Jumaat, 25 Januari 2019

Jom ke Melbourne

Perjalanan yang dirancang
Seronok kali ini sebab dapat pergi bersama-sama encik suami. Ke mana dan bila? Ke Melbourne jer. Hasil perbincangan dan persetujuan dengan kak Hamidah dan suaminya, abg Kamal (termasuk Ikmal, anak mereka), kami beli tiket siap-siap awal tahun 2018 dan ke Melbourne pada 23-31 Ogos 2018 (Hari Raya Aidiladha hari kedua).  Syukur dapat membeli tiket dengan harga murah (seorang pergi balik dalam RM800). Siap rancang nak ke bahagian/ daerah Tasmania (kena naik kapal lain untuk ke sini-urusan encik suami pulak beli tiket secara dalam talian, guna kad kredit). 
 
Urusan beli dan bawa bekalan makanan yang dibenarkan kami serahkan kepada kak Hamidah dan masing-masing membayar. Kerjasama dan kesefahaman penting ye kawan-kawan. Apatah lagi, kak Hamidah dan suami jenis amat menjaga makan-minum (tak suka makan di luar). Ai seronok le jugak sebab kak Hamidah rajin memasak dan bersedia untuk itu. 

Untuk ke Melbourne, perlu memohon visa ye kawan-kawan. Kami mohon secara berasingan. Keluarga kak Hamidah dah lepas katanya, walaupun pada awalnya macam ada masalah pada visa Ikmal. Tak lama lepas itu, dah ok. Syukur. Timbul masalah pada visa encik suami yang tak lepas-lepas. Kami hampir putus asa dan macam-macam maklumat telah kami beri. Kalau encik suami tak dapat pergi, memang agak terkontang-kantinglah kami! Dua minggu sebelum berangkat, syukurlah lepas visa encik suami! Masa kami pergi tu banyak isu tentang visa nih. Apatah lagi dari Malaysia (dikatakan rakyat Malaysia yang ramai tak balik mengikut tarikh tiket sebab menambil upah petik buah!). Mereka yang berumur 18 tahun hingga 50-an semacam ada masalah (lelaki), untuk visa wanita tiada masalah.

Nota ringkas perjalanan kami
23 Ogos 2018 (Khamis)
Kak Hamidah sekeluarga dari JB ke KL-letak kereta di rumah kami dan kami naik teksi ke KLIA2. Bermulalah perjalanan permusafiran kami. Semasa mendaftar masuk, timbul masalah pada pendaftaran Ikmal, nombor pasport pada tiket salah katanya. Bila diteliti semula, visanya tak lepas. Mujur kami mendaftar awal, kami minta Ikmal ke pejabat Kedutaan Australia di Jalan Duta, KL rasanya untuk selesaikan masalahnya dan Ikmal boleh menaiki flight sebelah malam (kata petugas kaunter). Dah nampak wajah sedih kak Hamidah sebab visa Ikmal bermasalah. Kami berdoa agar Ikmal dapat lepas. Ada sejam lagi sebelum kami mendaftar masuk. Dengan hati yang berat, kami terpaksalah juga daftar masuk untuk terbang pada pukul 10.10 pagi.
Sampai sahaja di Melbourne Airport dan selesai pemeriksaan Imigresen dan Kastam, Abg Kamal terus menghubungi Ikmal dan rupa-rupanya permohonan Ikmal tidak berjaya. Allah Sebaik-baik Perancang. Walaupun ada rasa sedih di wajah kak Hamidah, kami berempat perlu meneruskan permusafiran di bumi Victoria!
Disebabkan sampai ke Melbourne pun dah malam, kami perlu cepat untuk ke tempat penginapan -rumah teres dua tingkat (dah tempah awal). Dari epot mengambil masa 25 minit untuk ke Grandvalley Drive, Keilor East VIC dengan menaiki Uber (rege pejam mata jer sebab bayar secara dalam talian juga). Menghadapi masalah kod pintu salah! Encik suami menghubungi semula pusat untuk pengesahan kod dan diberi kod yang baharu. Dapat tekan kod sebenar, dapatlah kami masuk rumah sebab kat luar rasa sejuk angin yang menghembus (waktu kami pergi musim penghujung salji namun masih rasa dinginnya). Nama je musim salji tapi salji tak turun kat kawasan Melbourne katanya, nak tengok dan merasai salji hanya di Mount Buller (tiga jam perjalanan dari bandar Melbourne). 
Kami tak boleh buat bising sebab nampaknya kawasan kejiranan semua dah gelap rumah masing-masing (rupa-rupanya tarif elektrik kat Australia ni mahai bebeno dan sebab itulah mereka hanya memasang lampu di ruangan penting sahaja). Kami dah sewa rumah tuh, selagi dapat buka lampu, buka jer..hehe. Kami menginap dua malam di sini sebelum berangkat ke Tasmania pula (sebab tu tak sewa kereta awal sebab nak ke Tasmania, balik dari sana nanti barulah menyewa).

Rumah penginapan kami ni teres dua tingkat dan tidak berpagar penuh. Ada tiga bilik di tingkat atas. Alhamdulillah selesa. Kawasan kejiranan memang senyap dan selesa. Di tingkat bawah, ruang tamu dan ruang mendobi (memang tak sempat basuh baju pun) di tengah, dapur di depan. Masak, makan, rehat dan tido! Nak masak sendiri memang mudah. Ada bawak beras, jadiknya masak nasi dan panaskan lauk dalam tin, jadiklah. Alhamdulillah.

24 Ogos 2018 (Jumaat)
Oleh sebab tak merancang bebeno nak berjalan-jalan ke bandar Melbourne (lagi pun hari Jumaat), kami mengambil keputusan untuk ke rumah kawan encik suami di Frankston. Kurang lebih sejam lebih untuk sampai ke rumahnya. Naik Uber berempat perlu bayar AUD123.62 (cantik kan  jumlah nombornya, yang kurang cantik bila nak membayarnya..hehe memang berbaloi dengan jarak yang agak jauh). Pasrah! 
Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan Asmadzy (pelajar PHD di Universiti Monash) dan keluarganya yang hampir tiga tahun hampir menetap di situ. Anak-anaknya empat orang, tiga lelaki dan sekuntum bunga (Along, Angah, Kiesya dan Ariz). Dua dah bersekolah dan dua lagi masih kecik. Yang bongsu lelaki lahir kat Melbourne ! Kami dihidangkan dengan ubi keledek goreng dan teh o panas. Syukur. Di belakang rumah mereka ada sepohon pokok lemon berbuah lebat dan pokok epal sedang togel tinggal ranting je! Dengan penuh jakun membelek pokok lemon..hehe. Alhamdulillah terjalin ukhuwah antara kami.
Selepas puas kelebek pokok lemon, kami dibawa ke Pasar Dangdenong ala pusat segala barang/bahan mentah dan kering - buah, sayur ikan dll. Dibuka setiap hari tetapi ditutup awal dalam pukul 3 petang. Mujur dapat pergi sebelum tutup. Kalau orang lain sibuk berjalan-jalan kat tempat menarik, kami! Kami seronok pula gi pasar. Apatah lagi bila lihat buah, sayur segar-segar semuanya. Pokok munge pun hado! Buah strawberi rege AUD1.99 sepeket. Geram woo! Kami sempat membeli cenderamata kat sini. Murah kata Asmadzy berbanding di Victoria Queen Market kat Melbourne nun. Haah memang murah U! Memang borong habis kat sini...hehe. Keluar dari pasar, berlari-lari anak jap ke taman bunga sekangkang kera, jadiklah sebab bunga cantik-cantik.
Orang mengantuk disorongkan bantal! Syurga orang pompuan. Selepas Dangdenong, Az bawa kami ke DFO di Murobbin, tempat jual barang berjenama yang mudah dibeli dan mampu milik. Sasaran utama, barangan jenama Corell dan Pyrex. Oleh sebab encik suami pegang pitih AUD, den hanya diberi AUD70 jer! Pasrah! Selepas itu encik suami menghilangkan diri..haha. Nak beli apo je kan? Dapatlah beli sekotak set Corell dan penyukat kaca Pyrex. Memikirkan susah nak bawak balik Malaysia, beli je apa yang ada. Lainlah kalau dapat beli kontena besar kans! Syukur laki bagi duit!
Selepas membeli-belah yang tak seberapa (sangat), kami dibawa ke Masjid Emir Sultan yang ada di Dangdenong. Dapatlah kami solat jamak qasar di masjid yang sangat selesa. Dan ke Frankston Waterfront untuk mengambil angin laut Melbourne menjelang senja. Melayan burung seagull berterbangan riang. Senja yang sangat indah di Frankston. Terima kasih Az sebab bawa kami ke sana sini. Sempat singgah kat myChemist untuk cari minyak wangi murah!



Sempat juga kami kembali semula ke rumah Az untuk makan malam. Kami mengambil keputusan untuk meminta Az menghantar kami pulang ke tempat penginapan sebab dah malam. Dan selepas kami pulang dari Tasmania, kami akan menginap di rumahnya hingga kami pulang. Sebab itulah dapat kami minta Az mengambil beg kami separuh untuk diletakkan di rumahnya. Sampai sahaja di Keilor, kami memujuknya untuk tido di rumah tersebut dan menolong kami ke epot awal pagi (untuk ke Tasmania). Syukur lah beliau setuju. Alhamdulillah. Terima kasih Az.

Sempat singgah di setesen minyak, untuk tukar duit syiling (kak Hamidah pengumpul duit syiling)
Gambar bawah: Hanya 2 gambar yang dapat ditangkap, suasana malam di jalan Melbourne.
 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...