Selasa, 29 Januari 2019

San Remo dan Philip Island

28 Ogos 2018 (Selasa)
Kami bersyukur sebab Az mahu temankan kami untuk ke Philip Island (pulau). Mengikut pengalaman Az, bertolak 9.00 pagi pun ok sebab akan singgah di bandar San Remo (tempat pengeluar spageti) dulu sebelum naik jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan Philip Island. Nak ke Philip Island ni mengambil masa hampir dua jam lebih jugaklah. Kami dibekalkan dengan nasi dan lauk ringkas sebagai hidangan makanan tengah hari (baik sungguh isteri Az). Sebelum tuh, meh sarapan dulu mihun goreng dan lempeng! Selepas tu singgah pasar raya Coles beli jajan dan air untuk tambah bekalan. Cari stokin dan sarung tangan jugak, cuaca sejuk!
Nak buat apa kat San Remo nih? Nak tengok penjaga beri makan kat burung pelican di tepi jeti/ jambatan. Tunggu dalam setengah jam, barulah dapat melihat gelagat burung pelican makan. Pengalaman berharga sebab kalau guna agen untuk ke Philip Island takkan dapat ke sini sebab mereka fokus untuk menjelajah terus kawasan Philip Island. Selepas itu, kami menjamu selera dan menunaikan solat jamak qasar.
Makan bekal tengah hari yang simple tapi sedap...telur mata masak merah dan salad (dalam piyuk)...
Lepas makan, solat jamak qasar...
Moh kita teruskan perjalanan. Turun tepi jalan kat ladang orang, ambik gambar berlatarbelakangkan bukit tulitubbies yang dikatakan sama dengan latar kartun tersebut! Seperti biasa, tidak semua tempat dapat kita pergi. Az bawak kami ke Wildlife Park yang bayaran masuknya memang berbaloi (tak mahal gila) untuk lihat binatang yang ada kat Australia nih (AUD19 seorang). Acara wajib mestilah nak tengok kangaroo kans! Kawasan pun luas dan puas melihat binatang yang ada. Sebenarnya, untuk ke Philip Island banyak tempat dapat dilawati, Az bijak sebab bawak kami ke tempat yang penting je dan tidak memerlukan kos yang tinggi!
Tasmanian Devil
Gambar bawah: Emu aka burung unta/Kasawari
yeayy dapat tengok, usap dan beri makan kangaroo...syukur alhamdulillah...

kita bagi makan walabi pulak...saiz badan kecil dari kangaroo...semuanya jinak!
Dapat jumpa wombat...
Jom tengok koala pulak!
bai bai kangaroo..!
Jom layan binatang yang ada kat sini. Kata Az, susah nak lihat Tasmanian Devil dan wombat keluar dari sarang. Tetapi memang rezeki kali ini sebab dia sendiri dan kami dapat melihat kehadiran binatang ini. Kami dapat lihat ular, dingo (seolah serigala), emu (burung unta), walabi, kangaroo, angasa hitam, cape barren goose (angsa), berburung dan koala. Nak lihat koala dari dekat siap boleh pegang-pegang lagi boleh pi Maro tapi kena berbayar ye..hehe. Kami hanya dapat lihat dari jauh je sebab aktiviti utamanya ialah tido kat dahan pokok. Tapi amat berbaloi sebab dapat beri makan dan bermanja-manja dengan kangaroo-gituh! Kawasan kat sini luas juga, penat gaklah berjalan. Namun puas menikmati pemandangan dan binatang yang ada.
Selepas puas berjalan, moh kita ke The Nobbies-penghujung pulau Philip Island. Perlu segera ke sana sebelum tempat tersebut ditutup pada pukul 5.00 petang. Ada jugaklah baca blog orang lain yang tak sempat masuk ke The Nobbies sebab tak sempat masuk sebelum pukul 5.00 petang dan banyak habiskan masa kat kilang coklat, tempat koala dan penguin. The Nobbies ni perlu ditutup awal untuk elak kenderaan melanggar binatang yang melintas seperti kanggaroo dan angsa. Jika dah berada kat dalam sebelum pukul 5.00 petang takpe dan kami boleh keluar lepas 7.00 malam. Kami singgah jap kat pekan kecil Church Street beli donat coklat gebu dan beli poskad dan pos kat diri sendiri!
Sebelum sampai kat The Nobbies, kami menyusuri pantai di kawasan Summerland dan melihat pemandangan Selat Brass sepanjang pesisir pantai Philip Island. Pada asalanya, 6000 tahun dulu apabila paras air laut mencapai tahap sekarang, ombak mula memukul pulau ini dan membentuk lereng batu yang curam (yang terdiri daripada batu voltanik). Sebab itu kita dapat lihat sisa-sisa landskap batu-batan gunung berapi yang tidak jemu dipukul ombak. Hembusan angin laut memang sejuk! Tak dapat berlama-lama kat tepi pantai dan cepat-cepat masuk ke kereta.
Ok dah sampai kat The Nobbies. Kat sini ada Nobbies Center Coast Walk dan boleh nampak Seal Rocks. Pusat ini menjadi destinasi ekopelancongan yang terletak di Point grant, iaitu hujung barat Philip Island. Ada juga kawasan habitat penguin yang dipulihara di sini (hanya nampak sekor je kelibat penguin, kan dah cakap, no more money no more see..haha). Memang berlama-lama kat sini untuk melihat keindahan sekeliling, hempasan ombak dan menyaksikan matahari terbenam. Kawasan nih memang best dan menyamankan.
Akhirnya dapat melihat senja berlabuh. Alhamdulillah. Syukur dapat melihat Kebesaran Allah SWT di bumi Melbourne. Jom kita balik ke rumah Az!

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...