Nak tak nak kena tulis juga (sebagai salah satu azam pada tahun ini, mudah-mudahan). Tarik nafas, kuatkan semangat.
Bismillahhirrohman nirrahim.
Naik kerja pada hari Isnin baru nih, kemas meja, kemas kini fail, tugas dan lain-lain. Alamak, ada lihat memo, kena menghadiri kursus tiga hari di Pusat Latihan Sarawak, JAKIM, Telaga Air, nun di hujung tanjung-dekat dengan pesisir sungai menghala ke laut. Okey, siap sedia. Pergi balik hari..sampai rumah akhir sikit..6.30 petang sampai.
Kursus apa tuh...Kursus Komunikasi Pengucapan Awam. Wow! Caiyuk-caiyuk Suhana. Hari sedang menulis nilah hari akhir kursus. Layankan jap. Alhamdulillah dapat menambah ilmu dan keyakinan. Mudah-mudahan kemahiran diri dapat dipertingkat. Lepas kursus, nak layan makan seafood pulak, maklumlah dekat dengan kawasan gerai-gerai makanan laut. Nyammm nyamm..
Nampak tak menarik bebeno ku bercerita kali ni sebab takde idea..haha. Sabar jelah ye kengkawan.
Selit-selit sikit cerita tentang cuaca El-Nino yang sedang melanda negara. Kawasan semenanjung mengalami cuaca panas agak teruk terutamanya di utara semenanjung (Kedah dan Perlis). Namun, syukur keadaan cuaca di Sarawak kurang terkesan. Panas dua tiga hari kemudian hujan. Alhamdulillah. Cuma haba dalam rumah agak panas walaupun turun hujan pada masa yang sama. Bersabarlah kita semua, mohonlah pertolongan dan pengharapan daripada Allah SWT agar meringankan ujian yang diturunkan buat kita ini.
Sejak dua menjak ni, encik suami rajin ajak bercuti waima hujung minggu. Melihat harga tiket nak pergi Sabah, mahai. Kota Bharu, mahai. Penang pun mahai (cari tiket dari Kuching terus ke destinasi yang tak perlu transit di KL). Mana yang murah, bang oi. Akhirnya ke JB je yang agak murah. Makanya dengan khidmat kuasa memujuk, berjaya ku mengajak encik suami balik kampungku, yahoo! Alhamdulillah. Beli tiket hari Selasa, balik malam nih. Maka baliklah kampung ku malam ini. Esok cuti umum bagi Sarawak. Dapatlah balik 3-4 hari, syukur.
Nanti kita cerita lagi ek (kalau ada yang nak baca)...hehe
P/s - Harap kak Monie cepat sembuh. Saya sentiasa nantikan entri daripada kak, begitu juga sahabat yang lain.
4 ulasan:
Salam - wah dah bersemangat kembali, banyak lagi yang boleh ditulis ebab banyak bahan tu
Wslm..insya-Allah kak..terima kasih..mudah-mudahan diberi kekuatan utk menulis...
nanti saya carikan buku projek kak dan kak suzanti k..hehe
Teruskan bercerita dik...Semoga dengannya banyak yang boleh dikongsi bersama dan memberi kebaikan kepada semua...insyaallah...
Terima kasih kak Aida kusayang..insya-Allah kak..sama-sama kita memeriahkan dunia blog...Ayuh Kak Monie, Mak Aji, Kak Suzanti, Diana dll...caiyuk2...
Catat Ulasan