12 April 2018 (Khamis)
0700.
Turun bersarapan dan sempat menyapa kumpulan dari Malaysia melalui Kembara Sufi
(dua buah bas). 0930.
Keluar untuk melawat Hope Tunnel
bersebelahan lapangan terbang Bosnia. Bentuk ledakan darah di lantai dipanggil "Sarajevo Roses" sebagai tanda tempat letupan bom semasa perang dan lebih daripada lima orang dibunuh di tempat tersebut.
1240.
Makan tengah hari di Restoran Cevabd
Zinila Petica. Ramai juga pelanggan yang makan di restoran ini (jadi
pilihan).
1320.
Selepas makan sempat menyantuni dan meraikan hari lahir kak Noorah dan pakcik
(ahli rombongan) dengan sebiji kek
yang sedap. Semoga Allah SWT memberkati hidup mereka. Sempat dijenguk oleh
seorang wanita tua yang meminta simpati para pelanggan. Kemudian, didatangi
seorang anak lelaki dalam lingkungan usia 10 tahun mengambil sisa, meminta izin
sebelum mengambilnya (saya kira). Mujur tuan atau pelayan restoran tidak
menghalau mereka (seolah-olah faham dan biasa dengan situasi tersebut). Malah
pelanggan seperti kami lebih bersimpati dan berusaha membantu membungkusi
makanan (layak dipanggil sisa, tetapi masih berkeadaan baik dan kami tidak
teragak-agak untuk memberikan kepada anak lelaki itu). Allahu, hanya simpati
mengiringi situasi anak lelaki itu.
1340.
Alhamdulillah, selepas selesai urusan mengisi perut, kami meneruskan perjalanan
di lorong dan deretan bangunan kedai di “Caravan Sara”, iaitu walking tour Sarajevo di bazar tertutup, air pancut kayu, chatedral, Masjid Gazi Huzref Bey Sarajevo (masjid bersejarah di Bosnia yang dibiayai oleh Gazi Huzgref pada tahun 1531 dan beliau membiayai juga sebahagian besar bandar lama Sarajevo), dan bangunan sinogag.
Caravan sara (cserai) - Walking tour Monica Han (tempat penginapan) merupakan caravanserai, iaitu sebuah tempat penginapan para pedagang dan saudagar yang datang ke tempat itu dan dibina di tengah-tengah Bascarsija antara abad ke-16 dan ke-17, sebagai sebahagian wakaf yang diusahakan oleh Gazi Huzref Bey. Hari ini tempat tersebut dijadikan tempat kafe dan kedai. Dapat juga melihat seni bina bangunan zaman pemerintahan Uthmaniyah dan juga bangunan Austria-Hungary di sempadan “Sarajevo of Meeting Culture”.
Usai dibawa berjalan-jalan, kami diberikan masa dua jam untuk acara bebas (lama gak tuh). Dahlah penat berjalan, lama pulak diberi kebebasan untuk mencari cenderamata dan sebagainya. Selepas sejam tak tahu nak pergi mana (sebab penat jugak kot), makan kami melepak di tepi tangga dan menyembang sejam lagi berhampiran bangunan berdekatan dan tempat pertemuan yang perlu berkumpul setelah habis waktu bebas. (Tempat kami melepak, tepi tangga - gambar di bawah).

1700.
Balik ke hotel (perjalanan mengambil masa 18 minit). Apabila diperhatikan
suasana trafik di Balkan nih, kenderaan akan menyalakan lampu masing-masing
selepas pukul 5.00 petang. Lampu isyaratnya pula isyarat pertukaran warnanya
jelas, contohnya dari merah ke kuning dan barulah ke hijau. Kalau kat Malaysia
nih, dari merah terus ke warna hijau! Salah satu pengangkutan awam serupa komuter tapi saiz pendek dan nampak usang - gambar di bawah.
Sampai di hotel, rehat jadi pilihan. Mandi dan solat. Kemudiannya, turun makan sekitar 7.00 malam (itu pun dah ramai yang turun). Kak Noorah dan geng sempat ke mall untuk membeli kasut idamannya itu! Aku sempat mewasapnya, kirim beli pendrive yang cocok terus ke henpon dan pindah gambar (almaklumlah memori henpon yang terhad).
2100. Kak Noorah datang ke bilik dan beri pendrive seperti mana yang kukirim tadi. Sambung berboraklah kami sambil aku menjalankan misi memindahkan gambar dari henpon ke pendrive. Tetiba ‘terklik’ clear data semasa proses pemindahan tersebut. Mata salah melihat, ingatkan “clean data” tu “clean virus”, makanya hilanglah tiga ribu lebih gambar dalam kad memori mahupun dalam memori henpon (gambar-gambar yang lain sempat dipindahkan ke wasap suami dan hanya gambar sehari ini tidak sempat diselamatkan). Sekali dia move data, sekali clear habis data gambar (banyak gambar di Sarajevo yang tak sempat disave). Menangis tak berlagulah Suhana oi!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan