Rabu, 29 Februari 2012

berkurun lama...

Assalamualaikum sahabat sekalian. Berkurun lama dah tak bersiaran (dah penghujung Februari nih). Banyak cerita sebenarnya, cuma bila takde gambar nak letak, macam tak best je nak pos entri. Lagipun henpon bermasalah. Sabtu baru ni dah betulkan. Adalah gambar sikit nak cerita. Hmm..ni pun kugagahi juga.

Sekarang ni musim demam agaknya. Encik suami tak berapa sihat sejak balik ke KL hinggalah ke Kuching semula. Risau gak dengan keadaan encik suami dan baru semalam pergi ke klinik. Sempat juga masak bubur nasi dengan pelbagai aksesorinya.

Buat bubur ni mudah jer. Basuh dan masak beras hingga hampir masak, tambah air lagi. Masukkan hirisan bawang putih dan halia serta garam. Kalau nak buh hirisan ayam atau daging pun boleh, sayur pun boleh, bebola ayam pun lagi boleh. Ni bubur ringkas je. Pastu masukkan kiub atau serbuk perasa. Tambah air lagi kalau nak bagi lembut. Nak buat aksesorinya agak leceh. Seperti bawang goreng (bawang putih sedap), bilis goreng, telur masin atau telur rebus atau telur padi (warna hitam seperti dalam gambar bawah), daun sup, kangkung celur, sambal kicap (jangan lupa).

Jom kita tengok bubur nasi yang kubuat semalam.

sebelum....masuk bebola ayam, lobak merah dll...

selepas..dah tambah aksesori...
buah juga jangan lupa..nak bagi sembuh orang sakit..hehe..vitamin C...

Jumaat, 3 Februari 2012

bede boy!

Oleh kerana dah berjanji nak belikan kek hari jadi untuk anak bapak mak sorang nih, makanya kupenuhi impiannya untuk menyambut hari lahir walaupun secara sederhana. Tak lupa kubelikan satu bucket ayam K. Nak bagi seronok bapak dan mak, apatah lagi bede boy - Azlan (anak kesepuluh dr sebelas adik-beradik). Maaflah Lan, kak tak ingat berapa umur kitak kinek tok....hehe

nyummies....

cute je kek nih...
Azlan ni seorang budak baik dan sayangkan orang tuanya, apatah lagi mak. Kiranya, Azlan ni tak banyak menyusahkan keluarga. Kalau bercuti belajar dan balik ke rumah, jangan risaulah sebab antara anak mak yang rajin menolong dan mengemas dapur, rumah, bilik air dan membasuh baju (kiranya mak goyang kaki sementara Azlan ada). 

Mak bapak angkat ni mempunyai bilangan anak, 9 lelaki dan 2 orang perempuan. Memang meriah kalau sesekali semuanya dapat berkumpul. Ada 2-3 orang anak yang masih belajar dan yang lainnya dah berjaya.

nampak manja dengan mak bapak...

potong jangan tak potong...potong kek daa...
Tak rugi untuk berbuat baik dan bakti pada orang tua nih. Semakin berkat hidup kita dan mereka bertambah kasih sayang kepada anak-anak. Rezeki yang datang pun tidak disangka-sangka. Makanya, bila mak bapak gembira, anak-anak pun gembira dan dipermudahkan Allah jalan hidupnya...amin..

bersama mak bapak, Azfa (bongsu) dan Ipen (atas Lan)...

kami ada kat belakang....

Khamis, 2 Februari 2012

siput dan ambal...


Yang ini sebenarnya gambar lama (awal 2011) yang tak sempat ditempek di blogku ini. Sebelah kanan tu ambal atau pepahat dan sebelah kiri macam siput sedut tapi bentuknya runcing jer. Tak sangka pulak, boleh makan (tapi ku tak pernah cubalah). Hanya ambal yang biasa kumakan (suka jugaklah). Sesetengah orang geli nak makan dek fizikalnya yang agak unik.

gaban pun tak malas tau!

Assalamualaikum sahabat sekalian...

Tajuk macam gempak sikit. Walhal biasa jer. Al-maklumlah tahap kemalasan macam tahap gaban (tapi gaban pun tak malas macam ku daaa). Gaban tu apa eh?? hehe...Baru malam ini diberi kekuatan untuk menyambung menulis entri. 

Semenjak henpon kesayangan sakit nih (terpijak cermin-kena baikilah nampaknya), macam dah perlahan sikit nak tulis entri sebab dengan henpon itulah mudah nak ambik gambar dan mudah nak bercerita. Takpelah, gunalah henpon encik suami sementara.

Walaupun kononnya ada beli tab, tak sama sebab susah sikit nak buat entri dalam blog-dengan laptop jugalah yang mudah sebab besar. Takpelah, jika ada kesempatan, akan ku kemas kini blogku ini.

Dalam fb asyik bercerita tentang makanan jer (dalam blog pun apa kurangnya). Jom cerita tentang buah dabai yang sememangnya terkenal di bumi kenyalang nih. Buah ni agak eksotik dan bermusim. Buahnya sebesar buah belinjau atau lebih lagi dan berwarna hitam. Kalau orang tak biasa makan, memang tak boleh masuk. 

Ku sendiri boleh makan bila dicampur dalam nasi goreng jer. Sesetengah masyarakat di sini, makan begitu sahaja setelah direndam seketika dengan air panas, dicicah dengan kicap atau garam. Rasanya? hmm lemak dan kelat. Kalau nak mencuba, jom makan.
rendam dengan air panas seketika untuk bagi lembut sikit buah ni....

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...