Selasa, 15 Mac 2016

Ke Temerloh kita...

Sebelum ke rumah pengantin di Kampung Pamah Kasih, moh kite ke Pekan Sehari Temerloh. Dah lama encik suami berhajat untuk ke sini (pernah membesar di Temerloh). Alhamdulillah dapat menjejakkan kaki ke sini (itupun tak habis jelajah pasar -  panjang dan jauh). Usai Subuh, terus memulakan perjalanan dan sampai ke sini pukul 8 lebih - masih awal lagi. Jom layan gambar-gambar yang ada (Maaflah gambo pengantin takde).

Suasana di Lebuh Raya Karak waktu pagi...

Dah sampai bandar Temerloh, jom ke Pasar Sehari

Subhanallah..pemandangan indah waktu pagi..

kena ambil papan tanda sebagi bukti i pernah datang ke sini..haha

gambar wajib ada...ikan patin...

macam-macam ikan sungai lain pun hado...

telur ikan ??

hasil kraftangan OKU bisu, cantik tapi tiada keperluan nak beli...

rokok daun...

buah kundang..mahal u..sekilo RM60...
kalau beli sebiji dah berapa gm? haha...
nampak sedap tapi tak sanggup nak beli...

taucu pun hado dijual...

bagi geram kak Monie..haha..

closed up sikit...

panas tak kak Monie? Haha...

Aiskrim potong empat segi,
pastu cucuk lidi di tengah-tengah aiskrim
pelbagai perasa dan warna hado...

usaha yang bagus dan kreatif  tetapi perlu tingkatkan rasa aiskrim...

siannya..ceceteka, apakah bendanya nih..haha
ayam togel dak...

dahlah kena seksa sebab digantung...kesian
pastu orang lalu lalang dok picit leher...
berbunyi dah tak macam bunyi ayam..
tapi lebih pada bunyi oink oink..haha

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...