Bahagian 2
Setelah berkurun lamaa....Taraa! Penceritaan
seharian di Sofia, Bulgaria.
11.30
malam-sampai 4.30 pagi
Balkan
– Hari Kedua memulakan perjalanan
(Sarapan
dalam kapal terbang, makan tengah hari di Sofia dan makan malam di Macedonia)
Penerbangan
dari Istanbul ke Sofia, Bulgaria mengambil masa sejam lebih. Disebabkan sampai
awal pagi, maka tak ramai lagi penumpang di lapangan terbang Sofia (lagi pun
tak besar mana). Dah keluar dari perut kapal, masuk ke terminal dan memasuki
2-3 buah kaunter pemeriksaan Imigresen. Giliran aku bagi pasport. Dah serem
jer, kang pegawai tu tanya macam-macam. Abislah, dahlah BI aku Xcellent! Sekali
betul-betul dia tanya aku macam-macam. Kecik beso kecik beso je (badan pegawai
tu memang kebetulan beso) aku lihat dia campur nebes! Dahlah tak berapa jelas
apa yang ditanyakan. Mujur ada kak Asma membantuku menjawab. Dekat 5 minit
tersangkut. Bila pegawai tersebut dah puas hati, barulah dapat lepas.
Alhamdulillah.
Pastu
tu, aku cepat-cepat ke tempat mengambil bagasi dan berkumpul di lobi terminal.
Sempat merakamkan kenangan di sekitar lobi sambil menunggu pemandu pelancong
dan pemandu bas. Tak lama kemudian, Natasha menghampiri kumpulan kami dan
berbincang dengan kak Noorah. Seorang yang cantik dan tinggi lampai,
berketurunan Croatia dan menetap di Bosnia, Natasha akan menemani kami
sepanjang kembara Balkan kali ini. Jom bawa bagasi dan diri masing-masing
menaiki bas. Eliya (Ilija) pemandu kami berasal dari Ohrid, masih muda dan
bakal berkahwin dua minggu lagi katanya (gambar dia ada masa kat akhir-akhir entri nanti..hehe).
Bandar
Sofia
Kedinginan
mula terasa bila keluar sahaja dari terminal kapal dan menuju ke bas. Selamat
datang ke Sofia, Bulgaria. Satu hari ini kami akan dibawa melawat sekitar
bandar Sofia secara berjalan kaki sebelum bermalam di Macedonia. Konsep
pelancongan di Balkan ini, lawatan berjalan kaki sekitar Bandar Sofia secara
percuma dan dikendalikan oleh pemandu pelancong: setiap kawasan pelancongan ada
seorang yang akan menerangkan tentang sejarah dan asal usul setiap bandar yang
dilawati dan mempunyai pas atau lesen berdaftar (walaupun Natasha ada pada masa
yang sama). Iyelan kans, tak semua tempat Nastasha dapat cover! Pada masa yang sama dapat juga info sama-sama.
Kami dibawa ke kawasan taman dan bangunan yang cantik di hadapan St.
Alexander Nerviski Cathedral (gambar bawah).
Nota: Gambar kanan sekali, semacam pasangan suami isteri yang sentiasa berlegar-legar depan gereja (meminta sedekah).
Gambar bawah: Bangunan
badan penguasa gereja ortodoks Bulgaria (tidak dibuka kepada orang ramai) terletak
di sebelah St. Alexander Nerviski Cathedral
(tidak dibenarkan mengambil gambar dalam gereja) di tengah-tengah bandar Sofia,
ibu negara Bulgaria. St Alexander merupakan seorang Czar Rusia yang
menyelamatkan Rusia dari Sweden.
Nota: National Theather Bulgaria (teater terbesar dan paling tua yang mempunyai seni bina yang hebat). Selepas itu, berjalan-jalan sekitar taman yang cantik.
Kami
juga dibawa melawat Presidential Office
(dijaga oleh dua orang pengawal berbaju merah). Di sekitar Presidential Office inilah kumpulan kami diganggu dengan kehadiran wanita psiko yang mahu mencuri beg tangan dan berulang kami menghampiri kumpulan kami. Walaupun sudah dihalang oleh polis, namun masih berdegil. Malah sempat mencuit tangan lelaki dan berpura-pura mencuri perhatian. Apa yang dapat kami buat, berjaga-jaga dengan beg tangan kami! Di
sekitar Presidential Office inilah kumpulan kami diganggu dengan kehadiran
wanita psiko yang mahu mencuri beg tangan dan berulang kami menghampiri
kumpulan kami. Walaupun sudah dihalang oleh polis, namun masih berdegil. Malah
sempat mencuit tangan lelaki dan berpura-pura mencuri perhatian. Apa yang dapat
kami buat, berjaga-jaga dengan beg tangan kami!
Patung
Sofia yang ada di tengah-tengah bandar (sesetengah mereka menggelar patung
tersebut sebagai Saint Sofia, namun tidak benar). Sofia yang beragama kristian
merupakan wanita yang mengalahkan empayar Rom pada abad ke-3 dan mempunyai tiga
orang anak perempuan yang cantik. Sofia sebagai lambang kepercayaan, harapan
dan cinta buat semua.
Kompleks
arkeologi yang menempatkan peninggalan kota Roman yang ditemui di hadapan
bangunan Palace of Justice pada 2010-2012 semasa pembinaan stesen subway. Struktur tersebut dijangka pada
abad ke-4 hingga 6 Masihi. Kompleks tersebut merupakan binaan-binaan yang
dibina semula bagi menggambarkan ibu negeri Serdika (Ancient city of Serdika)
dan sedikit peninggalan rumah orang kaya di bandar dan ada orang kaya yang
menetap di situ. Pembinaan semula struktur tersebut mengambil masa yang lama
untuk disiapkan kerana perlu mencari cara dan pemuliharaan yang sebaiknya untuk
dipamerkan kepada orang ramai.
Selain
itu, Masjid Banya Banshi (gambar bawah) yang arkiteknya orang yang sama membina masjid biru di
Istanbul. Masjid ini sahaja yang masih berfungsi (dahulunya di Sofia sahaja
mempunyai 70 buah masjid) yang dapat menampung jemaah Muslim (10 peratus) di
Bulgaria dan kebanyakan bukan asal Bulgaria. Terdapat sedikit sambutan
Aidilfitri di masjid ini di dalam dan luar masjid (ruang yang terhad untuk
tampung jemaah).
Gambar atas: Tempat mengambil wuduk.
Gambar bawah: Kawasan sekitar berhampiran masjid.
1200. Perut dah lapar! Setelah melawat Masjid Banya Basyi, kami dibawa ke tempat makan dengan menaiki bas. Turun dari bas, kami perlu melalui taman yang cantik dan blok perumahan yang bentuknya agak lama. Rupa-rupanya kami dibawa ke Restoran Turkish. Makan apa? Kami dihidangkan dengan sedikit nasi, sup, daging kebab, acar dan manisan seakan ‘nekbat’ – manisnya!
Pada
abad ke-7, Bulgars dan Slavs telah datang ke sini dan mahu melawan empayar
Roman dan menubuhkan negeri mereka sendiri (bergabung dan menubuhkan empayar
Bulgaria). Selepas penubuhan empayar Bulgaria, tiada simbol bagi melambangkan
negara mereka. Disebabkan banyaknya peletakan patung singa di banyak tempat,
negara membuat keputusan bahawa singa menjadi lambang nasional negara.
Gambar atas: Tempat mengambil wuduk.
Gambar bawah: Kawasan sekitar berhampiran masjid.
Bas kami... |
1200. Perut dah lapar! Setelah melawat Masjid Banya Basyi, kami dibawa ke tempat makan dengan menaiki bas. Turun dari bas, kami perlu melalui taman yang cantik dan blok perumahan yang bentuknya agak lama. Rupa-rupanya kami dibawa ke Restoran Turkish. Makan apa? Kami dihidangkan dengan sedikit nasi, sup, daging kebab, acar dan manisan seakan ‘nekbat’ – manisnya!
Manisan Turki macam nekbat...manis yang amat... |
Alhamdulillah. Sudah makan, kenyang dan suka hati! |
1330.
Selesai makan. Atas permintaan ahli kembara, kami kembali semula ke Masjid
Banya Basyi untuk menunaikan solat jamak qasar Zuhur dan Asar sebelum
meneruskan perjalanan ke Macedonia. Diberi hanya 20 minit, katanya!
Alhamdulillah selesai urusan solat kami. Bersambung cerita dan perjalanan...
Nota:
1. Seharian belum mandi tapi jangan risau kerana muka segar semula setelah disirami air wuduk! Gituh (ayat cover)...hehe
2. Antara tempat lain yang tidak sempat dilawati di Sofia seperti:
1. Seharian belum mandi tapi jangan risau kerana muka segar semula setelah disirami air wuduk! Gituh (ayat cover)...hehe
- Daerah Bansko - daerah musim sejuk yang terbaik di Bulgaria dengan aktiviti luncur ski (Chalin Valog) dan terletak 160km dari bandar Sofia
- Plovdiv – bandar purba yang dibina di sekitar tujuh bukit di selatan Bulgaria
- Masjid Dzhumaya yang dibina pada zaman Uthmaniyah (dikenali juga sebagai masjid Murahdiya) bersempena nama pemerintah pada azamn tersebut. Masjid paling lama yang ditinggalkan pada zaman Uthmaniyah di kawasan negara-negara Balkan
- Berhadapan masjid Dzhumaya terdapat peninggalan artifak pada zaman Roman termasuklah Amtion Theatre (kecil) dan 10 minit berjalan seterusnya menemui Polvdiv Roman Theatre (besar), iaitu coloseum/tempat duduk marmar yang mempunyai 28 baris dan tiangnya diukir mengikut seni bina Roman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan