Rabu, 6 Jun 2018

Ke Melaka kita!

28.12.2017
Selepas balik dari Pahang, kami terus ke Melaka. Dah alang-alang bercuti kans! Tempah hotel sehari sebelum jer. Syukur ada dekat Klebang, mudah nak berjalan-jalan. Hotel baru rasanya, Casa Ria. Murah dan selesa. Alhamdulillah.
 
 
  
 
 
 
 
Selepas daftar masuk, haruslah keluar berjalan-jalan kan. Hajat nak makan keria Klebang. Kat bawah kedainya tuh. Nampak kosong je kan. Best jugak nih. Selagi datang dekat, rupanya mereka beratur kat dalam kedai. Toke suruh masuk dalam sebab panas kat luar. Sebab memang agak panjang, memanglah tak sanggup tunggu (memang nak kena pergi hari dan masa yang lain nampaknya). Untuk tidak membawa pulang apa-apa, kami belilah popia pedas 3 ke 5 beradik meletop. Oklah dari takde benda nak makan!
 
 Pastu kita ke Klebang Original Coconut Shake. Syukur tak ramai orang. Boleh makan dan lepak dengan santai. Layan nasi lemak dan kepok lekor jugak!
Model tak berbayar..hehe...
 
bekalan kelapa muda baru sampai...
 Selepas mengisi perut, jom ke Muzium Kapal Selam pulak.
 
 
 
  
 
  
  
 
  
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Puas jalan-jalan kat muzium, kita ke pantai Klebang pulak nak tengok matahari melabuhkan tirainya. Makan malam kat Umbai - Restoran Ikan Bakar Parameswara-makan biasa-biasa je, tak sempat snap. Layankan beli buah berangan, sedap!
 
 
 
 
 
Esoknya pula sempat gi rumah Aisyah, bekas rakan sejawat encik suami masa kat Sarawak hari tuh.
Jumpa sebab ada urusan kerja. Tak sempat jalan mana sangat, kita cari asam pedas bawak balik dan
beli kuih-muih yang ada.
  
 
Pastu ada urusan di KL jap, singgah Bellamy, makan rojaklah dan ajak kak Wan Sikin join sekali. Hanya sempat borak sekejap sebab masing-masing sibuk dengan urusan yang lain.
 
 
 
 


Gambar Selingan. Suasana Kampung Mang
 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...