Isnin, 28 Mac 2016

Kabsah

Kugagahi jugak menulis entri malam ini sebab dua hari esok berturut-turut tak dapat memetik papan kekunci (jadik hakim Forum Remaja Bahagian Kuching). Maaflah gambo kat bawah ni agak kurang menarik (huhu). Balik kampung baru nih (Kg. Seri Merlong, Rengit), abah request encik suami untuk buat nasi Arab (Kabsah - tak lawan kak Monie ok..hehe..I sekadar mampu sediakan bahan-bahan dan potong-memotong jer dan selebihnya encik suami yang buat). Sudah pastinya perlu ada rempah kabsah kan. Nak pilih beras basmatti pun penting jugak. Ada yang bila dimasak cantik terlerai jer, kadang ada yang lembap (macam dalam gambar guna beras basmatti lain). Pada kami, beras basmatti jenama Jasmine PUSA xtra panjang yang sedap dan sesuai dimasak. Yang gelap atas tu daging kambing-maaflah gambo tak semenggah..hehe. Kejadian dalam gambo tu setelah diterbalikkan periuk (daging kambing ikutkan berada di bawah sekali).

Lain orang lain caranya. Nak buat nasi kabsah ni, seingatku rendam 4 gelas beras basmatti. Kemudian (ikut cara encik suami), potong tebal dan bulat 4 biji kentang dan dan tiga butir terung panjang (kalau dapat guna yang bulat lagi best), potong besar-besar bunga kobis dan digoreng (kentang, terung dan bunga kobis). Potong jugak tomato merah dan lemon setengah biji. Gaulkan rempah kabsah dengan daging kambing yang telah dibasuh bersih. Biarkan seketika. Proses nak masak, masukkan minyak zaitun dalam periuk dan tumiskan hirisan bawang besar dan rempah tumis (buah pelaga dan kayu manis), kemudian masukkan perapan daging dan gaul sebati, tambah air sedikit. Biarkan seketika nak bagi daging masak. Dah masak, keluarkan daging dan asingkan airnya.

Kemudian dalam periuk yang sama, susun kepingan daging tadi dan masukkan beras berselang-seli dengan bahan yang digoreng tadi serta hirisan lemon dan tomato. Boleh masukkan juga potongan daun ketumbar dan 2-3 biji lemon kering (hitam), sebelum tuh pecahkan sedikit lemon tuh nak bagi ada rasa (kata encik suami). Tambah air daging tadi dan boleh tambah air secukupnya (separas beras) dan ratakan dengan kemas. Tutup periuk kemas-kemas dan biarkan masak selama kurang lebih setengah jam. Agak-agak dah masak, tutup api. Buka penutup periuk  dan letak dulang (besar sikit untuk dapat tampung isi periuk) dan boleh terbalikkan. Ketuk-ketuk dan biarkan sekejap dan baru boleh tarik perlahan-lahan. Taburkan sedikit kismis dan kepingan badam yang telah digoreng. Dan boleh makan..hehe.

Part buat salatah (acar) tu I tererlah dan suka buat. Hehe..mudah je buat sebab suka buat (apa-apa perkara yang kita suka buat, sudah pastinya mudah dilaksanakan) ye dak? Biasanya bahan-bahannya I guna 2 batang timun dan 4 biji tomato merah dan sebiji bawang holand, semuanya potong dadu dan kecil-kecil. Pastu ambik secekak daun ketumbar (peberet nih) dan hiris halus dan campur dengan bahan dadu tadi. Kemudian, perahkan sebiji lemon, letak sesudu kecil garam dan buh minyak zaitun secukupnya. Gaul-gaul sebati dan letak dalam peti ais. Dah siap masak nasi kabsah, barulah keluarkan dan makan sekali..nyumm sedap! Nasib baiklah isi rumah ramai yang suka makan daging kambing dan salatah. Adik lelaki jugadapat makan sama sebelum balik ke KL. Syukur, alhamdulillah.


Nasi Kabsah Daging Kambing

2 ulasan:

kakmonie berkata...

'KITA BUAT DIA" - ada rempah apapun pandai-pandai kita. Maqlubah pun guna cara nasi tunging terbalik. Tak kisah janji DAPAT MAKAN!

Siti Suhana berkata...

betul-betul kak..janji sodap.hehe...makan ramai-ramai lagi best...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...