Memaparkan catatan dengan label tugasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tugasan. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mei 2018

Selamat bersara!

19.12.2017
Program Perkongsian Ilmu: Penyelidikan dan Pelestarian Ilmu Watan yang disampaikan oleh Encik Rusli Ab. Ghani (Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan) telah diadakan di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak bersama-sama AJK dari DBP KL yang terlibat. Sempat merakamkan kenangan bersama beliau dan yang lain. Encik Rusli juga bakal bersara dan pertemuan rasmi terakhir di DBP Cawangan Sarawak. Beliau yang ku kenali sebagai ketua yang tegas dan mahu melihat anak buahnya semua berjaya (pernah bertugas di bawah bahagiannya). Selamat bersara dan selamat maju jaya Encik Rusli!

Rabu, 24 Januari 2018

Majlis Tinta Kenyalang 2017

Sejak dah dua tahun masuk ke dunia penerbitan nih, kerja-kerja pengembangan banyak ditinggalkan (sekarang dah kuncup sikit..hehe). Namun, tugasan buat buku cenderamata atau jamuan masih jalan! Untuk Majlis Tinta Kenyalang 2017 nih, tukar portfolio tugas - buat teks ucapan perasmi dan pengarah, gituh! Sebelum nih adalah dalam empat ke lima tahun menguruskan program ini. Biasanya majlis ni (bersekali dengan Malam Lestari Bahasa) diadakan pada hujung tahun bagi meraikan pemenang dan penerima hadiah/penghargaan penulis, pengkarya, jabatan untuk kategori masing-masing serta menghargai kerjasama antara DBP Cawangan Sarawak bersama-sama jabatan dan organisasi lain.
 Pameran majalah sekolah dan buletin jabatan terbaik


Antara Pengetua yang komited dan bekerjasama dengan anak buahnya untuk
menghasilkan majalah sekolah terbaik sehingga dinobatkan dua tahun berturut-
turut menerima Kategori Hadiah Utama Majalah Sekolah Menengah Terbaik.
Tahniah diucapkan kepada SMK Subis, Miri.
Meja VIP

Interprem sekejap..hehe
 
 Bersama-sama rakan yang bertugas



Meja kami...
Dewan majlis...
Menu hidangan ala Kantonis
Ni perli namanya...hehe. Minta  tambah lada, diberi selambak.
Orang Sarawak tak makan pedas, jadik kami wajib makan pedas,
lada besar kat sini memang dah cukup pedas.

Jumaat, 17 November 2017

Keindahan 5

Keindahan bahasa. Minggu Bahasa di SR Lodge, Kuching (sekolah antarabangsa yang menempatkan pelajar tadika, sekolah rendah dan menengah dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama) dengan kerjasama DBP Cawangan Sarawak dari 2 hingga 6 Oktober 2017. Pelbagai aktiviti dan soalan berkenaan simpulan bahasa, peribahasa, bina ayat dan lain-lain dalam bahasa Melayu untuk menguji kemahiran anak-anak sekolah rendah. Seronok dapat melihat pelbagai bangsa yang berbincang dan bekerjasama menjawab soalan.


  Gambar bawah ni anak-anak tadika, elok je duduk makan bekal 
yang disediakan penjaga masing-masing. 
Hari Pertama Aktiviti - Urus setia yang setia
 
 

Hari Kedua-posing lebih..hehe

Hari Ketiga
  

 ada peraduan mewarna juga...
Hari keempat-hari kemuncak aktiviti Jejak Cinta Bahasa yang melibatkan pelajar sekolah rendah seramai kurang lebih 400 orang.
 Ketua urus setia memberikan taklimat sebelum aktiviti bermula

Bermain sahibba..mudah je bina perkataan bahasa Melayu
Gambar bawah: Bermain jentik botol dengan gelung getah sebelum jawab soalan. Hmm... dapat lihat kebolehan mereka yang agak janggal bermain, almaklumlah anak-anak yang lahir zaman Z..langsung tak tahu nak jentik, takut pun ada, nama kuih pun kadang tak tahu (nugget ke burger tahu!). Mudah-mudahan ada aktiviti seperti ini dapat membuka mata anak-anak. 


 Banyak lagi permainan yang tak sempat disnap sebab toke gambar duk jaga aktiviti kat atas pentas.
Gambar bawah, usai aktiviti, pastu ada majlis perasmian penutup.
Urus setia DBP Cawangan Sarawak
 
Urus Setia (guru) SR Lodge
 
Bergambar bersama-sama pengetua yang lancar berbahasa Melayu walaupun belajar dalam aliran BI (kagumnya sebab beliau berusaha sendiri belajar bahasa Melayu melalui internet dan sebagainya - sebagai nilai tambah kehidupan dan mudah berinteraksi dengan khalayak yang berbahasa Melayu). Terima kasih ketua urus setia Hajah Roslin (aktiviti beliau terakhir sebelum dapat kenaikan pangkat dan pindah ke DBP KL) dan petugas yang lain yang komited menjalankan tugas sehingga selesai. Tahniah buat semua!

Keindahan 4

Warna-warni perbarisan bersempena hari lahir TYT Negeri Sarawak. Melalui latihan raptai tiga hari dalam cuaca yang tidak menentu dan muka berbelang...hehe. Raptai mulai 5 September 2017, kemudian 6 dan 7 September 2017 serta hari kejadian sebenar pada 9 September 2017. Penat memang penat tapi seronok sebab dapat pengalaman berharga. Kiranya ni kali ketiga aku sertai perbarisan seperti ini selama mana bermastautin di bumi Sarawak.
Hari Pertama 5-9-17

 
Cuaca elok je sebelah petang..panas lit lit...

Hari Kedua 6-9-17
 


muka ceria walaupun penat
Hari Ketiga 7-9-17
 Mendung datang...
 Gerimis mengundang...lihatlah baju kami...hehe
 Kemudian mendung pergi...





 

 Beza gaya posing...posing kak Nin lagi menarik berbanding aku...haha
 Jika hujan berterusan, majlis akan diadakan dalam dewan besar (seronok gak sebab tak
semua akan terlibat dan yang tak terlibat boleh duduk kat kerusi yang disediakan)
Hari Sebenar 9-9-17
 Pada hari kejadian sebenar hujan dah elok je, dapatlah buat majlis dalam dewan. Tapi hujan berhenti sebelum pukul 8.00 pagi (sebelum tetamu VIP datang). Makanya berbaris di tempat asal sahaja.
 Muka dah mula golap...


Usai berbaris...
Bersama-sama pengarah...





 Cerita tentang kasut...
  berbaris dan melalui tanah merah...
 pakai kasut yang sama corak dan bentuk...
semasa berdiri...buka kasut walaupun lantai rasa panas...penat weii...
Kawasan kolam renang. Tempat perbarisan bersebelahan dengan bangunan kolam renang Pandalela Renong. Dapat lihat kawasan ni bila pergi ke tandas di hujung nun-jauh menapak. Sekian kisah keindahan kami pada kali ini.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...