Khamis, 30 Ogos 2012

mula...

Assalamualaikum semua...

Selamat hari raya  (masih mood raya lagik). Tak tahu dari mana nak mula cerita. Maklumlah lama bercuti. Alhamdulillah tahun ni dapatlah beraya di dua tempat - rumah keluarga suami dan kampungku. Walaupun tak lama, syukur dapat berkumpul. Yang bestnya bila dapat balik naik bas bersama suami dari Kuantan ke Ayer Hitam (best ker? konpius jap..haha).

Beraya pun tak semua rumah sedara dapat pergi. Dapat pergi ke rumah nenek dan makcik-makcik sahaja. Balik ke KL pun tumpang adik yang sehala nak balik ke Langkawi - alhamdulillah. Itulah adat orang merantau, tiada keretaku nak bawak jalan-jalan, hanya mampu menumpang..hehe. Gambar dari kamera hp pun tak banyak sebab sibuk beraya. Jadinya snap apa yang sempat jer.

Dek kerana hari raya juga, ramai yang dapat demam dan selsema. Ku cuma takde suara jer dan batuk sikit. Kesian kat anak nuah ku sorang tuh, dua malam kena tahan di wad sebab demam panas. Ibu dan ayahnya yang paling risau sebab kalau demam, dia jenis yang selalu kena tarik. Rasa demam dan lemah je terus bawak ke hospital. Alhamdulillah kini dan kebah demamnya. Hadi oh Hadi.

durian hijau..(memanglah hijaukan)..hehe
Jadi, kita nikmatilah gambar yang ada. Durian - alhamdulillah, Ma sayang kata anak menantu dan cucu. Dua kali dia beli durian untuk kami. Durian istimewa pun ada - durian hijau Beserah, kat sini je ado.

hidangan ringkas tp sodap...
Puas makan rendang bagai, kubuat sambal bilis pedas, makan nasi putih berulam petai dan timun ..perggh..terangkat (eh tetiba keluar air liur plak..haha).


lontong mak ngah..
Kemudian, beraya ke rumah mak ngah, mereka hidangkan lontong Johor. Alhamdulillah sedap.

kupang...eee sedapnyer...
Pastu, balik batu pahat, jumpa plak kupang, apalagi rembatlah. Adik tolong masak, kutolong makan..hehe. Kupang ni banyak kat Johor. Susah nak dapat sekarang nih.

ceper...
Antara lain, abah ada beli air minuman dalam botol yang dolu-dolu. Botolnya tak sempat dirakam, hanya penutupnya dapat diambil. Penutup nilah yang selalu dibuat main masa kecil dahulu, iaitu dipanggil ceper.

mamak, tose garing dua...hehe
Sempat juga balik baru nih di KL, makan tose kat as-Salam, Nilai (tempat peberet makan). Jom layans...
Itu sahaj nak cerita setakat nih. Sekian.

Isnin, 13 Ogos 2012

Misi kuih...

Rasanya pertama kali pada tahun ni kuteruja untuk membuat kuih-muih yang pelbagai (bahan-bahan dah beli, kalau tak buat, kang ada peluru berpandu menerjah..hehe). Mula hari tu, ada buat biskut Arab dan cornflakes. Kemudian, Sabtu baru nih cuba buat semperit dan biskut Arab lagi (permintaan rakan). Rupanya tak cukup apa yang diminta, nak dua bekas balang biskut Arab dipintanya. Semoga Allah memberi kekuatan untukku buat malam nih.

alhamdulillah, elok saja kejadiannya...memekar setaman..
Sebelum membuat kuih semperit, sempat ku buat apam mekar (rindu nak buat sebab dah lama tak buat). Alhamdulillah menjadi, bolehlah kubawa ke rumah mak bapak angkatku di Kg Mang untuk bersungkai.

semperit ori...senget-benget, maklumlah kali pertama buat..hehe
Biskut semperit ni kubuat dua versi (dua resepi berlainan). Satu berwarna dan satu lagi yang original. Lama juga buat sebab guna satu adunan sekali masuk oven. Tetapi puas buat, sebab kita tahu kurang lebih bahan atau cara nak membuatnya (sekurang-kurangnya ada pengalaman).

biskut Arab daa...selesai bakaran akhir..hehe
Pada masa menunggu kuih semperit dibakar, kusempat buat adunan biskut arab dan sempat menggentelnya. Dapatlah satu bekas. Akhirnya semua kuih dapat disiapkan sepenuhnya pada pukul lima petang. Lepas mandi dan bersiap, kami balik ke Kg Mang berserta encik suami dan dua orang temannya untuk bersungkai. Walaupun hidangan ringkas, tetapi sedap dengan masakan kampungnya (yang penting mak yang masak) - midin- ikan puput, udang goreng dan pucuk bandung (ubi kayu) - alhamdulillah. 

encik suami, bapak dan teman-teman...baru balik dari masjid..layan makan buah dan kuih..

Pada tahun ini berazam untuk bersederhana dalam berbelanja untuk raya. Perlu berhemah dan berjimat (maklumlah nak tunggu gaji bulan sembilan lambat lagi, gaji bulan lapan awal dapat)...insya-Allah semoga dipermudahkan oleh Allah SWT.

Majlis Iftar DBP...

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa pada minggu terakhir Ramadan ini. Rasanya masa berlalu sekejap je tak terasa nak berakhirnya puasa. Sabtu baru nih berpeluang beriftar dan tarawih di DBP Cawangan Sarawak. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Minggu ni juga, dapatlah kami balik ke kampung beraya. Apa yang penting, turun KL dulu, pastu baru balik Pahang. Lepas beraya ke Pahang, balik ke Batu Pahat pula, begitulah adat beraya suami isteri - perlu tolak ansur..cewah. Jom layan gambar yang ada.


alhamdulillah...hidangan yang diberi...

gambar selingan..Qaleesya dan keluarga kak Nin..dah macam satu keluarga...hehe

Jumaat, 10 Ogos 2012

nasi Kabsah..

Dah lama encik suami nak buat nasi Kabsah. Alhamdulillah semalam tertunai sudah. Maka jadilah nasi Kabsah berserta ketulan ayam dan hidangan sampingan - ala acar timun dan tomato, buh lemon dan hirisan daun ketumbar. Terima kasih encik suami yang bertungkus-lumus di dapur semalam. Tahniah bang, lepas ni boleh buat lagi.

hampir siap..masih dalam periuk..

salad timun dan tomato..


dah siap..kita letak itu ayam atas nasik..hokey...hehe

jemput-jemput makan...nyum nyum..makan untuk dua hari, banyak nih...

hidangan berbuka yang lain....

Di samping buat kuih raya, kami juga sempat membuat hidangan berbuka yang lain. Dan lagi, tak tahu nak buat apa masa dijempu berbuka di rumah Linda minggu lepas, maka kubuat kek coklat dan dadih.

soya jagung dan soya ros...hmm..nyamannya tekak...

kek coklat tabur badam hancur....

dadih perisa jagung ... jagung lagi (nak buat macam mana, dah minat)..

air tangan encik suami..puteri mandi..guna tepung pulut...

kuih lompang yang tak berapa jadi..

nampak best..rasa ada kurang sikit..akan diusahakan lagi..

projek baik punya!

Alhamdulillah raya tahun ni bersemangat sikit nak buat kuih-muih bagai (ibadah puasa tidak dilupa). Memula ajak encik suami beli bahan-bahan kuih (teruja u). lagi-lagi minta encik suami sponsor beli barang. Maka kami meredahlah kesesakan manusia yang sibuk membeli persiapan raya. Takpe demi nak buat kuih, kugagahi jua. Alhmdulillah encik suami dapat meletak kenderaan di tempat sesuai (sebelum tu beliau tunggu di kereta, kubeli barang).

teruja nak buat semperit, maka belilah benda nih..hehe
Dah selesai beli barang, ajak encik ke tempat tu semula untuk mencari barangan lain. Selesai urusan, terus kami balik sebab tak sanggup nak tunggu lama-lama. Boleh, lepas beli barang kami terus balik rumah, malas nak jalan mana sebab puasa. Sebelah malam baru menjalankan misi - kuih cornflakes dan bebola kristal (kira kuih kategori modenlah - mudah dan cepat disediakan). Resepi ikut dalam majalah SAJI edisi baru nih.

kuih cornflakes madu...dah siap dalam bekas..

proses nak buat bebola kristal, gentel satu-satu, satukan tiga warna, kunting kecil-kecil dan bulatkan..

dah siap bulatkan, bakar dan bila dah sejuk, salut dengan gula halus..
Hmm..tak juga mudah nak buat bebola kristal nih. Bentuk rupa agak menarik, tetapi nak buatnya bercinta. Bahan-bahannya mudah nak buat - tepung, minyak sapi, gula. Alhamdulillah jadi. Ingatkan macam takde orang minat je kan. Encik suami kurang makan sebab lemakss yang ada pada minyak sapi. Jadi kubuat untuk cukup syarat bagi ada. Tetapi ada orang minat pulak, minta dibuatkan satu adunan lagi - insya-Allah akan diusahakan.

taraaa..dah siap dua kuih..bangga lah juga...cewah..

Hari Selasa baru ni, sempat juga buat kuih moden - biskut coklat cip. Mudah je nak buatnya, tak perlu acuan bagai, tepek kat dulang pembakar je pastu bakar. Hasilnya, dapatlah dua balang, alhamdulillah. Ada juga kawan menegur, tak nak buat kuih tradisional ker, asyik kuih moden jer. Hmm..akan difikirkan, kuih semperit kuih tradisi kan? Tunggu...akan diusahakan buat.

satu adunan boleh buat dua balang...

bentukkan dengan sudu jer..

dah siap bakar...

dah boleh dimakan...

polkadot lagik...

Alergik betul lah kalau nampak barangan corak polkadot. Kalau boleh, semua nak beli. Tapi takdelah sampai nak beli semua, kalau barang tu tak perlu, baik kita rakam gambar sahaja untuk memuaskan hati kanss. Jom layanss.
flash vakum....comel kanss..warna pink ada, biru pun ada..hehe

bubur...

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat penuh barakoh.

Takmo cerita panjang-panjang sebab masa yang terhad. Jom kita layan gambar bubur lambuk Pahang. Ntah kali ke berapa kubuat bubur nih sebab minat dan suka makan (apatah lagi encik suami). Masak bubur ni agak rumit dalam peneydiaan awal bahan-bahan yang hendak dimasukkan dan semuanya berasaskan makanan laut dan sayur-mayur yang mudah didapati di kampung.

meriah dengan sayur, udang, sotong dsb...
Maklumlah, makanan kampung dan sinonim dengan kawasan di tepi laut. Terima kasih kepada mak mertua dan encik suami yang mengajar buat bubur nih. Kira dah pas lah ni. Alhamdulillah. Tak jemu makan, kalau buat banyak boleh simpan dalam peti, panaskan dan makan lagi dan lagi..nyum nyum.

proses buat kek lapis

Minggu lepas ada menemani kakak-kakak DBP yang menjalankan audit bahasa di DBPCS. Kami sempat melihat proses membuat kek lapis di belakang rumah pengusaha kek. Memang pantas mereka membuat kek lapis, jika lambat, kek boleh hangus. Apatah lagi dalam jumlah yang banyak, loyang adunan perlu dibakar serentak. Jom kita tengok.

adunan pelbagai warna..

tempat membakar..guna api sebelah atas...

dah siap dibakar..banyak nyer...

Rabu, 1 Ogos 2012

hidangan sungkai semalam

Alhamdulillah selamat bersungkai semalam dengan lauk yang diidamkan sejak dua tiga hari lepas. Itulah penangan fb. Nampak lauk kat fb orang lain, terus nak mencuba (terima kasih Dne sebab beri idea). Lauk ni tak pernah ku dengar atau nampak. Teruja pulak nak buat - sambal sardin tempoyak. Menarik dan pelik kan. Tapi hakikatnya, memang sedap dan sahabat lain boleh mencuba. Rasa nak buat lagi je petang nih...hehe

sambal sardin tempoyak...sodap
Nak buat senang jer. Cari sardin jenis makarel dalam tin kecil (isinya tak besar sangat - dalam tiga ekor). Sediakan dan hiris bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi, serta asam keping dan tempoyak. Tumis bahan hirisan, masukkan kuah sardin, gaul dan masukkan asam keping, tambah kicap dan air sikit dan masukkan isi sardin, gaul sebati dan akhir sekali masukkan dua sudu tempoyak, kacau sebati dan boleh angkat bila dah masak - senang je kan. Kalau tak nak bagi pedas, tak perlu buh cili api banyak k.

ayam masak halia dan kangkung tumis pun ado...

nasi kukus....

Pastu nak jimat kan kerak nasi, kukus nasi dalam mangkuk kaca. Bila makan nasi panas dengan sardin tempoyak, tak pandang lauk lain (makan sikit je ayam masak halia). Selamat mencuba yer...Last hidangan semalam, permintaanku untuk encik suami untuk buat bubur keladi...terima kasih bang, sodap alhamdulillah.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...