Rabu, 28 Disember 2016

Selamat tinggal tahun 2016

Tahun 2016 yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Suka duka, luka pedih, manis indah dan sebagainya. Nak ambik juga entri bulan 12 nih, jadinya masukkan coretan akhir sebelum bertemu dengan tahun 2017...Insya-Allah. Allah Sebaik-baik Perancang. Setelah bertugas di bahagian pengembangan bahasa dan sastera hampir enam tahun di sini, ku dipindahkan ke Unit Penerbitan mulai 1 November 2016. Alhamdulillah, ku terima arahan dengan hati yang terbuka. Beri peluang kepada orang lain untuk merasai semua itu dan aku juga berpeluang meneroka dunia penerbitan.

Coretan sambung esok (atau lusa)...Nak titon dulu ye.

Apabila mengenangkan kehidupan akhir zaman nih..bagaimana amalan kita nih? Kehidupan di dunia hanya sementara, di akhirat juga kekal. Banyak tanda-tanda kiamat dah berlaku. Apa lagi yang kita kejar? Takutnya lah Ya Allah. Bantulah kami ke arah jalan kebenaran dan menjauhi larangan-Mu Ya Allah. Kami insan yang lemah dan selalu memerlukan petunjuk-Mu.

Sambung lagi...

Dah masuk tahun baru dah. Selamat datang 2017M. Alhamdulillah dapat siapkan kerja yang menyebabkan bahuku sakit dekat tiga minggu (majalah Jendela Sarawak-dah dalam proses cetak). Ujian dari Allah sebenarnya. Kenalah hadapinya. Alhamdulillah dapat juga bercuti ke Pulau Pinang Pulau Mutiara bersama encik suami pada Jumaat minggu lepas sampai Isnin (1 malam di BM). Misi nak ke Bukit Bendera dan makan kat Line Clear tercapai. Pernah pergi hari tuh, namun tak dapat naik Bukit Bendera sebab tutup untuk kerja-kerja permbersihan. Kekeciwaan terubat baru-baru nih...alhamdulillah. Selalunya orang bercuti 3 hari 2 malam. Kami bercuti 3 malam 2 hari sebabnya sampai Pulau Mutiara 1 pagi dan daftar masuk hotel 1 pagi lebih..hehe.

Kali ni memang pergi tempat yang dirancang dan berjalan sekitar Balik Pulau. Kemudian pusing pulau hingga ke Batu Feringgi (hanya lalu sahaja). Walaupun cuti singkat, namun misi kami terlaksana...Alhamdulillah. Dan hari ni baru naik kerja. Hilang sakit bahu...hehe...syukur. Tu je nak cerita. Gambo kemudian.

Apa azam tahun baru?  Baiki amalan, berbaik sangka, rajin bersedekah, rajin mengaji, khusyuk dalam solat, bekerja sebagai ibadah, berbakti pada suami dan keluarga, sayang pada semua, nak pergi Haji dan umrah, nak pindah balik KL (ops dah enam tahun u, anak kembar Diana pun dah masuk sekolah tadika..tetiba!). Insya-Allah, doakan kami dapat pindah tahun ni ye. Boleh dapat balik kampung selalu, dapat melancong lebih kerap...Aamin. Bila berada di perantauan nih, tak dapat jumpa kakak-kakak DBP yang pencen (lain situasinya walaupun dapat berhubung melalui FB). Kak Monie...jangan pencen dulu sebelum saya balik bertugas kat KL semula...huhu.

Semoga dalam amalan dan perbuatan kita sehari-hari, Allah SWT dapat mengampunkan dosa-dosa kita dan keluarga kita. Beri rahmat dan kemudahan pekerjaan dan kehidupan kita dengan berpandukan jalan kebenaran. Semoga Allah SWT juga membantu meringankan beban rakyat Syria, Ronghinya, Palestin dan masyarakat Islam yang tertindas. Allah SWT Sebaik-baik Perancang.  

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...