Khamis, 5 Mac 2020

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk memasukkan rekod memasuki tahun 2020. Ramai sahabat telah bercuti hujung tahun 2019 sampailah masuk awal tahun 2020. Teman tak bercoti, bokojelah mereput dalam opis ye! Cuma dapat cuti seminggu pada bulan Januari, syukur dapat balik KL-Kuantan-Batu Pahat-KL, membahagikan masa dan diri menyantuni orang tua, adik beradik dan sabahat kami, Kak Mohaini yang bercuti awal sebelum berpencen bulan Jun nanti - Alhamdulillah. Macam tak percaya je kans kita memasuki tahun 2020, Wawasan 2020! Dahulu sekadar disebut dalam buku, tv dll, kini telah kita tempuhi. 

Banyak juga cerita yang mewarnai (berwarna-warni, hitam putih) kehidupan. Bermula dengan isu wabak penyakit Covid-19 yang bermula dari Wuhan, China sehinggalah merebak ke seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali! Kerajaan Malaysia, malah pentadbir/ majikan tidak menggalakkan staf untuk ke luar negara yang berisiko. Kerajaan Arab Saudi juga tidak membenarkan jemaah untuk mengerjakan umrah setakat ini. Marilah sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan diri dengan mengambil langkah berjaga-jaga menghindarkan diri daripada wabak tersebut. Mohon semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada wabak tersebut. 

Di samping dilanda kebimbangan dengan wabak tersebut, negara juga dilanda dengan kemelut politik, Tun Mahathir mengundur diri dan YDP Agong telah memilih Perdana Menteri yang baharu, Tan Sri Muhyidin Yassin. Dalam masa seminggu Malaysia dilanda dengan kemelut tersebut, rakyat Malaysia wajar dipuji kerana tidak bertindak luar biasa, tenang-tenang aje katanya! Syukur kemelut ini dapat ditangani dengan baik dan aman, tinggal menunggu barisan jemaah menteri sahaja yang belum dilantik. Kita nantikan ye!

Tahniah buat sahabat baikku, Edith dan suaminya yang mendapat cahaya mata perempuan pertama  (Ellezia Deanna) pada 13 Februari 2020 dan Siti Halimaton yang melahirkan anak perempuan juga pada 27 Februari 2020.

Diam tak diam, dah 10 tahun 18 hari ku berkelana di bumi Darul Hana ini. Ramai yang tanya, tak nak balik ke semenanjung ke? Hmm.. susah nak jawab. Sementelah encik suami dah sambung belajar dalam setahun nih, dapat tambah setahun lagi, tunggu jelah beliau siapkan tesis. Balik mengajar nanti barulah memohon untuk pindah. Encik suami dapat pindah, barulah ku kan menyusul kelak, insya-Allah. Dalam dunia tugasan tahun demi tahun, kali ni bertambah satu tugasan lagi, ku ambil dengan hati yang tenang. Jadi, marilah kita bertugas dengan penuh amanah, kerajinan dan kesusilaan. Jagalah kesihatan, tambahkan amalan dan pahala serta cipta ketenangan dalam hidup masing-masing kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput Allah SWT. Selamat bertugas dan menjalani kehidupan dengan baik dan tenang-tenang aje.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...