Selasa, 23 Oktober 2018

Menyantuni Ohrid! Kami datang!


Bahagian 4
8 April 2018 (Ahad)
0600. Dah siap mandi, solat dan berkemas! Sebelum tu, sempat menguak langsir dan melihat pemandangan selepas Subuh di belakang hotel. Mentari muncul malu-malu!
0700. Turunkan beg dan menunggu di lobi untuk bersarapan. Sambil menikmati udara pagi di beranda. Hmm... sejuknya!

0730. Baru dapat bersarapan. Acara yang ditunggu-tunggu! Wah! Banyak juga hidangan yang disediakan. Ada roti canai cheese! Sampai dua tiga kali chef menambah isi dalam tray. Tak sangka jugaklah kata chef di situ kami suka roti canai cheese mereka. Katanya sebelum ini ada jugak rombongan dari Malaysia, tetapi kurang berminat dengan roti canai cheese itu! Dalam hati kami, jangan risau chef, kami bedal je apa yang ada. Janji perut kenyang! (Kalau kat Malaysia konpem boleh jadik viral dan pemes woo!) Apatah lagi ada rendang tok kadi, eh silap, rendang Tok lah kans (sambal bilis bagai), yang dibawa oleh kak Noorah, lagi menambah selera kami makan (makan roti canai cheese cicah rendang tok! Sedappp). Terima kasih kak Noorah. Usai bersarapan, lepak jap dan mula masukkan beg masing-masing dalam perut bas.
0910. Meneruskan perjalanan ke Ohrid (bandar lain yang ada di Macedonia selain Ohrid, iaitu Struga, Bitola dan Skopje) dengan melalui kawasan kilang dan melihat pemandangan pergunungan yang masih bersalji (suhu pada masa itu 14oC). Jadiklah, nampak baki salji dari kejauhan kans! Perjalanan agak jauh dan sedikit bosan. Nak tidur tapi tak terlelap matanya.
1154. Hampir tiga jam perjalanan, sampailah kami di bandar Ohrid. Kami diturunkan di tepi bandar dan perlu berjalan kaki melalui lorong kedai dan bangunan sebelum sampai ke kawasan Old Bazar dan Tasik Ohrid. 
Ohrid Lake terkenal sebagai pusat pelancongan di Macedonia dengan tasiknya yang paling dalam dan tertua di Eropah/Balkan dan dipercayai telah wujud lebih dari tiga juta tahun dahulu serta mendapat taraf UNESCO World Heritage (1980). Tasik Ohrid merupakan permata bagi negara Macedonia dan juga menghubungkan dua buah negara, iaitu Albania dan Macedonia. Keluasan tasik dalam lingkungan 365km persegi dan ada musim yang dibolehkan memancing.

Tasik Ohrid menjadi daya tarikan pelancong dan mempunyai banyak restoran tepi tasik serta terdapat pakej kepada mereka yang ingin meneroka tasik. Air tasiknya yang jernih sentiasa dipelihara untuk memastikan tempat ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Antara kawasan yang mesti dilawati ialah di Old Bazar yang menempatkan pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan. Old Bazar begitu penting dalam sejarah Kota Ohrid. Bukan sahaja sebagai tempat membeli belah, malah menjadi saksi kepada lipatan sejarah yang berlaku di Ohrid.

Ohrid pernah berada dalam kerajaan Macedonia yang dipimpin oleh Philip II dan anaknya Alexander the Great. Selepas itu, Ohrid pernah ditawan oleh Empayar Rom menjadi sebahagian daripada kerajaan tersebut. Pernah juga ditawan oleh Bulgaria yang menjadikan Ohrid sebagai ibu kota Kerajaan Bulgaria. Pada tahun 1018, Ohrid berada pada zaman empayar Bezantine dan ditawan oleh kerajaan Uthmaniyah pada akhir kurun ke-14 hingga tahun 1912.

Daya tarikan di Ohrid juga ialah pokok besar di tengah-tengah Old Bazar yang dikatakan berusia 1000 tahun dan menjadi pertemuan orang-orang Ohrid (pokok mapel atau dalam bahasa lain disebut “licina”). Di Old Bazar ini juga mempunyai dua masjid utama, iaitu Masjid Zainal Abidin (menempatkan makam para Sufi) dan Masjid Ali Pasha. Masjid Ali Pasha terletak di tengah-tengah bandar Ohrid (sebelah Old Bazar dan pokok besar). Penduduk Islam di Ohrid berkapasiti 10 peratus sentiasa mengadakan aktiviti keagamaan di masjid dan hidup harmoni dengan kaum yang lain (ada kira-kira 10 buah masjid di Ohrid).

Masjid Ali Pasha dibina pada tahun 1573 oleh Sulaiman Pasha. Saiz masjid sederhana seperti saiz surau yang besar di Malaysia dan juga mempunyai hiasan sederhana, namun dapat melihat kesenian Islam terdahulu. Pada ketika itu, masjid berperanan sebagai sekolah agama dan terkini masjid tersebut masih dalam proses pengubahsuaian untuk dinaik taraf mengikut kesesuaian penduduk. Kewujudan masjid ini menjelaskan bahawa suatu ketika dahulu Ohrid pernah dijajah di bawah pemerintahan Uthmaniyah.
Pada awalnya kami akan ke restoran untuk makan tengah hari. Tetapi pihak restoran ada tempahan orang lain yang belum dipenuhi. Terpaksalah kami berjalan semula sementara menunggu giliran untuk makan. Mujur dapat bertahan lagi menahan lapar. Berjalanlah kami sambil ditemani pemandu pelancong dari Ohrid menuju tasik. Kebetulan hari minggu memang ramai pengunjung. Rajin pulak bawak anjing mereka yang comel! Rajin jugaklah kami mengelak dari anjing sambil mengekori pemandu pelancong. Kami dibawa ke Masjid Mehnet (tempat ibadat yang sama bagi orang Islam dan Kristian) yang berusia 1720 tahun dan sedang dibaik pulih.
Masih dalam keadaan sedikit penat dan lapar, kami dibawa ke tepian Tasik Ohrid. Khusyuk sungguhlah pemandu pelancong itu bercerita tentang sejarah tasik dan sekitarnya. Sampaikan kami nak bergambar pun tak sempat! Sapa yang sempat curi-curi bergambar, adalah kenangan berlatarbelakangkan Tasik Ohrid yang cantik dan ohsem! Macam kami memang tak sempatlah, laju jer pemandu pelancong meneruskan perjalanan ke dalam lorong yang menempatkan bangunan lama dan tempat bersejarah.
1320. Barulah dapat masuk Restoran Brioni yang menghidangkan sup daging yang sedap, salad sayur, kambing bakar dan pencuci mulut ‘nekmat’ yang manis. Ikutkan memang banyak restoran yang menyajikan hidangan halal namun perlu berhati-hati - ada juga yang tak halal! 
Di hadapan restoran ini terdapat sebuah musala kecil yang membolehkan kami solat. Ruangan solat jemaah lelaki dan wanita memang terpisah namun tempat mengambil wuduknya sama-hanya satu paip. Kami meminta pihak lelaki mengambil wuduk dahulu dan apabila mereka masuk ke ruangan solat, giliran pihak wanita pula. Ada juga yang menumpang mengambil wuduk di tandas restoran untuk elak kesesakan. Maaf gambar dalam musala tidak banyak diambil.
Dari pintu depan tempat musola. Kat sebelah kiri tu restoran yang kami kunjungi/makan
Usai solat, sempatlah mencari fridge magnet yang harganya agak murah berbanding tempat lain. Selepas itu, berjalan semula ke tempat bas sambil cuci mata dan telinga!
Sampai di bas untuk meneruskan perjalanan ke Tirana, Albania.
Nota: Hari ini maraton dua entri sekali gus. Tunggu cerita kembara berikutnya, dari Ohrid ke Tirana, Albania.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...