Assalamualaikum sahabat sekalian. Berkurun lama dah tak bersiaran (dah penghujung Februari nih). Banyak cerita sebenarnya, cuma bila takde gambar nak letak, macam tak best je nak pos entri. Lagipun henpon bermasalah. Sabtu baru ni dah betulkan. Adalah gambar sikit nak cerita. Hmm..ni pun kugagahi juga.
Sekarang ni musim demam agaknya. Encik suami tak berapa sihat sejak balik ke KL hinggalah ke Kuching semula. Risau gak dengan keadaan encik suami dan baru semalam pergi ke klinik. Sempat juga masak bubur nasi dengan pelbagai aksesorinya.
Buat bubur ni mudah jer. Basuh dan masak beras hingga hampir masak, tambah air lagi. Masukkan hirisan bawang putih dan halia serta garam. Kalau nak buh hirisan ayam atau daging pun boleh, sayur pun boleh, bebola ayam pun lagi boleh. Ni bubur ringkas je. Pastu masukkan kiub atau serbuk perasa. Tambah air lagi kalau nak bagi lembut. Nak buat aksesorinya agak leceh. Seperti bawang goreng (bawang putih sedap), bilis goreng, telur masin atau telur rebus atau telur padi (warna hitam seperti dalam gambar bawah), daun sup, kangkung celur, sambal kicap (jangan lupa).
Jom kita tengok bubur nasi yang kubuat semalam.
sebelum....masuk bebola ayam, lobak merah dll... |
selepas..dah tambah aksesori... |
buah juga jangan lupa..nak bagi sembuh orang sakit..hehe..vitamin C... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan