Satu penghijrahan yang membawa seribu makna kehidupan yang penuh suka dan duka. Daripada situlah kita belajar dan terus belajar untuk bersyukur dan memaknakan kehidupan...
Memaparkan catatan dengan label Sekelilingku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekelilingku. Papar semua catatan
Selasa, 17 September 2019
Majlis Perkahwinan Anak Encik Azhar Mohd Dora
Turut hadir meraikan majlis tersebut, yang diadakan pada 8.12.2018 di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak. Semoga berbahagia pasangan mempelai. Tahniah.
Ahad, 5 Mac 2017
Hotel Citadens Uplands Kuching
Sempat mengambil gambar sekitar Hotel Citadens Uplands Kuching masa bengkel pengurusan hari tuh (2-4 Disember 2016). Berbengkel di tingkat 11 jika tak silap, dapatlah merakam sekitar bandar Kuching. Jom layans.
Gambar bawah ni keadaan dalam bilik tempat kami menginap...menarik..
Semua ada kalau nak masak bagai...
Gambar bawah nih gambar bilik suit..besaq macam apartmen..
Kat bawah ni kawasan tempat makan...gabungan ala tradisi dan antik...
gerobok makan!
Selit gambar sikit dengan ija..hehe...masa bengkel...
Selasa, 4 Oktober 2016
Lalang menyerang...
~~ Gambo akhir untuk malam nih. Cerita pembersihan kebun belakang rumah ikut kerajinan. Dalam masa 2-3 minggu ni kan musim hujan jer, maka suburlah mr.lalang tumbuh mengalahkan cendawan busut (gambar atas). Subur je kan nampaknya. Bila menjenguk dari dapur, rasa geram jer nak cabut lalang itu. Pokok nanas tu jangan cerita, dah bertahun-tahun tak berbuah. Dah banyak kali encik suami beri amaran nak cabut, tetapi aku kuat pertahankan kelangsungan hidup nanas itu...huhu.
~~ Yang kanan sekali tu pokok jambu batu besar. Syukur dah empat lima kali berbuah - manis dan rangup. Alhamdulillah. Sebelah kiri tu pokok limau purut dan kasturi - alhamdulillah banyak buahnya (sentiasa ada). Pokok pisang berangan dah 4-5 kali berbuah juga. Cuma tunggu pokok pisang tanduk je - tak boleh membesar dengan cepat disebabkan faktor tanah rasanya. Apa pun bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagi. Di sebalik pokok yang subur, ada juga yang tidak. Begitulah dalam kehidupan kita. Allah Maha Adil.
~~ Terima kasih encik suami yang turun kebun pada kali ini (bahagian mencangkul)..hehe..aku cabut dan bersihkan rumput yang ada. Kerajinan yang tiba-tiba mendatang - alhamdulillah.
![]() |
Gambo sebelum dan selepas pembersihan... |
Sabtu, 24 September 2016
Mydin kinek di sitok...
~~ Baru berkesempatan pergi ke Mydin dekat Bandar Baru Samariang setelah dua bulan dibuka. Ni baru siap satu, Ada satu lagi (lagi besar agaknya) yang bakal dibuka dekat jalan tol lama. Meh layan gambo dulu. Ini kali kedua ku menjejakkan kaki ke sini sebab bawa encik suami melawat kawasan.
~~ Berlatarbelakangkan Gunung Santubong-memang sesuai. Dah lama sebenarnya Mydin nak masuk Sarawak, tapi macam tak lepas jer. Tahun ni baru dapat dibuka. Besar bangunan dan susun atur barang jualan macam bangunan Giant-harga borong murahlah juga-harga barang lain, sama je nampaknya. Sampaikan satu tahap, kengkawan cakap, cukuplah sekali ke sini. Kalau dah 9 orang dari sepuluh orang cakap macam tulah..acaner. Yang berbeza hanyalah tong-tong rempah ratus-nampak kelainannya. Jom layan.
~~ Berlatarbelakangkan Gunung Santubong-memang sesuai. Dah lama sebenarnya Mydin nak masuk Sarawak, tapi macam tak lepas jer. Tahun ni baru dapat dibuka. Besar bangunan dan susun atur barang jualan macam bangunan Giant-harga borong murahlah juga-harga barang lain, sama je nampaknya. Sampaikan satu tahap, kengkawan cakap, cukuplah sekali ke sini. Kalau dah 9 orang dari sepuluh orang cakap macam tulah..acaner. Yang berbeza hanyalah tong-tong rempah ratus-nampak kelainannya. Jom layan.
![]() |
Menarik..nilai tambah ada tulisan Jawi. Bahasa Melayu pun ditulis besar. |
![]() |
Hah..ni yang spesel..tong-tong berisi rempah ratus... |
![]() |
Bersusun banyak... |
![]() |
pilih, pilih..jangan tak pilih... |
![]() |
ada daun tyme, oregano, rosemary dan Italian parsley...menarik gak.. |
![]() |
Keju dalam bungkusan pelik pun hado...hehe |
Langgan:
Catatan (Atom)
Tahun 2020 yang mencabar
Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...
-
Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya per...
-
Entri terakhir untuk malam ini. Limau ni diberi nama limau susu. Kebetulan kawan-kawan baru balik dari Sibu, sempatlah mereka membeli limau ...