Jumaat, 28 Disember 2018

Hari terakhir di Bumi Balkan

Bahagian 13


Sambungan dari bahagian 12 (gambo banyak sangat)
1600. Terjaga apabila bas mula masuk ke lebuh raya (selepas tidur sejam kepenatan). Dari Taman Negara Plitvicka Jezera menuju ke bandar Zagreb, Croatia.
1700. Sampai di bandar Zagreb dan kami diturunkan di tepi jalan bersebelahan deretan bangunan lama. Kemudiannya, Kami dibawa ke tengah-tengah bandar Zagreb (Ban Jelacic Square Zagreb) sambil ditemani pemandu pelancong yang ada di Zagreb melalui pasar yang dah tutup, Jalan Bloody Mary (sejarah tempat pergaduhan sebelum ini). Dalam masa yang terhad, kami perlu mengambil kira ruang untuk solat juga.
1826. Bergerak ke masjid kubah hijau yang bersekali dengan Pusat Islam Zagreb (Islamski Kulturni Centar Zagreb) untuk menunaikan solat. Sekali gus makan malam di Restoran H. Salim Sabic (makan nasi ayam, sup dan salad). Pusat Islam Zagreb terletak di kawasan perumahan yang agak padat.
Sejarah Islam di Zagreb
Bandar Zagreb dipenuhi dengan bangunan-bangunan sejarah Islam dari zaman pemerintahan Uthmaniyah (abad ke 15-19) dan mempunyai penduduk hampir satu juta orang (1/4 daripada keseluruhan penduduk di Croatia). Selama berabad lama, bandar ini telah didiami orang yang datang dari seluruh Eropah dan pelbagai tempat. Seni bina bangunan di Zagreb mencerminkan sejarah kota ini. Jalan-jalan dan dataran menjadi perhimpunan pelbagai budaya melatari kebudayaan negara.

Sejarah Islam di Zagreb terbahagi kepada tiga penggal,
1)    Abad ke-8 hingga 9: Kaum Slavic bersatu dengan kaum Arab dan peniaga-peniaga Arab menubuhkan pelopor-pelopor perdagangan di kawasan pantai di Dalmatia
2)    Berlaku pada empayar zaman Uthmaniyah yang memerintah hampir seluruh negara di Balkan dan Croatia (kebanyakan sumber Islam didapati pada zaman ini). Setelah penawanan semula empayar oleh Empayar Habsgurg dan Venice ada abad ke-18, hampir kesemua sejarah Islam dihapuskan
3)    Penggal moden dalam sejarah Islam di sini wujud mulai tahun 1878 apabila Empayar Austria-Hungary menakluki Bosnia. Maka ramai penduduk Bosnia berhijrah ke Croatia atas kapasiti perdagangan, perniagaan dan pendidikan.

Croatia merupakan negara bertoleransi walaupun jumlah Muslim amat kecil, iaitu tidak melebihi dua peratus (kira-kira 63 ibu orang), tidak ada masalah yang timbul setakat ini. Apa yang mengagumkan, mudah untuk mencari makanan dan daging halal di Croatia. Croatia sedang giat mempromosikan negaranya sebagai salah satu destinasi halal di benua Eropah. Malah, kebanyakan hotel lima bintang di Zagreb diiktiraf dengan sijil halal.

Selain bandar Zagreb, terdapat satu lagi bandar di selatan Croatia, iaitu Rijeka (120km dari Zagreb) yang mempunyai pelabuhan utama dan bandar terbesar di Croatia (tempat ni kami tak pergi). Kedudukan gegrafi yang baik, Rijeka menjadi lokasi penting penjualan ikan dan sebagai pelabuhan yang paling dekat dengan pusat pengguna utama di benua Croatia, terutamanya di Zagreb dan dihubungkan dengan pusat pengguna terbesar di negara jiran mereka, Slovenia.

Bandar Rijeka terletak di tepi pantai Quana Bay (Teluk Laut Adriatik) dan terkenal dengan hasil tangkapan laut. Pasar ikan di Rijeka juga merupakan pasar pertama di Croatia yang dibuka dalam dewan (dahulunya kilang peluru berpandu) menjadi pusat ikan pertama yang menjual ikan melalui lelongan awam. Penduduk Islam di Rijeka berjumlah 11 ribu orang dan sebuah masjid telah didirikan hasil aspirasi umat Islam di Rijeka yang memerlukan ruang ibadat yang selesa (pembiayaan terbesar dari negara Qatar). Reka bentuk masjid di sini menjadi bangunan ibadah yang paling indah di Eropah.

1940. Usai makan dan menaiki bas untuk daftar masuk ke Hotel Kristos (Kristal) – cantik dan agak moden. Dapat bilik bernombor 330. Hotel ini terletak di Buzin, jauh sedikit dari bandar besar dan dekat dengan lapangan terbang Zagreb.
15 April 2018 (Ahad)
Hari terakhir di bumi Balkan!

0700. Turun bersarapan dan dewan makan penuh dengan pelancong dari Singapura dan Indonesia. Sambung lepak di bilik sebab lambat untuk daftar keluar. Natasha beri kami peluang untuk rehat lama.1015. Turun bawa beg ke lobi dan daftar keluar sambil tunggu yang lain.
Pastu bertolak ke bandar Zagreb semula, pusat beli belah!
1120. Dibawa berjalan-jalan di bandar Zagreb dan kami diberi masa kurang lebih 4 jam sebelum dihantar ke lapangan terbang. Natasha membawa kami ke shopping complex Arena Centar untuk menghabiskan masa yang ada. Teman hakak-hakak ke kedai Sketchers, akhirnya aku yang tersangkut! Disebabkan lagi mudah urusan bayaran menggunakan kad kredit, ku minta tolong kak Norasma untuk membayarnya. Bayaran balik selesaikan di Malaysia nanti. Terima kasih kak Norasma! Harga kasut dalam 319 kuna (RM200++). Perut dah lapar sebab satu hari ni dah takde disediakan makan hokey. Kami survey tempat-tempat makan yang nampak halal. Nampaknya, kami dapat makan kentang goreng KFC dan minum smootie dan santap secara berjemaah di kerusi di tengah-tengah mall. Alhamdulillah, kenyang.

1500. berkumpul semula di tempat yang dijanjikan dan sebilangan ahli kembara meminta untuk ke masjid kubah hijau semula untuk menunaikan solat jamak qasar Zuhur dan Asar – syukur dipermudahkan urusan. Kami perlu segera untuk ke lapangan terbang – penerbangan ke Istanbul pukul 7.00 malam.
1615. Sampai di lapangan terbang tapi nampaknya salah tempat. Rupa-rupanya dah ada tempat baharu (Natasha memang tak perasan sebab dah lama tak ke bandar Zagreb). 15 minit kemudiannya barulah sampai di tempat sebenar. Lapangan terbang yang baharu lagi besar dan moden (belum sibuk sepenuhnya). Natasha dan Iliya perlu cepat menghantar kami sebab Iliya perlu memulangkan bas ke agen (untuk orang lain pula yang memandu) dan Iliya perlu menaiki bas pulang ke Ohrid. Begitu juga dengan Natasha yang perlu menaiki bas untuk pulang ke Bosnia. Kami ditinggalkan dengan seribu satu kenangan! Terima kasih Iliya dan Natasha yang banyak melayan kerenah kami. Selamat tinggal!

1715. Barulah kami dapat mendaftar masuk. Kami perlu melalui pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Botol sos Lingam ku tak lepas (mujur tinggal sedikit). Perlu buka kasut dan scan semula begku. Alhamdulillah semua lepas kawalan pemeriksaan.

1815. Berkumpul dan duduk di balai menunggu sambil makan roti cicah sambal bilis! Hmm sedap sebab lapar!
1900. Naik kapal terbang Tukish Airline untuk ke Istanbul. Perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit. Macam biasa, menghadapi penyediaan makanan yang lembap dan agak kelam kabut daripada pramugara pramugarinya! Penumpang yang duduk di bahagian tengah menjadi mangsa – lambat dapat makanan.
2125. Sampai di Istanbul dan disambut hujan. Kami perlu menaiki bas untuk ke bangunan terminal. Kali ini memang mengambil masa untuk transit menaiki kapal untuk pulang ke Kuala Lumpur.  Bila sampai di Istanbul baru perasan perbezaan masa sejam lebih cepat dari Zagreb (2225) . Apalagi, kelam kabut mencari daftar masuk di 227A nun untuk ke KL. Kami hanya sempat membasuh muka dan beratur masuk kapal (ada yang sempat solat). Boarding 0020! Syukur sempat masuk ke perut kapal.

0050. Terbang ke KL dan diberi makan 2 kali.
1612. Tayar kapal terbang jejak tanah KLIA.

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa kembara ke Balkan pada kali ini merupakan pengalaman berharga dan megujakan! Impian untuk ke negara Balkan tertunai dengan izin Allah SWT. Syukur pada-Mu. Terima kasih pada sahabat kembara juga yang sama-sama merasai pengalaman hebat kali ini. Memang berbaloi-baloi dengan peruntukan untuk kembara kali ini (hanya bawa diri dan duit jajan). Bagi sesiapa yang mahu backpacker, dinasihatkan buat persediaan betul-betul kerana tidak semua tempat dapat dijelajahi (apatah lagi kalau tempat tu cantik, lagi lama nak berlama-lama di situ). Benarlah kata mereka yang pernah merasai ke negara Balkan, Balkan seumpama negara Eropah Islamik yang WAJIB dikunjungi. Apatah lagi negara Bosnia yang begitu dekat dengan negara kita. Sesungguhnya, santuni dan belajar budaya mereka agar menjadi pengajaran berguna buat kita. Destinasi seterusnya! ... jeng jeng jeng

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...