14
April 2018 (Sabtu)
Selamat
pagi semua!
0530.
Bangun, mandi dan bersiap-siap. Solat dan berkemas barang. Sebelum turun
bersarapan, kami sempat bertandang ke bilik kak Norasma dan kak Shariah untuk
bergambar di balkoni sebab bilik mereka betul-betul menghadap aliran terjun yang
cantik itu! Suasana pagi yang dingin dan pemandangan yang memukau di sekitar hotel. Subhanallah! Di sekitar hotel di lereng bukit rupa-rupanya ada perkampungan dan
sebuah masjid tersergam di atas nun.
Tiba
masa untuk bersarapan. 5 minit awal kami sampai, hampir siap terhidang dan
nampak mewah. Sekali tengok semua hidangan memang syedap-syedap dan
menyelerakan. Sampai tak tahu nak makan yang mana dah. Makan seadanya dan ntah
bila lagi akan sampai ke sini lagi kan! Fasiliti hotel dan pemandangan terbaik
yang kami terima setakat ini.
0815.
Berakhir kembara kami di bumi Bosnia (4 hari 4 malam) sebelum meneruskan
perjalanan ke bandar Zagreb, Croatia. Kami melalui tepian jalan kereta api.
0845.
Sampai di sempadan Bosnia-Croatia. Kami diminta turun dari bas dan beratur
untuk cap pasport di dua-dua pos sempadan (urusan selesai dalam masa 20 minit).
Kami meneruskan perjalanan. Selamat datang ke Croatia (bahagian utara) – 0915.
Pintu masuk Taman Negara Plitvicka Jezera
0940.
Kami sampai di pintu masuk Taman Negara Plitvicka Jezera (Acionalni Park
Plitvicka Jezera). Kami akan dibawa menjelajah taman negara ini dalam masa 3
jam. Taman negara ini mula dibuka pada tahun 1977 dan mempunyai tasik dan air
terjun yang mengalirkan air mata air yang terbesar di dunia. Kami akan dibawa
melihat keindahan air terjun dan tasik serta pemandangan semula jadi yang
memukau. Kebesaran-Mu Ya Allah! Harapan kami, semoga dapat bertahan untuk
berjalan kaki selama tiga jam! Bermula dari atas, berjalan ke bawah, ke arah air terjun kehijauan yang melambai-lambai dari kejauhan, dipanah cahaya mentari lalu menghasilkan pelangi indah, kemudian melalui pelantar kayu sekeliling tasik. Melihat deruan air deras sebelum ke lokasi air terjun yang tinggi terjunan airnya. Dah dapat bergambar, patah semula melalui pelantar kayu ke sebelah atas sedikit dan berjalan mengelilingi tasik menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah SWT. Cantik sangat. Terdapat banyak kumpulan air terjun kecil yang mengalirkan air deras dan mengasyikkan. Subhanallah.
Sila jangan menyampah sebab pakai cermin mato itam (awai je pakai..pastu takdak)..hehe. Lagi syiok menikmati keindahan dengan mato sobona! |
1245.
Akhirnya sampai semula ke poin awal. Perut dah berbunyi minta diisi. Kami perlu
berjalan lagi dalam masa 5 minit untuk ke Restoran Licka Kuca. Kami
dihidangkan makanan yang sedap, namun! Tiada disediakan air minuman. Mujur kami
bawa air mineral sendiri. Kongsi minum jawabnya.
1420.
Selesai makan dan 10 minit berikutnya meneruskan perjalanan untuk ke bandar
Zagreb, ibu negeri Croatia (mempunyai lebih 1000 buah pulau yang dekat dengan
daratan. Jika melalui jalan lereng bukit akan nampak pulau-pulau kecil).
Perjalanan dari Zagreb untuk ke Itali pula hanya mengambil masa satu setengah jam.
Bersambung ke bahagian 13...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan