Selasa, 29 Januari 2019

Great Ocean Road

29 Ogos 2018 (Rabu)
Sehari sebelum balik ke Malaysia, kami menghabiskan baki perjalanan dan mengambil keputusan untuk ke Great Ocean Road (GOR). Kali nih Az tak ikut. Isteri Az juga dah bekalkan kami siap-siap. Kami pergi selepas bersarapan (spageti bolognise yang sedap)-agak lewat, dalam pukul 8.30 pagi. Dahlah nak ke GOR mengambil masa kurang lebih tiga jam, belum lagi nak menyinggah-nyinggah lagi nanti. Kami tekad juga untuk pergi ke GOR, keluar dari bandar Melbourne, Geelong dan menyusuri tepian pantai yang membiru. Kami menyinggah ke tempat yang perlu seperti di Anglesea, Split Point Lighthouse (lihat dari jauh jer) dan Urquhart Bluff (sebelah bawah, kawasan pantai - sempat makan tengah hari dan solat di sini).
Jika diikutkan, jelajah GOR ni berakhir di bandar Port Campbell dan melalui Torquay, Anglesea, Lorne, Apollo Bay, 12 Apostles, Loch and Gorge, The Razorback dll. Sebab keluar lambat, tak semua tempat dapat kami pergi dicampur penat berjalan semalam tak hilang lagi! Oleh itu, kengkawan semua, jika menginap di bandar Melbourne ke atau mana pun, dinasihatkan keluar awal waima bawa kereta sendiri atau ikut pakej! Perjalanan memang mengambil masa lama dicampur dengan pemanduan ikut peraturan! 
Kami hanya dapat menikmati di 12 Apostles sebagai hentian akhir kami sebab waktu dah masuk pukul 5.00 petang dan hampir gelap (waktu autum, waktu siang lebih pendek). Kami balik mengikut jalan lain dekat menyusuri rumah dan ladang yang luas di wilayah Victoria (tak ikut jalan pantai lagi dah) untuk balik ke Geelong dan bandar Melbourne (tiga jam) seterusnya rumah Az di Frankston (sejam lebih). Namun, hati rasa puas dapat ke GOR walaupun tak lengkap penjelajahan kami. Gambar bawah: Dak Ariz...musim sejuk pipi merah/Sarapan nasi lemak/ Kelebek lemon lagi-bawak bekalan balik ke KL..hehe.
30 Ogos 2018 (Khamis)- Masa untuk pulang!
Bandar Melbourne pun kami tak sempat santuni dek kekangan masa yang terhad. Hmm..memang nak kena pergi lagi nampaknya sementelah had visa masih ada! Tunggu bajet dan tiket murah tahun 2019! Terima kasih buat Az, isteri dan anak-anaknya yang baik melayan kami. Lupa nak cakap yang Az nih kenalan encik suami, sepensayarah di UiTM Samarahan nun, sebab tu kenal beliau. Az seorang yang kental dan kuat, sebelum nih melanjutkan master di USA dan sambung PHD di Melbourne pula (mujur tak lepas nak sambung PHD kat USA, kalau tak memang buat kat sana je katanya).
Sebelum flight kami malam nih, Az bawa sekali lagi kami di bandar Frankston mencari barang yang perlu dan berjalan-jalan. Sempat juga kami sarapan, makan tengah hari, makan malam dan dibekalkan lagi sebelum kami terbang pulang ke Malaysia. Terima kasih Az dan isteri. Kami dibawa sekali lagi di bandar Frankston dan kawasan tepi laut di Saaford Foreshore.
 
Kami sempat dijamu dengan pisang goreng cheese sebelum berangkat pulang. Terima kasih Az dan keluarga. Selepas maghrib, kami keluar rumah dan hanya mampu melihat keindahan lampu bandar Melbourne dan menuju ke epot untuk pulangkan kereta sewa serta daftar masuk. Memang agak ketat pemeriksaan yang dijalankan. Mujur lepas beg kami dan beg sandang kami (lebih tujuh kilo ye). Syukur pada Allah SWT kerana memberi izin dan dapat petugas Airasia yang tidak cerewet untuk menimbang beg sandang kami! Semoga selamat sampai di bumi Malaysia! Kami sampai di bumi Malaysia dalam pukul 7.00 pagi. Sempat menunaikan solat subuh dalam kapal terbang.
Pengalaman ke bumi Melbourne dan Tasmania yang mengasyikkan dan hebat (walau tak cukup masa). Rasanya Melbourne memang sesuai dikunjungi berbanding wilayah Perth, Gold Coast, Sydney dll. Rasailah pengalaman sendiri ye!

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...