Rabu, 9 Mac 2016

CH - Sejuk

Next....hati masih membara...jom mencoret lagi..haha..(tapi tak boleh lawan coretan kak Monie lah kens). Cerita CH ni dibuat atas permintaan encik suami..hehe. Gambo banyak takde dalam ni sebab ada dalam kamera DSLR (malas nak pindahkan gambo U!). Sementelah bercuti dari 18 hingga 26 Mac 2016, mohle kite jalan-jalan. Jalan-jalan ke mane? Dapat bercuti selepas selesai majlis kahwin sepupu encik suami di Muazam pada 19 dan 20 Feb. 2016. Kemudian, balik kampung kat Sg Karang Darat-balik semula ke KL. Pada 24 Februari barulah dapat ke CH.

CH - Cameron Highlands. Sejuk woo tapi best. Tak dirancang sangat pun nak ke CH - dah lama tak ke CH - rasanya baru kali kedua ke CH (sebelum ni pergi ikut jalan Simpang Pulai). Petang nak pergi, barulah encik suami menempah bilik hotel ke resort secara online dan perlu sampai ke Brinchang (tempat menginap) sebelum pukul 8.00 malam. Masak. Dahlah perlu tunggu adik bujangku habis kerja pukul 3.00 petang, sesat jap nak ke tempat menginapnya (dekat-dekat Istana Budaya jer, itu pun boleh sesat..haha..  yelah..i kans orang Kuching, manalah tahu sangat jalan KL- sangattt, bikin panas kak Monie).

Akhirnya, pukul 4.30 petang baru dapat keluar dari KL-ku yang memandu lagi sampai Tapah. Hati berbelah bahagi sebab dah lewat- nak naik CH lalu Tapah ke Simpang Pulai? Akhirnya, ikut Tapah je kata encik suami- jalan sempit oii, lori besaq kat depan kami ditambah hari nak gelap, takut gak. Alhamdulillah adik yang bawak sampai atas dan cuaca masih cerah walaupun waktu nak mencecah pukul 7.00 malam. 15 minit sebelum pukul 8.00 malam, dapatlah daftar masuk kat Natasya Resort di Brinchang.
Antara kawasan Natasya Resort...
Bermalamlah kami dengan suasana yang sejuk - nak mandi pun menggigil..u. Dapat masuk bilik, takkan keluarlah sebab takde pasar malam pada hari biasa, tempat makan halal pun tak tahu kat mana sebab hari dah gelap masa sampai kat Brinchang. Makanya duduk bilik diam-diam jer-sejuk pulak tuh-suasana nyaman dan sunyi jer sebab tak ramai pelancong (Iyelah pergi masa hari biasa) syukur dapat bekal makanan siap-siap - donat jer. Tido pun sejuk. Air pun sejuk...lantai pun sejuk...apa pun tak boleh...haha.

Esok paginya dalam kedinginan pagi, bersiaplah nak berjalai-jalai. Sebelum tu kena isi perut dulu. Dahlah sebelah malamnya tak makan apa sangat, apa lagi, carik sarapan berat ler. Pusing-pusing tak jumpa. Hampir nak makan kat Ipoh Town Kopitiam..hmm tak kena kat tekak. Takpelah kataku-gi carik Boh Tea Plantation Sg. Palas dululah ye bang. Masa nak naik mencarik tuh barulah terperasan ada kedai makan Islam (lupa nama kedai sebab tahu nak makan jer sebab lapar) - selera Pantai Timur lagi-nasi kerabu-nasi berlauk-nasi dagang (dah habis plak). Alhamdulillah kenyang (harga ada mahal sikit-standardlah harga kat tempat sejuk iye dok!).


hanya gambar adik ku yg hensem yang ada kat henponku..
jadiklah tengah petik buah strawberi..
anak abah katanya..haha
tambah gambar nak bagi kak Monie jeles...haha
Selesai makan, nak sambung cari tempat menarik itulah, ternampak kedai dan kebun strawberi (kecik je kebunnya). Hmm..ini sudah bagus. Tempat baik punya nak memetik strawberi - dahlah takde orang lain (kami bertiga jer), pastu harga petik dan bawa balik strawberi tak mahal sangat (kott) - RM35.00 sekilo. Oklah kans! Dapatlah petik sekilo lebih (itupun encik suami dah menjeling jer sebab dia yang kena bayar..haha). Puas hatilah sebab dapat petik yang bosa-bosa dan manis plak tuh. Alhamdulillah.
menghijau..Subhanallah..

antara pemandangan di Boh Plantation Sg Palas...

Jom sambung berjalan naik ke atas lagi menghala nak ke Simpang Pulai-sekali sesat dekat 2-3 km. Patah balik semula nak ke tempat penanaman teh yang glemer tuh (rupanya tak jauh dari tempat makan kami tadi). Hmm..dahlah jalan sempit-cuba bayangkan kalau musim sesak cuti sekolah-macam manalah nak lalu dua kenderaan sebabnya jalan hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja dan kenderaan di hadapan perlu mengalah ke tepi. Dah sampai tempatnya..lega oii. Tapi tak daya nak pergi ke tempat untuk lihat pemandangan-jalan kaki (jauh juga). Kemudian, fikir nak patah balik pulak (serem). Dah lepas serem apabila dapat keluar dengan selamat - syukur (i yang memandu mananya tak serem).

ni je gambo yang ada kat Taman Lavender..
layan jelah adik bujang aku ni k..haha
hat ni comel..kereta daa yang comel..hehe
abaikan baju yg bosa tuh..haha

ni kawasan sebelah atas...cantik juga bunga belakang...
Selepas tu, sambung plak ke Taman Lavender - tempat yang cantik sebab pelbagai jenis lavender ada, kemudahan dan tempat yang dihias cantik. Tak sahlah kalau takde kedai-kedai jualan berasaskan lavender mahupun strawberi ye dak. Nak masuk kena bayar tau - sorang RM8.00 dewasa, RM5.00 kanak-kanak. Berbaloi jugak masuk. Selepas pintu masuk je ada dijual aiskrim perisa lavender (rugi tak cuba) - halus mulus je rasanya..hmmm sedap! Kemudian ada replika kereta mini dan gerai bergambar. Sebelah kanannya sudah tentunya pokok-pokok lavender spesis sedunia (warna purple, merah dan kuning). Teruskan perjalanan ke atas bagaikan naik ke taman astakona (haha..saje je kans). Ada tempat untuk bergambar lagi dan dihiasi dengan kawasan bunga carnation (teluki), agaknya. Adedeh lupa nama bunga lagi. Pastu ada gak kebun strawberi, tak siolah teman sebab dah petik sebelumya dan harga petik dan bawa balik RM10 untuk 200 gm (sekilo maunya RM50 dok) - selamat duit encik suami..haha (encik suami hanya beli jem strawberi jer kat sini).

bunga lavender..
jenis lain plak..


antara spesis bunga lavender gak..cantik kan?

ni bunga lain..Begonia Rose
Hampir nak beli, baru teringat..aku duduk Sarawaklah oii..haha
macam mana nak bawak..

yang ni pun cantik kan..jenis ros jugak..nama lupa!
Sebelum nak turun kat Tanah Rata tuh..hanya singgah sekejap-sekejap je kat tempat tertentu jer sebab masa dah suntuk (tempat kaktus tak masuk). Pastu singgah kat Kea Farm, macam pasar tepi jalan besar. Sempatlah beli jagung belang putih-kuning (nama gelaran pun lupa - apa daa), keledek purple, tambahan buah strawberi, mini kentang dan lain-lain. Dah turun kat Tanah Rata, bercarik juga tempat MARDI (ada kawasan yang menarik kata Zura teping) tetapi tak jumpa (tak pasti sebenarnya kawasan belah mana). Akhirnya balik jelah ye bang. Dah pergi Ulu Bertam pun (jalan nak ke Kuala Lipis) nak petik anggur katanya (minggu akhir menuai anggur), namun gagal sebab curam nak naik ke kawasan ladang tersebut walaupun menaiki kereta- mak serem. Hanya dapat melihat papan tanda 'Anggur Manis" jer. Kalau 'adik manis' ada hokey jugaklah kans..haha.


abaikan yang baju merah tuh..haha
Kawasan di Ladang Teh Bharat...

sekali lagi...
cantik kan gambar pemandangan belakang tuh..Subhanallah.
Masa nak turun ke Ringlet, sempat singgah membeli beberapa papan petai (untuk jiran katanya). Geram je tegok petai dan kalau boleh nak beli je setiap tempat orang Asli berjual. Nasib baik boss besar melarang.. haha. Kalau tak, dapat jual semula kat pasar malam Nilai..haha. Pastu sempat singgah kat sipi-sipi ladang teh dekat Bharat Tea-jadiklah untuk adik lakiku bergambar. Teman tak sio dan nak bergambar. Pastu turun lagi-destinasi akhir, singgah kat air terjun Lata Iskandar. Nyaman rasa sebab tak ramai orang. Dapatlah menenangkan diri seketika dengan deruan air terjun yang damai dan menyegarkan. Ok dah. Moh kita balik. Sampai hentian rehat dan rawat Tapah-ku mengambil giliran memandu pulak. Tersesat lagi-ikut jalan jauh-terus hala ke Johor Bahru ikut lebuh raya Elite terus masuk Bandar Bukit Mahkota (Alhamdulillah tak banyaklah sangat rm nak bayar tolnya, sekitar RM24++).
Air Terjun Lata Iskandar..

cantiknya...Subhanallah...

Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baiknya. Kadangkala kita menyangka kita tersesat dan takut menghadapi kemungkinan yang ada. Namun, Allah SWT ada bersama-sama dengan kita dan Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ada baik dan buruknya dan hanya dengan pertolongan dari-Nya jua, kita akan selamat dan Redho dengan setiap perkara yang berlaku. Allah SWT sebaik-baik Pelindung.

Kesimpulannya : Aku penat mengarang dek seruan kak Monie..haha. Takdelah..sebenarnya sebagai satu semangat ye dak. Kalau tak, alamatnya bercendawanlah blog hakak. Terima kasih kak Monie sayang. Mak Aji kena sahut seruan plak.
untuk gambar yg dah jadik viral...haha
(jgn muntah ye kak Monie)
nah buah strawberi segar bugar..
banje satu gambar Tuan Besar yang membawa kami ke CH..hehe
Apa pun syukur sebab dapat bercuti pada kali ini dengan encik suami dan adik. Walaupun perjalanan singkat, alhamdulillah dapat menjejaki CH sekali lagi (pertama kali buat adik-siap nak datang lagi berbulan madu nanti-nikah pun tak lagi!). Puasnya dapat berlama-lama di Taman Lavender dan dapat melawat kawasan di CH tanpa kesesakan orang mahupun kenderaan. Kemudian dapat petik dan makan strawberi yang manis. Nasihat kami, pergilah pada masa/hari-hari biasa (betul tak Mak Aji) untuk ke CH bagi mengelak sebarang kesesakan.

OK Bai!!! Tata Titi Titu!!!

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...