Khamis, 24 Mei 2018

Balik kampung hujung tahun

24 - 26.12.2017
Encik suami tak dapat join hari keluarga hari tuh, jadinya temankan dia balik kampung pulak melawat abah, balik Beserahlah apa lagi! Hehe...Kalau dapat, hujung tahun mesti balik. Semua orang cuti, kami pun nak cuti jugak. Kalau turun KL, opkoslah kena ikut Karak dan akan melalui hentian rehat dan rawat Temerloh dan sebelumnya akan melalui pintu gerbang nih.
Dah rehat semalam, Moh kita jalan-jalan kat Kuantan nih. 
Kita pergi Pantai Batu Hitam (Black Stone)
 
Gambar pokok kelapa dan mengkuang je dapat ambil. Gambar orang tak perlu kot..hehe
Pastu kita gi Pantai Teluk Cempedak pulak (lama tak pergi)

 
 Begitu meriahnya dengan pengunjung, begitulah meriahnya dengan kehadiran monyet yang 'anak-beranak' mencuri perhatian pengunjung. Siap minta makanan (itu biasa) dan juga bermandi-manda dengan riangnya. Hehe...

Hari berikutnya sempat ajak abah ke Kemaman, rumah anak buahnya. Sebelum sampai Kemaman, ajak encik suami dan depa ke Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu, Jabatan Perikanan Negeri Pahang kat Chendor (tak pernah pergi kot!). Alhamdulillah dapat masuk melihat penyu yang hado. Nak masuk tak dikenakan sebarang bayaran tetapi digalakkan menderma untuk kelangsungan hidupan penyu.


 
 
 






Pastu teruskan perjalanan ke Kemaman...

Jumpa anak buah abah dan cucunya (sebelah kiri) Baby yang sebelah kanan tu anak sepupu.
Selepas jumpa mereka...ajum makan sata dan air kelapa...sedap!
Hari berikutnya kami balik ke KL, sempat singgah makan durian musang king kat tepi
lebuh raya Karak! Dah teringin lama. Mahal pun mahallah, syukur dapat makan.



Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...