Jumaat, 19 Oktober 2018

Jejak pertama di Bumi Sofia, Bulgaria


Bahagian 2
Setelah berkurun lamaa....Taraa! Penceritaan seharian di Sofia, Bulgaria.

11.30 malam-sampai 4.30 pagi

Balkan – Hari Kedua memulakan perjalanan
(Sarapan dalam kapal terbang, makan tengah hari di Sofia dan makan malam di Macedonia)
Penerbangan dari Istanbul ke Sofia, Bulgaria mengambil masa sejam lebih. Disebabkan sampai awal pagi, maka tak ramai lagi penumpang di lapangan terbang Sofia (lagi pun tak besar mana). Dah keluar dari perut kapal, masuk ke terminal dan memasuki 2-3 buah kaunter pemeriksaan Imigresen. Giliran aku bagi pasport. Dah serem jer, kang pegawai tu tanya macam-macam. Abislah, dahlah BI aku Xcellent! Sekali betul-betul dia tanya aku macam-macam. Kecik beso kecik beso je (badan pegawai tu memang kebetulan beso) aku lihat dia campur nebes! Dahlah tak berapa jelas apa yang ditanyakan. Mujur ada kak Asma membantuku menjawab. Dekat 5 minit tersangkut. Bila pegawai tersebut dah puas hati, barulah dapat lepas. Alhamdulillah.
 
Pastu tu, aku cepat-cepat ke tempat mengambil bagasi dan berkumpul di lobi terminal. Sempat merakamkan kenangan di sekitar lobi sambil menunggu pemandu pelancong dan pemandu bas. Tak lama kemudian, Natasha menghampiri kumpulan kami dan berbincang dengan kak Noorah. Seorang yang cantik dan tinggi lampai, berketurunan Croatia dan menetap di Bosnia, Natasha akan menemani kami sepanjang kembara Balkan kali ini. Jom bawa bagasi dan diri masing-masing menaiki bas. Eliya (Ilija) pemandu kami berasal dari Ohrid, masih muda dan bakal berkahwin dua minggu lagi katanya (gambar dia ada masa kat akhir-akhir entri nanti..hehe).

Bandar Sofia
Kedinginan mula terasa bila keluar sahaja dari terminal kapal dan menuju ke bas. Selamat datang ke Sofia, Bulgaria. Satu hari ini kami akan dibawa melawat sekitar bandar Sofia secara berjalan kaki sebelum bermalam di Macedonia. Konsep pelancongan di Balkan ini, lawatan berjalan kaki sekitar Bandar Sofia secara percuma dan dikendalikan oleh pemandu pelancong: setiap kawasan pelancongan ada seorang yang akan menerangkan tentang sejarah dan asal usul setiap bandar yang dilawati dan mempunyai pas atau lesen berdaftar (walaupun Natasha ada pada masa yang sama). Iyelan kans, tak semua tempat Nastasha dapat cover! Pada masa yang sama dapat juga info sama-sama.
 
 
 
Kami dibawa ke kawasan taman dan bangunan yang cantik di hadapan St. Alexander Nerviski Cathedral (gambar bawah).
 

 

Nota: Gambar kanan sekali, semacam pasangan suami isteri yang sentiasa berlegar-legar depan gereja (meminta sedekah).  
Gambar bawah: Bangunan badan penguasa gereja ortodoks Bulgaria (tidak dibuka kepada orang ramai) terletak di sebelah St. Alexander Nerviski Cathedral (tidak dibenarkan mengambil gambar dalam gereja) di tengah-tengah bandar Sofia, ibu negara Bulgaria. St Alexander merupakan seorang Czar Rusia yang menyelamatkan Rusia dari Sweden.
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
  

  
Nota: National Theather Bulgaria (teater terbesar dan paling tua yang mempunyai seni bina yang hebat). Selepas itu, berjalan-jalan sekitar taman yang cantik.
 
 
 
  
 
 
  
    
 
 
 
 
Kami juga dibawa melawat Presidential Office (dijaga oleh dua orang pengawal berbaju merah). Di sekitar Presidential Office inilah kumpulan kami diganggu dengan kehadiran wanita psiko yang mahu mencuri beg tangan dan berulang kami menghampiri kumpulan kami. Walaupun sudah dihalang oleh polis, namun masih berdegil. Malah sempat mencuit tangan lelaki dan berpura-pura mencuri perhatian. Apa yang dapat kami buat, berjaga-jaga dengan beg tangan kami! Di sekitar Presidential Office inilah kumpulan kami diganggu dengan kehadiran wanita psiko yang mahu mencuri beg tangan dan berulang kami menghampiri kumpulan kami. Walaupun sudah dihalang oleh polis, namun masih berdegil. Malah sempat mencuit tangan lelaki dan berpura-pura mencuri perhatian. Apa yang dapat kami buat, berjaga-jaga dengan beg tangan kami!
 
 
 
 

Patung Sofia yang ada di tengah-tengah bandar (sesetengah mereka menggelar patung tersebut sebagai Saint Sofia, namun tidak benar). Sofia yang beragama kristian merupakan wanita yang mengalahkan empayar Rom pada abad ke-3 dan mempunyai tiga orang anak perempuan yang cantik. Sofia sebagai lambang kepercayaan, harapan dan cinta buat semua.
 
Kompleks arkeologi yang menempatkan peninggalan kota Roman yang ditemui di hadapan bangunan Palace of Justice pada 2010-2012 semasa pembinaan stesen subway. Struktur tersebut dijangka pada abad ke-4 hingga 6 Masihi. Kompleks tersebut merupakan binaan-binaan yang dibina semula bagi menggambarkan ibu negeri Serdika (Ancient city of Serdika) dan sedikit peninggalan rumah orang kaya di bandar dan ada orang kaya yang menetap di situ. Pembinaan semula struktur tersebut mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana perlu mencari cara dan pemuliharaan yang sebaiknya untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Pada abad ke-7, Bulgars dan Slavs telah datang ke sini dan mahu melawan empayar Roman dan menubuhkan negeri mereka sendiri (bergabung dan menubuhkan empayar Bulgaria). Selepas penubuhan empayar Bulgaria, tiada simbol bagi melambangkan negara mereka. Disebabkan banyaknya peletakan patung singa di banyak tempat, negara membuat keputusan bahawa singa menjadi lambang nasional negara.
 
Selain itu, Masjid Banya Banshi (gambar bawah) yang arkiteknya orang yang sama membina masjid biru di Istanbul. Masjid ini sahaja yang masih berfungsi (dahulunya di Sofia sahaja mempunyai 70 buah masjid) yang dapat menampung jemaah Muslim (10 peratus) di Bulgaria dan kebanyakan bukan asal Bulgaria. Terdapat sedikit sambutan Aidilfitri di masjid ini di dalam dan luar masjid (ruang yang terhad untuk tampung jemaah).
 
 
 
 
 
 
 

Gambar atas: Tempat mengambil wuduk.
Gambar bawah: Kawasan sekitar berhampiran masjid.
Bas kami...

 
 
1200. Perut dah lapar! Setelah melawat Masjid Banya Basyi, kami dibawa ke tempat makan dengan menaiki bas. Turun dari bas, kami perlu melalui taman yang cantik dan blok perumahan yang bentuknya agak lama. Rupa-rupanya kami dibawa ke Restoran Turkish. Makan apa? Kami dihidangkan dengan sedikit nasi, sup, daging kebab, acar dan manisan seakan ‘nekbat’ – manisnya!
 
 
 
 
 
 
Manisan Turki macam nekbat...manis yang amat...
 
 

 
 
Alhamdulillah. Sudah makan, kenyang dan suka hati!
 
 
 
 
 
 
 
 
1330. Selesai makan. Atas permintaan ahli kembara, kami kembali semula ke Masjid Banya Basyi untuk menunaikan solat jamak qasar Zuhur dan Asar sebelum meneruskan perjalanan ke Macedonia. Diberi hanya 20 minit, katanya! Alhamdulillah selesai urusan solat kami. Bersambung cerita dan perjalanan...

Nota
1. Seharian belum mandi tapi jangan risau kerana muka segar semula setelah disirami air wuduk! Gituh (ayat cover)...hehe

2. Antara tempat lain yang tidak sempat dilawati di Sofia seperti:
  • Daerah Bansko - daerah musim sejuk yang terbaik di Bulgaria dengan aktiviti luncur ski (Chalin Valog) dan terletak 160km dari bandar Sofia
  •  Plovdiv – bandar purba yang dibina di sekitar tujuh bukit di selatan Bulgaria
  • Masjid Dzhumaya yang dibina pada zaman Uthmaniyah (dikenali juga sebagai masjid Murahdiya) bersempena nama pemerintah pada azamn tersebut. Masjid paling lama yang ditinggalkan pada zaman Uthmaniyah di kawasan negara-negara Balkan
  • Berhadapan masjid Dzhumaya terdapat peninggalan artifak pada zaman Roman termasuklah Amtion Theatre (kecil) dan 10 minit berjalan seterusnya menemui Polvdiv Roman Theatre (besar), iaitu coloseum/tempat duduk marmar yang mempunyai 28 baris dan tiangnya diukir mengikut seni bina Roman

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...