Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2018

Bengkel Penulisan Cerpen

12.12.17
Bengkel Penulisan Cerpen Kelolaan Cikgu Jais Sahok yang berlangsung di PPD Bahagian Kuching. Bengkel sehari yang membimbing penulis baharu atau yang lama dan mendapat sambutan. Kuturut hadir untuk menimba ilmu dan sebagai wakil DBP untuk mengumpulkan bahan karya WBS (Wadah Bahasa Sastera).
Terima kasih atas bimbingan, Cikgu Jais Sahok.


Khamis, 24 Mac 2016

Minggu kursus

Assalamualaikum sahabat semua.

Nak tak nak kena tulis juga (sebagai salah satu azam pada tahun ini, mudah-mudahan). Tarik nafas, kuatkan semangat.

Bismillahhirrohman nirrahim.
Naik kerja pada hari Isnin baru nih, kemas meja, kemas kini fail, tugas dan lain-lain. Alamak, ada lihat memo, kena menghadiri kursus tiga hari di Pusat Latihan Sarawak, JAKIM, Telaga Air, nun di hujung tanjung-dekat dengan pesisir sungai menghala ke laut. Okey, siap sedia. Pergi balik hari..sampai rumah akhir sikit..6.30 petang sampai.

Kursus apa tuh...Kursus Komunikasi Pengucapan Awam. Wow! Caiyuk-caiyuk Suhana. Hari sedang menulis nilah hari akhir kursus. Layankan jap. Alhamdulillah dapat menambah ilmu dan keyakinan. Mudah-mudahan kemahiran diri dapat dipertingkat. Lepas kursus, nak layan makan seafood pulak, maklumlah dekat dengan kawasan gerai-gerai makanan laut. Nyammm nyamm..

Nampak tak menarik bebeno ku bercerita kali ni sebab takde idea..haha. Sabar jelah ye kengkawan.

Selit-selit sikit cerita tentang cuaca El-Nino yang sedang melanda negara. Kawasan semenanjung mengalami cuaca panas agak teruk terutamanya di utara semenanjung (Kedah dan Perlis). Namun, syukur keadaan cuaca di Sarawak kurang terkesan. Panas dua tiga hari kemudian hujan. Alhamdulillah. Cuma haba dalam rumah agak panas walaupun turun hujan pada masa yang sama. Bersabarlah kita semua, mohonlah pertolongan dan pengharapan daripada Allah SWT agar meringankan ujian yang diturunkan buat kita ini.

Sejak dua menjak ni, encik suami rajin ajak bercuti waima hujung minggu. Melihat harga tiket nak pergi Sabah, mahai. Kota Bharu, mahai. Penang pun mahai (cari tiket dari Kuching terus ke destinasi yang tak perlu transit di KL). Mana yang murah, bang oi. Akhirnya ke JB je yang agak murah. Makanya dengan khidmat kuasa memujuk, berjaya ku mengajak encik suami balik kampungku, yahoo! Alhamdulillah. Beli tiket hari Selasa, balik malam nih. Maka baliklah kampung ku malam ini. Esok cuti umum bagi Sarawak. Dapatlah balik 3-4 hari, syukur.

Nanti kita cerita lagi ek (kalau ada yang nak baca)...hehe

P/s - Harap kak Monie cepat sembuh. Saya sentiasa nantikan entri daripada kak, begitu juga sahabat yang lain.

Rabu, 30 November 2011

Seminar Kebudayaan di Kota Tinggi..

Akhir bulan sepuluh baru ni sempat ku menghadiri Seminar Kebudayaan Nasional bertempat di Muzium Kota Tinggi, Johor. Pemangku Pengarah bentang kertas kerja, maka ku menjadi peserta dan penonton setia. Sambil pergi seminar, sambil balik kampung selepas habis seminar.. yahoo...alhamdulillah dapat berjumpa keluarga di kampung.

selamat datang...

para tetamu dan peserta seminar

pembentang kertas kerja...

sesi perbincangan...

kami yang comel (gambar tidak dapat dibesarkan atas faktor keselamatan...haha)...

Rabu, 11 Mei 2011

ada ke patut!...

Semasa bersukaneka di Kampung Penan Muslim hari tu, adalah salah satu acara, tarik peserta dengan upih pinang. Kumpulan kami dapat upih yang 'haluih' je. Hhmm...nak naik pun tak sampai hati gitu. Muatpun idoknyalah. Sabar jelah. Akhirnya tarik peserta dengan guni plastik gamoknya..sakit pingganglah juga.

ada berani naik?..hehe

Selasa, 10 Mei 2011

Kampung Penan Muslim

Alhamdulillah pada orientasi kali ini, kami bertuah kerana berpeluang untuk merapatkan silaturrahim dan dapat berkampung di Kampung Penan Muslim-sempena program anak angkat. Sebelum bercerita lebih lanjut, mari kita soroti serba sedikit pemandangan kampung tersebut.

Jalan masuk ke kawasan kampung
kawasan tepi padang

pemandangan dari tepi jalan

...dan lagi...

kebanyakan rumah dua tingkat...
cuba perhatikan piring astro tu-hanya menumpang di rumah tinggalan...

kawasan balai raya-tempat program dijalankan- semasa mula-mula sampai
Gambar-gambar ni hanya sebahagian daripada kawasan kampung ini. Rata-rata penduduknya beragama Islam. Alhamdulillah juga, mudah bagi kami untuk menginap bersama-sama keluarga angkat 
dan dapat menjalankan ibadah Allah dengan baik.

cerita ceritu balik daripada kursus

7 mei 2011 (Sabtu) Semasa berkursus-mendengar ceramah, takdelah nak ambik gambo bebanyak.
Yang adonya semasa dah habis kursus dan nak ke Kampung Penan Muslim- yang tak jauh dari bandar Bintulu. Kebanyakan penduduk beragama Islam, dan ada sedikit kaum Iban dan Cina.

rakan-rakan dari semenanjung...yang bertugas di pelosok negeri Sarawak
adik-adik yang comel

bergambar reramai.....
sebahagian keluarga angkat yang sudi "mengangkat" kami...
sebahagian peserta...
...dan lagi...
Selepas sesi penyerahan anak angkat, kami makan dulu.
Kat bawah pun jadilah. Janji perut telah terisi.
makan jangan tak makan...
Selepas makan, barulah kami berangkat ke rumah keluarga angkat.
Berehat dan bersedia untuk aktiviti sukaneka sebelah petangnya.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...