.

Meh kakak nak cerita sikit. Nama Balkan ini diambil sempena nama pergunungan Balkan yang menganjur dari Laut Serbia hingga ke Bulgaria. Negara Balkan mempunyai Banjaran Dinaric (bermula dari Albania-Montengero-Bosnia dan Slovania) serta meliputi kawasan Timur Selatan Eropah dan terbahagi kepada 12 buah negara (Romania, Bulgaria, Slovenia, Croatia, Bosnia & Herzegovina, Albania, Kosovo, Macedonia, Montenegro, Greece, Serbia dan Turki).

Nak pergi negara Balkan ni memerlukan banyak hari. Disebabkan banyak tempat, maka terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan dan tak semua tempat dapat ditujui (lagi banyak tempat, lagi besar kosnya). Kami memilih agensi yang sama (masa gi Korea sebelum nih) disebabkan kecekapan dan fleksibel harga dan pakej yang ditawarkan - Malaysian Harmony  Seronoknya bila tuan tanah (wakil syarikat agen) pun turut sama ikut ke Balkan - kak Noorah.

Nak fikir dan lalui kembara melalui konsep backpacker rasanya belum mampu! Kembara kali ini menaiki flight dari KLIA ke Istanbul, Turki (Turkish Airlines) untuk transit ke bandar Sofia, Bulgaria dan kembara dengan menaiki bas (mula dari bawah ke atas). Begitu juga hala balik, melalui Zagreb, Croatia ke Istanbul, Turki - KLIA. Kiranya hanya sempat menjejakkan kaki kat epot Istanbul sahaja dan tak sempat keluar berjalan (untuk ke Turki perlu beberapa hari juga untuk menjelajah negara tersebut).

Antara lain, bila dapat tahu bilangan ahli rombongan untuk grup kali nih, terkejut juga - 30 orang! Cuak juga! Boleh ke, selesa ke tidak bila jalan ramai-ramai nih? Iyelah, sebelum ni kembara ke Korea hanya 11 orang je. Takpe. Belum pergi belum tahu! Layan jer sebab deposit dah bayar sebagai tanda setuju nak ikut serta! Takkanlah nak batalkan pula! Nahi! Nahi!

Tiket dari Kuching ke KL pun dah beli siap-siap. Opkoslah kena beli tiket MAS sebab nak terbang ke Turki melalui KLIA nun. Oleh kerana beli tiket sebelah petang dan sampai KL pun petang, maka ku bersantai dulu balik ke BM jap sebab flight ke Istanbul pukul 11.35 malam! Kalau tunggu kat epot lelama, konpem mereput! Haha. Sempat menyusahkan kak Nab dan suaminya untuk menolong menghantarku ke epot pukul 8.30 malam (jasa mereka yang mampu kubalas, terima kasih kak Nab dan keluarganya). Rakan-rakan lain dah sampai lama kat KLIA, aku baru nak turun epot. Hehe... Bukan apa, perlu cepat nak daftar masuk beg sebelum daftar masuk diri.

Bersambung ek...

Raya hari kesebelas.
Dah puas beraya, makan raya, tido raya, jom kumpul semangat tulis entri. Pukul 9 malam lebih juga sampai epot dan terus ke kaunter daftar masuk. Masukkan beg, siap! Jom isi perut dulu sebelum daftar masuk diri. Lepak santai kat mekzenal jap, layankan makan aiskrim teh hijau! Pukul 10.10 malam masuk ke balai pelepasan antarabangsa melalui tiga pemeriksaan - Imigresen, Kastam dan Polis. Naik tren juga nak ke bahagian antarabangsa.

Pukul 11.00 malam memasuki ruang nak masuk kapal C15 sambil melihat krew kapal terbang (pramugari dan pramugara) yang kemas dan sopan, tinggi lampai dan cantik molek, ganteng jugak! Haha...ini macam kalau sebelas jam dalam perut kapal pun ok jer! Macam biasa menunggu seketika sebelum dibenarkan masuk kapal. 15 minit kemudian barulah dipanggil untuk masuk ke perut kapal dan duduk sebaris dengan Kak Hawa dan Kak Shariah, aku? Duk tengah-tengah, pasrah! 11.35 malam tayar kapal mula bergerak terbang meluncur ke udara.
 


Cenderahati atau kemudahan untuk keselesaan penumpang yang diberi
oleh Turkish Airlines-selimut, penutup mata, stokin dan alatan keperluan kebersihan gigi.


Melalui Turkish Airlines, kami dihidangkan makanan sebanyak dua kali (kalau sekali, pengsanlah kami sebab perjalanan mengambil masa yang lama). 1.00 pagi, pusingan satu, kami dihidangkan dengan makanan stail ala Turki - roti, penne, salad timun dan tomato, keju, jus oren, pencuci mulutnya kek coklat. Hidangan kali kedua dihidangkan dua jam kemudiannya dengan telur dan tomato, roti, keju, buah dan air epal (macam bersahur pulak). Alhamdulillah sepanjang perjalanan, perut tak meragam sementelah duk di tengah-tengah. Tak berebut-rebut kalau nak buang air. Gi buang air pada masa orang lain tengah syok tido (ku hanya ganggu jap kak Hawa jelah sebab nak keluar melangkaui dirinya di sebelah kiri!).

bersambung lagi!

Bontot dah kebas-kebas, tanda dah nak sampai ke destinasi. Tepat 4.28 pagi (9.28 pagi waktu Malaysia) selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul dengan keadaan sedikit terhuyung-hayang. Kami mendarat jauh dari terminal dan perlu menaiki bas untuk ke terminal. Memang besar, panjang dan sibuk lapangan terbang Istanbul nih! Memang masa yang sesuai untuk solat Subuh sebelum transit ke Sofia, Bulgaria. Usai menunaikan solat Subuh, bergegas ke pintu masuk. Kami hanya dapat menyaksikan panorama sekitar dalam dan luar lapangan terbang sahaja sebab hanya transit sejam dua (fokus utama ke Balkan dan bukannya ke Turki). Jadi, lepas ni bolehlah rancang untuk ke bumi Turki sahaja!
 
 
 
  
kiri: tempat mengambil wuduk dan kanannya ruang solat (berasingan lelaki dan wanita)
 
Usai solat dan sedia menunggu di ruangan transit nak ke Sofia, Bulgaria.
Waktu penerbangan: 7.45 pagi
 
 
Naik flight ke Sofia, Bulgaria dengan penerbangan Turkish Airlines juga dan kapal macam ala-ala Airasia jugak. Diberi makan ala sandwich dan air oren. Hmm.namun servis agak sedikit lembap-dihidangkan makan agak lambat dan belum sempat menghabiskan makanan, kemudian dah nak mendarat! Ko ghase!
beg sampingan kami!
Alhamdulillah selesai cerita bahagian 1! 
Nantikan cerita pemeriksaan Imigresen di Sofia, Bulgaria yang agak suspens!

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...